PRU ke-13: Rakyat pilih BN atau Pakatan Rakyat?

Bismillahhirahmanirrahim;-


Sejak diakhir-akhir era pemerintahan rejim Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu yang pernah menjadi pemimpin nombor satu negara selaku Perdana Menteri Malaysia sokongan rakyat semakin terhakis.


Rakyat umumnya menyifatkan pemerintahan Tun Dr Mahathir itu lebih bersifat ‘kuku besi’ atau ‘drakula politik’ dalam watak seram yang menagih darah manusia. Dalam erti kata lain cara ‘Ikut Suka Aku’ (ISA) sebab aku ‘berkuasa’ waktu itu.


Manakala, tragedi pemecatan Timbalan PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta penyiksaan terhadap tokoh politik itu sebenarnya telah menyemarak serta memuncaknya kemarahan rakyat terhadap Dr.M serta kepimpinannya dalam Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Natijahnya, rakyat mula memprotes serta menolak Umno-BN dalam beberapa siri pilihan raya dan ini membuatkan Umno dan kerajaan BN semakin ‘cemas’.


Kemudiannya, pengganti Tun Dr.M selepas itu adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berimej ‘alim-alim kucing’, ‘lembab’ serta agak kurang cerdik kerana masih ‘dibayangi’ dengan ‘badi’ Tun Dr. M yang masih hidup hingga sekarang.


Pentadbirannya selalu diganggu-gugat oleh mantan PM tersebut hingga kemuncaknya Tun Dr M ‘keluar’ dari Umno dan tidak akan kembali lagi KECUALI Tun Abdullah Badawi ini ‘berundur’ segera.


Tun Abdullah pula lebih dikenali dengan panggilan manjanya ‘Pak Lah’ dari keturunan darah daging alim ulama. Bahkan, datuknya Tuan Guru Fahim sebenarnya antara pimpinan PAS diperingkat permulaan penubuhan PAS sejak hampir 60 tahun lalu.


Hasilnya, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 lalu, prestasi Umno-BN pulih sedikit dan PAS, PKR dan DAP ‘kaku’ seketika.


Pak Lah…yang berimejkan ‘lemah’, ’lembab’, ‘mengantuk’ serta 1001 jenis dilabelkan kepadanya. Beliau juga dikatakan ‘diganggu’ oleh aura jahat menantunya yang bernama Khairi Jamaluddin (KJ).


Semua andaian tersebut bukan kerana sengaja Awang hendak memburuk-buruk pemimpin serta keluarga Umno-BN tetapi sekadar menyampaikn apa pendapat yang orang kata sebenarnya.


Sehinggalah, Pak Lah tunggu habis sepenggal beliau menjadi PM untuk mengharapkan dapat juga ‘pencen status PM’ meski pun rebut taufan politik telah lama berlaku dan Pak Lah buat tidak tahu sahaja.


Kesannya, pada PRU ke-12 tahun 2008 yang lalu. Rakyat mula ‘mengajar’ sedikit serta ‘menghukum’ sedikit sebagai tanda ‘AMARAN’ bahawa suara rakyat suara keramat. Dan akhirnya, rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 kerajaan BN di Parlimen.


PAS, PKR dan DAP berjaya dibanyak negeri kali ini (PRU ke-12). Maka, terbentuklah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti tersebut.


Keputusannya, kerajaan PAS kekal di Kelantan. DAP berjaya tubuh kerajaan negeri di Pulau Pinang. Pakatan Rakyat (PKR & PAS) berjaya memerintah negeri Selangor. Pakatan Rakyat (PAS & PKR) juga berjaya mentadbir negeri Kedah. Dan Pakatan Rakyat (PAS & DAP & PKR) juga berjaya di negeri Perak.


Takdir menentukan, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang bermenteri besarkan Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin akhirkan ‘digulingkan’ dalam satu ‘rampasan’ kuasa di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak secara tidak bermaruah.


Ini berlaku, apabila Pakatan Rakyat Perak yang hanya dengan kelebihan majority tiga kerusi Dun telah ‘melompat’ parti atas pagar Bebas. Dua ‘ekor’ wakil rakyat PKR dan seekor wakil rakyat DAP yang ‘OKU’ itu berjaya ‘dibeli’ oleh Umno-BN.


Maka, jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan naik semula kerajaan Umno-BN yang diketuai oleh ‘mamak’ Dr Zambry dan speaker ‘haram’ Ganesan. Hingga kini, beberapa kali Persidangan Dun Perak tidak pernah tenang dan aman.


Sumber-sumber yang Awang perolehi secara ‘bawah tanah’, ‘atas darat’,’dalam air’ dan ‘diudara’ mendapati telah wujud, sedang wujud dan akan wujud kembali satu ‘gelombang’ rakyat untuk PRU ke-13 akan datang.


Gelombang rakyat akan berlaku sama ada secara ‘ribut taufan’, ‘perang mulut’ dan ‘secara senyap’ di kalangan rakyat di seluruh pelusuk negara.


Ini kerana, gelombang ribut taufan berlaku di kalangan pemimpin dan ganeral parti. Gelombang perang mulut pula berlaku di kalangan ahli, petugas serta penyokong parti. Dan gelombang secara senyap juga berlaku di kalangan pengundi ‘atas pagar’ atau yang tidak berparti.


Dan Sebenarnya, hari ini..Umno semakin ‘lemah’ kerana menghadapi masalah krisis kepimpinan di semua peringkat. Barisan Nasional semakin ‘hancur’ kerana pergolakan dalaman komponen BN seperti MIC, MCA, Gerakan, PPP dan semua sekali.


Pemimpin Umno-BN sedar perkara ini dan Umno hanya mengharapkan ‘tali hayat’ serta ‘denyut nadi’ terakhirnya sebahagian dari kalangan orang-orang Melayu di Felda dan di pendalaman sahaja.


Sebab itu, kini timbul semula ‘isu perpaduan’ yang Umno mahukan agar PAS bersama mereka (BN) kerana Umno kini telah hilang sokongan dan keyakinan rakyat. ‘Tongkat’ Umno-BN dari rakan-rakannya MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi tidak boleh diharapkan lagi. Semuanya telah ‘reput’ dan ‘patah’ sedikit demi sedikit.


Justeru itu, Awang pernah mendengar ucapan dan kata-kata dari Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh yang menyifatkan sistem serta dasar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menyakinkan rakyat.


Menurutnya, pelaksanaan dasar pentadbiran negara yang ditunjangi oleh Umno juga bakal menumbangkan parti tersebut.


Ini kerana, katanya ramai yang menolak Umno-BN kerana dasar yang dibawa oleh parti itu sudah tidak mampu diterima rakyat.


“Senario politik hari ini, masyarakat menolak sistem (dasar) yang dibawa oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka (rakyat) tolak pelaksanaan dasar Umno dan itulah kelemahan parti kerajaan (BN).


“Kami (PAS) yakin, sistem yang dilaksanakan itu pasti akan menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Insya’Allah,” jelasnya.


Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Pusat mendakwa Umno-BN tidak mungkin dapat melakukan perubahan dalam masa terdekat ini.


Katanya, kekalahan Umno-BN di beberapa buah negeri dalam PRU ke-12 lalu serta kehilangan sokongan rakyat dalam beberapa pilihan raya kecil bukti penolakan tersebut.


“Saya rasa tidak mungkin Umno dan Barisan Nasional dapat membuat perubahan dalam masa terdekat ini.


“Kita (rakyat) lihat berlaku kegagalan dalam sistem pendidikan dan peningkatan gejala sosial yang ketara dalam negara hari ini,” ujarnya.


Menurutnya, Umno-BN menyedari kekurangan sokongan rakyat tetapi tidak mampu membuat perubahan yang lebih baik lagi.


Kesimpulannya, Umno-BN memang semakin lemah, hilang sokongan dan tidak bermaya untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 akan datang pada bila-bila masa sahaja.


Persoalannya, adakah PAS…adakah PKR…dan adakah DAP telah ‘bersedia’ untuk membentuk satu Pakatan Rakyat yang benar-benar Pakatan Rakyat? Harapan serta sandaran rakyat dan pengundi hari ini bukan lagi kepada Umno-BN tetapi mula beralih kepada Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP).


Awang bimbang dengan cakap-cakap orang, kata-kata orang dan apa yang orang kata…”Umno-BN, banyak masalah ‘dalaman’ dan semakin lemah dan akan ditolak oleh rakyat khususnya pengundi pada bila-bila masa. Tetapi Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) juga semacam belum bersedia lagi untuk menerajui Putrajaya, Negeri dan Negaraku”.


NOTA: ‘Selangkah ke hadapan boleh sampai ke pintu Putrajaya TETAPI selangkah ke belakang hanya sampai ke pintu Balairaya’.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top