PANAS ! PANAS ! PANAS ! Siapa Dendam Siapa?-Ahmad Said


Pada tarikh 21 hingga 23 Disember 2009 lalu, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12 bagi Penggal Kedua kali ini diberitakan orang kembali ‘panas’.


Ini kerana, kata kawan-kawan Awang yang menghadiri persidangan tersebut secara langsung di Wisma Darul Iman atau yang melihat melalui internet sepakat mengatakan ‘panasnya’ Sidang Dun Terengganu, kali ini angkara kumpulan ’10 Budak Hitam’.


Kumpulan Adun tersebut sebelum ini membuat ‘protes senyap’ dengan tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dun Terengganu, pada April 2009 yang lalu.


Malah, mengikut rekodnya hampir keseluruhan Adun-adun Barisan Nasional (BN) tersebut tidak mengambil bahagian dalam perbahasan atau mengemukakan soalan lisan di dewan berkenaan.


Namun begitu, lain pula jadinya kali ini apabila kumpulan Adun tersebut muncul mengambil bahagian masing-masing dengan ‘ledakan bom’ kata Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.


Apa yang Awang perhatikan, Adun BN-Alor Limbat, Alias Abdullah dengan lantang membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran MB, Dato’ Ahmad Said.


Dengar ceritanya, Alias yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.


BETUL ! BETUL ! BETUL !...itu Awang setuju 100 peratus dengan dakwaan yang dibuat oleh ‘wakrat’ (wakil rakyat) Alor Limbat ini.


‘YB’ (Yang Bolot) Alias kata masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.


“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun.


“Saya (Alias) selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.


“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini?


“Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman (untuk binatang) atau Infrastruktur untuk rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.


Bahkan, ‘YB’ Alias ini turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.


“Semasa saya (Alias) menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.


“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).


“Ianya (Projek Monsoon Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari Menteri Besar tersebut.


Awang dimaklumkan, soalan asal ‘YB’ Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?


Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.


“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.


“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan (protes senyap) diri sekian lama.


“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan.

“Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” soalnya di Wisma Darul Iman pada 21 Disember 2009, lalu.


KISAH RAKYAT TERANAIYA




Salam untuk semua, hari ini, ketika Awang sedang sibuk-sibuk dipejabat, tiba-tiba Awang terima satu panggilan dari sahabat.

Dia beritahu Awang yang dia ada terima satu email dari ‘seseorang’ yang mungkin dia pun tidak kenal tetapi ada cerita yang perlu disiasat dan didedahkan kepada umum suatu hari nanti.


Setelah Awang baca isi kandungan email itu, maka tahulah Awang apa maksud dan hasrat hati si-penghantar email tersebut.


Rupa-rupanya, dia (si-penghantar) meluahkan satu perasaan yang dia tidak puas hati kerana tanah kediaman dan tempat lahirnya itu akan ‘diambil’ oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) atas nama pembangunan.


Dia (si-penghantar email) juga mewakili penduduk di Kampung Pak Bang dekat Bukit Besar yang di atasnya tertulis ‘ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU’ yang dibina sejak zaman dinasti Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.


Awang tahu, memanglah Kampung Pak Bang itu berada berhampiran Pusat Bandaraya Kuala Terengganu yang sangat dekat dengan Mydin Mall, Giant, TTC, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu serta beberapa buah bangunan lain.


Tanah di lokasi berhampir itu memanglah mahal-mahal dan boleh mencecah raturan ribu atau jutaan ringgit jika kena gayanya, dan tidak mampu jika ‘Pok Yeh’ kerja kampung atau ‘Pok Mat’ jual ikan hendak beli tanah di kawasan tersebut.


Awang dimaklumkan, kawasan itu akan dibina Bandar baru seakan-akan ‘Mini Putrajaya’ yang dinamakan Pembangunan Bukit Besar. Hartanah di kawsan itu nanti mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgilah.


Ada orang kata kerajaan Umno-BN Terengganu memang sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, korupsi, zalim, khianat, tolol, bodoh, tamak, jahat, ‘gila macam babi’ dan macam-macam lagi yang malu Awang hendak tulis di sini.


Semua rakyat masih ingat lagi bagaimana mula-mula pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat semula kuasa pemerintahannya di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 yang lalu.


Masa itu, Menteri Besarnya ‘arwah’ (mantan) Dato’ Seri Idris Jusoh (JE) yang terkenal sebagai seorang pemimpin sombong, ‘gong’, zalim dan khianat terhadap rakyat Terengganu terutama kepada orang-orang PAS.


