Awas!!! Bahtera BN ‘bocor’



BENARKAH…? Bahtera Barisan Nasional (BN) kini sedang ‘bocor’ dan akan karam serta tenggelam dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ini kerana, usia pemerintahan Umno-BN telah melebih 50 tahun serta mencapai usia warga emas yang semakin lemah dan tidak bertenaga lagi.

Awang diberitahu, dalam usia yang sebegitu lama memerintah Negara ini dianggap tidak relevan lagi oleh para analisis politik dan rakyat umumnya.

Apatah lagi, selepas PRU Ke-12 lalu, majority yang diperolehi oleh BN di peringkat pusat kurang dua pertiga serta ‘mencemaskan’.

Meski pun, pemimpin Umno-BN kata tidak ada masalah tetapi ‘kecut’ perut dibuatnya sehingga memaksa mereka membuat perhitungan di luar batasan demokrasi.

Soal ‘halal-haram’…’betul-salah’ itu nombor dua, belakang kiralah. Apa yang penting BN terus teguh dan memerintah.

Sebab itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak boleh jatuh. BN tidak mampu untuk ambil balik kerajaan Pakatan Rakyat Perak secara ‘anak jantan’ mengikut lunas-lunas demokrasi.

Maka, dengan cara ‘meragut’,’rasuah’ dan tipu muslihat terpaksa dilakukan. Dan Najib selaku Perdana Menteri 1Malaysia untuk jahanam telah belajar dalam hal ini dengan ‘sifunya’ iaitu Mahaguru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib pun guna ilmu Dr Mahathir iaitu dia tidak hairan dengan pembangkang sekali pun mempunyai 100 para peguam bela yang hebat-hebat untuk lawan kes di Mahkamah.

Sebab, Najib sama juga dengan Dr Mahathir…dia hanya perlukan seorang ‘hakim’ yang boleh ikut telunjukknya.

Sebab itu, kes Anwar mereka berani bawa sekali lagi ke mahkamah. Jika keputusan itu tidak memihak kepada Najib dan kerajaan BN. Awang berani ‘kerat kuku’ atau ‘potong rambut’.
Begitu juga dengan kes MB Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin walau pun dia boleh menang pada dasarnya. Tetapi, tetap kalah sebab Dr Zambry dan Najib ada seorang ‘hakim’.

‘Dan Sebenarnya’…Najib dan BN terpaksa buat itu semua kerana kapal yang sedang dikemudinya kini telah bocor dan hampir karam.

Tambahan pula, ‘awok-awok’ (MCA, MIC, PPP dan lain-lain) dalam pakatan Barisan Nasional (BN) sedang bergaduh dan bertumbuh sesama sendiri.

Sudahlah, kapal hendak karam ditambah pula dengan ‘awok-awok’ BN berlawan dan berperang dalam bantera BN tersebut.

Maka, Awang ada terdengar satu ucapan yang dibuat oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang hal politik Umno-BN.

Awang difahamkan, PAS sekali lagi menegaskan tidak akan ada kerjasama membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN).

PAS lebih selesa menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan daripada ‘bersama’ (menyertai) dengan sebuah kerajaan yang bakal ‘tenggelam’ (tumbang).

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifat Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) seumpama sebuah kenderaan bahtera yang sedang ‘bocor’.

“Bentuk kerajaan, sehingga kini tidak berlaku dan tidak ada perkiraan. Kita (PAS) tunggu pilihan raya. Bentuk lain ada, ekonomi dan sebagainya.

“Kita (PAS) lebih selesa jadi pembangkang yang menasihatkan kerajaan kerana kita (PAS) tidak mahu naik di atas kenderaan yang sedang ‘bocor’.

“Kita (PAS) tahu parti kerajaan (BN) juga sedang ‘bocor’, tidak pasal-pasal kita (PAS) naik dan tenggelam dengan ‘bahtera’ yang ‘bocor’,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, 19 Februari lalu.

Namun begitu, katanya PAS sedia bekerjasama, bermuzakarah dan berbincang dalam isu-isu lain seperti ekonomi dan sosial bagi kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pendirian PAS bersikap positif dalam perkara yang baik mengikut konsep demokrasi.

“Kita (PAS) bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik kita terus bekerjasama. Sebagaimana, dimasa-masa yang lalu.

“Perkara yang mungkar, perkara yang tidak betul kita (PAS) tetap menegur dan mengkritik. Ini adalah konsep demokrasi yang kita (PAS) amalkan.

“Kita (PAS) tidak membangkang semata-mata dan kita (PAS) tidak menyokong semata-mata. Kita (PAS) terbuka untuk bermuzakarah, berbincang sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegasnya.

Sementara itu, kata Ustaz Abdul Hadi ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi hanya mengikut kepimpinan partinya.

Cuma, katanya masih terdapat di kalangan ahli parti yang melahirkan rasa ‘cemburu’, bimbang dan fobia tentang pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 70-an.

“Akar umbi PAS mengikut kepimpinan dia (parti), dan yang ada ialah rasa ‘cemburu’ kerana mengalami fobia PAS menyertai Barisan Nasional (BN) tahun 70-an dan kemudian Kelantan ‘dirampas’ secara darurat.

“Itu dalam kerjasama politik yang perlu dilaksanakan dalam sejarah tanahair selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

“Dan kita (PAS) merasakan kerjasama bentuk Barisan Nasional (BN) tidak berulang dan tidak akan berlaku lagi.

“Kita (PAS) ada bentuk kerjasama lain yang boleh kita (parti) buat. Dan kita (PAS) boleh bertemu bukan sahaja dengan kerajaan Malaysia, bahkan kerajaan asing pun kita (PAS) berjumpa dalam isu-isu yang positif,” ujarnya.

Menurutnya, dalam isu Islam mengikut aspek yang luas, menyeluruh dan bukan Islam dari sudut pandangan yang sempit.

Oleh itu, sukalah kiranya Awang mengajak member-member AWang yang masih dalam bahtera Umno-BN itu supaya segera turun dan meninggalkannya.

Marilah, kita (rakyat) pakat-pakat naik bahtera baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tetapi bukan bahtera kapal selam yang walau pun baru dibeli tetapi tidak boleh menyelam.

Apatah lagi, jika naki kapal terbang yang sebelum ini heboh tidak ada injinnya. Jika itulah keadaannya, baiklah kita pakat sama-sama naik wau itu lebih selamat.

Awang cadang naik wau itu bukan sebarang wau tetapu ‘wau bulan’ yang dilihat semua orang bakal menerajui kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

RENUNG YANG BARU…FIKIR YANG BURUK DEH…

Pasar Binjai Souq yang malang








Orang Melayu cukup kaya dengan peribahasa dan bahasa kiasan untuk menggambarkan sesuatu sama ada perkara yang baik atau yang buruk.

Awang teringat akan satu pepetah Melayu yang berbunyi ‘Rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi’.

Begitulah perumpamaan yang selayaknya diberikan terhadap sebuah projek Pasar Binjai Souq, di Batu 24, Kampung Binjai, Kemaman yang telah siap digunakan sejak setahun lalu.

Projek yang menelan belanja lebih RM16 juta itu dibina ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu diterajui oleh mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Sebut sahaja nama ‘Idris Jusoh’ maka, sudah tentunya lemah segala urat-saraf dan sendi angkaran pemerintahannya yang berslogankan ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’.

Rupa-rupanya, banyak projek-projek semasa dia jadi Menteri Besar Terengganu yang boleh dilakarkan dalam sejarah untuk peringatan anak cucu sampai hari kiamat.

