Pemuda jadi rebutan


HARI INI…golongan pemuda menjadi ‘sasaran’ dan sudah tentunya usia yang masih muda menjadi pilihan serta rebutan kepada semua pihak dalam setiap badan organisasi di dunia hari ini.

Baru-baru ini, Awang ada mendengar satu ucapan dari sebuah parti politik yang berteras dan berdasarkan Islam sebagai pegangan hidupnya.

Beliau ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamarulzaman Abdullah berkata bahawa pemuda menjadi pilihan semua pihak di dunia hari ini.

Katanya, semua badan-badan organisasi, parti dan lain-lain berkehendakkan orang-orang muda bagi meneruskan perjuangan masing-masing.

“Pentingnya usia muda ini kerana menjadi pilihan dan rebutan banyak pihak termasuk organisasi, parti-parti dan lain-lain.

“Orang muda dikehendaki oleh semua pihak untuk meneruskan perjuangan dan kesinambungan organisasi mereka,” ujarnya.

Ustaz Kamarulzaman berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Kejohanan Futsal Piala Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kuala Berang, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, anak-anak muda digalakkan membuat perkara-perkara yang berfaedah untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Ini kerana, katanya usia muda mudah dibentuk dan diasuh mengikut corak kepimpinan Islam mahu pun bukan Islam.

“Kita (PAS) mahu anak-anak muda hari ini bersama dengan kepimpinan Islam demi masa depan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bermain dan bersukan tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan tetapi biarlah mengikut kaedah yang tidak bercanggah dengan Islam,” ujarnya.

Menurutnya, pembentukan anak-anak muda mengikut corak kepimpinan semasa sama ada dengan Islam atau menentang Islam.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi MTD Kuala Berang yang juga Bendahari PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid kepada semua pemain dan pemenangnya.

Cuma ingin Awang peringatkan kepada pihak penganjur agar bertegas sikit dari segi pemakaian para peserta futsal terbabit agar benar-benar mentup aurat walau pun di kalangan peserta lelaki sahaja.


Ini kerana, Awang diberitahu yang peraturan telah ditetapkan sebelum perlawanan dan syaratnya menutup aurat yakni berseluar panjang di bawah paras lutut.

Mungkin ‘terlepas’ pandang terdapat beberapa orang peserta futsal tersebut yang berseluar pendek yang jarang sekali Awang melihatnya kecuali di kalangan Pemuda-pemuda Umno yang jahil dan tidak tahu ‘kala’.

Awang sendiri tidak berseluar pendek sejak hampir 30 tahun lalu semoga maju sukan untuk Islam.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top