ROKOK: Anda ‘pembunuh’ & ‘terbunuh’



Bahaya ‘racun’ dalam asap rokok ANDA!!

Merokok mambawa pelbagai jenis penyakit bukan sahaja kepada si perokok malah kepada semua ahli keluarga termasuk anakbini, teman-teman serta masyarakat sekelilihnya.
Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit:

1. Kanser pundi kencing
2. Kanser perut
3. Kanser usus dan rahim
4. Kanser mulut
5. Kanser Esofagus
6. Kanser tekak
7. Kanser pankrias
8. Kanser payudara
9. Kanser paru-paru
10. Penyakit saluran pernafasan kronik
11. Strok
12. Kereputan tulang (osteoporosis)
13. Penyakit jantung
14. Kemandulan
15. Putus haid awal
16. Melahirkan bayi yang cacat
17. Keguguran bayi
18. Mati pucuk
19. Bronkitis
20. Batuk
21. Penyakit ulser peptik
22. Emfisima
23. Otot lemah
24. Penyakit gusi
25. Kerosakan mata

MEROKOK SECARA PASIF:

Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :

• 2 kali lebih banyak nikotin
• 5 kali lebih banyak karbon monoksida
• 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
• 3 kali lebih banyak tar

KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF

• Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
• Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
• Sakit atau pedih mata
• Bersin dan batuk-batuk
• Sakit kerongkong
• Sakit kepala

PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT

Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
• Penyakit jantung - 30%
• Kanser - 25%

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG

• Keguguran janin
• Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
• Kematian janin dalam kandungan
• Pendarahan dari uri (abruption placenta)
• Kurang berat badan - 20 hingga 30%

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI

• Masalah dan penyakit pernafasan
• Perkembangan kecerdasan otot terjejas
• Jangkitan telinga
• Leukeamia
• Kanser otak 22%
• Lelah - meningkat simptom lelah
• Sindrom kematian secara mengejut

RENUNG BIAR SEDAP….FIKIR BIAR MATANG

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top