ZALIM!!!.. Jangan khianati perjanjian


Semua orang tahu dan seluruh dunia tahu yang negeri Kelantan kini menjadi mangsa kedua selepas Terengganu dinafikan hak mendapat bayaran royalti petroleum.

Terengganu Darul Iman yang pernah diperintah oleh kerajaan PAS antara tahun 1999 hingga 2004 telah didiskriminasi kerajaan pusat mengenai hak royaltinya.

Jika tidak silap Awang seperti mana yang ‘apa orang kata’ sebelum-sebelum ini kerajaan PAS Terengganu pernah dapat sekali sahaja sebanyak RM400 juta lebih sikit pada bulan Mac 2000.

Selepas itu, orang kata kerajaan PAS Terengganu pun ‘dirompak’ dan ketua ‘perompak’ pun ‘sihir’ duit royalti itu dijadikan duit ‘ehsan’.

Masa itu, kuncu-kuncu yang di bawah ketiak ketua ‘perompak’ di Terengganu ini semua sokong dan amat setujulah. Malah, puak-puak ini yang syorkan. Apa lagi, ketua ‘perompak’ dan ‘penyamun-penyamun’ suka sakanlah.

Apa tidaknya, duit ehsan itu diwar-warkan untuk kepentingan rakyat, terus kepada rakyat…walhal, sebenarnya duit ehsan itu tiris, bocor dan tembus di pertengahan jalan dari Putrajaya ke Kuala Terengganu.

‘Dan Sebenarnya’…duit ehsan itu bukan masuk terus kepada rakyat tetapi masuk dalam poket ketua dan kuncu-kuncu ‘penyamun’ dan ‘perompak’ tadi.

Rakyat di kampung yang setia kepada ‘songkok hitam’ suka sangatlah sebab setahun sekali dapat RM300. Orang tua tak ada gigi suka nampak gusi dapat RM300. Orang muda-mudi suka sampai terlondeh seluar dapat RM300.

‘Dan Sebenarnya’….mereka lupa yang mereka itu ‘disembelih’ hidup-hidup setelah diberi makan kenyang-kenyang.

Kini giliran Kelantan pula yang terkena badi setelah disahkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu sebenarnya ada minyak dan dapat royalti.

Sebelum itu, bermati-matian juga puak-puak yang setia di bawah ketiak ketua ‘perompak’ tu kata Kelantan tiada hak dapat royalti. Kelantan tak ada kena-mengena dengan duit itu.

Tiba-tiba, bila ketua ‘perompak’ kata Kelantan tak layak dapat wang royalty tetapi wang ehsan boleh setelah ‘disihir’.

‘Dan Sebenarnya’…tawaran pemberian ‘wang ehsan’ oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan bukti jelas hak royalti berpihak kepada negeri tersebut.

Awang teringat kata-kata yang tegas oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Kelantan berhak mendapatkan bayaran royalti dan bukan ‘wang ehsan’.

Katanya, kemelut hak menerima bayaran royalti petroleum di Kelantan boleh diselesaikan dengan mudah jika kembali kepada perjanjian asal.

“Royalti mudah sahaja jika kembali kita kepada perjanjian. Perjanjian yang dimeterai antara kerajaan negeri dengan pihak petronas.

“Balik kita kepada perjanjian dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang dibuat di Parlimen.

“Kepada saya itu (royalti) tetap hak Kelantan dan jika Terengganu kepada Terengganulah mengikut perjanjian yang dibuat waktu itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan bahawa negeri Kelantan berada di bumi Malaysia sewajarnya berhak mendapatkan royalti tersebut.

Menurutnya, jika Kelantan tidak wujud bersama Malaysia sudah pasti hasil petroleum tersebut menjadi milik negara lain.

“Sekarang negeri Kelantan berada di bumi Malaysia maka jadi hak (royalti) Kelantanlah.

“Jika ditakdir tidak ada Kelantan sudah tentu hasil itu akan menjadi hak negara lain dan bukan hak Malaysia,” jelasnya.

Menurutnya, begitu juga dengan Terengganu pernah mendapat royalti melalui perjanjian yang sama tetapi dinafikan.

Katanya, baliklah kepada perjanjian antara kerajaan negeri waktu itu dengan pihak Petronas.

“ Balik kepada perjanjianlah. Dalam perjanjian itu mengatakan jika ada apa-apa hasil petroleum dan gas sama ada di darat atau di laut. Maka, diserah kepada Petronas dan Petronas hendaklah memberi lima peratus kepada kerajaan negeri. Itu jelas dan tidak ada ‘duit-duit ehsan’ tetapi royalti,” tegasnya.

Menurutnya, apabila petroleum dijumpai dan pengeluarannya telah berjaya diusahakan pada tahun 1978, Petronas telah membayar wang tunai kepada kerajaan Terengganu.

Ini katanya, selaras dengan peruntukkan oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta menerima bayaran dua kali setahun pada setiap bulan Mei dan September.

Oleh itu, Awang harap kerajaan pusat insaf yang perbuatan ‘kepala-kepala’ pusat terdahulu itu salah dan satu ‘jenayah’.

Masalah itu berlaku dan terus berlaku disebabkan kerana dipengaruhi oleh fanatik politik dan bukan berdasarkan kepada konsep setia kepada perjanjian.

Kita orang Islam, ketua pusat pun mengaku orang Islam dan Islam kata jika kita mungkir kepada perjanjian dan hak orang kita salah. Kita boleh dikenakan caj ‘munafiq’, ’penipu’, ‘khianat’ dan termasuk dalam kategori penerima ‘Anugerah Tokoh Zalim 2010’.

RENUNG DALAM-DALAM….FIKIR MASAK-MASAK

Selamat Hari Jadi Ke-35




SELAMAT hari ulang tahun ke-35, Abang ucapkan kepada kamu yang merupakan anak ketiga dari lapan adik-beradik dalam keluarga kita. Hari ini, kamu Khairul Kamal bin Mohmad telah genap mencapai usia tersebut pada 24 Januari 2010 yang lalu.

Inilah, kali pertama Abang ucapkan kepada adik-adik sejak lebih 30 tahun kita sama-sama hidup di atas dunia ini.

Cuma ‘apa yang penting’… bukan sambutan dengan kuih-muih atau kek berlilin yang perlu kita raikan. Tetapi doa selamat serta harapan yang ‘menggunung’ lebih diutamakan.

‘ma’…adalah panggilan mesra kita adik-beradik. Jika dikenangkan masa lampau memang kamu adalah seorang adik yang paling nakal dan bermasalah.

Kata orang tua-tua… Kamal (ma) ni dok 'makang ssaman' dan di zaman budak-budak dulu seorang yang kuat makan serta agak degil.

Tapi, Abang tidak lupa oleh kerana kita berdua sahaja anak lelaki yang besar dan hampir sama saiz, malah mu lebih besar dari Abang.

Kita selalunya bermain ‘perang-perang’ atau ‘gusti’ tetapi selalunya berakhir dengan tangisan atau berbaloh. Kita selalu bergaduh adik-beradik semasa di zaman kanak-kanak.

Kini bila sudah dewasa…kita tidak pernah berbalah lagi. Kata orang tua-tua, jika di zaman budak-budak kita selalu bergaduh dan bila besar payah bergaduh atau bermasam muka.

Pada coretan UCAPAN SELAMAT HARI JADI untuk mu ini. Satu Abang hendak pesan jika boleh mu ‘STOP’ dari ‘MEROKOK’.

Merokok tidak baik untuk kesihatan dan yang paling Abang tidak suka dan benci kepada sesiapa sahaja yang merokok di depan Abang. Jika boleh mahu sahaja Abang ‘sumpah-sumpah’ biar jadi 'kambing'.

Ini kerana, 'kambing' tidak makan daun tembakau atau hisap rokok tetapi manusia lebih teruk daripada 'kambing'.

Bencinya Abang pada rokok bukan kerana nama rokok, dan bukan benci kepada kawan-kawan yang merokok. Kawan tetap kawan…lawan tetap lawan.

‘Dan Sebenarnya’…kerana asap rokok jugalah Abang terpaksa berehat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) baru-baru ini selama lima hari. Bukan kerana Abang merokok tetapi kerana terkena asap rokok orang.

Bahaya rokok sangat banyak hingga terpampang dikotak-kotak rokok. Tetapi si perokok langsung tidak insaf dan berkesan.

Bahaya asap rokok juga kepada anak-bini kita jika yang ada anak-binilah. Sebab itu, Abang secara peribadi sangat anti dan tidak suka kepada si perokok di hadapan Abang.

"Dan Sebenarnya'....peratus untuk seseorang itu payah dapat anak dan zuriat lebih tinggi kepada seorang perokok. Ianya boleh 'membunuh' benih-benih kita.

Sebab itulah,dalam keluarga kita mungkin Abang antara orang yang paling kaya dengan anak-anak tetapi bukan kaya harta-benda atau wang ringgit.

Kaya dengan anak ini mungkin boleh membawa kesenangan kepada kita suatu masa kelak setelah kita semua tua-baka.

Oleh itu, harap mu fikir dan fikir dan buat keputusan apakah ada kebaikan atau tidak dengan hidup merokok.

Ok, Abang berhenti dahulu tulisan ini dan akan disambung semula. Abang kena keluar ada temujanji dengan orang.-Sekian Jumpa Lagi

RENUNG-RENUNG & FIKIR-FIKIR ORANG TERSAYANG

Istana Mat Said RM……Juta?





PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

Sumber Awang memberitahu harga sebuah banglow mewah seperti Istana tersebut harganya mencecah jutaan ringgit. Angka tepat tidak dapat Awang dedahkan kerana tertakluk ‘Akta Rahsia Rasmi Peribadi’. Tapi Awang tidak ambil rasuah untuk tutup mulut.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia (pemimpin) jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ehsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek-projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Apa yang orang kata pemimpin tersebut banyak juga dapat projek-projek wang ehsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya-raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

Oleh itu, sebagai kenal-kenalan kita di Facebook untuk menambahkan koleksi seorang pemimpin yang baru pulang dari mengerjakan Haji di Mekah dengan ini diumumkan nama pemilik banglow mewah tersebut adalah Dato’ Haji Ahmad Said al-Kijali.

TETAPI….dengar ceritanya, dia (Mat Said) jarang sangat duduk kat Istana tersebut kerana mungkin kurang selesa sebab berjawatan MB atau mungkin kerana dia banyak duduk di Istana Sri Iman, Kuala Terengganu.

Lagi pun banyak sangat cerita-cerita pelik yang Awang dengar al-kisah akan rumah banglow tersebut sejak dari pembinaan hingga siap yang penuh dengan kisah MISTERI !!!!!!

RENUNG UNTUK MENILAI….FIKIR UNTUK MEMILIH

BERUK lebih baik dari JKKK



SALAM FOR ALL…

BEBERAPA hari lalu, Awang dihubungi oleh seseorang dan diberitakan satu kejadian pencerobohan terhadap Tanah Perkuburan Islam di Kampung Rantau Abang, Dungun.

Penduduk di Kampung Rantau Abang mendakwa jalan utama ke projek pembinaan Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia Zon Tenggara dibina di atas tanah perkuburan Islam.

Pembinaan jalan serta longkang besar tersebut di atas tanah perkuburan Islam Rantau Abang sepanjang 300 meter melibatkan puluhan kubur-kubur lama.

Bahkan, ketika kerja-kerja menggali tanah bagi pembinaan longkang besar tersebut sebanyak tiga buah kubur ditemui dengan cebisan tulang-belulangnya.

Seorang penduduk, Encik Mat Zin Mat Noor, 53, melahirkan rasa dukacita serta mahukan pihak berkuasa tempatan segera bertindak.

Ini kerana, katanya melibatkan maruah serta kesucian agama Islam yang menuntut agar tanah perkuburan Islam dipelihara dengan baik.

“Saya rasa sangat tidak puas dan dukacita dengan tindakan sambil lewa pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah tanah perkuburan Islam yang diceroboh.

“Saya anak jati kelahiran di Kampung Rantau Abang ini tahu dengan yakin masih banyak kubur yang ‘terkorban’ di sini,” jelasnya.

Menurutnya, pihak pejabat agama wajar mengambil tindakan mengalih terlebih dahulu kubur-kubur lama sebelum projek dimulakan.

Beliau melahirkan rasa tanggungjawab untuk menegur kerajaan serta pihak berkenaan agar tidak mengambil mudah soal maruah dan agama Islam.

Katanya, tiga buah kubur ditemui bersama rangka tulang-belulang yang berselerakan ketika kerja menggali longkang dilaksanakan.

Encik Hazim Ismail, 54, dari Kampung Rantau Abang menyifatkan pihak berkuasa Pejabat Agama Daerah Dungun tidak serius meski pun tiga buah kubur ditemui pekerja pembinaan tersebut.

Katanya, kerja-kerja pembinaan jalan serta longkang besar termasuk dalam kawasan tanah perkuburan di kampung ini.

“Saya hairan kenapa pihak pejabat agama Dungun tidak ambil langkah serius setelah tiga buah kubur ditemui ketika kerja menggali longkang.

“Kawasan (perkuburan) ini patut dibersihkan dengan memindahkan terlebih dahulu kubur-kubur yang sedia ada sebelum dimulakan projek,” ujarnya.

Menurutnya, penduduk tidak kisah serta mengalu-alukan sebarang projek pembangunan tetapi bukan dengan cara mencerobohi tanah perkuburan Islam.

Awang diberitahu Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta jamaah Masjid Rantau Abang sedia maklum masalah tersebut tetapi enggan ‘bersuara’.

Meski pun pemimpin masyarakat setempat itu bersetuju agar dipindahkan mana-mana kubur terbabit tetapi tidak berani bertindak menghalangnya.

Apa hendak jadi dengan masyarakat Melayu-Islam hari ini yang seolah-olah langsung tidak sensitif dengan masalah berkaitan agamanya.

Rasa sensitiviti telah hilang di dada orang Melayu terutama ‘Melayu Bersongkok Hitam’. Apa tidaknya, kata orang tua-tua bila doh ‘makang-kedaroh’ macam-macam dok kira ‘halal-haram’ begitilah jadinya.

Apa yang pelik laginya, kawasan pencerobohan tanah perkuburan itu berlaku di Kampung Wakil Rakyat Umno iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Dato’ Za’bar Mohamed Adib.

Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri yang jaga pelancongan dan kebudayaan seni warisan negeri Terengganu. Tapi sayang, orang besar ini tidak boleh jaga kampung.

Ada orang kata, BERUK lebih baik dari manusia Melayu Bersongkok Hitam. BERUK cukup sayang harta bendanya tetapi manusia ini lebih teruk dari BERUK.

Awang juga diberitahu oleh teman-teman di Rantau Abang bahawa kawasan tanah perkuburan tersebut luasnya dua hektar dan dipercayai wujud sejak lebih 100 tahun lalu dan masih diguna-pakai hingga hari ini.

Projek Kerajaan Barisan Nasional di bawah Kementerian Dalam Negeri tersebut dikendalikan oleh Syarikat Denrich Naluri Rezeki J.V dari Kuala Lumpur secara rundingan terus yang berharga ratusan juta.

Pembinaannya dimulakan pada 1 April 2009 dan dijangka siap pada 29 Mac 2011 tahun hadapan.

Awang yakin dan percaya jika orang dalam kubur itu boleh keluar dan beritahu kepada orang yang masih hidup. Sudah tentu dia (mayat) akan berkata, “Wahai manusia, kenapa kamu yang masih hidup tidak boleh untuk jaga batu-batu nisan kami yang terpacak kaku ini. Tergamak kamu melihat pelbagai jenis jentera dan kenderaan memijak-mijak tempat persemadian kami. Maka, benarlah kata-kata orang…BERUK lebih baik dari kamu manusia yang ‘buta mata hatinya’.

RENUNG MAHU INGAT….FIKIR MAHU BUAT

Awas!! Umno lebih bahaya dari ular


Baru-baru ini, seorang aktivis PAS di Kemaman cederanya agak parah juga apabila tangan kanannya dipatuk oleh seekor ular sudu senduk.

Awang berkesempatan juga untuk melawat mangsa patukan ular berbisa itu di Hospital Besar Kemaman pada 23 Januari 2010 lalu.

Beliau ialah Mohd Ridhuan Abdul Rahman, 52, dari Kampung Mak Cili, Kemaman yang kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan..

Katanya, pengalaman tangan dipatuk ular berbisa merupakan suatu pengalaman pahit yang julung kali dialami sejak berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemaman.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di tempat kerja di Bukit Kemuning, Kijal ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan tiang TNB.

"Satu pembedahan kecil terpaksa dilakukan untuk membuang kesan gigitan berbisa yang menyebabkan tangan membengkak dan bernanah.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih, selamat dan tidak membimbangkan," ujarnya.

Menurutnya, pengalaman ketika diambang maut akibat tangan dipatuk seekor ular sudu senduk tidak mematahkan semangat untuk meneruskan khidmat sukarela kepada parti.

Kebetulan yang bawa Awang ke hospital terbabit ialah, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat yang juga bekas calon PAS bagi Dun Chukai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.

Katanya, Haji Ridhuan merupakan seorang aktivis PAS yang banyak membantu kerja-kerja parti terutama dibahagian taknikal elektrik.

"Saya doakan semoga beliau (Ridhuan) cepat sembuh dan selamat. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu beliau terutama para doktor di hospital ini," ujarnya.

Menurutnya, ujian dalam perjuangan Islam bukan sahaja kesusahan menghadapi musuh politik tetapi pengorbanan masa, harta benda dan nyawa.

‘Dan Sebenarnya’…mungkin orang lupa atau terlupa kerana pada Awang ada lagi sejenis ‘haiwan’ yang lebih bahaya dan berbisa dari seekor ular yang berbisa itu.

Rasa-rasanya, sebisa-bisa ular jika orang yang beriman dan soleh kena patuk dan ditakdirkan mati atau meninggal akan dia dunia yang fana ini. Maka, matinya itu boleh jadi mati syahid.

Jika tidak syahid besar dapat juga syahid kecil (dunia) kerana terlibat kemalangan namanya dan sempatlah juga mengucap barang kalinya.

TETAPI…jika mana-mana makhluk di dunia ini yang terkena dengan sejenis ‘haiwan’ iaitu ‘Ular Makan Nasi Orang’ (UMNO) ada orang kata tidak bau syurga.

Bukan Awang kata tetapi tolong sampaikan apa yang orang kata tentang bahayanya ‘Ular Makan Nasi Orang’ ini.

Sebab itu, jika tidak silap Awang ada orang beritahu Awang tentang satu kata-kata Tok Guru Rusila 20 tahun lalu. Apa yang disebut orang dengan ‘AMANAT HAJI HADI’.

Tapi kali ini Awang tidak berniat hendak ulas panjang lebar tentang amanat tersebut dan mungkin di lain hari, Insya’Allah.

Apa yang orang kata, jika terkena patukan ‘Ular Makan Nasi Orang’ itu bisanya tidak ada ubat. Sebab, bisa itu akan memutuskan segala urat saraf aqidah orang Islam…Nauzubillah.

Apa pun Awang mintalah sesiapa yang terbaca tulisan ini fikir betul atau tidak betul tentang bahayanya ‘Ular Makan Nasi Orang’ itu.

RENUNG DENGAN MATA HATI…. FIKIR DENGAN AKAL WARAS

Salman al-Farisi anakku



HARI INI 25 Januari 2010 genaplah usia anak Awang yang nombor 4 berumur 7 tahun. Namanya, Salman al-Farisi yang dilahirkan pada jam 5.54 pagi tujuh tahun lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Pada ketika itu, Awang berusia 31 tahun dan ‘zaujah’ (isteri) Awang pula yang dikenali dengan panggilan ‘Kak Wan’ berumur 30 tahun.

‘Dan Sebenarnya’….nama Salman al-Farisi menjadi pilihan Awang kerana mempunyai nilai sejarah serta sirah perjalanannya yang tersendiri.

Sebab itu, hampir kesemua anak-anak Awang mempunyai nama-nama yang terkenal dalam sejarah Islam serta perjuangannya.

Oleh kerana, hari ini ulang tahun kelahirannya yang ke-7 dan Awang sebenarnya hampir terlupa dan sememangnya terlupa.

Namun begitu, sekitar jam 9.00 malam (25 Januari) iaitu tiga jam sebelum berakhirnya tarikh tersebut satu majlis ‘kecil-kecilan’ adik-beradiknya bersama ibunya(isteriku) membelah serta memakan kek coklat ‘hari jadi’ khas untuk Salman al-Farisi.
Awang tanya kek untuk apa? Maka, dijawab oleh ‘zaujah’ (isteri) Awang sempena hari kelahiran Salman al-Farisi.

Kesibukkan dan kealpaan membuatkan Awang terlupa tarikh-tarikh penting untuk anak-anak sebenarnya. Jika sebelum ini, kami anak-beranak akan adakan majlis tersebut bersama dengan membawa ke suatu tempat sama ada perkelahan atau peranginan.

Kami anak-beranak akan raikan mana-mana anak yang terkena tarikh ulang tahun kelahiran akan diraikan bersama sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa.
Meski pun, Awang tidak meminati kuih kek tetapi demi anak-anak Awang turut serta makan bersama sebagai tanda meraikannya…alhamdulillah.

