Ahmad enggan terima Memo Anak?









KURANG BERADAP….itulah barangkali kata-kata yang layak diutarakan oleh sesiapa sahaja yang melihat gelagak seorang ahli politik Umno yang kini menjawat jawatan penting dalam sesebuah pentadbiran kerajaan negeri.

Pemimpin Umno terbabit ialah Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang juga bekas Adun Barisan Nasional (BN) Air Putih, Kemaman pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11, lalu.

Awang diberitahu oleh ramai saksi-saksi yang melihat kejadian bagaimana Wan Ahmad Nizam selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said mengherdik seorang pemimpin PAS di hadapan khalayak ramai.

Pemimpin PAS tersebut masih mampu ‘tersenyum’ melihat gelagak nakal ‘budak-budak’ suruhan Ahmad Said itu yang dilihat terlalu emosional.

‘Apa Yang Orang Kata’ kepada Awang telah memberi gambaran yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan kepada seorang pemimpin lain.

Senario tersebut berlaku ketika seorang pemimpin PAS yang berjawatan Yang Dipertua PAS Kemaman, Haji Ismail Harun yang juga bekas Adun PAS, Air Putih Kemaman.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Weil’ (Ismail) ketika itu menemani sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang akan menyerahkan satu Memorandum kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

‘Dan Sebenarnya’…Persatuan (Anak) tersebut telah pun menghantar surat permohonan untuk bertemu dengan MB Terengganu bagi menyampaikan hasrat tersebut sejak hampir sebulan lalu.

Dan disusuli pula dengan fax serta temujanji meski pun tidak pernah dibalas-balik permohonan tersebut. Dan kebiasaannya, jika tidak dibalas-tolak permohonan itu bermakna pihak Menteri Besar setuju dan terima kecuali terdapat surat-balas menolaknya.

Jadi, pada hari Rabu (3 Februari 2010) lalu, pihak berkenaan bergegas ke Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) untuk bertemu MB dan menyerahkan ‘memo’ tersebut walau pun sekadar satu minit sahaja.

Sekitar jam 1.30 petang, selesai Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bilik Mesyuarat MPk dan waktu rehat makan tengahari. Jadual MB selepas itu, jam 2.30 petang bersama dengan masyarakat tionghua Kemaman.

Awang diberitahu, majlis tersebut untuk meraikan orang-orang Cina dengan peruntukkan ‘Dana Khas’ RM6 juta ringgit. Masing-masing akan dapat RM300 setiap seorang untuk hari rayanya kali ini.

Tetapi sebelum itu, telah berlaku satu insiden yang agak memalukan apabila Wan Ahmad Nizam seolah-olah ‘mengherdik’ dengan suara agak lantang dank eras kepada ahli rombongan Anak tersebut.

Berkebetulan pula, kelibat ‘Abang Weil’ ada bersama kumpulan NGO Anak…apa lagi ‘menyingalah’ si-budak api (Nizam) itu.

Antara kata-katanya, “Apalah Abang Weil ini, hal (Peneroka Felda) ini pun hendak main politik. Sekarang baru hendak tolong rakyat…kenapa dulu tidak tolong.? Memorandum apa…dok payah serah kepada MB, serah kepada saya sudahlah”.

Abang Weil dengan rendah suara memohon untuk jumpa dan bersalam dan serah terus kepada MB. Walau pun sekadar satu minit pun tidak mengapa…boleh juga jumpa sekali dengan MB.

Bukan sekadar dialog-dailog ‘pedas’ dan ‘keras’ dilontar oleh Nizam tetapi gaya serta kelakuan gelagaknya cukup ‘memualkan’ dan sombong diri.

Sejurus jam 2.35 petang, MB dengan langkah yang cepat dan ‘deras’ sebolehnya tidak mahu bersalam tetapi terpaksa juga sekadar ‘lepas batuk di tangga’ sahaja.

Dia (Ahmad) lalu menuju ke Dewan Intan MPk dan enggan menerima memorandum tersebut tetapi pihak Anak terpaksa berikan juga kepada Setiausaha Politik yang kurang beradap itu.

Apa yang Awang diberitahu….pihak Anak sangat dekacita dan kecewa dengan beberapa tindakan serta layanan pihak kerajaan negeri.

Berikut adalah sebahagian dari keluhan dan ucapan Presiden Anak, Saudara Mazlan Aliman yang datang dari Johor untuk menyerahkan memo tersebut kepada MB tetapi dilayan sangat buruk.

“Apa yang berlaku hari ini mendukacitakan. Ini merupakan pengalaman kedua selepas Negeri Sembilan yang memberi layanan yang begitu buruk.

“Lima negeri yang kita (Anak) pergi setakat ini tiga negeri bagus iaitu Pahang, Selangor dan Johor. Tetapi nampaknya, negeri Terengganu dan Negeri Sembilan memberi layanan yang sangat buruk.

“Ini menggambarkan bahawa kerajaan negeri (Terengganu) tidak mempunyai keprihatinan kepada sebahagian dari kalangan masyarakat peneroka di Terengganu.

“Saya harap masyarakat Felda ini menyedari bagaimana layanan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebab isu yang kita (Anak) bawa bukan isu parti tetapi isu rakyat.

“Sebagai seorang pemimpin kepada sebuah badan NGO iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang mewakili sejumlah 1.5 juta warga Felda di seluruh negara. Kita menyerah memorandum sebagai mewakili kepentingan masyarakat Felda terutamanya generasi baru Felda,” jelasnya pada satu siding media, di Chukai, kemaman pada 3 Februari lalu.

Untuk lebih jelas lagi apa yang dituntut dalam memorandum tersebut bersama ini Awang lampirkan salinan enam muka ‘memo’ berkenaan serta gambarnya.

RENUNG UNTUK BERUBAH….FIKIR SEBELUM PARAH

1 comments:

su ha berkata...

Perut koho buncit tu SUP MB.Patutla puok 10 budok hitam maroh sangat. EKK pelik.... orang baru ada kuasa sikit.Tu pun tupang tuoh orang.

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top