BN belanja RM3 bilion di Tenang?

Salam For All;

Malam ini, Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) ‘meraikan’ kemenangan yang tidak bermaruah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di N05. Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Labis, Johor.

Sekali pun BN mendabit dada kononnya menang dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut tetapi Awang melihat itu suatu kejayaan yang tidak bermaruah seperti ‘pelacur politik’ atau ‘gigolo politik’.

Apa tidaknya, hanya untuk kemenangan yang memperolehi majoriti kurang lebih 3,707 undi itu Umno-BN terpaksa membelanjakan hampir atau lebih RM3 bilion wang rakyat sebagai ‘rasuah politiknya’ di Tenang.

Awang tidak persoalkan jika dengan jumlah RM3 bilion itu Umno-BN akan mendapat undi rakyat 100 % (10,579 orang) atau paling kurang 99 % (10,578 Orang) dan hanya Cikgu Mala (Normala) sahaja yang tidak undi BN.

Ketika berkempen, Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan rasuah politik awalnya kepada peneroka Felda yang berjumlah RM1.6 bilion.

Sepanjang kempen berlangsung pula pelbagai ‘pak menteri’ dan kuncu-kuncunya membuat tawaran demi tawaran, projek demi projek, janji demi janji dan sebagainya yang juga berjumlah RM1.4 bilion?

Para pengundi pula, di kalangan orang Melayu jati bersongkok tinggi (walau pun tidak sembahyang, asal bersongkok) masih menjadi ‘deposit’ tetap Umno-BN kerana golongan ini jenis ‘tidak cerdik’.

Rakyat Felda bukan sahaja di Tenang mungkin di tempat lain juga yang masih bersama Umno dan mengundi Umno-BN adalah golongan ‘jahiliah’ Melayu. Mereka ini macamlah golongan ‘Badwi’ di padang pasir Tanah Arab suatu ketika dahulu.

Mereka menyokong Umno-BN bukan kerana parti itu membawa ‘kebenaran’ atau ‘kebaikan’ tetapi kerana ikut-ikutan dan patuh arahan oleh ‘kepala’ kabilahnya.

Anak-anak muda pula dihidangankan dengan ‘hiburan’ yang melalaikan seperti karaoke, rokok, minyak motor dan sebagainya.

Warga emas pula disogok dengan duit RM50, perkakas dapur, kain batik, kain pelekat dan 1001 jenis janji dan harapan jika BN menang.

Musim pilihan raya dijadikan waktu dan ketika merebut peluang serta membuat duit jika sokong dan mengundi BN. Harga diri seseorang itu hilang entah ke mana?

Ibaratkan permainan bola sepak atau futsal. PAS dan Pakatan Rakyat berlawan dengan Umno-BN di atas padang yang tidak sama rata. Bahkan, pengadilnya (SPR) sendiri sentiasa mencari peluang untuk menyumbat gol bagi membantu kemenangan pihak BN.

Pengadil (SPR) seumpama ini, jika di negara lain sudah pasti akan dihumbang ke dalam longkang atau dijadikan bola untuk disepak terajang oleh para pemainnya.

Terlalu banyak untuk disenaraikan ketidakadilan, kepincangan yang berlaku sepanjang kempen PRK N05. Tenang ini. Tetapi, sayang pengadilnya (SPR) ‘buta’ dan ‘pekak’. Malah, ada orang kata pengadil juga sampai tahap ‘gila’.

Jadi sehingga jam 7.30 petang tadi, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat undi sebanyak 6,698 undi dan PAS memperolehi 2,963 undi.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dikatakan menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008. Awang yakin dalam PRU Ke-13 akan datang majoriti ini akan diperolehi oleh PAS-Pakatan Rakyat pula.

Calon BN juga menang undi POS yang merupakan juga ‘deposit’ tetap BN. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Malah, di Terengganu ada wakil POS yang kini menjadi Exco Kanan iaitu Dato’ Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, petang tadi. Berikut adalah rentetan perjalanan pengiraan undi secara ringkas yang berlaku hari ini.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, majoriti 2,622 undi.

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, majoriti 252 undi.

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387 undi.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira. Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm:
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045 undi.

6.51pm:
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67 undi.

6.50pm:
BN 2,038, PAS 1,207 undi.

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN – 212 undi.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533 undi.

6.34pm:
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN – 365 undi.

6.31pm
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS – 801 undi.

6.27pm:
PAS - 1,136, BN – 634 undi.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN – 90 undi.

6.15pm
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN – 64 undi.

6.10pm:
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak – 1 undi.

Sesungguhnya, sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5.00 petang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5.00 petang.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8.00 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan selepas pukul 9.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang BN-Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Selepas ini, PRK bagi Dun Merlimau, Melaka pula akan diadakan dan proses pasa siri-siri pilihan raya ini merupakan suatu ‘latihan’ kepada Pakatan Rakyat terutama PAS, PKR dan DAP.

Sama-samalah kita doakan semoga setiap bulan dapat diadakan pilihan raya kecil ini sehingga berlakunya pilihan raya umum ke-13. Jika boleh, ada orang mengharapkan setiap bulan seorang wakil rakyat Umno-BN atau MCA, MIC dan sekutunya meninggal dunia.

Sebenarnya, seronok pilihan raya ini kerana boleh jadi tempat ‘memperkayakan’ pemimpin Umno-BN serta ‘mengeyangkan’ rakyat yang ‘bodoh-bodoh’ seperti Melayu Umno di Felda dan pendalaman.

Sebab, jika tidak ada pilihan raya akan ‘kebuluranlah’ golongan warga emas, pemuda dan wanita Umno.

Kesimpulannya; “ Perjuangan Islam tetap menang dan tidak kalah walau pun pada zahirnya nampak kalah…kerana kemenangan itu ‘dijanjikan’ di hari akhirat”.

Siri 1-Jahatnya Umno di Tenang

Salam For All;

Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu membela rakyat dan ketuanan Melayu rupa-rupanya menindas rakyat dan mengkhianati hak rakyat.

Hal ini turut berlaku di Felda Tenang yang mana tempat berlangsungnya Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) berkenaan. Dan hari penentuannya, pada hari Ahad ini 30 Januari 2011.

Kali ini, Awang cuba bawa satu kes yang mana Umno-BN bertindak jahat serta merosakkan harta benda orang lain demi kepentingan partinya.

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari 2011 lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya.

Ini kerana, kedai makan petang dan malam yang menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka telah dimusnahkan, dihancurkan dan dinyahkan tanpa budibicara.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ianya telah dirobohkan pada 20 Januari 2011 yang lalu tanpa pengetahuan mahu pun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut.

Apatah lagi, hendak diberikan pampasan yang sewajarnya. "Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," ujarnya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2.00 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebak sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.

Beberapa orang pelanggan yang ditanya turut memberi pandangan tidak wajar pihak Umno-BN merobohkan warung tersebut hanya kerana bimbang markaz pilihan raya mereka terlindung.

Encik Ismail Yazid menyifatkan tindakan Umno-BN itu zalim dan tidak beradap serta berniat jahat.

“Tindakan roboh kedai orang jika tidak zalim, jahat dan jika tidak jahat, khianat. Umno-BN jika tidak diajar oleh rakyat tumbang dalam pilihan raya sudah pasti akan lupa daratan,” tegasnya.

Dengan kejadian itu, maka teringatlah Awang sebagaimana yang pernah dan banyak berlaku di Terengganu juga oleh kerajaan Umno-BN yang sama sepsis dengan Umno-BN Labis di Johor.

Sama-sama zalim, sama-sama jahat dan sama-sama khianat. Oleh kerana, lahir dari ‘perut’ Umno maka sudah tentu darahnya sama dan keturunannya sama jahat.

Di Terengganu, pada 19 November 1991, sebuah sekolah rakyat yang bernama Institut Berakan juga telah dirobohkan di subuh hari. Ratusan para pelajar ‘hilang’ kerusi meja dan bangunan tempat mereka menimba ilmu.

Bukan sekadar roboh, sisa-sisa runtuhan pula dibuang di satu lokasi di Chendering, Kuala Terengganu. Terdapat bersamanya, cebisan-cebisan al-Quran yang HANCUR LUMAT, KOYAK RABAK akibat cincangan jentolak milik Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) ketika itu.

Waktu itu, Menteri Besarnya, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang bimbang pengaruh PAS berkembang di sekolah Institut Berakan (IB). Ini kerana, IB dilihat dengan pandangan curiga boleh melahirkan tenaga pejuang PAS.

Panjang kisah Perobohan Institut Berakan yang akan Awang cerita semula dilain waktu, Cuma berlaku lagi pada tahun 2005. Waktu itu, kerajaan BN Terengganu juga diperintah kembali oleh Umno-BN.