Ada orang beritahu Awang cara dan gaya pemerintahan Idris hanya mahu cepat dan dapat tunjuk-tunjuk kepada orang ramai yang ini dia (MB) buat. Dia boleh buat itu, dia boleh buat ini.

Tapi apa yang jadi buah mulut dan terkenal hasil bauh tangannya ketika menjadi MB Terengganu ialah banyak projek tidak menjadi dan tidak tahan lama. Akhirnya, runtuh dan rebah menyembah bumi.

Buat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang harganya hampir RM300 juta runtuh bumbungnya pada 2 Jun 2009 yang lalu sehari sebelum dijangka berlangsungnya satu acara sukan tertentu.

Buat Pusat Akuatik Kolam Renang di Batu Burok yang berharga belasan juta dan mungkin puluhan juta dibelanjakan pun akhirnya ‘retak menanti belah’ dan terpaksa ditutup lagi.

Buat projek Masjid Batu Putih di Kertih yang baru siap juga akhirnya runtuh bumbung yang mencederakan dua pekerjanya dan bernasib baik tidak ada kemalangan jiwa.

Bina Menara Komunikasi di Besut yang berharga jutaan ringgit juga akhirnya tumbang menyembah bumi.

Bina dan membesarkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak, Kuala Terengganu juga menghadapi masalah bumbung dan landasan.

Buat Taman Rekreasi di Bandar Jertih dekat dengan Masjid Hadhari pun boleh tenggelam setiap tahun jika masuk musim tengkujuh.

Buat projek Pasar Jertih Souq pula terbengkalai dan kaku begitu sahaja. Projek pun ‘mampus’ tetapi bayaran kepada kontraktor hampir selesai dan ada yang mendakwa telah selesai.

Apa yang orang kata, barangkali semua projek-projek di zaman Idris dahulunya tidak selamat dan bakal runtuh, tumbang dan mengancam nyawa pada bila-bila masa sahaja.

Dan kembali kita kepada projek Pasar Binjai Souq pula menerima nasib yang sama walau pun lebih baik dari yang lain tetapi menjadi tekanan jiwa kepada para pengunjung dan peniaganya.

Awang diberitahu, rungutan serta keluhan para peniaga di bahagian pasar basah berkenaan kurang mendapat perhatian pihak berwajib sekadar ‘melepas batuk di tangga’ sahaja.

Terdapat ‘kecacatan’ pada beberapa bahagian struktur pasar tersebut sekaligus menggusarkan penghuninya.

Antara kerosakan paling ketara terdapat kesan kebocoran pada bahagian yang menempatkan tangki air serta berlaku keretakan struktur bangunannya.

Selain itu, banyak jubin lantai yang retak dan pecah menyebabkan berlaku banjir apabila hujan kerana dimasuki air dari bawah tanah.

Manakala, sebahagian besar dari kemudahan kipas angin tidak berfungsi dan semua pintu premis peniaga pasar basah rosak serta tidak boleh dikunci.

Bahkan, pasar berkenaan hanya ‘indah khabar dari rupa’ kerana tandasnya yang kotor, busuk serta menjijikkan para pengunjung.

Sistem perparitan serta pembentungan yang tidak mengikut ‘spesifikasi’ menyebabkan pelbagai masalah timbul dan menyusahkan para peniaga terbabit.

Seorang peniaga ikan, Encik Mohamad Zawai Mustafa, 42, berkata aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) pernah dibuat tetapi kurang mendapat perhatian.

“Kami (peniaga) ada buat beberapa kali aduan tentang masalah dan kerosakan, cuma mereka (pihak berkuasa) datang dan baiki sikit-sikit.
“Masalah besar kita (peniaga) sistem pembentungan tersumbat, kebocoran dan banjir setiap kali hari hujan,” ujarnya.

Menurutnya, setiap blok premis tersebut disewa dengan pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) antara RM60 hingga RM120 sebulan.

Rakannya, Shamsuddin Othman, 53, mendakwa hasil perniagaan di Pasar Binjai Souq yang baru ini kurang memuaskan.

Katanya, hasil jualan rata-rata para peniaga merosot antara 30 hingga 40 peratus dari pasar lama sebelum ini.

Menurutnya, pelbagai masalah dihadapi oleh para peniaga serta pengunjung pasar terutama dari segi keselamatan.

“Jualan kami (peniaga) merosot hampir 30 hingga 40 peratus dari tempat (pasar) lama dahulu.

“Kami (peniaga) tidak tolak pembangunan tetapi biarlah ‘benda’ (keadaan) yang lebih baik dan memuaskan,” jelasnya.

Katanya, kebimbangan para peniaga dan pengunjung tentang ‘CF’ kerana banyak kerosakan dan kecacatan dapat dilihat di pasar tersebut.

Menurutnya, projek Pasar Binjai Souq ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak mengikut ‘spesifikasi’ yang betul.

Sementara itu, seorang aktivis Kebajikan dan Kemasyarakatan Kemaman, Encik Zulkifli Mohd Yakim mahukan pihak MPk segera memberi perhatian tentang masalah di Pasar Binjai Souq.

Kata beliau, pelbagai masalah ditimbulkan oleh para peniaga termasuk keselamatan, kebocoran, keretakan struktur bangunan dan sebagainya.

“Saya harap tindakan segera diperlukan untuk baiki dan periksa kembali struktur bangunan (pasar) ini.

“Jika dinding boleh retak, jubin lantai boleh retak dan pecah, pembentungan air boleh melimpah, banjir kilat boleh berlaku sudah tentu ada yang tidak kena,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa di bahagian pasar kering satu blok masih belum boleh digunakan dan terbiar sejak setahun lalu.

Menurutnya, bangunan hadapan Pasar Binjai Souq ini umpama ‘gajah putih’ yang tersergam indah tetapi tidak boleh dimanfaatkan.

“Pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) diminta menjelaskan kepada orang ramai mengapa bangunan Pasar Binjai Souq ini masih belum digunakan walau pun dikatakan siap sepenuhnya.

“Orang ramai perlu tahu apa statusnya (Binjai Souq), mengapa para peniaga kuih-kuih masih berniaga di luar pasar.

“MPk mesti jelaskan kedudukan sebenar, kebajikan dan keselamatan para peniaga perlu ditentukan,” tegasnya.

Beliau menyifatkan kerja-kerja penyudah atau ‘finishing’ yang dilakukan oleh pihak kontraktor terbabit dibuat secara sambil lewa sekadar siap sahaja.

“Saya lihat ada bahagian penyudah atau ‘finishing’ yang dibuat oleh kontraktor berkenaan ambil jalan mudah dan buat sekadar siap sahaja.

“Pihak penyelia pula tidak amanah dengan memastikan kerja-kerja dilakukan menggunakan bahan dan mengikut spesifikasi ditetapkan,” ujarnya.

Pasar Binjai Souq mempunyai sebanyak 48 buah premis kesemuanya. Manakala, 24 buah menempatkan gerai basah seperti ikan, daging, ayam serta sayur-sayuran dan selebihnya untuk kuih-muih dan barangan runcit.

RENUNG-RENUNG SALAH…FIKIR-FIKIR SALAH

Projek ‘ad-hoc’ yang memalukan Menteri akhirnya lulus


Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chik pernah ‘dimalukan’ oleh segelintir ahli Umno serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Sura Hujung, Dungun, baru-baru ini.

Projek tersebut dikatakan orang sebagai projek ‘ad hoc’ kerana pihak JKKK dan penduduk tidak tahu-menahu dan mendapat bantahan.

