BENARKAH….Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan di negeri Perak sebelum atau selepas 9 Februari 2010 ini?
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan Awang telah membisik-bisik kepada Awang bahawa PRU di Perak akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Hujahnya, pada 9 Februari ini Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan oleh Menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegani statusnya.
‘Dan Sebenarnya’…pada 11 Mei 2009 tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.
Kemelut politik itu berlaku apabila pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) telah membuat ‘rampasan’ kuasa serta menggunakan kuasa mahkamah, polis dan sebagainya bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Sememangnya, dari segi haknya Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dan tidak ada sebab yang munasabah untuk menolak keputusan tersebut.
Namun begitu, Awang tetap meramalkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari ini akan memihak kepada Menteri Besar ‘haram’ Dato’ Seri Dr Zambry.
Ini kerana, keputusan yang ‘memihak’ kepada pemimpin Umno-BN itu sangat penting ‘servival’ serta maruah Umno Perak dan seluruhnya dari terus tercalar, luka dan membarah.
Setelah mahkamah membuat keputusan tersebut dan ternyata Dato’ Seri Dr Zambry menang kelak. Maka, langkah awalnya kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak segera dibubarkan.
Konon-kononnya, Umno-BN Perak pun bukan berkehendak sangat dengan jawatan MB Perak itu dan terserah kepada rakyat membuat pilihan semula.
Sedangkan, keputusan ‘sementara’ itu terpaksa dibuat oleh mahkamah hanya untuk menyelamatkan maruah Umno-BN Perak.
Jika tidak, orang akan terus pertikaikan, rakyat terus bercakap, pemimpin masyarakat terus persoalkan kenapa keputusan tersebut terjadi begitu.
Kesannya, sangat bahaya kepada kes-kes yang bakal mendatang kerana sudah terdapat kes ‘pencabulan’ dan penafian hak sebenar telah berlaku di Perak.
Undang-undang dan Perlembagaan sudah tidak dipatuhi dengan baik kerana campur tangan oleh ‘tangan-tangan’ ghaib.
Manakala, Umno-BN Perak kini sudah ‘bersedia’ dari segi ‘penipuan’ dan strategi ‘kotor’ jika berlaku pilihan raya dalam masa terdekat ini.
Segala persiapan dan perancangan jahat telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu dan hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai sahaja.
Sebab itu, Umno-BN Perak sedia membubarkan Dun Perak kerana mereka telah menjangkakan akan kekal memerintah dan mandat rakyat tetap diperolehi malah lebih baik dari tahun PRU Ke-12 tahun 2008.
Pun begitu…, jika keadaan tidak memihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry dan Umno-BN Perak pada 9 Februari 2010 ini.
Sudah tentunya, status MB Perak yang sah akan dikembalikan semula kepada Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009, lalu.
Pemimpin Umno-BN cukup takut, bimbang dan kecut peruk dengan situasi tersebut. Malah, boleh jadi ‘gila’,’sewel’ atau ‘tiga suku’ pada hari yang bersejarah tersebut.
Maka, jika Umno-BN merasakan ‘hakim-hakim’ di Mahkamah Persekutuan tersebut tidak mudah dibeli atau payah mengikut telunjuk.
Sudah tentunya, pembubaran Dun Perak akan berlaku lebih awal dari keputusan mahkamah pada 9 Februari ini.
Keputusan mengejut itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan serta mengumumkan dalam mahkamah yang bersejarah itu.
Mereka (Umno-BN) tahu, jika ditakdir Nizar yang mewakili kerajaan Pakatan Rakyat menang pun pembubaran Dun Perak tetap akan berlaku.
Oleh itu, untuk dapat sedikit ‘kredit’ atau mendapat kembali sokongan rakyat menyokong Umno-BN Perak.
Maka, Dr Zambry dijangkakan akan mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan Tuanku Sultan bagi membubarkan Dun Perak sebelum 9 Februari 2010, ini.
Ini kerana, ramai pakar-pakar perlembagaan yang jujur, ikhlas dan tidak terpengaruh sepakat mengatakan Nizar adalah MB Perak yang sah lagi sahih.
Dalam keadaan politik Umno-BN Perak yang berkecamuk ini mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk mengembalikan semula kuasa memerintah Perak setelah ditolak oleh rakyat dalam PRU Ke-12, lalu.
Sumber Awang memberitahu terdapat beberapa faktor yang memungkinkan Dun Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat ini.
Antaranya, pertama tindakan Dr Zambry mengikut lawatan kerja Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak ke Timur Tengah, baru-baru ini.
Kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertindak dengan agresif untuk memperluaskan kaedah undi pos sekarang.
Ketiga, anggota Polis pula dicadangkan boleh menggunakan MyKad dan dikatakan orang untuk membantu Umno-BN sekiranya berlaku pilihan raya.
Keempat, tindakan Dr Zambry memberi peruntukan hamper sejuta ringgit kepada sekolah-sekolah agama Cina dan Tamil dan banyak lagi…banyak lagi…banyak lagi.
Oleh itu, rakan-rakan Awang minta tolong sampaikan dan apa orang kata pun cukup banyak. Semuanya, diminta bersiap sedia dengan segala bala jentera agar bersiap sedialah untuk menghadapi PRU di Perak.
Apa pun, usah kita pedulikan sama ada pilihan raya atau pembubaran Dun Perak itu akan diadakan sebelum atau selepas 9 Februari 2010 ini.
Pakatan Rakyat mesti bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja. Jangan hanya sebelum ini terpekik-terlolong minta ‘orang’ (Umno-BN) bubarkan Dun Perak. Tapi, bila sampai masa ‘berputih mata’ sahaja.
RENUNG-RENUNG PANJANG…….…FIKIR-FIKIR MATANG
0 comments:
Catat Ulasan