Tahun 2005, kerajaan BN Terengganu juga meroboh pula Masjid Bujal di Kijal, Kemaman. Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh orang ‘gedebe’ Besut. Adun Kijal waktu itu Exco Dato’ Ahmad Said.

Sekarang dia pula telah Menteri Besar Terengganu yang penuh kontroversi dan tidak mendapat sokongan padu dari pemimpin Umno Terengganu yang lain.

Masjid Bujal dirobohkan kerana mahu menghapuskan jasa baik kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) yang memberikan tanah kepada rakyat. Jadi semua tanah-tanah yang kerajaan PAS agihkan kepada rakyat ‘dirampasnya’ semula.

Tujuan dan niat jahatnya supaya tidak ada apa yang bekas kerajaan PAS buat sepanjang menjadi pemerintah satu penggal dan hanya Umno yang ada jasa kepada rakyat dalam semua segi.

Jadi….jika Awang hendak ‘kebel’ terlalu banyak kejahatan dan kepincangan yang dibuat oleh Umno-BN Terengganu terhadap PAS dan rakyat. Tunggulah masa dan ketika, akan didedahkan siapakah seorang wakil rakyat Umno Terengganu yang pernah ‘MEROGOL’ anak dara orang.

Kesimpulannya, “BANGKAI GAJAH TIDAK BOLEH DITUTUP DENGAN DUIT RM1.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU SAHAJA)”.

Blogger ‘PAPAGOMO’ anak haram!!

Salam For All dan Salam Sejahtera;

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin hilang kepercayaan rakyat terutama di kalangan orang Melayu sendiri.

Ini kerana, sikap korupsi dan khianat dan zalim dan jahat dan bangsat pemimpin-pemimpin Melayu Umno dan bukan Melayu Barisan Nasional.

Akhirnya, rakyat yang ada sedikit pengetahuan yang cerdik mengambil sikap menolak Umno-BN dan bersedia digantikan dengan PAS atau Parti KeADILan Rakyat (PKR) atau DAP.

Hal demikian, lebih parah lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, apabila wujudnya gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Pakatan Rakyat pula mendapat sokongan dari penulis-penulis blogger yang menulis kerana KEBENARAN dan mendedahkan KEPALSUAN Umno-BN sebenar.

Maka, puak-puak Umno pun terpaksa mewujudkan kumpulan khas dengan peruntukan berjuta ringgit semata-mata untuk diberi HABUAN kepada para penulis blogger yang pro-Umno/BN.

Berduyung-duyunglah ‘penulis upahan’ Umno datang dan sedia berkhidmat kerana duit dan habuan. Tugas mereka jangan kira fakta itu benar atau salah kerana yang penting FITNAH dan burukkan imej PAS dan Pakatan Rakyat.

Salah ‘seekor’ penulis blogger yang diberi namanya “PAPAGOMO” antara berpuluh-puluh penulis upahan Umno-BN yang mendapat peruntukan besar dan lumayan. Blogger ini tugasnya memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sumber yang Awang terima, rupa-rupanya blogger PAPAGOMO ini ‘anak haram’. Jadi tidak jadi masalah soal ‘halal-haram’ dalam apa juga pekerjaannya. Blogger ini memang tidak ‘sembahyang-bang’ pun kata istilah orang kampung.

Sebab itu, jika para pembaca sekalian membaca tulisan dalam blog PAPAGOMO boleh dikatakan 1000 % BOHONG, FITNAH, JAHAT, LUCAH, GILA BABI, SEWEL, OTAK MASUK AIR, dan macam-macam lagi.

Benarlah kata, rakan Awang yang juga merupakan Koordinator Majlis Makan Malam Blogger bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Januari lalu iaitu Tarmizi Mohd Jam.

Beliau menyeru semua ahli-ahli PAS dan umat Islam dalam Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger PEMFITNAH pro-Umno yang bergentayangan di alam siber.

Seorang blogger PEMFITNAH pro-Umno, PAPAGOMO, antaranya kini sedang ligat memutarkan fitnah kononnya pertemuan blogger bersama Tuan Guru Nik Aziz Sabtu lalu, setiap blogger diberi RM500, laptop, broadband dan telefon mudah alih jenama Blackberry.