Awang dimaklumkan upacara pecah tanah pembinaan Velodrom Lumba Basikal dan beberapa kemudahan sukan lain di daerah Dungun yang dijadual berlangsung terpaksa ditangguh kononnya mendapat bantuan penduduk.

Hakikatnya, penduduk setempat tidak mengetahui perancangan kerajaan bagi mengadakan sebuah Velodrom Lumba Basikal di atas sebuah tapak Padang Bola.

Sumber Awang memaklumkan, pihak yang ‘kuat’ menentang majlis pecah tanah tersebut sehingga terpaksa ditangguhkan adalah JKKK di kampung berkenaan.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak tersebut juga memaklumkan bahawa penentangan dibuat kerana projek itu tidak melalui JKKK setempat.

Maknanya, JKKK bukan tidak setuju kerana kepentingan rakyat tetapi barangkali tidak setuju kerana JKKK tersebut tidak dapat bahagiannya.

Biasalah, amalan ‘komesyen’ dalam bahasa lembut yang sama dengan amalan ‘rasuah’ itu telah berakar umbi dan bersarang dalam diri tubuh badan orang Umno.

Sebut sahaja bab rasuah atau ‘baham pitis’ ini dari peringkat orang ‘bawah’ hingga ke arang ‘atas’ semuanya ‘kedaroh’ duit rakyat.

Ibaratnya, jika ada apa-apa projek yang kecil-kecil dia (Umno) ‘baham’ (ambil) sikit, projek yang besar-besar dia ‘baham’ besar.

Bahkan, Awang juga dimaklumkan, segala persiapan telah dibuat dengan pemasangan puluhan khemah di atas tapak Padang Bola yang bakal ‘dikorbankan’ itu.

Seorang penduduk, Zakaria Mat Zin, 49, menyifatkan projek pembinaan velodrom lumba basikal yang dicadangkan itu adalah projek ‘ad-hoc’.

Ini kerana, katanya penduduk di Kampung Sura Hujung ini tidak pernah mengetahui perihal tersebut.

“Tiba-tiba beberapa hari sebelum berlangsung cadanagn majlis pecah tanah (velodrom) itu pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dating dan bersih kawasan.

“Projek (velodrom) itu akan dibuat atas sebuah padang bola yang menjadi tempat anak-anak kampung bermain bola sepak setiap petang,” ujarnya.

Menurutnya, projek tersebut akan ‘mengorbankan’ sebuah padang bola yang telah wujud sejak 15 tahun lalu di kampung ini.

Encik Zamri Muda, 39, berkata penduduk setempat tidak menolak pembangunan yang hendak dibuat oleh kerajaan tetapi biar ikut salurannya.

Sepatutnya, kata beliau perbincangan dengan penduduk dan jawatankuasa berkenaan wajar dilakukan terlebih dahulu.

“Kami (penduduk) tidak menolak pembangunan yang dibawa oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat tetapi biar ikut cara betul.

“Sebab, jika terlaksana projek (veledrom) itu kemungkinan melibatkan rumah-rumah kediaman penduduk dan pengambilan balik tanah,” jelasnya.

Katanya, penduduk tidak mahu kerana pembangunan yang kurang penting rakyat ‘dikorbankan’ serta kehilangan tempat tinggal kelak.

‘Dan Sebenarnya’…beberapa hari lalu, Awang diberitahu lagi bahawa seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu ada membuat kenyataan dalam akhbar yang projek itu akan diluluskan segera.

Barangkali, pihak JKKK yang kuat menentang sebelum ini sudah mendapat bahagiannya dan sama-sama dapat ‘baham’ bahagian masing-masing.

Maka, sesuailah dengan amalan puak-puak Umno pakai apa yang dikatakan ‘yang berat sama pikul…yang ringan sama dijinjing’ dan yang jadi mangsanya ‘rakyat mesti didahulukan’ untuk susah dan ‘pemimpin diutamakan’ untuk senang.

RENUNG DAN FIKIR SATU MALAYSIA

Tokong Cina Berusia 200 Tahun Terbakar









PAS Terengganu sekali lagi mengambil sikap prihatin serta ‘cakna’ kepada masyarakat tionghua di negeri ini ekoran tragedi kebakaran sebuah tokong lama berusia lebih 200 tahun di Kampung Cina, semalam (22 Feb 2010).

Dalam insiden tersebut Tokong Ho Ann Kiong yang dikatakan tertua di Terengganu ini musnah lebih 60 peratus kerosakannya.

Awang yang kebetulan bersama dengan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing dan berada di tempat kejadian itu antara yang terawal tiba ketika api mula marak dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Hiliran baru sampai.

Seramai 15 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan bantuan tiga buah ‘tanker’ (kereta bomba) yang diketuai pegawai operasinya, Encik Mansor Mohd Noor.

Sejurus selepas itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di lokasi kejadian setelah dihubungi oleh Awang sendiri.

Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berada di Kuala Lumpur dan Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ketika kejadian sedang merasmikan suatu mesyuarat.

Nasib baik, Haji Wahid datang kata seorang penduduk jika tidak teruk aku ‘belasah’ (komen) dia (Wahid) kali ini.

Bukan apa, kata orang itu..sejak akhir-akhir ini prestasi MP Kuala Terengganu (Wahid) ini sangat ‘teruk’ dan merosot hingga tidak sedap telinga mendengarnya.

Awang banyak sangat terima aduan dan perkhabaran tentang semua wakil rakyat baik dari parti Umno atau PAS sendiri. Cuma yang tidak sedapnya, banyak yang negatif dari positif.

Pesan Awang kali ini khasnya kepada wakil rakyat yang berjuang atas tiket ‘Islam’ (PAS) supaya ambil peringatan dan terima teguran dengan positif.

Jangan sampai Awang sendiri yang ‘belasah’ wakil-wakil rakyat atau Adun-adun yang mula ‘lupa diri’ atau selalu ‘menyibukkan diri’ dari turun berjumpa rakyat.

Ini kerana, wakil rakyat untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri…jika tidak boleh berkhidmat untuk rakyat…lebih baik ‘gantung’ sahaja songkok atau baju Melayu Wakil Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Apa yang hebatnya PAS Terengganu kali ini wakil rakyatnya cepat dan ada di lokasi kebakaran. Tapi wakil Umno langsung tidak nampak muka kecuali wakil MCA.

Wakil MCA itu, Toh Chin Yaw kebetulan jadi Adun Bandar jika tidak ‘mampus’ pun tidak datangnya.

Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS merakamkan ucapan takziah serta simpatinya kepada seluruh masyarakat tionghua di negeri ini.

“Saya mewakili PAS Terengganu serta kepimpinan negeri ini ingin merakamkan ucapan takziah, simpati dan harap masyarakat tionghua di sini (Kampung Cina) bertenang dan bersabar,” ujarnya..

Katanya, maklumat dan siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden kebakaran Tokong Ho Ann Kiong, di Kampung Cina, tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu memaklumkan, pihak bomba mengesahkan kejadian tersebut bukan perbuatan khianat mana-mana pihak.

"Saya bimbang ‘takut’ (risau) ada usur khianat tetapi telah disahkan tadi (bomba) tidak ada.

"Bomba sendiri sebut tadi, tapi dia masih siasat, cuma dia pesan tadi jangan timbul tuduhan- tuduhan yang tidak berasas," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam.

Harakah merupakan wartawan terawal tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.20 malam ketika api mula marak dengan cepatnya dan kebakaran berlaku sekitar jam 9.00 malam.

Menurut saksi penduduk berkata asap tebal dilihat mula keluar dari bahagian tengah atas bumbung bangunan tokong tersebut lebih kurang jam 9.00 malam.

Namun begitu, orang ramai tidak dapat memasuki bangunan tersebut untuk memadam kebakaran kerana pintu tokong berkunci.

Awang difahamkan, penjaga tokong tersebut keluar untuk makan sekitar jam 7.00 malam serta menguncinya sewaktu kejadian berlaku.

Benarkah Presiden PAS ‘bercanggah’ dengan Mursyidul Am?




ISU perbincangan antara PAS-Umno yang dicetuskan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kembali membuka ruang perbahasan antara satu sama lain.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selalunya diberi gambaran tidak sehaluan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Media arus perdana pula cuba ‘mewujudkan’ kononnya berlaku percanggahan pendapat antara dua tokoh tok guru tersebut dan disahut pula oleh para bloggers yang ‘makan suap’.

Rakyat yang ‘berkitabkan’ surat khabar dan laporan tv pro-kerajaan tersebut semakin ‘memerut’ seolah-olah ‘tertelan mata kail’ yang berselindung disebalik umpannya.

Bahkan, ahli-ahli PAS sendiri pun terikut-ikut dengan rentak permainan tersebut yang seharusnya diselidiki apa yang sebenarnya berlaku ‘dalaman’ parti atau laporan tersebut.

Kadang-kala, Awang diberitahu ahli-ahli PAS juga lebih percayakan laporan provokasi seumpama itu dari mempercayai pemimpin mereka.

Ini tidak terkecuali di kalangan blogger-blogger di kalangan penyokong PAS dan ahli PAS yang agak tidak ‘sehaluan’ dengan pendiriannya. Maka, dikritik pimpinan tersebut tidak bertempat.

Kononnya, guna kebebasan bersuara tetapi terikut-ikut dengan rentak ‘musuh’ tanpa disedarinya. Pemimpin itu begitu-begini..begitu-begini. Timbullah, persepsi yang bermacam-macam.

Jika kita rasa kita benar…dan pemimpin itu salah. Apa ‘takut’…datanglah jumpa pemimpin itu dan persoalkan apa yang tidak betul, apa yang salah itu. Janganlah ‘ambil’ di tepi-tepi jalan dan membuat dakwaan sebagai kisah benar.

Jika ada di kalangan para blogger PAS atau Pakatan Rakyat yang tahu pemimpin-pemimpin PAS buat salah. Ayuh, kita pakat turun jumpa dan tanya sendiri apa yang tidak betul itu.

Jika mahu, Awang boleh tolong bawa jumpa secara langsung dengan pemimpin-pemimpin yang dikatakan buat salah. Biar kita bersemuka, kerana perjuangan Islam ini bukan hak milik dia dan bukan harta pusaka dia.

Apa yang ingin Awang utarakan di sini, setiap kali ‘timbul’ isu kerjasama dan perbincangan PAS-Umno. Maka, ‘riuh-damak’ kata pemimpin itu nok pakat dengan Umno…pemimpin ini nok masuk Umno.

Pada hal, dari sudut strategi politik tidak diambil kira. Oleh itu, janganlah kita selalu ‘bersangka jahat’ kepada orang.

Kali ini, Awang hendak tuliskan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Abdul Hadi melalui soal-jawab dalam beberapa isu dimutakhir ini.

S: Dato’ Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘relegent’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘relegent’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi. Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu. Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun). Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah. Perkara yang principal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat. Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadannya?

J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur. Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu. Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara. Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini. Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu. Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah Phd dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting. Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma. Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termsuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak. Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan-pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersdia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.

S: Dato’ Seri, PAS Perak telah beralih kuasa dan dalam Pakatan Rakyat dengan adanya kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Adakah itu mengganggu-gugat sokongan yang padu kepada PAS sendiri?

J: Kita melihat sokongan ahli-ahli PAS tidak berubah. Apa yang penting ialah sokongan pengundi-pengundi atas pagar yang masih dipengaruhi media arus perdana yang tidak sampai kesemua peringkat. Perubahan lebih ketara di tempat yang ada kemudahan internet sebagai media alternatif. Dengan sebab itu, kita (PAS) menang dan mendapat sokongan di kawasan-kawasan Bandar dan pinggir Bandar. Kawasan pendalaman masih ketinggalan. Sebabnya, demokrasi media masih lagi tidak ada dalam erti kata sebenar. Sebab itu, rakyat perlu mendapat maklumat yang sebenar. Dalam amalan demokrasi rakyat adalah hakim. Hakim yang memberi kata putus melalui pilihan raya, hakim tidak boleh memberi keputusan sekiranya tidak mendapat maklumat yang sepenuhnya dari saksi dan pendakwa. Jika maklumat dari pihak pendakwa sahaja dan dari pihak yang didakwa tidak ada maklumat. Bagaimana, hakim boleh memberi keputusan yang adil dan dengan sebab itu, rakyat perlu mendapat maklumat yang sepenuhnya bukan sahaja maklumat dari kerajaan tetapi juga dari pihak pembangkang. Maka, media memainkan peranan yang besar dalam masalah ini.

Media pro-kerajaan lain ditanya lain disiar!!


SESUNGGUHNYA….tidak hairan bagi kita akan peranan serta tanggungjawab semua media yang pro-pemerintah, kerana ia (media) menjadi ‘alat’ propaganda kerajaan.

Baik Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, The Star, News Strait Time (NST), TV3, Ntv7, TV9, RTM 1 & 2….dan sebagainya semua sama kroni-kroni Umno-Barisan Nasional (BN).

Hendak jadi keceritanya, pada hari Jumaat (19 Februari) lalu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijemput untuk merasmikan program Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010.

Program tersebut dibuatnya di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat rumah seorang pemimpin veteran PAS Terengganu, Ustaz Harun Jusoh.

Awang dihubungi oleh seorang rakan media di Kuala Lumpur dan memberitahu Awang bahawa akhbar Online Utusan Malaysia telah memutar-belit kenyataan ‘Tok Guru’ (Ustaz Abdul Hadi).

Kenyataan ‘Tok Guru’ akan perihal 50 Anggota Parlimen Australia campur tangan dalam hal ehwal negara disensasikan sedemikian rupa.

Keesokkan harinya (Sabtu-20 Februari), akhbar Utusan Malaysia cetak memakai tajuk beritanya…’PAS bantah campur tangan Australia’.

Antara pemberitaanya, “PAS hari ini tampil dengan pendirian menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan kes liwat Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim”.

Maka, pada malam tersebut Awang segera mendapatkan semula tape rakaman sidang media antara Tok Guru dengan Wartawan-wartawan Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Harakah.

Setelah didengari betul-betul soalan dan jawapan tersebut ternyata intro akhbar berkenaan dan kemungkinan beberapa akhbar lain telah dibuat mengikut ‘pemikiran’, ‘perkiraan’ agenda tertentu.

Oleh kerana, sekarang ini berkebetulan kepala Awang pening-pening lalat dan tidak berapa segar. Jadi, untuk memudahkan rakyat sekalian mudah faham dan tidak berbelit-belit.

Maka, di bawah ini sengaja Awang dedahkan isi kandung sebenar soal-jawab antara para wartawan terbabit dengan Tok Guru secara ‘transkrip’.

BH: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campurtangan tersebut?

DSTG: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik. Khususnya, mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu Negara kita sebuah Negara yang berdaulat. Dan tidak perlu kepada campur tangan asing. Apa lagi dari Negara-negara barat, Negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

BERNAMA: Jadi, pada pandangan Dato’ Seri campur tangan asing itu tidak bolehlah?

DSTN: Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah, kita ada kehebatan jika tidak hilang kehebatan kita.

BH: Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

DSTG: Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

BERNAMA: Maksud Dato’ Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

DSTG: Ya, krisis…krisis..keyakinan yang berlaku.

BERNAMA: Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?

DSTG: Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.

UM: Dato’ Sri, Ekoran campur tangan Australia ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?

DSTG: Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nok bantah orang campur tangan jika kita sendiri tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki ‘diri’ (kelemahan) kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, Negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

BERNAMA: Dato’ Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

DSTG: Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhamad SAW sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini. Dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi SAW tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

RENUNG YANG BENAR....FIKIR YANG SALAH

Hari Keluarga Awang Meriah






Bersempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Keluarga Awang merancang mengadakan ‘Hari Keluarga’ untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Maka, kami adik-beradik pun baliklah ke kampung semua dan berkumpul ramai-ramai. Kampung Awang namanya Kampung Geliga Besar, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Kemaman.

Jika kawan-kawan biasa ke sana (Kg. Geliga) di mana ada satu deretan orang jual kerepok lekor atau kerepok rebus atau kerepok ‘batang’ atau macam-macam nama yang digelarnya semua sama maksud.

Boleh dikatakan, 99 peratus dari para peniaganya adalah ‘anak-beranak’ dan suku-sakat Awang belaka sebenarnya. Bapa saudara ada, emak saudara ada, sepupu ada, berpupu-pupu pun ada…’pendek’ katanya semua dari kalangan keluarga anak-beranak Awang.

Maju sungguh ‘lening’ kawasan tu setiap hari berduyung-duyung orang datang membelinya. Dan menjadi satu daya tarikan pelancongan di Kemaman.

Ok, pada hari Ahad (14 Februari) malamnya, kami pun buatlah BBQ dengan membakar ikan, ayam, pari dan sebagainya.

Meriah juga pada malam tu…adik-beradik, ipar dan anak cucu saling berperanan dan sama-sama memasak dan makan. Gelagak anak-anak kami semua pun macam-macam. Bila sudah ramai ada yang menangis dan suka bergalak pun ada belaka.

Habis tu nok buat macam mana, bila ramai-ramai jadi satu kesukaan dan ‘pesta’ buat budak-budak. Jika kita larang semakinlah menjadi-jadi…itulah hari keluarga namanya.

‘Dan Sebenarnya’…, idea BBQ itu dicadangkan oleh emak-ayah kami. Orang tua itu hendak lihat kami anak-cucu balik ramai-ramai dan makan ramai-ramai sekali sekala.

Cumanya, ada satu keluarga adik Awang yang terpaksa tidak dapat hadir kerana mertuanya suaminya ada buat kenduri arwah di Manir, Terengganu.

Namanya, Noraini dan suaminya Mohd Firdaus serta dua anaknya tidak bersama kami dan keluarga pada malam dibuat BBQ itu.

Awang perhatikan…rupa-rupanya program seumpama ini boleh dijadikan acara tahunan yang boleh dimasukkan dalam ‘kalendar keluarga’ di masa akan datang.

Biasanya, setahun sekali kami semua adik-beradik ada agenda tahunan pada hari raya sahaja. Maknanya, setiap hari raya kami kena bincang sama ada raya pertama, kedua atau ketiga kami semua mesti balik dan berkumpul.

Pada malam itu, biasanya ‘bos’ (ayah) Awang akan memulakan ucapan dan nasihatnya kepada anak-anak dan diikuti oleh emak Awang.

Selepas itu, Awang pula sebagai anak yang sulong, isteri Awang dan begitulah seterusnya semua bercakap dalam majlis itu mengikut turutan sampai kepada adik yang bongsu.

Dan selepas itu, kami semua bersalam-salaman dan mengagihkan duit raya kepada anak-anak dan anak-anak saudara dan cukup meriahlah.

Tahun ini, kami telah rancang satu program rehlah yang tertangguh sejak hampir dua tahun. Dana kutipan RM30 sebulan satu keluarga dan dua tahun banyaklah. Jadi, pada bulan Mac 2010 nanti, kami semua akan ke Johor Bharu.

Semoga dengan apa-apa perancangan yang kami semua buat ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kekeluargaan. Meski pun masa Awang sangat ‘terhad’ dengan kerja-kerja tetapi dalam bab ini Awang cuba sedaya upaya untuk bersama mereka semua.

RENUNG UNTUK KELUARGA….FIKIT NTUK DIRI

‘Terima kasih, Tok Guru..selamatkan saya’




PADA hari raya cina (Ahad-14 Februari 2010) lalu, ketika hari cuti dan masing-masing mempunyai aktiviti sendiri. Maka, tidak terkecuali juga kepada seorang tokoh individu ulama’ tersohor di negeri Terengganu Darul Iman ini.

Ketokohannya, bukan sekadar kerana ilmunya atau kepetahan pidatonya tetapi juga kerana ilmu bermasyarakat dan ilmu hobinya.

Sebab itu, beliau layak diberi nama oleh orang tuanya yang juga terdiri dari kalangan tokoh ulama’ yang memimpin di negeri Darul Iman.

Nama Abdul Hadi adalah membawa erti dan makna ‘Yang Memimpin’. Jadi, ketokohan seorang Presiden sebuah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini kini telah teruji baik dipersada dunia antarabangsa, mahu pun di tanahair sendiri.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini merupakan seorang pemimpin sebuah parti Gerakan Islam PAS di Malaysia.

Bahkan, nama ‘gah’ tersebut merupakan antara beberapa pimpinan Gerakan Islam Dunia yang banyak menyumbang kepada dunia Islam amnya.

Namun begitu, kali ini Awang bukannya hendak membicarakan perihal yang ilmiah tentang ketokohan beliau itu. Tetapi, cuba mendedahkan kepada rakan-rakan dan orang ramai sesuatu yang jarang kita ketahuinya.

Tok Guru Haji Hadi atau lebih ‘mesra’ dengan panggilan ‘Ayah Chik’ merupaka anak keempat dari enam adik-beradiknya. Dua lelaki dan empat perempuan.

Oh ya, minggu lepas…adik perempuan ‘Ayah Chik’ iaitu Allahyarham Hajah Aishah Haji Awang, 58, telah kembali kerahmatullah akibat sakit buah pinggang, jantung dan lain-lain.-ALFATIHAH.

Kembali kita, kepada kehebatan ‘Ayah Chik’ ini meski pun bertaraf ulama’ antarabangsa tetapi kehidupannya seperti ‘orang kampung’ sahaja.

Beliau duduk dalam masyarakat setempat yang disekelilingnya orang-orang kampung sejak dia kecil hingga mencapai taraf warga emas kini.

Ayah Chik mempunyai hobi ‘kelaut’ dan mahir menangkap ikan ke tengah lautan yang luas. Ayah Chik tidak ‘mabuk’ laut sebagaimana orang lain yang tidak pernah menceburi bidang tersebut.

Masa kosong yang terluangnya, jala, pukat, mata kail dan bot menjadi ‘teman’ mencari ketenangan dan inspirasi mencari kekuatan mindanya.

Perihal yang hendak Awang lakarkan di sini kali ini. Bagaimana, orang sehebat Tok Guru ini menyelamatkan satu nyawa dari mati lemas ketika mandi di Pantai Rusila, Marang.

Awang diberitahu sendiri oleh mangsa lemas yang diselamatkan oleh ‘Ayah Chik’ yang pada ketika itu ombak besar serta boleh meragut nyawanya.

“Kurang 10 minit lagi, saya ingat mungkin saya akan mati lemas dan dihanyutkan ke laut.

“Hampir setengah jam saya bertarung dengan ajal dan maut tetapi takdir menentukan saya masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT,” kata mangsa lemas, Encik Ahamad Mat Zin, 58, dari Kampung Rusila, Marang.

Beliau hampir lemas di laut sebelum dapat diselamatkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dua anak dan menantunya yang kebetulan berada di pantai tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad (14 Februari) lalu kira-kira jam 5.30 petang yang hampir meragut nyawa Ahamad jika kurang 10 minit lagi diselamatkan.

Ahamad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Mat Jaga’ merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ‘Tok Guru’ dan Syukur kepada Allah SWT.

“Saya ucap syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kami sekeluarga kepada Tok Guru (Ustaz Abdul Hadi) dan anak-anaknya yang telah menyelamatkan saya.

“Saya sangat terharu kerana Tok Guru anak-beranak sanggup bergadai nyawa untuk menolong saya yang hampir lemas dan tenggelam pada hari itu,” jelasnya.

Menceritakan detik kejadian, katanya ketika sedang mandi di tepi laut air hanyalah di paras dada sebelum datangnya satu pukulan ombak yang besar.

“Ketika saya mandi air hanya di paras dada dan tiba-tiba datang satu pukulan ombak besar yang menarik saya ke tengah laut.

“Rupa-rupanya, arus laut di bawah kuat dan berpusar disertakan dengan ombak kuat memukul saya.

“30 minit saya ‘bertarung’ berusaha menyelamatkan diri dengan pertolongan orang ramai,” jelasnya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut beliau sudah keletihan bergelut hampir 30 minit sebelum dapat diselamatkan oleh Tok Guru Haji Hadi dan anak-menantunya itu.

Awang dimaklumkan, pada hari tersebut selepas solat asar sekitar jam 5.15 petang Ustaz Abdul Hadi bersama anak dan menantunya ke pantai untuk memancing.

Tiba-tiba mereka (Tok Guru dan keluarga) mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke arah laut.

Menurut anak Ustaz Abdul Hadi iaitu Abdul Rahman, 28, bahawa ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas tersebut.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu.

“Saya cuba tarik tangan beliau (Ahamad). Abang Khalil dan Abang Zaharudin juga membantu dan menyeret mangsa lemas ke pantai.

"Ayah (Ustaz Hadi) juga bersama kami ke dalam air untuk memapah mangsa naik ke pantai," jelasnya.

Keberanian ‘Tok Guru’ yang sanggup menggadai nyawanya sendiri biar pun beberapa kali dipukul ombak besar untuk menyelamatkan mangsa lemas tersebut bukan ‘main-main’.

Ini bermakna, Ustaz Abdul Hadi bukan sahaja berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari tersesat ‘kelemasan’ tetapi juga menyelamatkan nyawa manusia.

Ketika kejadian itu berlaku, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Mohamad Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai tersebut.

Guane ‘Gamok’ PAS Kite?




Muslimat PAS khususnya di negeri Terengganu disarankan supaya mengambil berat untuk memperkasakan parti disemua peringkat dalam usaha menjayakan misi menjana kemenangan.

Saranan itu, dibuat oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada kepimpinan Muslimat PAS Terengganu dan jentera-jentera partinya.

Sejak akhir-akhir ini, scenario politik ‘Teganu Kite’ (Terengganu) agak tidak menentu cuacanya.

Pihak lawan PAS yakni Umno-Barisan Nasional (BN) sejak dari mula lepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu hingga sekarang pun masih tidak ‘sendik’.

Mereka (Umno-BN) berbalah sesama sendiri tidak pernah selesai lagi sebenarnya antara puak-puak tertentu.

TETAPI….PAS dan Pakatan Rakyat pula semacam ‘tidak berminat’ untuk kembali ‘merampas’ kerusi-kerusi politik yang dijatuhkan pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.

Sehinggakan, waktu itu (2004) PAS Terengganu hanya tinggal empat batu nisan yang seharusnya kena bangkit dengan kuasa ‘superman’ atau ‘ultraman’ dan bertarung dengan raksasa ‘plastik’ atau harimau ‘tidak bertaring’ Umno-BN itu.

Awang ingin sampaikan ‘apa yang orang kata’ dan menjadi percakapan di kedai-kedai kopi, warung MLM, pasar raya rakyat dan di mana sahaja.

Ramai orang kata dalam keadaan Umno-BN ‘bermasalah’ dengan penyakit ‘angin ahmar’, ‘stroke’, ‘jantung berlubang’, ‘darah tinggi’ dan semua ada tetapi PAS pula tunggu dan lihat.

Awang pun hendak juga tanya kepada orang-orang PAS, pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan jentera-jentera parti PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan.
PAS Terengganu ini hendak memerintah atau tidak? Apa yang orang kata, semacam tidak mahu jadi kerajaan ‘doh’…dan jika hendak pun PAS Terengganu Kita rasa macam duduk dalam ‘zon selesa’.

Benarlah kata-kata Ketua Muslimat PAS itu bahawa untuk merealisasikan kemenangan Islam beberapa ciri memperkasakan parti perlu dilakukan.

Katanya, usaha memperkasakan parti disemua peringkat perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

“Pertama, Allah SWT memerintahkan kita mewujudkan kumpulan Islam yang melaksanakan Islam secara menyeluruh yang merangkumi bidang kehidupan dengan aqidah, syariah, akhlak, ekonomi, pemerintahan dan sebagainya bagi kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara.

“Kedua, mewujudkan saf kumpulan Islam yang teguh ukhuwwahnya serta izzah dalam menghadapi musuh-musuh Islam tanpa rasa putus asa, takut dan hina.

“Ketiga, sedia berjihad secara faham dan bijak sehingga Islam tegak, berkuasa dan memerintah.

“Dan keempat, wala’ kepada Rasul dan kepimpinan Islam yang berwibawa iaitu kepimpinan yang tunduk dan taat hanya kepada Allah dan Rasul,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Muslimat PAS Negeri Terengganu yang bertemakan ‘Muslimat Penjana Kemenangan’ di Masjid Rusila, Marang, pada 6 Februari lalu.

Oleh itu, katanya sebagai pendokong gerakan Islam seperti PAS ini muslimat juga perlu diperkasakan.

Menurutnya, setiap ahli disemua peringkat organisasi parti mesti diperkasakan secara dalaman yang bercirikan kehendak Islam.

“Kita (muslimat) sebagai pendokong gerakan Islam PAS, kita (muslimat) wajib memperkasakan setiap ahli disemua peringkat organisasi parti secara dalaman dengan bercirikan kehendak Islam.

“Dalam masa sama, kita (muslimat) wajib mengatur langkah dan strategi perjuangan sebijak mungkin dalam merealisasikan kebijaksanaan berpolitik dan bermasyarakat,” tegasnya dihadapan lebih 3000 peserta dan pemerhati.

Justeru itu, beliau menyarankan agar Muslimat PAS mempunyai kemampuan berdakwah serta mengajak manusia kepada Islam.

Bahkan, katanya hingga mampu mengajak orang bukan Islam menjadi penyokong serta pendokong gerakan Islam PAS.

“Kita (muslimat) hendaklah berkemampuan mengajak manusia kepada Islam dengan menjadi penganutnya (Islam) dan mengajak bukan Islam menjadi penyokong dan pendokong kita (PAS) kerana kita (muslimat) yakin yang Islam itu adil untuk semua,” ujarnya.

Menurutnya, inilah peranan utama umat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam menempuh kehidupan duniawi yang sementara.

Ada orang beritahu Awang yang hadir sama pada majlis tersebut Penasihat Muslimat PAS Terengganu, Hajah Fatimah Ismail, isteri Presiden PAS, Datin Seri Hajah Zainab Awang dan Ketua Muslimat Terengganu, Safinah Jusoh.

Akhir sekali, ingin Awang beri sedikit ‘pendapatan’ (pendapat) dan ‘pemandangan’ (pandangan) bahawa…bukan mudah untuk PAS tewaskan dan tumbangkan seekor ‘raksasa plastik’ atau ‘harimau tidak bertaring’ Umno-BN.

Kenapa Awang kata begitu?... sebab kedua-dua jenis ‘natang’ itu boleh ‘membunuh’ kita yang sedang tidur, asyik tidur dan selalu tidur jika tidak ada persiapan sewajarnya.

RENUNG YANG BAIK….FIKIR YANG BURUK

Baju Budak UDM




PADA hari Jumaat, 29 Januari 2010 lalu, Awang ke Kampung Bari, Setiu kerana menghadiri satu program ceramah sempena Himpunan 2000 ‘Orang Mude Geng Kite’ Zon Besut dan Setiu.

Malam itu, yang berceramahnya adalah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasotion.

Setelah selesai program, sekitar jam 12.20 pagi (Sabtu-30 Januari 2010) Awang bertolak balik dari tapak program ke Kuala Terengganu.

Kebetulannya, Awang keseorangan dengan menaiki kereta MPV Ananza yang bernombor plat TAK 5505 milik adik ipar Awang yang bernama Wan Saudah Wan Musa. (Guru di Pulau Pinang).

Setiba Awang di satu lokasi dekat jambatan Penarik, Setiu. Awang lihat beberapa buah kereta berhenti di bahu jalan tapi orang tidak ramai. Sangkaan Awang mungkin ada orang sedang memancing atau lain-lain aktiviti.

Awang pun berhenti dan cuba melihat suasana. Rupa-rupanya, terdapat sebuah kereta terbabas dan perlukan bantuan segera.

Awang sendiri turun dan masuk ke dalam semak yang jauhnya beberapa meter dari bahu jalan. Sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki oleh enam anak gadis terbabas ketika mengelak bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Kami (orang ramai) tolong membawa yang tercedera itu ke tempat lebih selamat. Rupa-rupanya, semua itu adalah pelajar tahun tiga di Universiti Darul Iman (UDM).

Ambulan telah dihubungi tetapi terlalu lama untuk pasukan penyelamat itu tiba. Akhirnya, Awang buat cadangan bersedia untuk tolong hantar pelajar yang tercedera itu ke hospital.

Dua dari pelajar tersebut agak teruk cederanya dan seramai empat orang dibawa masuk ke kereta Awang untuk dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Manakala, dua lagi yang cedera ringan masih di sana (tempat kemalangan) untuk urusan-urusan berkaitan.

Akhirnya, sekitar jam 1.30 pagi (Sabtu-30 Januari 2010) Awang tiba di HSNZ untuk mendapatkan rawatan kepada empat pelajar terbabit.

Ketika dalam perjalanan sempat sepatah dua Awang tanya yang pelajar terbabit ada dari Kelantan, Perlis, Melaka dan Selangor. Tetapi pemandunya, jika tidak silap dari Pasir Putih, Kelantan. (cedera ringan)

Apa yang ingin Awang coretkan dalam catatan ini, mangsa kemalangan tersebut ada tertinggal sehelai kain tudung dan baju dalam kereta Awang. Dan sebungkus mee goreng yang akhirnya terpaksa Awang buangkan sahaja.

Kain tudung itu ada bunga-bunga kecil warta kuning air dan baju pula berwarna coklat. Masalahnya, sampai sekarang (10 Februari) Awang belum jumpa dengan budak-budak UDM itu untuk kembalikan semula barangannya.

Pada petang 30 Januari itu, Awang pergi semula ke hospital untuk kembalikan kepada budak UDM yang Awang tolong itu tetapi mereka sudah keluar HSNZ. dan pihak hospital beri dua nama iaitu Siti Faizah Taharil dan Maisarah Mansor.

Jika sesiapa yang mengetahuinya tentang budak-budak itu sila hubungi Awang segera untuk kembalikan barang-barang mereka. Hubungi Awang atau SMS di talian 016-937 1973.

RUNUNG & FIKIR….HARAP AMBIL PERHATIAN

Dr Zambry belum tentu menang di ‘Mahkamah Rakyat’








KIRA-KIRA….jam 11.00 pagi tadi ( 9 Februari) Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

SYABAS…SYABAS…dan SYABAS….satu keputusan yang tidak boleh dipertikaikan mengikut peraturan dan undang-undang kerajaan 1Malaysia.

Keputusan tersebut langsung tidak mengejutkan Awang bahkan, telah dijangkakan juga kebarangkaliannya oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP.

Pada saat ini, pemimpin dan penyokong kerajaan ‘haram’ Barisan Nasional (BN) sangat bergembira dan ‘tersenyum’ dengan keputusan tersebut.

Ahli-ahli Umno di kampung-kampung bakal meraikan dengan ‘nasi kunyit’ dan akan berpestalah tiga hari tiga malam.

Di Perak ketika ini, Umno Perak boleh mendabit dada seluas-luasnya yang mereka kini berada dilandasan ‘kebenaran’.

Apa yang berlalu sebelum ini, menampakkan seolah-olah bekas kerajaan Pakatan Rakyat yang ‘digulingkan’ itu gilakan kuasa dan jawatan Menteri Besar.

‘Dan Sebenarnya’….pada ‘pendapatan’ Awang dari sumber-sumber Umno-BN yang berbisik-bisik kepada Awang. Hakikatnya, pemimpin mereka Umno-BN pun tidak senang duduk dengan keputusan itu.

Rakyat bawahan tidak tahu yang pemimpin-pemimpin ‘atasan’ yang menjadi ‘dalang’ bagi ‘merampasan’ kuasa itu tidak senang duduk bagi memikirkan strategi seterusnya mulai hari ini.

Apa Yang Orang Kata….apakah akan berlaku juga pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dalam masa terdekat ini selepas Umno-BN berjaya memperolehi keputusan yang diharapkan itu.

Mereka sedang memikirkan bilakah pula tarikh dan masa sesuai untuk membubarkan Dun Perak bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno-BN Perak.

Maka, tidak mustahil salah satu strateginya mengambil kesempatan ke atas perbicaraan konspirasi kali kedua kes liwat yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selama sebulan ini.

Kes perbicaraan liwat Anwar merupakan satu modal besar pelaburan Umno-BN untuk ‘membunuh’ keyakinan serta sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Orang-orang Melayu yang ‘bersongkok’ hitam, yang ‘buta huruf’, ‘pekak agama’ dan ‘tuli minda’ terutama di kampung-kampung sangat mudah dikuasai oleh ‘dajal’ Umno-BN ‘dulu, kini dan selamanya’.

Oleh itu, nasihat Awang kepada pemimpin dan pendokong Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP di Perak agar segera bangkit mulai sekarang.

KAMU semua jangan tidur atau kecewa dengan keputusan yang ‘terpaksa’ dibuat oleh para ‘hakim-hakim’ yang ‘bijaksana’ itu.

Ini kerana, jika ditakdirkan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang diumum menang dan sah sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. Kemelut dan krisis tersebut tidak akan ada kesudahannya.

Malah, kekalutan dan kekusutan terus berlaku dan berpanjangan. Kerajaan Perak akan jadi lebih celaru dan ‘dalangnya’ akan lebih tertekan dengan keputusan lima hakim tersebut.

Ini kerana, telah banyak ‘kesilapan’ dan ‘kelulusan’ telah dibuat oleh ‘Menteri Besar Haram’ dan ‘Kerajaan Haram Perak’ sejak krisis tersebut berlaku hampir setahun lalu.

Alasan Penghakiman itu mudah sahaja apabila, Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria memutuskan permohonan Nizar sepatutnya tidak dibuat mengikut Perkara 36(2) tetapi 16(2) dalam perlembagaan negeri.

Berikut adalah perkembangan yang berlaku hari ini sejak awal pagi hingga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sekadar untuk tatapan umum.

11.00 pagi Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

10.42 pagi Tan Sri Ariffin Zakaria memutuskan permohonan Nizar sepatutnya tidak dibuat mengikut Perkara 36(2) tetapi 16(2) dalam perlembagaan negeri.

10.15 pagi Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan.

10.10 pagi Panel lima anggota hakim memasuki mahkamah. Penyokong Pakatan kini melebihi penyokong BN dengan laungan "Reformasi" dan "Hidup Rakyat' terus bergema.

9.25 pagi Penyokong Pakatan semakin bertambah kepada 300. Mereka bawa banner "Mahkamah rakyat Nizar MB" dan melaungkan "reformasi" dan "Hidup rakyat".
Lim Kit siang duduk di belakang dekat pintu, kerusi dibawa masuk oleh polis. Di sebelahnya Ngeh dan ADUN titi serong, Idham Lim.
9.50 pagi Anggota FRU memisahkan penyokong kedua belah pihak - Pakatan di sebelah kiri dan Umno di sebelah kanan. Ngeh Koo Ham juga masuk dan berjabat tangan dengan exco negeri Perak dari BN dan speaker Ganesan

9.25 pagi Kira-kira 20 anggota FRU mengarahkan semua penyokong dan media beredar dari tangga bangunan mahkamah. Datuk Sei Nizar Jamaluddin masuk ke mahkamah bersama isteri, dan bersalaman dengan beberapa penyokong BN. 200 Penyokong Umno berhimpun depan tangga mahkamah manakala penyokong Pakatan sekitar 100 orang.
Penyokong BN membalas dengan laungan "Daulat Tuanku" dan "Penderhaka"

9.37 pagi Penyokong BN berpaian kuning berkumpul di luar Istana Keadilan melebihi jumlah penyokong Pakatan.

9.36 pagi Penyokong BN melaungkan perkataan "Daulat Tuanku" dan "Penderhaka".

9.10 pagi ADUN Pakatan Perak, Chang Lih Kang, Wong Kah Hoe dan Kesivinder Singh dihalang polis daripada memasuki mahkamah. Ekoran itu, 50 penyokong Pakatan mengelilingi anggota pasukan keselamatan bagi memberikan tekanan.

9.05 pagi Datuk Sei Nizar Jamaluddin tiba bersama isteri jam 9.05 pagi, disambut oleh 50 penyokong Pakatan yg melaungkan "Hidup Nizar", "Bubar DUN" dan "Hidup Rakyat".

8.45 pagi Tiada tanda-tanda penyokong Pakatan hadir. Hanya seorang ADUN Titi Serong dan beberapa penyokong PAS dan DAP.

8.30 pagi Penyokong BN meningkat lebih daripada 100 orang. Mereka berdoa untuk kemenangan DatukSeri Zambry Abd Kadir.

8.25 pagi Kira-kira 50 penyokong BN, kebanyakannya Melayu berhimpun di depan Istana Keadilan sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Zambry", "Hidup BN".

8.15 pagi Sekumpulan orang, dipercayai penyokong BN, memakai kemeja-t kuning bertulis "Daulat Tuanku" berkumpul di depan mahkamah.

8.10 pagi Sekumpulan anggota polis kelihatan mula mengawal keadaan.

Apa yang diharapkan sebenarnya, Pakatan Rakyat masih ada peluang dan ruang untuk kembali memerintah dan menerajui kerajaan negeri Perak ini.

Awang melihat Pakatan Rakyat masih ada peluang dan gunalah peluang yang paling baik dan terakhir ini jika benar-benar dan bercita-cita untuk kembali sebagai sebuah kerajaan yang diterima oleh rakyat.

Pakatan Rakyat di Perak kena perkemaskan jentera parti masing-masing dan atur strategi dengan baik dan lebih berkesan untuk menawan hati rakyat.
Hari ini, rakyat tanpa berbilang kaum baik Melayu, Cina dan India telah ‘hilang mood’ serta hilang keyakinan terhadap parti Umno-BN bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara.

Meski pun Umno-BN berjaya memutar-belitkan isu ‘Penderhakaan’ kepada Sultan dan isu Nizar Boneka DAP. Hinggakan, dalam pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang undi Melayu merosot sebanyak empat peratus tetapi undi Cina (Tionghua) dan India naik antara 15 hingga 20 peratus kepada Pakatan Rakyat.

‘Apa Yang Penting’….Pakatan Rakyat kena yakin dan percaya bahawa mereka masih ada peluang untuk ‘merampas’ semua kerusi-kerusi atau sebahagian besar kerusi Dun Perak tersebut di ‘Mahkamah Rakyat’.

‘MAHKAMAH RAKYAT’ adalah kuasa penentunya dan ‘Mahkamah Rakyat’ adalah tali hayat bagi Pakatan Rakyat (PAS, PKR & DAP) dan Umno-BN. Mahkamah Rakyat adalah ‘PILIHAN RAYA’.

RENUNG MANA SILAPNYA….FIKIR MANA MENANGNYA

Apa Sudah Jadi Dengan Negeriku…(foto)






















Ungkapan ‘BELUM PERNAH SEBELUM INI’…’TIADA HALANGAN HANYALAH PELUANG’…’ISLAM HAD HARI TERENGGANU BESTARI’ yang diasaskan oleh dua pemimpin Umno diperingkat Pusat dan Negeri kini ibarat ‘senjata makan tuan’.

Apa tidaknya, setelah hampir dua penggal berlalunya pemerintahan kerajaan negeri Terengganu di bawah nakhoda Umno dan Barisan Nasional (BN) pelbagai kejadian ‘Pelik bin Ajaib’ berlaku di negeri ini.

Dua pemimpin Umno-BN itu ialah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Menteri Besar Kerajaan BN Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Kedua-duanya, kini telah menjadi ‘arwah’ dalam karear kepimpinan kerajaan sama ada negeri mahu pun pusat.

Hari ini, Awang tidak mahu komen panjang-panjang cuma Awang hendak tunjukkan gambar-gambar menarik yang berlaku dan terjadi di negeri Terengganu Darul Iman yang kita cintai ini.

Dari tragedi keruntuhan bangunan hinggalah kepada keruntuhan akhlak dan moral rakyat di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Tujuannya, supaya member-member Awang yang tidak tahu menjadi tahu, yang tidak peduli menjadi peduli, yang tidak cakna menjadi cakna dan yang tak percaya menjadi percaya bahawa semua ini angkaran ketidakcekapan pemimpin politik Umno-BN yang mentadbirnya.

RENUNG TIDAK DENGAN EMOSI……FIKIR DENGAN TENANG
 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top