Seingat-ingat Awang, banyak dan hampir 100 peratus tanah di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk penempatan berjumlah lebih 50,000 lot tanah yang siap dibuat zaman kerajaan PAS Terengganu ‘dirampas’ kembali.


Waktu itu, rakyat menangis, berduka dan bersedih menahan sebak dan kerugian kerana tanah mereka dirampas semula oleh kerajaan Idris Jusoh yang terkenal dengan slogan ‘TIADA HALANGAN, HANYALAH PELUANG’, ‘ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI’, ’ULUL ALBAB’ dan banyak lagi slogan-slogan retorik lagi memeritkan.


Pernah dalam satu kejadian di RTB Kampung Bujal, Kijal Kemaman dekat dengan kampung ‘MB Sultan’ sekarang iaitu Dato’ Ahmad Said atau dikenali dengan ‘Mat Payang’ atau ‘Mat Samseng Kampung Dusun’ sebelum bergelar MB dulu.


Kebetulan waktu itu, Awang sendiri ada menyaksikan tragedi sedih dipagi itu yang meruntum hati kecil sesiapa sahaja yang melihatnya kecuali insan yang berjiwa ‘babi’.


Tergamak mereka (perosak) meruntuhkan sebuah Masjid yang dibina hasil dari sumbangan orang ramai, sedekah jariah golongan dhaif termasuk di kalangan nelayan, petani, buruh dan sebagainya.


Maka, Masjid Bujal, Kijal itu pun runtuh, ranap, tersungkur, hancur, rebah menyembah bumi Allah SWT di atas kekejaman dan kezaliman pemimpin yang mendakwa ‘Melayu Islam’ dan bernaung dibawah tiket Umno-BN.


Jika rumah Allah Ta’ala sanggup mereka (Umno-BN) buat dan tidak pedulikan. Apatah lagi dengan rakyat di Kampung Pak Bang Kuala Terengganu ini yang juga bakal ‘dihalau’ atas nama pembangunan.


Pampasan diberi tetapi mungkin tidak sepadan dengan harga semasa dan rakyat terpaksa mengemis di tanahair sendiri dan menangis ‘tidak berlagu’ akhirnya.


Tetapi, Awang percaya….terdapat segelintir juga di kalangan penduduk terbabit yang masih kuat ideologi Umno-BN, walau pun mereka (Ahli Umno) tidak puas hati dengan bayaran pampasan tetapi tetap setia dan sanggup ‘berkorban’ apa sahaja keranamu Umno. Itulah betapa tolol dan ceteknya pemikiran ahli-ahli Umno di bumi Terengganu Darul Iman.


Cuba
kita semua fikirkan, apalah sangat boleh dibuat dengan harga tanah kita yang berada di tengah Bandar Kuala Terengganu tetapi hanya dibayar RM6.00 sekaki persegi. Jika tanah-tanah lain sudah pasti boleh mencecah ratus ringgit sekaki persegi.


Kali ini, sekali lagi pemimpin Umno-BN Terengganu akan mempertahankan slogan gila mereka iaitu ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ dan ‘MERAKYATKAN PEMBANGUNAN’ di negeri Terengganu.


Ingat…ingat…rakyat jangan marahkan kerajaan Umno-BN ke atas apa yang berlaku itu kerana mereka tidak ‘bersalah’ tetapi rakyat yang tolol-tolol terutama di kalangan ahli-ahli Umno ‘YANG BERSALAH’.


Ini kerana, setiap kali datang pilihan raya…rakyat masih mengundi calon Umno-BN walau pun sedar Umno-BN adalah sebuah kerajaan yang khianat kepada rakyat, bangsa dan agama.


Rakyat kita yang ‘bodoh-bodoh’ itu akan mempertahan, mengundi dan memenangkan calon Umno-BN serta menumbangkan calon PAS dan Pakatan Rakyat hanya kerana pemberian ‘rasuah’ RM50.00 atau RM300.00 (Wang Ehsan) oleh pemimpin Umno-BN.


MAKA, tumbanglah kerajaan PAS Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (1999-2004) walau pun kerajaan PAS Terengganu membuat yang terbaik untuk rakyat.


Awang percaya meski pun usia pemerintahan bekas kerajaan PAS Terengganu tidak panjang tetapi ada hikmah, ada keberkatan dan ada kelebihan yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN selama lebih 40 tahun sebelumnya.

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top