Pokok Ajaib


Ini pokok ajaib macam orang perempuan

Duit Jadi ‘Iman’ Orang UMNO?

Peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam kepimpinan Umno yang melibatkan jawatan tertinggi parti itu hanya tinggal empat bulan dari sekarang.


Berikutan itu, Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mempunyai peluang yang sangat ‘cerah’ untuk melangkah ke jawatan paling tinggi sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang keenam.


Kini, parti Umno sedang menghadapi Mesyuarat Pemilihan Umno bahagian di seluruh negara bagi memilih kepimpinan parti di bahagian-bahagian berkenaan.


Justeru itu, berlakulah usaha lobi melobi dan rasuah yang berselindung disebalik nama yang lebih lunak sebagai ‘politik wang’.


Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah berkata dalam Umno hanya pemimpin yang kuat ‘iman’ sahaja boleh menang.


Menurutnya, mana-mana pemimpin Umno yang ingin bertanding dalam pemilihan Majlis Tertinggi Parti atau Ketua Bahagian mesti seseorang yang kuat ‘iman’.


“Betul Mat, kalau hendak menang pemilihan jawatan tertinggi parti atau mana-mana bahagian mesti kena kuat ‘iman’.


“’Iman’ bagi orang Umno adalah ‘duit’..jika tidak ada duit jangan haraplah kamu hendak menang. Sebab itu, mereka (pemimpin) yang bertanding hari ini semua itu mereka yang kuat ‘iman’ belaka,” ujarnya dengan sinis kepada seorang Wartawan ketika Mesyuarat Pemilihan Umno Bahagian Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.


Katanya, orang Umno hanya ‘berimankan’ duit dan kerana duit kebenaran serta keikhlasan tidak bernilai lagi.


Difahamkan, rupa-rupanya duit itu merupakan ‘iman’ bagi orang Umno yang melengkapkan lagi dakwaan PAS serta parti-parti pembangkang lain.

Perutusan Eidul Fitri Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu 2008

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya, mewakili semua pimpinan PAS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh umat Islam, terutamanya kepada semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan rakyat Terengganu amnya.

Marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah pada hari gembira dan penuh keberkatan kerana telah berjaya menunaikan ibadat puasa Ramadhan 1429 dan berdoa semoga ianya diterima oleh Allah SWT serta berjaya meningkatkan sifat taqwa kepada kita dalam menempuh perjuangan yang masih panjang.

Ketaqwaan kepada Allah ada ‘aset spiritual’ yang penting kepada kita semua dalam menempuh cabaran siyasi dan dunia yang penuh dengan tipu helah, dalam usaha kita menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran.

Latihan selama sebulan dalam bulan Ramadhan pastinya dapat meningkatkan ketajaman pemikiran dan ketahanan fizikal kita dalam melaksanakan semua tugas-tugas kita, samada peribadi ataupun jamaah.

Saya juga mengajak kita semua untuk bermuhasabah sejenak, berfikir dan mengingati saudara-saudari kita di Palestine, Iraq, Afghanistan dan lain-lain Negara umat Islam yang masih dalam keadaan ‘tidak tenang’ menyambut kedatangan Syawal akibat tindakan musuh-musuh Islam.

InsyaAllah, dengan muafakat dan kesungguhan, bersama-sama kita menyeru seluruh rakyat supaya kembali kepada Islam, menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk membawa satu perubahan politik, sosial dan ekonomi bagi menggantikan UMNO dan Barisan Nasional yang penuh dengan skandal, rasuah dan penyelewengan.

Saya juga bersama kepimpinan PAS seluruhnya menyusun jari memohon maaf zahir batin.

Penuhilah sambutan Eidul Fitri al-Mubarak dengan kita bertakbir mengagung dan membesarkan Allah SWT.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Sekian, Wassalam

Ybhg. Dato’ Haji Mustafa Ali
Pesuruhjaya PAS
Negeri Terengganu

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top