Fenomena baru ‘tsunami’ politik kini kembali melanda parti Umno yang menjadi tulang belakang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Belum pun reda dengan pergolakkan ‘dalaman’ melibatkan team Dato’ Ahmad Said (sekarang Dato’ Seri) dengan team Dato’ Seri Idris Jusoh perkembangan terbaru ini semakin membarah.
Pada 24 Jun lalu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said melakukan rombakan ‘mengejut’ terhadap portfolio yang melibatkan
Rombakan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2010 lalu meski pun tidak membabitkan sebarang pengguguran Ahli Exco sedia ada kerana tidak ada ‘pilihan’.
Ahmad tiada pilihan lain kerana semua wakil-wakil rakyat BN lain masih setia kepada Idris meski pun beliau tidak lagi menjadi MB Terengganu.
Demi menjaga ‘air hidung’ Idris telah dilantik oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai MARA.
Ini kerana, Idris ‘JE’ merupakan ganeral setia Najib al-tantunya yang ‘berjasa’ besar ‘merampas’ kembali kerajaan negeri Terengganu dari tangan PAS dalam Plilihan Raya Umum (PRU) ke-11, tahun 2004 lalu.
Terbarunya, Idris ‘Gelombang Biru’ ini juga dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno Malaysia kerana dikatakan ‘kepakarannya’ dalam memanipulasikan kerja-kerja pilihan raya.
Najib al-tantunya sebenarnya terpaksa akur dengan semua orang kerana melalui cakap-cakap orang anak ‘jantan’ almarhum Tun Abdul Razak ini mempunyai 1001 jenis masalah.
Masalah peribadi masa lampau ‘dulu, kini dan selamanya’, masalah akhlak ketika diusia muda dulu, masalah rumahtangga dikatakan takut kepada Datin Seri Rosmah Mansur dan macam-macam masalah lagi.
Kisah Rosmah ‘Salman Khan’ juga mempunyai 1001 jenis masalah yang akan Awang ceritakan dilain waktu, musim dan ketikannya….insya’Allah.
Kembali semula kisah rombakan Exco-exco tadi dikatakan ‘Pelik bin Ajaib’ kerana kesemua Ahli Exco berkenaan langsung tidak diberitahu akan berlaku rombakan sedangkan mereka (Exco) bermesyuarat kerajaan negeri bersama-sama dengan Ahmad ‘tempayang’ digelar orang di Wisma Darul Iman, pada 23 Jun lalu.
Namun begitu, tindakan Ahmad tersebut mengundang kemarahan Umno Bahagian Marang apabila menyaksikan Ketuanya, Yahya Khatib Mohamad ditukar portfolionya.
Yahya ‘runtuh’ gelaran orang kepadanya sebelum ini menjawat sebagai jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu.
Jawatan tersebut kini disandang oleh Dato’ Za’abar Mohd Adip yang telah mengambil alih jawatan berkenaan dari Yahya ‘runtuh’.
Nama panggilan ‘mesra’ Yahya ‘runtuh’ sebenarnya dianugerah apabila beliau sering kali mendakwa banyak kejadian runtuh yang berlaku di negeri ini sebagai tanda kemajuan dan banyaknya bangunan-bangunan dibina di Terengganu.
Ini bukan gurauan tetapi satu kenyataan jelas dibuatnya (Yahya) ketika menjadi Adun BN Pengkalan Berangan pada Persidangan Dun Terengganu yang lalu.
Apa yang Awang dengar dari percakapan ‘mulut ke mulut’ rakyat termasuk di kalangan pimpinan Umno yang tidak sehaluan dengannya menyifatkan mantan Exco Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu jadi Exco ‘Cap Ayam’.
Walhal sebenarnya, jawatan Exco (Infrastruktur) ini antara yang terkanan dan terpenting tetapi telah ‘dirampas’ daripada Yahya yang dikatakan pro-team Idris Jusoh sekutu Ahmad.
Yahya juga dilihat ‘lemah’ ketika berada dikerusi Exco tersebut hingga Terengganu terkenal dengan jolokan ‘Darul Runtuh’ serta menjejaskan imej negeri ini.
Justeru itu, Umno Marang melahirkan rasa terkilan kerana Yahya hanya diberikan jawatan Exco Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri yang disifatkan tercorot.
Tempat Dato’ Za’abar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri pula diambil alih oleh Dato’ Abdul Rahin Mohd Said yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Asha’ari Idris mengambil alih portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani yang disandang oleh Adun Telemong, YB Rozi Mamat.
Manakala, Adun Telemong, YB Rozi Mamat ditukarkan kepada portfolio berkait dengan golongan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.
Sementara itu, Jawatankuasa Umno Bahagian Marang pula mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Bahagiannya, Alias Abdullah bagi membincangan isu pertukaran portfolio tersebut.
Sumber Awang memaklumkan rombakan mengejut
Mesyuarat kira-kira satu jam itu telah memutuskan tindakan MB Terengganu, Dato’ Ahmad Said bukan sahaja menimbulkan ‘kekecohan’ di peringkat pentadbiran negeri, malah jauh sekali daripada memperkasakan parti di negeri ini.
Mereka (Umno Marang) beranggapan tindakan pertukaran Exco tersebut merupakan penghinaan kepada Ketua Umno Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad yang tidak sehaluan dengan Ahmad Said.
Nota: ‘Rakyat telah berulang kali disogok dengan tema-tema yang diungkap dengan kata-kata yang hebat seperti kepimpinan melalui teladan. Bersih, Cekap dan Amanah, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Islam Hadhari dan kini 1Malaysia.
0 comments:
Catat Ulasan