Pemuda PAS Setiu, Dungun anjur demo APCO

Salam Satu Perjuangan:-

Penentangan umat Islam di negara ini terhadap syarikat yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan negara haram Israel dan bangsa Yahudi semakin menyemarak.

Penentangan demi penentangan dibuat, bantahan demi bantahan juga dibuat orang dan protes demi protes terus dianjurkan.

Semua orang Islam yang masih ada iman walau pun sikit-sikit sebesar biji sawi akan turut serta tergerak dihati untuk menyertai bantahan terhadap Israel-Yahudi itu.

Kecuali, kepada manusia yang hati-hatinya telah tertutup rapat serta jauh dari rahmat Allah SWT dan gelap-gulita hatinya dari ditembusi cahaya Allah Ta’ala.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Setiu dan Dungun masing-masing menganjurkan Himpunan Aman Membantah APCO Worldwide di dua buah masjid berasingan selepas solat Jumaat, baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya menunjukkan sikap suka kepada Yahudi.

“Umno-BN sememangnya menunjukkan sikap mereka suka kepada Yahudi. Pertama, mereka (pemimpin BN) menjalinkan kerjasama dan perjanjian dengan syarikat APCO Wolrdwide.

“Kedua, mereka (Umno-BN) telah membenarkan syarikat minuman ringan Coca-cola bertapak di Nilai, Negeri Sembilan di atas tanah wakaf Majlis Agama dan yang kita (PAS) ketahui syarikat berkenaan menjadi penyumbang utama kepada negara haram Israel.

“Ketiga, kerajaan Malaysia telah membantu Amerika Syarikat untuk menamatkan penjualan minyak dan gas kepada negara Iran kerana Iran menjadi ancaman kepada Yahudi-Israel.

“Keempat, kerajaan Malaysia tidak bersedia untuk mendesak Amerika Syarikat dan seluruh dunia supaya mengenakan sekatan terhadap Yahudi yang juga membunuh umat Islam dan mempunyai bom nukleur,” tegasnya ketika mengetuai tunjuk perasaan di perkarangan Masjid Jabi, Setiu.

Bahkan, kata beliau pertemuan antara Najib-Obama juga telah menunjukkan bahawa hubungan erat bagi menjamin kedudukan Yahudi serta mengancam kedudukan umat Islam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim menegaskan rakyat di negara ini tidak wajar lagi menyokong serta memberi wala’ kepada pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, katanya Umno-BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalinkan kerjasama serta perjanjian dengan Israel.

“Kita (rakyat) tidak boleh sokong Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi kerana di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib yang secara jelas mengambil syarikat APCO Worldwide yang ada kaitan dengan pengganas antarabangsa Yahudi di Israel,” tegasnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurutnya, kumpulan tersebut sewaktu era kebangkitan Intifadhah telah berperanan serta bertanggungjawab membunuh pemimpin dan pejuang Hamas di Palestin sejak dahulu hingga sekarang.

Antaranya, kata beliau yang terkorban syahid seperti Syeikh Ahmed Yasin yang ditembak dengan peluru berpandu dari helikopter Apche ketika keluar dari Masjid selepas solat subuh.

Katanya, begitu juga dengan penganti as-Syahid Syeikh Ahmed Yasin iaitu Dr Abdul Aziz Rantisi serta ramai lagi yang diseksa dan terkorban syahid.

Malangnya, kata Dr Azman pemimpin Umno-BN telah mengambil syarikat APCO Worldwide sebagai penasihat untuk mendapat petunjuk serta memandu ke arah hala tuju masa depan negara di bawah kepimpinan Najib.

Kebetulan pada hari tersebut Awang singgah untuk bersolat Jumaat bersama dua orang anak Awang berumur 13 dan 11 tahun serta dua orang rakan dari Kuala Terengganu.

Kami singgah dan selepas sembahyang ada sedikit ucapan yang mengutuk Israel-Yahudi serta kerajaan Malaysia yang bersekongkol dengan rejim tersebut.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top