PANAS ! PANAS ! PANAS ! Siapa Dendam Siapa?-Ahmad Said


Pada tarikh 21 hingga 23 Disember 2009 lalu, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12 bagi Penggal Kedua kali ini diberitakan orang kembali ‘panas’.


Ini kerana, kata kawan-kawan Awang yang menghadiri persidangan tersebut secara langsung di Wisma Darul Iman atau yang melihat melalui internet sepakat mengatakan ‘panasnya’ Sidang Dun Terengganu, kali ini angkara kumpulan ’10 Budak Hitam’.


Kumpulan Adun tersebut sebelum ini membuat ‘protes senyap’ dengan tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dun Terengganu, pada April 2009 yang lalu.


Malah, mengikut rekodnya hampir keseluruhan Adun-adun Barisan Nasional (BN) tersebut tidak mengambil bahagian dalam perbahasan atau mengemukakan soalan lisan di dewan berkenaan.


Namun begitu, lain pula jadinya kali ini apabila kumpulan Adun tersebut muncul mengambil bahagian masing-masing dengan ‘ledakan bom’ kata Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.


Apa yang Awang perhatikan, Adun BN-Alor Limbat, Alias Abdullah dengan lantang membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran MB, Dato’ Ahmad Said.


Dengar ceritanya, Alias yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.


BETUL ! BETUL ! BETUL !...itu Awang setuju 100 peratus dengan dakwaan yang dibuat oleh ‘wakrat’ (wakil rakyat) Alor Limbat ini.


‘YB’ (Yang Bolot) Alias kata masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.


“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun.


“Saya (Alias) selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.


“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini?


“Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman (untuk binatang) atau Infrastruktur untuk rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.


Bahkan, ‘YB’ Alias ini turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.


“Semasa saya (Alias) menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.


“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).


“Ianya (Projek Monsoon Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari Menteri Besar tersebut.


Awang dimaklumkan, soalan asal ‘YB’ Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?


Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.


“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.


“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan (protes senyap) diri sekian lama.


“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan.

“Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” soalnya di Wisma Darul Iman pada 21 Disember 2009, lalu.


KISAH RAKYAT TERANAIYA




Salam untuk semua, hari ini, ketika Awang sedang sibuk-sibuk dipejabat, tiba-tiba Awang terima satu panggilan dari sahabat.

Dia beritahu Awang yang dia ada terima satu email dari ‘seseorang’ yang mungkin dia pun tidak kenal tetapi ada cerita yang perlu disiasat dan didedahkan kepada umum suatu hari nanti.


Setelah Awang baca isi kandungan email itu, maka tahulah Awang apa maksud dan hasrat hati si-penghantar email tersebut.


Rupa-rupanya, dia (si-penghantar) meluahkan satu perasaan yang dia tidak puas hati kerana tanah kediaman dan tempat lahirnya itu akan ‘diambil’ oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) atas nama pembangunan.


Dia (si-penghantar email) juga mewakili penduduk di Kampung Pak Bang dekat Bukit Besar yang di atasnya tertulis ‘ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU’ yang dibina sejak zaman dinasti Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.


Awang tahu, memanglah Kampung Pak Bang itu berada berhampiran Pusat Bandaraya Kuala Terengganu yang sangat dekat dengan Mydin Mall, Giant, TTC, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu serta beberapa buah bangunan lain.


Tanah di lokasi berhampir itu memanglah mahal-mahal dan boleh mencecah raturan ribu atau jutaan ringgit jika kena gayanya, dan tidak mampu jika ‘Pok Yeh’ kerja kampung atau ‘Pok Mat’ jual ikan hendak beli tanah di kawasan tersebut.


Awang dimaklumkan, kawasan itu akan dibina Bandar baru seakan-akan ‘Mini Putrajaya’ yang dinamakan Pembangunan Bukit Besar. Hartanah di kawsan itu nanti mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgilah.


Ada orang kata kerajaan Umno-BN Terengganu memang sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, korupsi, zalim, khianat, tolol, bodoh, tamak, jahat, ‘gila macam babi’ dan macam-macam lagi yang malu Awang hendak tulis di sini.


Semua rakyat masih ingat lagi bagaimana mula-mula pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat semula kuasa pemerintahannya di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 yang lalu.


Masa itu, Menteri Besarnya ‘arwah’ (mantan) Dato’ Seri Idris Jusoh (JE) yang terkenal sebagai seorang pemimpin sombong, ‘gong’, zalim dan khianat terhadap rakyat Terengganu terutama kepada orang-orang PAS.


Seingat-ingat Awang, banyak dan hampir 100 peratus tanah di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk penempatan berjumlah lebih 50,000 lot tanah yang siap dibuat zaman kerajaan PAS Terengganu ‘dirampas’ kembali.


Waktu itu, rakyat menangis, berduka dan bersedih menahan sebak dan kerugian kerana tanah mereka dirampas semula oleh kerajaan Idris Jusoh yang terkenal dengan slogan ‘TIADA HALANGAN, HANYALAH PELUANG’, ‘ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI’, ’ULUL ALBAB’ dan banyak lagi slogan-slogan retorik lagi memeritkan.


Pernah dalam satu kejadian di RTB Kampung Bujal, Kijal Kemaman dekat dengan kampung ‘MB Sultan’ sekarang iaitu Dato’ Ahmad Said atau dikenali dengan ‘Mat Payang’ atau ‘Mat Samseng Kampung Dusun’ sebelum bergelar MB dulu.


Kebetulan waktu itu, Awang sendiri ada menyaksikan tragedi sedih dipagi itu yang meruntum hati kecil sesiapa sahaja yang melihatnya kecuali insan yang berjiwa ‘babi’.


Tergamak mereka (perosak) meruntuhkan sebuah Masjid yang dibina hasil dari sumbangan orang ramai, sedekah jariah golongan dhaif termasuk di kalangan nelayan, petani, buruh dan sebagainya.


Maka, Masjid Bujal, Kijal itu pun runtuh, ranap, tersungkur, hancur, rebah menyembah bumi Allah SWT di atas kekejaman dan kezaliman pemimpin yang mendakwa ‘Melayu Islam’ dan bernaung dibawah tiket Umno-BN.


Jika rumah Allah Ta’ala sanggup mereka (Umno-BN) buat dan tidak pedulikan. Apatah lagi dengan rakyat di Kampung Pak Bang Kuala Terengganu ini yang juga bakal ‘dihalau’ atas nama pembangunan.


Pampasan diberi tetapi mungkin tidak sepadan dengan harga semasa dan rakyat terpaksa mengemis di tanahair sendiri dan menangis ‘tidak berlagu’ akhirnya.


Tetapi, Awang percaya….terdapat segelintir juga di kalangan penduduk terbabit yang masih kuat ideologi Umno-BN, walau pun mereka (Ahli Umno) tidak puas hati dengan bayaran pampasan tetapi tetap setia dan sanggup ‘berkorban’ apa sahaja keranamu Umno. Itulah betapa tolol dan ceteknya pemikiran ahli-ahli Umno di bumi Terengganu Darul Iman.


Cuba
kita semua fikirkan, apalah sangat boleh dibuat dengan harga tanah kita yang berada di tengah Bandar Kuala Terengganu tetapi hanya dibayar RM6.00 sekaki persegi. Jika tanah-tanah lain sudah pasti boleh mencecah ratus ringgit sekaki persegi.


Kali ini, sekali lagi pemimpin Umno-BN Terengganu akan mempertahankan slogan gila mereka iaitu ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ dan ‘MERAKYATKAN PEMBANGUNAN’ di negeri Terengganu.


Ingat…ingat…rakyat jangan marahkan kerajaan Umno-BN ke atas apa yang berlaku itu kerana mereka tidak ‘bersalah’ tetapi rakyat yang tolol-tolol terutama di kalangan ahli-ahli Umno ‘YANG BERSALAH’.


Ini kerana, setiap kali datang pilihan raya…rakyat masih mengundi calon Umno-BN walau pun sedar Umno-BN adalah sebuah kerajaan yang khianat kepada rakyat, bangsa dan agama.