Terkini facebooker bernama "Suara Dari Bumi" yang terkenal dengan FITNAH JAHAT KEJAM nya memaparkan fitnah dengan mendakwa dalam facebooknya: "Normala tinggalkan suami lama, kejar Maarof Kaya. DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina. Ingat pas ingat maksiat".

Inilah taktik yang sama berulang-ulang dilakukan kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat sebelum ini. Calon PAS di Galas dituduh berzina dengan ibunya sendiri, sebelum itu hangat Adun PAS Selingsing dituduh berzina dalam gerabak keretapi. Semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Zaid Ibrahim dijatuhkan dengan isu arak.

Apabila melihatkan bahawa fitnah zina sebagai peluru yang cukup ampuh bagi para blogger dan facebooker di dalam menjatuhkan calon Pakatan Rakyat, kali ini, sekali lagi isu zina digunakan untuk menjatuhkan Puan Normala Sudirman, calon PAS Dun Tenang.

Di bawah ini bukti Facebooker upahan sudah mula mencipta isu zina untuk menjatuhkan Calon PAS Dun Tenang.

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro Pakatan Rakyat diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger PEMFITNAH pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

"Blogger PEMFITNAH pro-Umno ini, diyakini bukan dari kalangan orang terdidik agama. Sebab itu tak takut langsung dengan fitnah. Tak ada pertimbangan dosa pahala. Mereka memang berani memfitnah. Seolah-olah tiada hari pembalasan untuk membicarakan apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini semasa hayat," tegas Tarmizi.

Beliau bagaimana pun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger PEMFITNAH yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam baru-baru ini, agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger PEMFITNAH pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Hotel Grand Seasons. Lebih 200 blogger pro Pakatan Rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuk Timbalan Menteri Besar dan Sepaker Dun.

Kumpulan blogger seperti itu ibaratnya ‘LALAT’ yang boleh membawa penyakit kepada manusia dan patut dihapuskan dan dibunuh sebelum ianya membiak dan bertelur lagi atau seperti buaya yang tiada lidah atau seperti burung pemangsa yang memakan bangkai.

Sebenarnya, susah juga kita hendak tegur puak-puak blogger laknat seperti itu kerana memang tidak ada kesedaran diri untuk insaf. Cuma senjata doa sahaja semoga Tuhan mengubah fikiran gila para blogger itu atau minta dilaknat sahaja oleh Tuhan Azzawajalla.

Hinanya, golongan blogger ini apabila masuk lubang kubur baru dia tahu betapa langit itu tinggi dan garam itu masin dan gula itu manis dan api itu panas.

Kesimpulannya; “JIKA LAHIR SUDAH HARAM…HIDUP PUN DALAM HARAM DAN MATI PUN DALAM KEADAAN HARAM’.

Mahathir ‘nyanyuk’?

Salam For All:

KESIAN….KeSIan…kesIAN…dan kesian sungguh bila teringatkan kata-kata mantan Perdana Menteri (PM) yang kita kasihi ini rupa-rupanya telah ‘nyanyuk’ tetapi masih tidak sedarkan dirinya.

Beliau ialah ‘bapak’ PEMBAZIRAN dan DIKTATOR yang pernah dilahirkan sebagai PM di tanah Melayu ini bumi Malaysia yang dicintai. Tidak lain dan tidak bukan tokoh nyanyuk ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya, bukan Awang yang gelarkan bekas Presiden Umno-BN ini ‘nyanyuk’ tetapi semua rakyat Malaysia yang CERDIK dan BERFIKIRAN WARAS sudah pasti akan kata dia nyanyuk.

Kecuali, pemimpin dan ahli-ahli Umno yang BUTA-TULI dan PEKAK BADAK sahaja yang mempertahankan hujah ucapan orang tua itu.

Suatu ketika, masa Tun Dr Mahathir kuat menghentam PM Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dan kritik Umno ‘kaw-kaw’ semua orang Umno pun marahkan orang tua yang nyanyuk ini.

Siap ugut ‘keluar’ dari jadi ahli Umno lagi dan maki-hamun kepada Pak Lah. Tapi sekarang, bila PM bertukar tangan kepada anak Tun Razak (Najib)…semua ahli Umno yang ‘bodoh-bodoh’ ikut dan taatkan si tua ini.

Nyanyuknya Tun Dr Mahathir kali ini kerana dia marahkan PAS letak calon wanita bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Kata Tun Dr Mahathir, “dulu PAS cakap tak boleh letak calon wanita tepi sekarang boleh pulak, PAS mungkir janji dan gadai prinsip Islam”.

Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Dan Sebenarnya….bukan PAS yang gadai prinsip tetapi dia yang nyanyuk dan mudah lupa pada sejarah yang berlaku sejak lebih 50 tahun negara merdeka. Atau dia (Tun) masih ingat tetapi sengaja buat-buat tidak ingat sejarah.

Kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita ‘diharamkan’ kerana PAS pernah melantik Khadijah Sidek sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah ‘hilang ingatan’ terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.

Pelbagai reaksi dan pandangan orang terhadap Tun Dr Mahathir apabila dia membuat komen bodoh seperti itu tetapi malas Awang hendak tulis di sini. Bukan apa, takut terasa hati orang Umno membacanya.

Kesimpulannya; “PADA USIA WARGA EMAS INI BANYAKLAH BERTAUBAT DAN MERENUNG KESILAPAN YANG PERNAH KITA BUAT SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DAN NAFAS MASIH PANJANG SEBELUM….PINTU TAUBAT DITUTUP OLEH TUHAN YANG MAHA ESA”.

30,000 iringi Cikgu Mala

Salam…Salam…Salam For All;

(By Muslim and Non-Muslim)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang akan menyaksikan perlawanan ‘satu vs satu’ antara calon PAS, Normala Sudirman atau Cikgu Mala dengan Si Pemuda Gemuk, Mohd Azhar Ibrahim.

Sama ada percaya atau tidak percaya Cikgu Mala telah diiringi oleh lebih 30,000 orang ahli dan penyokong PAS-Pakatan Rakyat ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Labis, Johor.

Awal-awal lagi, pihak Umno-Barisan Nasional (BN) sama ada melalui ‘utusan meloye’ atau ‘berite hairan’ atau TV3 suku dan para blogger 3 sukunya telah memainkan isu fitnah dan rekaan semata-mata terhadap calon PAS, Cikgu Mala.

Pelbagai isu cuba dimainkan termasuk ‘zina’, ‘khalwat’ dan 1001 macam fitnah serta pembohongannya. Sebab itu, Awang pun sekali-sekala tu ‘naik angin’ dan ‘keluar angin’ melihat strategi Umno-BN ini.

Awang akan ulas dan laporkan dari masa ke semasa, Cuma hari ini Awang hendak tunjukkan rakam-peristiwa yang sempat dirakamkan pada Hari Penamaan Calon tersebut. Tapi, maaflah jika gambar-gambar tidak cantik sebab kamera ‘cap ayam’ yang digunakan itu pun subsidi dari seorang sahabat.

Awang bawa serba sedikit rentetan pada hari yang penuh bersejarah itu dan merupakan PRK ke-14 dan mungkin selepas ini ada lagi yang ke-15, 16, 17, 18 hingga habis wakil rakyat Umno-BN meninggal dunia sebelum bulan Mac 2011.

12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari.

11.40 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11.30 am: Normala pada sidang medianya memberitahu, sekurang kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang, kedua- menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan mewakili suara majoriti guru di Labis.

Tambahnya lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR memberitahu menerima bantahan tetapi selepas meneliti, tiada pencalonan yang ditolak.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor, Dr Boo Cheng Hau dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

0.10 am: Calon PAS, Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.05 am: Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah. Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PAS-Pakatan Rakyat yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am:
Calon PAS, Normala Sudirman (Cikgu Mala) kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid, Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

8.55 am: Penyokong PAS-Pakatan Rakyat kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am:
Perarakan kini tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.50 am: Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis di hadapan pintu masuk pusat penamaan.
8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yangg hadir selain Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa (Tim. Presiden), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden), Salahudin Ayub (Naib Presiden), Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin utama DAP, Tan Seng Giaw.

8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah lebih 8000 orang.

8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpula-kumpulan kecil di sepanjang jalan termasuk dari PKR dan DAP.

8.23 am: Perarakan dimulakan lebih 10,000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.
8.20 am: Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km yang diketuai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pimpinan PAS lain, PKR dan DAP.

8.06 am: Perarakan bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis. Puluhan ribu penyokong bersedia mengiringi calon PAS, Normala Sudirman atau panggilan mesranya Cikgu Mala.

8.02 am: Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS-PR baru sahaja selesai solat hajat.

7.30 am: Pemimpin dan penyokong PAS-Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat sebelum perarakan calon dimulakan.

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top