Sebulan Setengah Aku ‘Berehat’

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang:-


Sedar tak sedar rupa-rupanya hampir sebulan setengah Awang ‘berehat’ dari menulis serta ‘mengupdatekan’ tulisan di blog ‘apaorangkata.blogspot.com’ ini.


Banyak sekali kenal-kenalan Awang bertanyakan melalui SMS kenapa blog ini tidak dikemaskini dengan begitu lama sekali.?


Sehingga ada sabahat-sahabat yang nakal-nakal tu tanya “Awang Harun, apasal web ‘apaorangkata’ lambat update macam siput..?


Awang pun balas juga SMS tu dengan kata-kata…’bukan lambat macam siput lagi tetapi lambat macam kereta labi tak ada minyak…he he he..”


Dan Sebenarnya…, bukan apa cuma ‘sepeninggalan’ Awang mengupdatekan blog ini kerana ada beberapa hal yang sangat-sangat tidak dapat dielakkan.


Awang cuba doh sedaya upaya nok update tetapi kekangan masa dan keupayaan amat terbatas sekali…hanya Tuhan Allah sahaja Yang Maha Mengetahui-Nya.


Kebetulan juga pada pertengahan Jun lalu pada tarikh 15 Jun 2010 itu Awang telah mendapat ‘rezeki’ baru dengan kelahiran ‘cahaya mata’ kami yang ke-9 dan merupakan anak ke-8 yang masih hidup.


Waktu itu, Awang mendapat seorang lagi ‘mujahidah’ yang dilahirkan dengan selamatnya kira-kira jam 9.25 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Berat baby tersebut kira-kira 3.6 kilogram dan lahir dengan selamat tidak seperti abangnya (anak ke-8) yang kembar dua meninggal dunia sewaktu kelahirannya atas sebab musabab ‘kecuaian’ pihak hospital berkenaan.


Awang terima takdir itu dengan berlapang dada meski pun seolah-olah ‘terbakar’ jika mengenangkan peristiwa tersebut dan setidak-tidaknya kami telah ada ‘penunggunya’ di akhirat kelak, Insya’Allah.


Seketika kelahiran anak Awang yang ke-9 ini, para ‘penyambutnya’ (doktor dan jururawat) tersenyum gelak kerana anak yang disambut itu lahir dengan keadaan normal tetapi anak bertuah itu beraksi seperti orang sedang solat.


Maknanya, kedudukan tangan baby tadi kedua-duanya berada di dada seolah-olah orang sedang bersembahyang.


Mungkin kebarangkalian juga sepanjang tempoh ibunya mengandung selalu juga bersolat dan mengaji al-Quran…alhamdulillah.


Anak ini tidak seperti anak-anak yang lain kerana pemilihan namanya sahaja genap dua minggu atau 14 hari selepas kelahiran barulah kami ‘sepakat’ memilih nama untuknya. Dan namanya diambil dari satu kisah seorang mujahidah dan pejuang Islam di masa lampau.


Anak Awang ini dinamakan NUR SAIYIDAH NAFISAH dan sehingga hari ini Awang selalu tersasul apabila menyebut namanya.


Hari-hari seterusnya, ujian Allah SWT kepada kami sebagai ibubapanya tidak semudah yang disangkakan. Dengan kehendak-Nya, anak ini suka ‘berjaga’ malam dan jarang sekali tidurnya pada waktu tersebut.


Kami ibaratkan bergilir jaga meski pun ibunya yang paling setia berjaga malam dan Awang yang banyak ‘bersabar’ tidur-tidur ayam.


Barang kalinya, anak ini mengikut resmi Awang yang banyak ‘berjaga’ malam kerana tugas dan perjuangan Islam.


Hari ini, usianya hampir mencecah dua bulan pada 15 Ogos 2010 ini dan semakin hari semakin membesar. Semoga anak ini menjadi seorang pejuang agama Allah Azzawajalla.


NOTA: ‘Sesungguhnya anak-anak merupakan rezeki dan amanah dari Allah SWT’.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top