Rakyat kita yang ‘bodoh-bodoh’ itu akan mempertahan, mengundi dan memenangkan calon Umno-BN serta menumbangkan calon PAS dan Pakatan Rakyat hanya kerana pemberian ‘rasuah’ RM50.00 atau RM300.00 (Wang Ehsan) oleh pemimpin Umno-BN.


MAKA, tumbanglah kerajaan PAS Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (1999-2004) walau pun kerajaan PAS Terengganu membuat yang terbaik untuk rakyat.


Awang percaya meski pun usia pemerintahan bekas kerajaan PAS Terengganu tidak panjang tetapi ada hikmah, ada keberkatan dan ada kelebihan yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN selama lebih 40 tahun sebelumnya.

Istana Adun BN Tepoh berharga RM1 Juta?


PERCAYA KE TAK PERCAYA!!... Belum pun masuk dua penggal menjadi wakil rakyat nafsu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berstatus ‘ustaz’ mengalahkan ‘raja’.

‘Istana’ milik Adun BN tersebut terletak di Kampung Banggol Tok Jiring di belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu.


Dimaklumkan kos keseluruhan hartanah serta banglow tersebut boleh mencecah harga lebih RM1 juta.

Persoalannya, bagaimana mungkin kemampuan seorang wakil rakyat biasa yang belum pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu layak memiliki sebuah Istana.


Namun begitu, di kalangan kontraktor, pemimpin serta ahli parti Umno di Dun Tepoh sedia maklum wakil rakyat tersebut digelar ‘Adun 10 persen’.


Bahkan, masalah kesusahan dan kemiskinan rakyat khususnya dalam Dun Tepoh sendiri kurang dipedulikan oleh Adun berkenaan.


Akhir-akhir ini, beliau yang pernah terlibat dalam kumpulan wakil-wakil rakyat BN ’10 Budak Hitam’ serta menjadi seteru kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said mula berjinak semula.


Ini kerana, Adun tersebut mula menjadi ‘orang kuat’ kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.


Justeru itu, apakah benar banglow Adun Tepoh itu berharga lebih RM1 juta hasil simpanan gaji serta elaunnya sebagai seorang wakil rakyat biasa.


Adakah tindakan berbaik-baik dengan Hishammuddin dan Ahmad bagi menutup sebarang isu penyelewengan serta salahguna kuasanya.


PERISTIWA di pagi Aidiladha (27 Nov 2009):


Rupa-rupanya, pada pagi tersebut selepas solat sunat hari raya 'kecoh' sekampung apabila tersebarnya satu berita tentang episod seorang wakil rakyat yang bernafsu 'Raja'.

Semua orang bercakap sana-sini tentang perihal singgahsana bak 'Istana' milik seorang Adun yang berstatus 'Ustaz' yang alim lagi waraknya.


Ambo tidak tahu tetapi 'Apa Orang Kata', kata-kata sungguh terkejut 'beruk' rupa-rupanya wakil rakyat yang seorang ini 'banyak' harta-bendanya.


Mana dia (Adun) dapat ambo pun tidak tahu tetapi semua orang kata yang dia (wakil rakyat) ini agak kaya-raya kerana mungkin dari baka keturunan 'anak orang kaya'?


Ada
orang melihat yang si-JKKK seorang itu sibuk macam 'lipas kudung' ke sana-ke mari tidak tentu hala macam hendak tutup 'aib' (malu).


Orang kampung kata, biasanya si-JKKK yang sangat rapat dengan si-Adun itu bawa kereta slow saja macam 'kura-kura' sakit lutut.


Tetapi.... pada peristiwa pagi itu lain macam pula si-JKKK ini bawa kereta hingga tercunggap-cunggap bersambung nafasnya.


CEMAS! CEMAS! CEMAS!...kata si-JKKK, siapalah punya angkara duk 'dedah' perihal wakil rakyat kite yang kecik-molek ini?


Tetapi....selepas tiga hari raya, dengar cerita orang kampung kata si-Adun itu agak kurang sihat sikit, 'demang' agaknya ambo pun tidak tahu.


Tetapi.... ada orang cakap, semasa 'bapak' Menteri, Dato' Seri Hisyammuddin Tun Husin selaku 'bapak angkat' kepada Umno Terengganu datang dalam siri Lawatan Ke Parlimen Kuala Nerus pada 28
November 2009 lalu, Adun Ustaz ini tidak nampak 'batang hidungnya'.


ATAU....mungkin si-Adun yang dikatakan ada Istana Besar yang berharga juta-juta itu kata orang kurang disenangi pula oleh bapak Menteri yang 'lemah-lembut' itu.


Tetapi.... apa cerita pun ambo pun tidak tahu cuma sekali-sekala ambo dengar 'Apa Orang Kata'.

‘Unity Government’ tidak perlu disegerakan-Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib



Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib menyifatkan keputusan bersama Pakatan Rakyat menolak ‘Unity Government’ (Kerajaan Perpaduan) adalah tepat.

Katanya, keputusan bersama itu dipersetujui oleh PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP kerana tidak perlu disegerakan.

“Itu (tolak) keputusan Presiden kita (PAS) bersama-sama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu bersama dengan PKR dan DAP.

“Berdasarkan kepada situasi dan keadaan yang ada itu dan berdasarkan kepada konsep ‘Unity Government’ itu adalah dengan penyertaan semua parti yang ada dalam Parlimen yang menang dalam pilihan raya itu menyertai sama dalam pemerintahan Negara,” jelasnya selepas Mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, hari ini.

Olek kerana, katanya DAP dan PKR memikirkan tidak perlu disegerakan dalam konsep setiakawannya (Pakatan Rakyat) idea Kerajaan Perpaduan itu ditangguhkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata isu ‘Unity Government’ itu terus ‘bermain’ dalam fikiran rakyat.

“Presiden PAS pun sedia untuk tangguh dahulu. Sekarang ini fikiran mengenai ‘Unity Government’ itu akan terus berada dalam fikiran orang-orang kita.

“Walau pun tidak dilaksanakan sekarang ini tetapi dalam pakatan yang ditandatangani bersama itu dalam perkara ketiga, mana-mana parti politik dibebaskan atau dibenarkan mengadakan apa-apa hubungan untuk kebaikan kepada Negara dengan mana-mana pihak sekali pun,” ujarnya.

Maknanya, kata Dato’ Harun isu tersebut tidak ‘mati’ tetapi tidak perlu disegerakan dan ini keputusan yang dipersetujui bersama (PAS, PKR dan DAP).

Menurutnya, Pesuruhjaya PAS negeri-negeri merupakan sebahagian dari parti dan apa yang diputuskan oleh parti akan diikuti.

Katanya, apa-apa yang dipersetujui oleh Presiden PAS yang tidak berlawanan dengan dasar parti akan diikuti bersama secara berjemaah.

Ketika ditanya mengenai penarikan semula kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz terhadap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa mungkin kerana kekeliruan maklumat dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Katanya, penjelasan terhadap isu tersebut telah diadakan dalam satu majlis persaudaran Islam serta diakui terdapat kekeliruan maklumat.

“Itu dalam perjumpaan bersama dan saya hadir. Dalam perjumpaan itu dimaklumkan kepada Mursyidul Am bahawa bukan maksud kita (PAS) Unity Government itu penubuhan kerajaan antara PAS dan Umno sahaja. Tetapi melibatkan semua parti-parti politik dan ini kita (PAS) bersetuju.

“Jadi mungkin maklumat yang diterima oleh Mursyidul Am itu tidak tepat dan betul lalu dikeluarkan kenyataan seperti itu.

“Maka, dengan sebab itu untuk menjaga persaudaraan Islam secara Islam, meraikan perasaan dan hati sahabat kita (Ustaz Nasaruddin) yang terlibat maka dengan sebab itu Mursyidul Am sebagai bapa sebagai pemimpin.

“Walau pun dia (Nik Aziz) kata apa kepada anak dia (Nasaruddin) dan didapati bahawa apa yang dia (Mursyudul Am) cakap itu tidak tepat, tidak betul. Maka, dia (Nik Aziz) tarik baliklah ucapan dia dan kenyataan itu dibuat secara bertulis,” jelasnya

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top