Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang:-
Baru-baru ini ada orang bertanyakan Awang kenapa ramai sangat orang-orang Cina singgah kat Masjid Rusila, Marang? Apa yang mereka buat?
Setelah diselidiki, rupa-rupanya ada satu rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parlimen Parit Buntar, Perak melawat Rusila, Marang.
Tujuan sebenar rombongan itu bukan semata-mata hendak tengok masjid tetapi mereka mahu melihat secara langsung dari dekat dengan mata kepala mereka sendiri rumah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau ‘Tok Guru’.
Tok Guru juga merupakan Ahli Parlimen Marang yang telah mewakili rakyat di kawasan tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.
Beliau juga sebenarnya mantan Menteri Besar Terengganu ketika kerajaan PAS memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004 sebelum ‘ditumbangkan’ oleh rejim Umno-BN yang diketuai oleh Idris Jusoh.
Mungkin orang Melayu Umno yang agak jahil ‘tukil’ rasa janggal apabila kaum tionghua khususnya di kalangan orang bukan Islam datang melawat masjid.
Sebab itulah, orang Cina yang duduk dalam MCA, Gerakan atau orang India yang duduk dalam MIC atau orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak tidak faham Islam dan keliru dengan Islam kerana pemimpin Umnolah.
Mereka berkawan dengan Umno dan setia duduk dalam Barisan Nasional sejak puluhan tahun tetapi masih tidak memahami Islam walau pun sebesar biji sawi.
Alangkah, malangnya kaum bukan Islam di negara ini dan betapa ruginya Islam di bawah ‘jajahan’ Umno yang pura-pura memperjuangkan Islam dalam negeri dan negara ini.
Awang diberitahu juga kunjungan muhibbah tersebut disertai oleh masyarakat Tionghua dan India yang mahu mengenali lebih dekat tentang kehidupan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang, baru-baru ini.
Lawatan tersebut anjuran DHPP Parit Buntar, Perak disertai kira-kira 40 orang yang diketuai oleh Ong Choi Le, yang dalam rangka lawatan dua hari ke Terengganu.
Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyifatkan sambutan menggalakkan terhadap Kelab Penyokong PAS yang kini dikenali DHPP bukti kaum lain mula menaruh kepercayaan serta keyakinan terhadap perjuangan dan kredibiliti PAS.
Ianya terbukti, kata beliau melalui sokongan kaum lain terhadap parti itu melalui penubuhan kelab berkenaan yang kian meningkat.
Katanya, DHPP Kawasan Marang antara kelab yang mula aktif serta giat melakukan aktiviti termasuk menyertai Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang kali ke-26 yang lalu.
“Anggaran kasar jumlah ahli Kelab Penyokong PAS atau DHPP di seluruh negara kini mencecah 50,000 orang dan di Terengganu, terdapat peningkatan sokongan di kawasan mereka (Cina), seperti di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Marang.
“Walau pun kaum Tionghua dan India merupakan minoriti di negeri ini, mereka (bukan Islam) nampaknya mula sedar akan perjuangan kita (PAS), yang berasaskan agama dan bukannya kaum.
“Apa yang kita (PAS) selalu tekankan ialah apabila hidup berasaskan kaum, ia boleh menimbulkan syak wasangka tetapi apabila hidup berasaskan agama, ia akan membawa keamanan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas meraikan rombongan masyarakat Tionghua dan India dari Parit Buntar, Perak yang melakukan lawatan ke Rusila, Marang.
Yahaya melahirkan rasa gembira dengan lawatan tersebut selain membincangkan hal berkaitan politik di kedua-dua kawasan, mereka turut berpeluang untuk bertukar buah fikiran serta pandangan tentang situasi politik semasa.
Selain melihat sekitar kawasan Rusila yang menempatkan Pusat Pengajian Ma’ahad Darul Quran, ahli rombongan turut dibawa melawat ke Masjid Rusila, rumah kediaman Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pejabat PAS Kawasan Marang.
Meski pun, ketiadaan Ustaz Abdul Hadi kerana urusan yang tidak dapat dielakkan tetapi tetamu rombongan tersebut disambut oleh anak Presiden PAS iaitu Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi.
Yahaya yang gembira dengan lawatan itu berkata, selain membincangkan hal berkaitan politik di kedua-dua kawasan, mereka turut berpeluang untuk bertukar buah fikiran dan pandangan tentang situasi politik semasa.
Kesimpulannya, orang bukan Islam dan bukan Melayu mula ‘berjinak-jinak’ dengan orang PAS kerana melihat akhlak serta kebaikan Islam yang dibawa oleh PAS.
Dan hari ini, kita mula mendengar orang bukan Islam mengungkap kata-kata dari al-Quran dan Hadis serta membaca ayat-ayat al-Quran dan terjemahannya.
Selama ini, mereka (bukan Islam) diberi gambaran yang buruk tentang Islam yang bersifat pelampau, keras dan ganas oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional.
NOTA: ‘Tiada Paksaan Dalam Islam’
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan
2 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan