Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang:-
Salam Sejahtera Untuk Semua;
Jam di dinding rumah Awang tepat menunjukkan pukul 1.00 pagi 11 Ogos 2010 hari Rabu bersamaan 1 Ramadan al-Mubarak 1431 Hijrah.
Sebenarnya, Awang baru sahaja setengah jam sampai di rumah setelah keluar semua sekitar jam 10.20 malam tadi kerana ada temujanji dengan seseorang yang belum Awang kenalinya.
Pelik bin Ajaib…macam mana mahu berjumpa dengan orang yang belum pernah kita bertemunya. Sebenarnya, Awang menerima undangan dari seorang hamba Allah itu yang mahu berjumpa dengan Awang.
Katanya, ada sesuatu yang ‘penting’ dan ‘sulit’ untuk diceritakan kepada Awang supaya Awang boleh dedahkan jika tidak menjadi masalah. Apa masalahnya…Awang pun tidak tahu.
Dan Sebenarnya…hamba Allah ini mendapat nombor h/phone Awang dari seorang sahabat Awang juga yang merupakan seorang jurugambar sebuah akhbar pro-Umno yang kebetulan bertemu dengan Awang ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, pada 8 dan 9 Ogos lalu.
Hamba Allah ini adalah kenalan rapat barang kali dengan sahabat Awang yang masih bertugas dengan surat khabar pro-Umno.
Hamba Allah itu telah menghubungi Awang dan minta untuk berjumpa dan setelah Awang ‘belek-belek’ tarikh dan masa. Maka, kami bersetuju untuk bertemu pada hari Selasa jam 10.00 malam selepas solat terawih.
Sekitar jam 6.15 petang, hamba Allah itu sekali lagi telah menghubungi Awang untuk mengesahkan temujanji tersebut yang telah dipersetujui bersama sebelum ini.
Oleh kerana, ini merupakan bakal pertemuan pertama dan Awang telah bersedia untuk mendengar apa cerita yang bakal diceritakan kepada Awang.
Tepat jam 10.30 malam, Awang tiba di lokasi yang dijanjikan itu tetapi satu SMS yang Awang terima dari hamba Allah itu minta ditangguhkan kira-kira setengah jam iaitu jam 10.30 malam daripada janji asalnya jam 10.00 malam.
SMSnya berbunyi “Salam en ……., maaf terpaksa maklum program kita anjak ke 10.30 kerana saya sedang cari beberapa dokumen”. Awang jawab dengan dua perkata, “Ok beres”.
Kami berjanji di sebuah restoran dan sementara menunggu kehadiran hamba Allah itu sempat Awang memesan secawan kopi radix dan segelas air suam.
Tunggu punya tunggu…tunggu punya tunggu…jam ditangan telah melangkau detik 11.30 malam. Ini bermakna Awang telah menunggu di restoran tersebut kira-kira 1 jam yang lalu.
Kemudiannya, Awang terima panggilan telefon dari hamba Allah itu dengan pertanyaan, “Hello, encik ……. Masih ada di situ (restoran) lagi? Sekejap ya..?”, dan Awang jawab, “Ya…ok”.
Dalam hati sebenarnya…Awang hanya akan setia menunggu sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja kerana selepas itu, Awang kena pulang ke rumah segera kerana ada urusan lain pula.
Maka, tepat jam 12.00 tengah malam Awang memanggil pekerja restoran untuk kira minuman kopi radix yang Awang minum tadi dengan bayaran RM2.50 secawan sebelum meninggalkan restoran berkenaan.
Dan Sebenarnya, Awang tidak pun ‘marah’ kerana kelewatan itu tetapi Awang terpaksa membatalkan dulu pertemuan itu kerana mungkin hamba Allah itu ‘bermasalah’ untuk bertemu dengan Awang barang kalinya.
Atau mungkin…., dokumen yang dicari itu belum ditemui kerana Awang perlukan dokumen meski pun sulit sebagai bahan bukti jika ada sesuatu yang tidak kena kelak.
Ketika Awang dalam perjalanan pulang dengan morosikal tiba-tiba Awang terima satu panggilan dari hamba Allah itu tetapi Awang tidak sempat menjawabnya bukan kerana ‘marah’ atau ‘merajuk’…tetapi sekadar mengajar erti temujanji dan ketepatan masa.
Insya’Allah, mungkin di lain hari kami pasti akan bertemu juga dan kegagalan pada temujanji pertama ini menuntut kesabaran Awang dipermulaan Ramadan yang penuh berkat ini.
NOTA: ‘Sabar Sebahagian Dari Iman’
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan
2 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan