Blogger GAP upahan Umno ‘mulut lembek’







Salam For All…
SEJAK musim ‘deman’ pilihan raya kecil di P94 Hulu Selangor baru-baru ini Awang perhatikan Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP sangat-sangat menjadi sasaran ‘serangan’ dari kumpulan Blogger Upahan Umno-BN atas nama ‘Gerakan-Anti-PKR’.

Bahkan, rangkaian dari kumpulan ini kadang-kalanya berhujah secara ‘akal-bodoh’ mereka sendiri serta jahil yang menyimpang dari kebenarannya.

Pimpinan pembangkang yang paling dimusuhi oleh para blogger tersebut seperti Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang dan ramai lagi yang jadi sasaran gilanya.

Awang bukan marah tetapi kadang-kala terasa juga untuk bersuara bagi membetulkan keadaan supaya tulisan dan cemuhan dari puak blogger ‘celaka’ ini kata Tok Guru Nik Aziz tidak ‘termakan’ oleh orang awam yang sempit mindanya.

‘Dan Sebenarnya’…para blogger tersebut bukannya tidak tahu hakikat kebenaran sebenar tetapi oleh kerana ‘cari makan’ dan ‘makan upah’ terpaksa buat jugalah untuk memenuhi kehendak ‘bossnya’ di kalangan pemimpin Umno-BN.

Sejak mutakhir ini, Awang lihat dan amati banyak hujah dan pendedahan yang dibuat oleh para blogger murahan ini terpesong dari kebenaran yang berlaku.

Dan sukalah Awang sifatkan kepada semua para blogger tersebut sebagai ‘Blogger Mulut Lembek’ yang cakap merapu dalam tulisan dan penulisannya.

Cuba kita perhati dan lihat salah satu petikan dari tulisan yang pernah disiarkan oleh para blogger GAP dan yang sewaktu dengannya terhadap Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dalam isu Sultan Selangor.

Tok Guru Nik Aziz apabila ditanya wartawan tentang larangan cakap politik di masjid dan tidak disebut pihak mana yang bercakap dan mengeluarkan larangan tersebut.

Jawapan sepontan Tok Guru, politik dengan agama tidak boleh dipisahkan dalam Islam kerana tuntutan Islam mesti disekalikan. Orang yang masih berpendirian ‘politik suku, agama suku’ adalah pemikiran penjajah.

Maknanya, jika pemimpin Umno yang mengeluarkan ‘larangan’ tersebut maka itu mewakili kefahaman penjajah yang tidak mahu melihat umat Islam maju dan boleh memerintah.

Soal Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi semua negeri-negeri di Negara yang tercinta ini itu soal lain tetapi hakikat kehendak Islam adalah sedemikian rupanya.
Dan ada betulnya juga jika Sultan yang benar-benar taat dengan Islam sebagai Ketua Agama tidak benarkan Institusi Masjid dijadikan ‘gelanggang’ politik kerana selama ini Umnolah yang mempergunakan Institusi Agama untuk kepentingan politik murahannya.

Pemimpin Umno mengambil sebahagian dari ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian lagi dari ajaran agama untuk kepentingan politik sempitnya.

Sebelum ini, Awang pernah siar ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibuat kira-kira 25 tahun lalu tentang ‘politik suku, agama suku’ ini. (Sila Rujuk Kembali).

Maka, terkeluarlah kata-kata biadap para blogger GAP terhadap Dato’ Nik Aziz yang marah kononnya Tok Guru ‘derhakakan’ Raja-raja dan arahan Sultan.

Seperti katanya, “jangan melampau la pakatan. jangan melampau la nik ajis ! dulu masa sultan kelantan gering kau langsung tak melawat sultan kat singapura. bila sultan kelantan balik kau pura-pura sakit sembunyikan diri..hari ini kau nak cari pasal pulak dengan titah tuanku sultan selangor ! jangan kurang ajar dengan sultan melayu !
‘JANGAN BIADAP DENGAN SULTAN AKU !’

Begitulah, serba-sedikit petikan dari tulisan GAP yang Awang sifatkan ‘berpura-pura’ kerana sebenarnya pemimpin Umno-BN yang ‘musuhi’ Sultan dan Raja-raja Melayu secara halus dan senyap.

Kita tidak lupa, bagaimana mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad ‘menelanjangkan’ Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu dengan ‘mencabut’ kuasa imuniti Raja-raja. Adakah kita lupa sejarah tersebut.

Awang yakin dan percaya Sultan yang baik dan Raja yang beriman akan tetap mengingati sejarah tersebut tentang apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN waktu itu.

Begitu juga di Kelantan, mereka (Anwar Musa) pernah menabalkan ‘Sultan’ lain untuk diiktiraf ketika krisis tersebut berlaku dan kebanyakkan mereka masih hidup hari ini.

Dan para blogger upahan Umno-BN ini juga yang melakukan kerja-kerja ‘super imppose’ terhadap foto calon PKR-Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Dato’ Zaid Ibrahim dengan tangan memegang botol arak.

Inilah kerja bodoh para blogger Umno-BN dan idea pemimpin gerak-saraf Umno-BN yang juga ‘kaki botol’, ‘kaki betina’, ‘kaki judi’ dan ‘kaki rasuah’ yang berlagak ‘alim-alim tahi kucing’.

Pendedahan yang dilakukan seolah-olah mereka ‘suci’ sedangkan kumpulan ini lebih teruk lagi mabuknya dari Dato’ Zaid. Sumber Awang ada memberitahu mereka ini hiporkrit.

Begitu juga dengan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Agama Selangor iaitu Dato’ Dr Hassan Ali yang dikatakan derhaka dengan titah Sultan Selangor dan baca khutbah politik atas masjid.

Mereka (blogger) cuba buat satu isu agar rakyat rasa tidak selesa, marah dan benci kepada pemimpin PAS-Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor.

Antara fitnah yang dibuat sebagaimana petikan juga dari laman ‘GAP’ yang menuduh perkara bukan-bukan dan fitnah.

Seperti katanya,”Khutbah dan solat jumaat hari ini di Masjid Assalam Bukit Beruntung yang dipimpin oleh Hassan Ali tidak sah dan jemaah terpaksa mendirikan Solat Zohor.

”Semuanya kerana keghairahan Hassan Ali 'berceramah' politik atas Mimbar hingga terlupa membaca Selawat Nabi dalam khutbah tersebut.

”Selawat Nabi adalah salah satu rukun dalam khutbah dan hukumnya WAJIB. Apabila satu hukum wajib tertinggal maka tidak sah lah Ibadat tersebut,”.

Ungkapan dan tulisan tersebut berupa fitnah, ‘mulut lembek’, jahat dan khianat. Patutnya, boleh dikerat lidah para blogger tersbut dan diberi makan kepada ‘anjing-anjing’ di hutan atau di Zoo.

Akhirnya, Dato’ Dr Hassan Ali mengambil keputusan buat report polis serta menyaman mana-mana akhbar terutama ‘Utusan Meloye’ dan pemimpin Umno-BN yang buat fitnah.

Semoga, ada kebenaran yang berpihak kepada golongan Islam meski pun hari ini rakyat kurang percaya dengan sistem kehakiman dan mahkamah di Malaysia hari ini.

Kepada para blogger ‘mulut lembek’ ini Awang nasihatkan kembalilah kepangkal jalan kerana anda telah tersesat jauh dari kebenaran beragama dan beretika seorang muslim. Jika anda kaki segala kaki tadi harap berhentilah dan bertaubatlah segera sebelum kamu dan pemimpin kamu dikafankan, Insya’Allah.

Awang harap para Blogger juga tidak jadi seperti seekor beruk yang dapat bunga dan akhirnya rosak semua sekali.

1,725 orang Melayu Umno ‘buta’ mata hati di Hulu Selangor










KEPUTUSAN telah diumumkan secara rasminya bahawa calon ‘Ketuanan Melayu Umno’ dari MIC, P Kamalanathan menang dengan penuh bergaya ke atas calon Melayu Asli dari Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato’ Zaid Ibrahim.

Majoriti bukan sedikit tetapi agak banyak iaitu 1,725 undi yang menyaksikan calon MIC-BN itu mendapat 24,997 undi dan calon PKR-Pakatan Rakyat sebanyak 23,271 undi sahaja.

Kemenangan bergaya ‘Abang Kamal’ dari MIC-BN itu didorong oleh sifat pengundi Melayu Umno yang ‘buta’ mata hatinya serta tidak boleh menilai antara Melayu-Islam dengan Hindu-India di kawasan majoriti Melayu.

Awang bukan berniat untuk ‘bermain’ perkauman tetapi berpendapat peribadi tidak sepatutnya orang Melayu yang berfikiran minda terbuka, celik rasuah, anti korupsi dan penyelewengan tidak wajar memberi mandat lagi kepada Barisan Nasional (BN).

Bahkan, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat meletakkan calonnya dari kalangan orang India atau Cina adalah wajar pengundi yang berfikiran waras menyokong dan mengundi calon dari India atau Cina.

Maknanya, di sini bukan soal bangsa yang Awang bangkitkan tetapi soal parti yang harus dan wajib dinilai oleh rakyat dan pengundinya masa kini.

Akan tetapi, apabila orang Melayu Umno dan pemimpin Melayu Umno sering kali mendabik-dada dengan ‘ketuanan Melayu’..’hidup Melayu’…maka, adalah lebih ‘afdha’ (baik) orang Melayu-Umno dan pengundi Melayu-Umno menyokong calon Melayu iaitu Dato’ Zaid Ibrahim.

Sekalipun, tidak bersetuju dengan parti PKR tetapi kena bersetuju dengan calon Melayu. Dan jika pun masih tidak sehaluan dengan Dato’ Zaid Ibrahim tetapi kena sehaluan dengan parti PKR yang ternyata 100 kali lebih baik dari Umno.

Mungkin, orang Melayu-Umno tidak setuju dengan Awang, mungkin pemimpin Umno tidak sokong pendapat Awang dan mungkin Blogger Umno-BN juga sangat tidak setuju dengan Awang.

Tetapi seharusnya, pengundi Melayu masih waras, masih belum gila, masih boleh berfikir baik-buruk, masih mengucap dua kalimah syahadah, masih bersembahyang, masih berpuasa dan masih mengaku Islam kena pilih bakal pemimpin yang baik.

Awang langsung tidak terkejut dengan keputusan hari ini (25 April-Hulu Selangor) kerana Awang sudah ramalkan BN akan menang dengan majoriti yang Awang agak lebih kurang 2000 undi.

Tetapi, Awang tidak tergamak untuk lakarkan keputusan itu lebih awal kerana bimbang semangat kawan-kawan, semangat teman-teman yang bertungkus-lumus 10 hari lalu ‘jatuh’ merudum.

Ini kerana, pengundi Melayu terutama di kawasan pendalaman dan felda-felda adalah jenis Melayu Jahiliah, Melayu makan ‘umpan’ dan Melayu yang berkitabkan ‘Utusan Meloya, Berita Hairan’, ‘TV3 Suku’, ‘Radio Tipu Melayu’ (RTM) dan serangan Blogger Upahan Umno.

Pengundi Melayu di P94-Hulu Selangor ini sama dengan semua pengundi-pengundi Melayu di Felda-felda seluruh Negara dan tidak terkecuali di Terengganu Darul Runtuh ini.

Pengundi saluran satu inilah yang paling ‘berkuasa’ dan paling banyak memenangkan Umno dan semoga tidak dipanjang umurnya….Amin.

Tetapi, Islam tidak menggalakkan kita mendoakan ‘kehancuran’ terhadap golongan tersebut tetapi mendoakan agar diubah hati-hati supaya kembali kepada kebenaran Islam. Jika tidak golongan saluran satu ini mahu berubah juga diharapkan generasi kepada golongan saluran satu (muda) ini kelak berubah dan sedar.

Satu perkara lagi yang Awang hendak perjelaskan di sini kemenangan calon ‘ketuanan Melayu’ MIC-BN telah dibayar dengan harga yang sangat mahal. Awang diberitahu oleh rakan-rakan dalam Melayu-Umno sendiri BN terpaksa berbelanja puluhan juta.

Alangkah ‘bodohnya’ Melayu-Umno di Hulu Selangor dan mungkin sama ‘bodoh’ dengan anak-anak kera di hutan Ulu Yam Barat di penempatan orang asli.

Kerana apa, Awang berkata demikian…? kerana pengundi Melayu-Umno seramai 1,725 orang itu masih ‘buta’ mata hati dan tidak boleh berfikir dengan sendiri. Mereka diberi ‘makan-suap’ (rasuah) serendah RM50.00 hingga beberata ratus dan ribu mengikut gred dan penilaian JKKK.

Berikut di bawah ini, Awang sertakan sekali sekadar tatapan umum perjalanan sepanjang proses pengiraan undi bermula dari tamatnya waktu mengundi sekitar jam 6.00 petang tadi (25 April 2010) di semua pusat-pusat pembuangan undi:-

9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Dato’ Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. BN menang dengan majoriti 1,725 undi.

9.05pm: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.
Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah dari ‘pencacai-pencacai dan pengampu-pengampu BN’.

Sebelum itu, jam 8.37pm: Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan Setiausaha Agung MIC yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.

8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan (Abang Kamal) panggilan mesra orang Umno kepada beliau tiba di pusat pengiraan undi, dengan ditemani oleh isterinya.

8.20pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.
Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat tidak menang di tiga kawasan - Dun Batang Ai (Sarawak), Dun Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan Parlimen Hulu Selangor. (PR 7- BN 3) dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan Rakyat di negeri yang dikuasainya.
Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen yang kini tinggalkan 25 kerusi.
MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

8.12pm: Jumlah undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

8.07pm: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih 1,500 undi.
Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.
Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.
BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)
PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)
PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)
PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258

7.15pm: Ulasan
Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina. PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR
PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239

7.128pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872
Kira-kira 33 peratus undi telah dikira

7.08pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639

7pm: Ulasan
Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.
Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071

6.54pm: Keputusan tidak rasmi
PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034

6.45pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004

Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.

6.43pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555

6.41pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi
Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120

Blooger Umno + Pemimpin Umno = BODOH







PENGUMUMAN….waktu berkempen Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor berbaki tidak sampai 24 jam lagi.

Masing-masing parti bertanding akan mempergiatkan segala kepakaran dan strategi bagi menawan hati para pengundi yang akan menjadi ‘hakim’ pada hari pembuangan undinya 25 April 2010 (Ahad).

Barisan Nasional (BN) memperjudikan calon dari parti MIC yang bukan anak tempatan malah pernah jadi pengundi ‘hantu’ di Sungai Siput, Perak bagi memenangkan Presiden MIC, Dato’ Seri S. Samny Vellu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, lalu.

Calon Umno yang turut ‘mengidam’ kerusi tersebut kerana mahu membela ketuanan Melayu dengan laungan ‘HIDUP MELAYU…HIDUP UMNO…HIDUP MELAYU’..dan akhirnya sendiri ‘layu’ di tangan Dato’ Samy yang mahukan ‘Abang Kamal’ (Kamalanathan) jadi calon pilihan MIC.

Manakala, Pakatan Rakyat (PR) pula menampilkan calon Melayu dari Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang direstui oleh PAS dan DAP 100 peratus dan diharapkan mendapat sokongan orang Melayu yang mahukan ‘ketuanan Melayu’.

Dato’ Mohd Zaid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bekas pimpinan Umno Pusat dan negeri Kelantan, yang telah ‘BERTAUBAT’ di atas segala kesilapan dan kejahilan ketika berada dalam Umno-BN dahulu menjadi calon pilihan PR.

Bab calon sahaja, jika orang Melayu Umno tidak undi juga Dato’ Zaid maknanya jelas orang Melayu Umno memang ‘bodoh’ tahap ‘maksima’ dan ‘tolol’ paling tinggi darjatnya termasuk Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali yang ‘lembek’ macam katak puru.

Awang hendak jelaskan di sini ‘apa yang orang kata’ tentang senario politik disepanjang kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor itu dan esok (25 April) mereka akan mengundi.

Sebelum penamaan calon, ada ura-ura Umno akan meletakkan calonnya dan orang tempatan. Sebab, majoriti pengundinya Melayu sebanyak 52.74 peratus (30,020 pengundi) daripada 64,500 pengundinya.

Maka, dimainkan oleh Blooger-blooger Umno, wartawan-wartawan Umno dan cakap-cakap pemimpin Umno…calon tempatan jadi pilihan untuk rakyat dan pengundi di P94 sokong dan undi.

Tetapi, MIC yang diketuai oleh Dato’ Samy tidak setuju dan tetap mahukan calon MIC yang lama (Palanivel) tetapi rakyat tidak mahunya lagi. Dan Dato’ Samy terpaksa akur dan pilihan terakhir meletakkan Kamalanathan.

Persoalannya, Kamalanathan pula bukan orang tempatan dan calon luar dari kawasan Hulu Selangor. Maka, pemimpin Umno-BN pun mainkan pula calon luar tetap jadi pilihan pengundi BN.

Apabila, Pakatan Rakyat meletakkan calon Melayu Dato’ Zaid Ibrahim yang akan mempertahankan P94 Hulu Selangor, pemimpin Umno-BN terkejut ‘beruk’ dan ‘gila babi’ buat seketika.

Maka, Umno-BN pun cabarlah PKR-Pakatan Rakyat supaya turut meletakkan calon India kerana dia (BN) terpaksa tunduk kepada Dato’ Samy yang mahukan calon MIC.

‘Dan Sebenarnya’…bersidanglah segala bala tentera Umno-BN dan para Blogger Umno-BN dan para Wartawan Kanan-kanan Umno-BN. Awang tahu sangat sebab ada di kalangan mereka itu member-member Awang yang terlibat sama untuk mempastikan kemenangan calon BN itu.

‘Dan Sebenarnya’…Blogger-blogger Umno-BN dan pemimpin strategi politik Umno-BN ini banyak yang ‘bodoh-bodoh’ dan ‘tolol-tolol’. Mereka itu, juga ‘kaki betina’…’kaki botol’…’tahi judi’…’bapak rasuah’ dan semua cukup lengkaplah.

Lebih 50 peratus pemimpin Umno-BN, menteri dan para blogger yang pro-Umno ini adalah ‘kai-kaki’ seperti yang disebut di atas tadi. Awang bukan cakap kosong dan jika tidak percaya…’jom ikut Awang sekali ke Bukit Bintang’ dan tempat-tempat tertentu.

Di sana dan di tempat mereka jika hendak pergi pun kena pakai ‘kabel’ dan ‘line’ tertentu. Jika tidak…payah hendak jumpa dengan ‘kaki-kaki’ itu yang cerdik. Licik dan pandai berbohong kepada rakyat.

Sebaik sahaja, PR umumkan calon Dato’ Zaid Ibrahim sebagai calon PKR. Maka, para Blogger Umno pun bersidang dan mesyuarat apa bentuk serangan yang sesuai dan ‘termakan’ oleh pengundi Melayu Umno yang tolol-tolol di Hulu Selangor.

‘TERBUKTI’…semua pemimpin Umno-BN dari yang kecik-kecik di kampong berstatus JKKK atau Ketua Cawangan sampai ke Menteri dan Perdana Menteri adalah ‘kaki botol’, ‘tahi judi’, ‘kaki betina’ dan ‘pembunuh’ pun ada sampai tahap itu.

Sememangnya, sewaktu Dato’ Zaid Ibrahim duduk dalam Umno, jadi pemimpin Umno, bekas orang kuat Umno dan semasa jahiliah tahap maksima dalam Umno. Dia (Zaid) sendiri akui minum arak, teguk ‘air kencing syaitan’ bersama-sama dengan pemimpin Umno-BN yang masih ada sekarang.

Tetapi, dia (Zaid) telah bertaubat dan insaf di atas segala kesilapan, dan dosa-dosa masa lalu. Dan dia (Zaid) telah bertaubat kepada Allah SWT dan segala dosa-dosa besar itu antara dia (Zaid) dengan Allah Ta’ala. Awang harap dia (Zaid) mendapat keampunan dari Tuhan Azzawajalla..Insya’Allah.

Ceritanya, sama seperti zaman Nabi Muhamad SAW mengikut sejarah Islam. Saidina Umar al-khatab r.a yang jadi sabahat Nabi SAW. Sebelum itu, merupakan ketua ‘samseng’..’ketua gangster’..pernah bunuh anak perempuannya yang ditanam hidup-hidup. Itu semasa dia (Umar) di zaman jahiliah bersama parti Abu Jahal yang mengetuai BN-Arab waktu itu.

Dan jika kita rajin baca buku-buku sejarah Islam banyak kisah-kisah seumpama itu dapat ditemui dan cerita sama sahaja zaman bersama jahiliah dan zaman bersama Islam.

Apa yang jadi masalahnya, para pemimpin Umno-BN, para Blogger Umno-BN dan para Wartawan Umno-BN malas baca sejarah Islam. Dan jika ada yang baca dan tahu pun sengaja buat tidak tahu kerana jahat politiknya.

Maka, para Blogger Upahan Umno-BN pun buat cerita dan pendedahan demi pendedahan terutama dari blog ‘Gerakan-Anti-PKR’ (GAP) dan ‘Pisau Net’ dan ada beberapa lagi Blogger-blogger Upahan Umno-BN yang tolol-tolol dan bodoh-bodoh.

Mereka ini tahu rahsia Dato’ Zaid di zaman jahiliah dulu seperti yang digambarkan tetapi bukti bergambar yang asli tidak ada pada mereka dan jika ada pun gambar tersebut termasuk sekali dengan pemimpin-pemimpin Umno yang lain.

Maka, dibuatnya ‘super impose’ dan imej bertindih konon-kononnya si Zaid ini kaki botol, kaki judi dan kaki-kaki yang lain. Harapannya, pengundi Melayu Umno yang bodoh macam lembu dicucuk hidung percaya.

Tetapi, rupa-rupanya isu tersebut jadi ‘senjata makan tuan’. Hari ini, rakyat baru tahu pemimpin-pemimpin Umno-BN sebenarnya semua ‘kaki botol’, ‘kaki betina’, ‘kaki judi’ dan segala ‘kaki-kaki’ yang ada dalam dunia ini.

Di sini, Awang lampirkan (seperti di atas) beberapa keping gambar yang dihantar oleh para Blogger Umno-BN dan orang Umno-BN sendiri dan yang pernah bersama dengan Umno suatu ketika dahulu.

Justeru itu, disaat-saat terakhir kempen ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz pun turun ‘padang’ berkempen untuk membantu calon PKR, Dato’ Zaid Ibrahim di P94 Hulu Selangor.

Kata, Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat tindakan menyerang peribadi calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan" dilakukan oleh pemimpin Umno-BN dan para Blogger Upahan Umno-BN.

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," jelasnya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

Tok Guru Nik Aziz menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

‘Dan sebenarnya’…lagi sumber yang Awang perolehi keadaan sikap dan pendirian para pengundi di Hulu Selangor ini. Mereka (pengundi) telah ada pilihan dan telah lama bersedia untuk membuat pilihan bagi mereka.

Cuma, tempoh 10 hari berkempen ini sekadar ‘perayaan’ untuk mencari untung dan wang segera. Hakikatnya, rakyat telah ada pilihan ‘dihati’ untuk memilih calon Pakatan Rakyat dan calon PKR tersebut.

Kecuali, disaat-saat terakhir ini…Umno-BN membuat ugutan dan penipuan ditahap maksima dengan segala jentera kerajaan diperkudakan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Perdaftaran Negara (JPN), Polis dan sebagainya.

Maka, akhirnya tidak mustahil dan tidak terkejut jika pada jam 11.00 malam esok (25 April 2010) keputusan pelik mengumumkan calon MIC, Kamalanathan adalah pemenangnya meski pun bukan pilihan rakyat dan pengundi sebenarnya.

HARAP-HARAP CALON BN TIDAK MENANG

Ucapan Haji Hadi yang ‘diratib’ pemimpin Umno-BN



MASIHKAH KAU INGAT!!.. diawal tahun 80-an dengan satu ungkapan yang tulus ikhlas yang keluar dari mata hati seorang ulama’ muda dari lepasan al-Azhar Mesir.

Pada waktu itu, masyarakat umat Islam di negeri Terengganu Darul Iman dan Malaysia amnya masih diselubungi dengan kejahilan ‘aqidah’ yang jika dibiarkan akan sesat lagi menyesatkan.

Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pula lebih selesa membiarkan rakyat terus-menerus berada dalam kejahilan agar mudah dikawalnya.

Ketika itu, Biro Agama Umno pun turut berpegang dengan amalan ‘politik suku, agama suku’ yang lama kelamaan semakin membarah.

Maka, dipertengahan tahun 80-an itu, muncullah seorang ulama’ muda yang bakat serta kebolehannya semakin menyinar jika diasah dan digilap dengan baik.

Beliau ialah Ustaz Abdul Hadi bin Tuan Guru Haji Awang. Bintangnya terus menyinar dalam arena politik dan dakwah di Terengganu yang mengajar serta menyampaikan kuliah-kuliah agama.

Kemunculan Ustaz Abdul Hadi menarik perhatian Umno-BN Terengganu yang menganggapnya ‘anak muda’ ini seorang yang merbahaya serta perlu disekat kemaraannya.

Ringkas ceritanya, suatu masa ketika berucap di Kampung Banggol Peradong, Manir Ustaz Abdul Hadi telah membuat satu ucapan ‘keramatnya’.

Bahkan, ucapan tersebut dengan sengaja telah dimanipulasikan untuk kepentingan politik Umno-BN dan sebagai senjata membangkitkan kemarahan orang Melayu yang jahil-tukil menentang PAS.

PAS dilanyak sehebat-hebatnya dengan ungkapan ‘mengkafirkan orang-orang Melayu Umno’ dan orang yang tidak sehaluan dengan parti PAS.

Ustaz Abdul Hadi ketika itu melalui ucapan ceramahnya bagi membetulkan aqidah umat Islam agar tidak terus diselewengkan oleh anasir jahat Umno-BN.

Ingatkah kita dengan sedutan ucapan tersebut yang dilabelkan sebagai suatu ‘AMANAT HAJI HADI’ bagi memberi peringkatan kepada semua orang Islam agar tidak berpegang dengan pendirian ‘politik suku, agama suku’.

Berikut ini, Awang cuba ketengahkan semula apa yang dinamakan sebagai ‘AMANAT HAJI HADI’ yang sekaligus mempopularkan dirinya sehingga dinobatkan oleh rakyat di negeri ini dengan gelaran ‘Tok Guru’ atau Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Tuan Guru Haji Awang.

Sejak itu, nama beliau terus harum dan berkembang serta mempopularkan Kampung Rusila di Marang dari dahulu hingga sekarang.

Setiap hari Jumaat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi akan menyampaikan kuliah yang diwarisi selepas ditinggalkan oleh ayahandanya yang meninggal dunia di akhir tahun 80-an.

Cuba kita semua renung dan amati secara berlapang dada…apakah ungkapan tersebut suatu tuduhan melulu atau berdasarkan nas serta pegangan agama Islam yang sebenarnya.

Kata-kata ini sebahagian dari petikan ucapan Tok Guru Haji Hadi kepada para hadirin pada malam tersebut……..

Saudara-saudara sekalian percayalah,

“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan Penjajah, mengekalkan Undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah, kita menentang mereka. Oleh kerana itulah, kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka”.
Percayalah saudara-saudara sekalian,

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk
Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'Politik Suku, Agama Suku',”.

Bagi mempertahankan hujah-hujahnya itu, beliau telah berjaya menghasilkan puluhan buku berbentuk ilmiah dan beratus-ratus makalah serta kertas-kerja seminar.

Buku tulisan Tok Guru yang paling laris serta diulang cetak iaitu ‘Aqidah Muslim’ yang secara langsung mengupas isu-isu tersebut termasuk isu kafir-mengkafir.

Natijahnya, hari ini tidak ada lagi pemimpin Umno-BN berani menyanggah ungkapan keramat tersebut. Hari ini, tidak ada lagi orang berkata ‘Politik Suku…Agama Suku’ kerana ‘AMANAT’ tersebut.

‘Dan Sebenarnya’…jika pun ada di kalangan pemimpin serta ahli-ahli Umno yang masih berpendirian ‘Politik Suku…Agama Suku’, mereka ialah termasuk di kalangan orang-orang bebal serta bodoh sombong.

TERIMA KASIH…TOK GURU

PKR pertaruhkan Zaid di Hulu Selangor





Proses penamaan calon selesai sekitar jam 11.25 pagi, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan empat calon layak bertanding.

Dato’ Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN) dan dua orang calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Sebelum itu, jam 11.00 pagi Nor Hisham Ahmad Dahalan, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Kecil P.094 Hulu Selangor mengumumkan tempoh bantahan ditutup.

10.00 pagi, SPR mengumumkan tempoh penyerahan borang penamaan calon telah tamat dan kini dibuka untuk tempoh bantahan sehingga jam 11 pagi.

Kali ini terdapat Dua calon Bebas yang mencuba nasib iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah, masing-masing peniaga turut menyerahkan borang pencalonan selain Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan P Kamalanathan (BN).

Seorang lagi bakal calon bebas, Anuraadha a/p Jeyasingam pula mendakwa telah dihalang polis hampir 1 jam di luar kawasan penamaan calon sehingga mengakibatkan beliau terlewat menghantar borang selepas jam 10 pagi.

Katanya, MIC tidak ada hak menghalang beliau (Anuraadha) menawarkan diri sebagai calon Bebas walau pun merupakan penyumbang utama dana kepada MIC.

Tambahnya lagi, beliau menjadi calon atas kemahuannya, bukan ditaja oleh mana-mana pihak yang dilihat boleh menarik sokongan pengundi MIC.

Awang mengenali calon PKR, Mohd. Zaid Ibrahim yang dilahirkan pada tahun 1951 di Kelantan dan mendapat pendidikan hingga ke Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975.

Sejarah pembabitan dalam politik pada tahun 1986 melalui parti UMNO, walau pun mula aktif hanya selepas tahun 1990.

Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu pada tahun 2001, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO (2003) dan dari tahun 2004-2008 sebagai Ahli Parlimen BN-Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.

Dato’ Zaid ini pernah digantung dari jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2005 dan digugurkan sebagai calon 2008. Pada Mac 2008, dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).

Sept 2008, beliau telah meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas tiga rakyat Malaysia.

Dipecat dari UMNO pada Disember 2008 kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.

Bermula Jun 2009, beliau menganggotai Parti KeADILan Rakyat (PKR). Seterusnya dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Dalam masa 25 tahun bermula 1987 – Dato’ Zaid berjaya menubuhkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai seorang peguam hinggalah melebihi 140 orang pada tahun 2008 dan menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Prinsip ‘Keadilan Untuk Semua’ menjadikan Dato’ Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.

Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman dan berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihan raya tempatan.

’Dan Sebenarnya’…Dato’ Zaid ini asalnya datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Jika dikajiselidik latar belakang keluarga dan pendidikan awalnya Dato’ Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuah keluarga kampung biasa di kawasan pedalaman.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di Pasar Besar Kota Bharu.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di Perpustakaan Awam di Kota Bharu, Dato’ Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.

Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Dato’ Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walau pun latar belakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya.

Dato’ Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris dan selepas di Johor Bharu, Dato’ Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Dato’ Zaid akhirnya, melanjutkan pelajaran di bidang Undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, beliau meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar.

Selepas menerima ijazah tersebut tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.

Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Selepas pulang ke tanah air, Dato’ Zaid memulakan latihan Chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok. Syarikat Guaman terbesar di Malaysia pada masa itu.
Dari tahun 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Dato’ Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Pendedahan politik awalnya, Dato’ Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu. Terutama sekali, para pemidato PAS yang hebat.

Dato’ Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.

Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO.

Sejurus selepas 8 Mac 2008, Dato’ Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.

Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Dato’ Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walau pun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Dato’ Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.

Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato’ Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Dato’ Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman.

Dato’ Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Begitulah serba sedikit jalan cerita yang Awang sediakan untuk para pembaca sekalian dan ‘Selamat Mengundi’….dan kepada parav pengundi di Hulu Selangar satu pesanan ikhlas dari Awang iaitu ‘JANGAN LUPA TIDAK MENGUNDI CALON BARISAN NASIONAL’.

Demo ‘tolak’APCO ‘tolak’ UMNO







Kebencian serta ‘amarah’ umat Islam terhadap Israel semakin hangat apabila rakyat di negara ini didedahkan dengan perjanjian sebuah Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd dengan kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, lebih 1000 umat Islam di Terengganu menyertai Himpunan Aman Membantah Kerjasama Malaysia-APCO Worldwide di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, hari ini.

Awang juga tidak ketinggalan mahu menyertai sama kerana peluang untuk kita ke Palestin belum tentu bilanya dan dengan cara menzahirkan penentangan kita di sini (tempat kita) pun ‘pahalanya’ lebih kurang saja walau pun tidak sama 100 peratus.

Walau macam mana pun, hasrat dan cita-cita untuk ke bumi ambia itu tetap ada sama ada cepat atau lambat, tercapai atau tidak bukan kuasa kita…semua itu kuasa Allah SWT.

Selama ini pun, Awang pernah ke luar negara yang pada adatnya tidak mungkin Awang boleh sampai jika diukur dengan sumber kewangan semasa.

Awang bukan anak tauke balak, bukan anak jutawan dan bukan anak korporat tetapi dengan takdir Allah Ta’ala dapat juga Awang menjejak kaki ke beberapa buah Negara termasuk ke negara Ahmadinejad.

Maka, berkatalah Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dengan mengingatkan umat Islam bahawa agen-agen Israel telah menyusup masuk ke negara ini.

Katanya, agen Israel boleh masuk ke Negara ini melalui perjanjian kerajaan Malaysia dengan sebuah Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd yang ada hubungan dengan bangsa Yahudi.

“Kita berkumpul di sini bagi menunjukkan kita (umat Islam) benci terhadap Israel, kita kena ingat bahawa ‘badan’ Israel, agen Israel telah dalam negara kita.

“Jangan kita (umat Islam) tidak ambil peduli kerana tahap keselamatan negara kita boleh terancam dan terdedah kepada Israel.

“Kita khabarkan kepada seluruh rakyat yang kita membantah perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan tersebut sebagai tanda reaksi menentang hubungan kerjasama secara tidak langsung antara Malaysia-Israel.

Dan Setiausaha Pemuda, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas pula mahukan kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan kerjasama dengan syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd yang dikaitkan dengan Yahudi-Israel.

“Kita minta kerajaan Malaysia segera bertindak menamatkan hubungan kerjasama dengan APCO Worldwide itu.

“Perhimpunan hari ini merupakan sebahagian dari bantahan yang dibuat serentak di seluruh negara terhadap isu APCO Worldwide dengan Malaysia,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, umat Islam perlu prihatin serta ambil peduli dengan isu semasa yang semakin terancam di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Terengganu, Syeikh Mohamad Hanafi menyifatkan pemimpin negara ini tidak memahami hasrat rakyat yang sebenar.

“Pemimpin-pemimpin negara kita tidak memahami hasrat rakyat yang menentang Israel. Mereka (pemimpin Umno-BN) membuat hubungan dengan Yahudi-Israel tanpa pengetahuan rakyat,” ujarnya.

Katanya, wang rakyat dibelanjakan lebih RM70 juta bagi membiayai sebuah syarikat dari Yahudi dalam perjanjian APCO Worldwide tersebut.

Justeru itu, katanya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak layak lagi untuk disokong dan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Manakala, anak Presiden PAS, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi mendakwa tindakan kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan syarikat APCO Worldwide merupakan suatu bentuk pengkhianatan.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan mengambil syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd yang ada kaitan dengan Israel merupakan suatu kemungkaran dan mesti ditentang dan dibantah oleh umat Islam.

“Ini juga merupakan suatu bentuk pengkhianatan terhadap umat Islam di Palestin yang dizalimi, ditindas dan dibunuh setiap hari,” tegasnya.

Katanya, Nabi Muhamad SAW melarang umat Islam memberi wala’ atau apa-apa bentuk kerjasama dengan orang Yahudi yang terkenal jahat.

Pada akhir perhimpunan tersebut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengetuai upacara kemuncaknya dengan membakar bendera Israel sebagai tanda protes dan ‘amarah’ umat Islam Terengganu terhadap kerjasama tersebut.

Demontrasi secara aman tersebut sebenarnya anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat sekitar jam 2.15 petang dan berakhir setengah jam kemudiannya.

Kebetulan hari ini Awang turut serta membawa tiga orang ‘mujahidin’ (anak lelaki) yang cukup bersemangat dan sengaja Awang bawa untuk pendedahan awal agar mereka tidak ketinggalan zaman dari cerita-cerita jihad.

Anak pertama, namanya Muhamad Al-Fateh berusia 13 tahun, anak kedua bernama Solahuddin Al-Ayyubi, 11 tahun dan anak keempat yang Awang bawa bersama menyertai bantahan ini bernama Salman Al-Farisi, 7 tahun.

Pengalaman mereka juga pernah Awang bawa ketika menyertai Demontrasi Membantah Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik Bahasa Inggeris (PPSMI) di Ibu Kota Kuala Lumpur, setahun lalu.

Kami anak-beranak termasuk ibunya yang ketika itu membawa bersama seorang lagi anak lelaki Awang yang ke-7 bernama Faris Al-Audah, berusia setahun ketika itu.

Kami anak-beranak pernah dikejar ‘barua-barua’ berbaju merah dan disembur dengan air water canan dan terhidu gas pemedih mata bersama-sama dengan Sasterawan Negara, Dato’ A.Samad Said dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengalamannya, waktu itu kami dari kumpulan Mat Sabu yang berarak ke Istana Negara dengan tangan kosong tanpa senjata dan bukan untuk merusuh.

Hakikatnya, kami semua bersama puluhan ribu rakyat dari seluruh Negara ‘dilayan’ sama seperti Israel melayani rakyat Palestin hari ini.

Oleh itu, sama-samalah kita fakir dan renung baik-baik akan masa depan umat Islam, anak-cucu, generasi akan datang, agama, bangsa dan negara kita.

‘SELAMATKAN MALAYSIA….SELAMATKAN TERENGGANU KITE’

Demontrasi APCO di Masjid Pengadang Baru





HARI INI…Awang terima satu panggilan telefon dari seorang sahabat yang memaklumkan esok (Jumaat-16 April2010) akan ada satu demontrasi secara aman.

Terkejut ‘beruk’ juga Awang pada mulanya…apa hal tiba-tiba ada orang hendak buat demontrasi dan bantahan.

Persoalannya, demontrasi apa…? bantahan untuk siapa…? di mana..? jam berapa…? Dan setelah dimaklumkan baru Awang tahu, rupa-rupanya demontrasi bantah Israel Laknatullah.

Puncanya, dalam ‘diam-diam’ ubi…Najib al-tantunya kita yang baru dilantik setahun jagung jadi ‘kepala bapak’ dan ‘bapak Perdana Menteri’ ada buat hubungan sulit dengan individu Yahudi Laknatullah.

‘Dan Sebenarnya’…kita kena ingat dan ambil faham. Semua itu mungkin kerana terpaksa Najib berbuat demikian melalui pihak ketiga supaya tidak nampak sangat dia terlibat secara langsung dengan rejim Israel.

Kita semua sedia maklumlah, Najib al-tantunya itu terlalu banyak masalah dan skandalnya. Maka, kesempatan itu diambil oleh puak Yahudi yang bercita-cita menguasai dunia umat Islam.

Mereka (Yahudi) cuba ‘menjerat’ serta ‘mengikat’ mana-mana pemimpin umat Islam yang ada kes, yang ada skandal untuk ikut telunjuknya.

Jika tidak…’tobak-lahum’ si-Najib ini tidak dapat jadi PM kerana kes-kes dia yang bertimbun-timbun itu.

Maka, esoknya orang ramai dijemput menyertai ke perhimpunan secara aman bagi membantah penglibatan sebuah Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Perhimpunan tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan diadakan pada hari esok 16 April 2010 jam 2.15 petang sejurus selepas solat Jumaat.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru orang ramai agar sama-sama menyertai perhimpunan secara aman tersebut.

Katanya, umat Islam wajar menunjukkan sikap kepedulian serta sensitif terhadap isu-isu semasa yang menyentuh keselamatan negara.

“Kami (Pemuda) menyeru orang ramai dan umat Islam yang prihatin supaya dapat bersama-sama dengan Pemuda PAS di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

“Kita (PAS) akan mengadakan bantahan secara aman sebaik sahaja selepas solat Jumaat untuk menunjukkan sikap keprihatinan rakyat Malaysia menentang Israel,” tegasnya.

Semalam, katanya Dewan Pemuda PAS Terengganu telah membuat satu laporan polis terhadap syarikat berkenaan yang akan disusuli pula oleh Pemuda PAS Kawasan-kawasan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyarankan agar orang ramai datang lebih awal serta menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Awang pun menyerulah kepada orang ramai supaya panjangkan perkara yang baik ini dan program seumpama ini sebenarnya dibuat serentak di seluruh negara.

Jadi, jika di tempat anda juga ada dibuat harap-harap dapat ambil peduli dan cakna kerana usaha ini untuk menentang campurtangan orang Yahudi di negara kita melalui kebodohan dan ketololan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Laporan polis terhadap APCO-Yahudi





Isu pembabitan ‘APCO Worldwide Sdn. Bhd-Israel’ dengan kerajaan Malaysia semakin hangat mendapat perhatian masyarakat umum.

Sehari sebelum itu, Awang diberitahu oleh teman-teman bahawa ada pihak yang hendak membuat laporan polis terhadap syarikat yang ada pertalian zuriatnya dengan Zionis-Israel.

Manakala, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) pula mendesak agar kerajaan segera menubuhkan suatu badan bebas iaitu Suruhanjaya Bebas di bawah Yang DiPertuan Agong.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta diiringi beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda negeri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Terengganu, pada jam 3.40 petang, 14 April lalu.

“Kami (Pemuda PAS) mahu kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat terhadap isu (APCO Worldwide Sdn.Bhd) ini.

“Ini kerana, ia melibatkan keselamatan negara, melibatkan Bukit Aman (Polis) dan Pusat Pentadbiran Putrajaya,” tegasnya.

Oleh itu, kata beliau badan penyiasatan bebas wajar ditubuhkan secara langsung di bawah Yang DiPertuan Agong sekarang ini.

Menurutnya, kebimbangan tersebut ditambahkan lagi dengan pertemuan Najib-Obama yang menyebab Presiden Amerika itu memuji langkah model ekonomi baru negara ini.

Kata Ustaz Mohd Nor, pelaburan RM1 bilion Syarikat Coca-Cola di negara ini juga dibimbangi kerana mempunyai kaitan secara langsung kepada rejim Zionis-Israel.

“Ditambah pula dengan kenyataan Obama yang bangga dengan model ekonomi baru dengan pelaburan RM1 bilion pelaburan Coca-Cola.

“Apa yang kita (rakyat) semua tahu, Syarikat Coca-Cola itu merupakan antara penyumbang terbesar terhadap Zionis-Israel.

Menurutnya, kemungkinan besar juga Syarikat Coca-Cola tersebut akan membuka kilangnya di Negeri Sembilan di atas tanah milik Tabung Haji.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyeru agar rakyat sensitif serta mengambil perhatian terhadap isu tersebut.

“Kita (PAS) bimbang akan berlaku kebocoran maklumat dan keselamatan negara. Rakyat pula kena sensitif terhadap isu yang ada ini.

“Kita (PAS) bimbang jika ketidakpedulian rakyat terhadap isu ini akan membawa akibat yang lebih buruk di masa akan datang,” ujarnya.

Kata Ustaz Mohd Nor Israel sememangnya tidak pernah mempunyai niat baik terhadap umat Islam sehingga berlaku kekejaman dan pembunuhan berterusan.

Apa yang Awang rungsing dan agak kecewa dengan masyarakat Melayu kita ini yang masih tidak ambil peduli dan langsung tidak peka dengan perkembangan semasa politik tanahair.

Sama ada Negara ini hendak dijual atau akan bangkrap pun masih tidak ambil peduli dan berpegang teguh dengan pepatah Melayu Kuno iaitu ‘Jangan Jaga Tepi Kain Orang’.

Pepatah inilah, yang telah ‘membutakan mata hati’ orang Melayu serta ‘memekakkan telinga’ orang Melayu kita.

Akhirnya, apa yang banyak berlaku dalam masyarakat sama ada yang dilaporkan secara rasmi atau tidak rasmi kes-kes pembuangan anak, penderaan dan mencabulan.

‘Jaga Tepi Kain Orang’ tidak boleh tetapi ‘masuk Dalam kain Orang’ boleh pula dan akhirnya termengandung dan terberanak di merata-rata tempat.

Maka, tong-tong sampahlah yang jadi tempat paling sesuai dan selesai untuk si-ibu yang tidak bertanggungjawab itu.

Orang Melayu hari ini lebih peka dengan hiburan, karnival, konsert, jom heboh dan 1001 jenis permainan yang melalaikan umat Islam.

HARAP BUAT PENILAIAN SEMULA DEH!!

MB Dato’ Mat Said ‘ditolak’?



HARI INI…jika kita bertanyakan pemimpin PAS didapati 100 peratus mereka akan berkata Umno-BN Terengganu kini dalam ‘bahaya’ dan parti Melayu-Umno itu semakin lemah.

Ini kerana, semua orang tahu mereka (Umno) bercakaran sesama sendiri kerana jawatan dan pangkat sejak mula dari perlantikan Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu.

Beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Mat Said’ dikatakan ‘bertembung’ dalam arena politiknya dengan mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh yang pernah kadi MB ‘runtuh’ selama satu penggal.

Namun begitu, peringatan ikhlas dari Awang agar pimpinan PAS dan jentera parti disemua peringkat di negeri ini tidak pandang mudah dengan ‘kehebatan’ Umno dan kerajaan BN Terengganu ‘menipu’.

Jika silap perhitungan, orang yang kita anggap lemah dan naïf itu pun boleh menang dengan selesa dan penuh bergaya. Berikut, adalah temubual yang pernah dibuat bersama Ketua Pemuda PAS Terengganu, yang juga Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Soalan (S): Apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh rakyat?

Jawapan (J): Pertama, memang kepimpinan Menteri Besar (MB) Dato’ Ahmad Said ini tidak diterima oleh rakyat keseluruhannya. Pada asasnya, memanglah kepimpinan ‘Mat Said’ (Ahmad Said) ini tidak boleh diterima oleh ahli-ahli PAS dan diwaktu yang sama juga tidak diterima oleh orang-orang Umno sendiri. Ini kerana, orang Umno sudah menganggap kepimpinan Menteri Besar mereka adalah Dato’ Seri Idris Jusoh. Idris Jusoh telah membawa pembangunan yang memang disukai oleh orang Umno pada asasnya, tetapi Mat Said ini jadi Menteri Besar atas takdirnya dan kehendak Sultan. Hakikat yang berlaku, Mat Said jadi MB tidak boleh diterima sebulat suara bukan sahaja oleh orang PAS tetapi di kalangan orang Umno sendiri. Mat Said sendiri pernah mendedahkan hanya 40 peratus sahaja Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hadir ke program pertemuan dengannya. Ini menunjukkan ramai JKKK memboikot serta tidak setuju dengan kepimpinannya.

Kedua, dalam tempoh dua tahun Mat Said memerintah negeri dia(Ahmad) tidak boleh membawa pembangunan seperti mana Dato’ Seri Idris Jusoh. Idris Jusoh walau pun berlaku pembaziran yang hebat tetapi dia boleh menunjukkan kepada rakyat pembaharuan-pembaharuan yang beliau buat seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) dan sebagainya. Walau pun, itu banyak pembaziran tetapi dalam waktu yang sama Mat Said tidak boleh menunjukkan apakah pembaharuan yang dia buat. Apa yang dia buat, melainkan dia hanya melihat keruntuhan-keruntuhan yang berlaku kesan dari pemerintahan Idris jusoh.

Ketiga, Mat Said menunjukkan penipuannya, apabila diawal pemerintahannya dia (Ahmad) berjanji kepada rakyat untuk mengembalikan semula royalti minyak kepada Terengganu dan mengembalikan semula hak rakyat negeri Terengganu. Tetapi dua tahun, beliau seolah-olah putus harapan dan gagal apabila Perdana Menteri (PM) secara sebulat suara bertegas bahawa tidak ada royalti bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Dan kita tidak dapat melihat apa usaha yang dapat dibuat oleh Mat Said hingga hari ini untuk mengembalikan semula royalti minyak. Bahkan, sebenarnya dalam putus harapan untuk menunaikan janji beliau.

S: Bagaimana sikap dan pendekatan kerajaan BN Terengganu terhadap rakyat di negeri ini?

J: Sebenarnya, Umno Terengganu tidak ada apa-apa pendekatan sehingga hari ini kerana mereka (pemimpin Umno) tidak mempunyai kepimpinan yang bulat tetapi umno terpaksa mengikut arahan yang dibuat secara bersepadu oleh kerajaan pusat yang dinamakan Juara Rakyat. Tetapi, kita (rakyat) melihat berbeza Juara Rakyat di negeri-negeri lain dengan negeri Terengganu. Juara Rakyat di Terengganu kurang mendapat sambutan di kalangan pemimpin Umno sendiri. Bahkan, kita melihat ada tempat-tempat yang Mat Said turun ke program Juara Rakyat tetapi ada wakil rakyat yang tidak turun menyambutnya dan tidak menghadirkan diri dalam program-program seumpama itu. Sebenarnya, Umno tidak ada pendekatan untuk mendekati masyarakat kerana beliau (Ahmad) sibuk untuk menyelesaikan krisis ‘dalamannya’ yang tidak boleh diselesaikan melainkan team Mat Said dan team Idris Jusoh ditumbangkan sementara dan dikembalikan kepada pemerintahan PAS.

S: Dana Khas atau Wng Ehsan masih lagi dijadikan ‘senjata’ utama oleh Umno dan kerajaan BN Terengganu. Apakah PAS tidak rasa tergugat?

J: Hari ini mungkin ‘dana wang ehsan’ sudah dianggap perkara biasa oleh rakyat dengan penipuan-penipuan yang banyak, dan hari ini Umno tidak boleh memberi jaminan kepada semua rakyat dan hanya memilih kroni-kroni tertentu sahaja. Yang kuat dengan Pengerusi JKKK, yang kuat dengan Umno sahaja akan memperolehinya. Dan saya melihat duit ehsan ini tidak boleh lagi dipergunakan oleh Umno untuk mendekati masyarakat kerana dia (Umno-BN) gagal dalam menggunakan duit ehsan ini. Sepatutnya, rakyat perlu mengembalikan semula kekayaan ini dengan PAS memerintah. Semasa PAS memerintah ada bantuan kerajaan negeri, ada bantuan kerajan pusat, ada dana khas yang membuatkan rakyat jadi kaya.

S: Adakah Isu royalti telah dikembalikan semula kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan dua tahun lalu?

J: Hakikatnya, akan berlaku pembohongan demi pembohongan. Jika Dato’ Seri Najib serah semula royalti minyak kepada Terengganu dengan sendiri Najib dan pemimpin Umno berbohong dengan menyatakan negeri Terengganu tidak ada royalti. Pada hakikatnya, pemimpin Umno memang suka berbohong apabila berlaku pilihan raya kecil P.36 Kuala Terengganu dan Dato’ Seri Najib sendiri yang ktika itu Timbalan Perdana Menteri mengakui dengan menyerahkan replika cek dan dia (Najib) menyerahkan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu yang diwakili oleh MB Dato’ Ahmad Said. Dan diwaktu yang sama Mat Said sebagai pemimpin Umno tertinggi waktu itu, menganggap dia berjuang untuk mengembalikan royalti kepada Terengganu. Hakikatnya, berlaku pembohongan dalam Umno dan putar belit dalam memenuhi kehendak rakyat. Sepatutnya, rakyat menilai dengan sebaik-baiknya kelak.

S: Perubahan sikap pengundi muda boleh menentukan kemenangan sesebuah kerajaan. Bagaimana Pemuda PAS berperanan ‘menawan’ hati pengundi muda hari ini?

J: Kita (Pemuda PAS) hari ini telah menggerakkan satu agenda ‘Orang Mude Geng Kite’ dengan meletakkan satu harapan yang orang-orang muda ini jangan merasa bimbang, jangan merasa takut, jangan merasa fobia terhadap PAS. Ini kerana, PAS yang akan membela mereka (rakyat) dan PAS akan membela perjuangan mereka (rakyat) dan PAS akan menyelamatkan mereka (rakyat) daripada penipuan Umno. Misalnya, Idris Jusoh masa pemerintahan PAS berjanji hendak beri peluang pekerjaan sebanyak 24,000 orang dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa pun dari janji-janji tersebut. Bahkan, anak-anak muda hari ini sukar untuk berkahwin yang sepatutnya kerajaan negeri yang kaya memberi peruntukan besar dan peluang besar kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga. Buat kursus-kursus yang baik tetapi malangnya dibuat kursus yang mengutuk pemimpin pembangkang dan menguatkan politik mereka (Umno-BN) sendiri.

S: Sejak mutakhir ini Pemuda PAS dilihat kurang berperanan mendepani isu-isu rakyat. Boleh Ustaz jelaskan?

J: Kita (Pemuda) sebenarnya bersifat kondusif dan dalam erti kata lain rakyat hari ini sangat matang dan dia (rakyat) tidak suka bersikap terlalu keras hingga mewujudkan demontrasi, tunjuk perasaan yang agak hebat kerana hari ini anak-anak muda berpelajaran. Dan diwaktu yang sama Umno memutar belitkan apa yang kita (PAS) buat, demontrasi, tunjuk perasaan yang mereka (Umno-BN) paparkan pemuda-pemuda PAS ini agresif , kasar, ganas. Jadi kita (Pemuda PAS) bersikap kondusif dengan membuat laporan, teguran supaya anak-anak muda yang boleh menilai dengan internet, komputer, sms, facebook dan sebagainya. Mereka boleh menilai dengan matang dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini.

S: Akhir sekali, sejauh mankah hubungan Pemuda PAS dengan Pemuda-pemuda dalam Pakatan Rakyat seperti Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan DAP?

J: Kita (Pemuda PAS) mengadakan hubngan yang baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR). Tetapi, kita (rakyat) lihat di negeri Terengganu ini yang menguasai minda rakyat sendiri dan rakyat melihat yang bergerak adalah Pemuda PAS. Sebab itu, kita (Pemuda) meraikan dan mengadakan hubungan dengan PKR, DAP dan NGOs. Kita bergerak dengan baik sebab seluruh orang menyedari dan melihat bahawa PAS yang terkehadapan dalam menggerakkannya. Sebab itu, kelihatan PAS seolah-olah ‘berada’, sedangkan kita (PAS) mengadakan ceramah setiap bulan. Kita juga akan mengadakan ceramah di Pentas Pemuda Pakatan Rakyat untuk beritahu bahawa kita (PAS) bergabung dengan baik, bertukar-tukar pandangan dalam menentukan sikap kita (Pemuda PAS).

SEMOGA APA YANG DIPERKATAKAN ITU MENJADI KENYATAAN

MB dedah punca bumbung stadium runtuh













Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu didedahkan dengan laporan punca keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkata Jawatankuasa Penyiasat telah mengenalpasti punca-punca utama keruntuhan struktur bumbung kerangka ‘space’ stadium berkenaan.

Menurutnya, rekabentuk yang tidak memadai di mana perekabentuk telah gagal untuk mengambilkira pertimbangan secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.

“Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri.

“Kawalan kualiti juga tidak dilaksanakan di tapak projek termasuk bahan dan kualiti hasil kerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada Mesyuarat Yang Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-12, di Wisma Darul Iman, 8 April lalu.

Soalan asalnya bertanyakan apakah status terakhir Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh dan pihak manakah yang akan menanggung kos membina semula stadium tersebut.

Dato’ Ahmad menjelaskan telah ditemui ujian makmal awalan ke atas bahan diambil dari struktur keluli yang runtuh mendapati berlaku kecacatan pada bahagian kimpalan antara sesendi dan paip keluli.

Bahkan, katanya mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik serta tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditentukan.

Menurutnya, telah didapati bahawa struktur bumbung yang dipasang juga secara tidak yang diingini (undersirable manner).

“Cara pemasangan yang diingini tidak dilaksanakan atas alas an kesuntukan masa, tupang sementara yang digunakan juga tidak mencukupi dan sebilangannya melentur ketika pemasangan dijalankan.

“Tiada semakan dibuat bagi menentusahkan keadaan interim bumbung ketiak pemasangan sedangkan semakan ini adalah kritikal dan perlu.

“Tidak kedapatan juga usaha kawalan kualiti dijalankan oleh Pasukan Pengurusan Projek dan akibatnya, sebaik sahaja kerja pemasangan siap, salah jajaran yang ketara serta boleh dikesan dengan mata kasar telah berlaku pada kerangka space,” jelasnya.

Oleh itu, kata beliau kesemua perkara di atas menurunkan lagi ‘safety margin’ yang telah sedia rendah dan menyumbang kepada keruntuhannya.

Sebelum itu, Dato Ahmad mengakui kos asal Stadium Sulatn Mizan Zainal Abidin ialah RM191,181,240.80 serta meningkat kepada RM294,751,374.09 pada akhir kos kontrak.

Manakala, katanya tiga kontraktor utama yang mengendalikan projek tersebut iaitu Bina Struktur Sdn.Bhd, Emarcon Sdn. Bhd dan Genggam Mercu Sdn.Bhd yang beralamat di Taman Kuala Ibai Landmark, Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, dekat sini.

Status terakhir, tambahnya lagi tender telah pun dikeluarkan untuk kerja-kerja pembersihan runtuhan tersebut pada 15 Mac 2010 dan tarikh tutupnya 19 April 2010.

Bersama ini, Awang lampirkan sekali laporan ‘SULIT-RAHSIA’ yang tidak menjadi rahsia dan sulit lagi setelah didedahkan sendiri oleh ‘Mat Said’ kepada ahli-ahli dewan dan media.

Pembaca tulisan ‘apaorangkata.blogspot.com’ sekalian boleh membaca satu persatu dan sebanyak enam muka surat Awang lampirkan bagi memudahkan rakyat memahaminya.

Kita semua boleh meneliti dengan baik, membaca dengan faham dan boleh membuat pertimbangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Insya’Allah.

‘Dan Sebenarnya’….kepada puak-puak Umno-BN yang masih tidak faham, bebal dan ‘benok’ bolehlah diprintkan lampiran di atas…masukkan ke dalam periuk…didihkan api hingga menggelegak…sejukkan dahulu selepas itu dan minum tiga kali sehari.

HARAP MENCUBA !!!
 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top