Kali ini Awang cuba bawa sedikit kisah dan sejarah manusia yang bersama Salman al-Farisi yang menjadi pilihan Awang serta diabadikan pada nama salah seorang anak lelaki Awang.

Salman al-Farisi pada awal hidupnya adalah seorang bangsawan dari Persia (Parsi-Iran) yang menganuti agama Majusi. Namun dia tidak merasa tenang dengan agama tersebut.

Pergolakan batin rohaninya itulah yang mendorong anak muda tersebut untuk mencari agama yang dapat mententeramkan hatinya.

Kisah Salman diceritakan secara langsung kepada seorang sahabat dan keluarga dekat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Abbas.

Salman dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Parsi, Iran. Ayahnya adalah seorang Dihqan (ketua) kampong/ desa. Dia dari golongan orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar.

Ayahnya sangat menyayangi Salman berbanding adik-beradik yang lain. Seiring waktu berlalu, ‘cintanya’ (saying) kepada Salman semakin kuat dan membuatnya semakin takut kehilangan Salman. Ayahnya pun menjaga dia di rumah seperti di ‘penjara’.

Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas serta hasil yang melimpah. Suatu ketika, ayahnya meminta dia (Salman) mengerjakan satu tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran.

"Ayahku memiliki tanah subur yang luas. Suatu hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam perjalanan ke tanah tersebut, saya melalui gereja Nasrani.

“Saya mendengarkan suara orang-orang solat di dalamnya. Saya tidak mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, karena ayahku selalu melarang aku keluar rumah. Maka ketika saya melewati orang-orang itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam untuk melihat apa yang mereka lakukan.

"Ketika saya melihat mereka, saya menyukai solat mereka dan menjadi tertarik terhadapnya (yakni agama). Saya berkata (kepada diriku), 'Sesungguhnya, agama ini lebih baik daripada agama kami”.

Salman memiliki pemikiran yang terbuka dan bebas. "Saya tidak meninggalkan mereka sampai matahari terbenam. Saya tidak pergi ke tanah ayahku."

Dan ketika dia pulang, ayahnya bertanya. Salman pun menceritakan bertemu dengan orang-orang Nasrani dan mengaku tertarik. Ayahnya terkejut dan berkata: "Anakku, tidak ada kebaikan dalam agama itu. Agamamu dan agama nenek moyangmu lebih baik."

"Tidak, agama itu lebih baik dari milik kita," tegas Salman.

Ayah Salman pun bersedih dan takut Salman akan meninggalkan agamanya. Jadi dia mengunci Salman di rumah dan merantai kakinya.

Salman tak kehabisan akan dan mengirimkan sebuah pesan kepada penganut Nasrani, meminta mereka mengkhabarkan jika ada kafilah pedagang yang pergi ke Suriah. Setelah informasi tersebut, Salman pun membuka rantai dan lari bersama dengan rombongan kafilah itu.

Ketika tiba di Suriah, dia meminta diperkenalkan dengan seorang pendeta di gereja. Dia berkata: "Saya ingin menjadi seorang Nasrani dan memberikan diri saya untuk belajar dari anda dan solat dengan anda."

Sang pendeta menyetujui dan Salman pun masuk ke dalam gereja. Namun tak lama kemudian, Salman menemukan kenyataan bahwa sang pendeta adalah seorang yang khianat. Dia memerintahkan para jemaah untuk bersedekah, namun ternyata hasil sedekah itu ditimbunnya untuk memperkaya diri sendiri.

Ketika pendeta itu meninggal dunia dan umat Nasrani berkumpul untuk menguburkannya, Salman mengatakan bahwa pendeta itu khianat dan menunjukkan bukti-bukti timbunan emas dan perak pada tujuh guni yang dikumpulkan dari sedekah para jemaah.

Setelah pendeta itu wafat, Salman pun pergi untuk mencari orang soleh lainnya, di Mosul, Nisibis, dan tempat lainnya.

Pendeta yang terakhir berkata kepadanya bahawa telah datang seorang Nabi di tanah Arab yang memiliki kejujuran yang tidak memakan sedekah untuk dirinya sendiri.

Salman pun pergi ke Arab mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan wang yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman.

Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Suriah dan Madinah), para pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan Salman seorang hamba abdi, lalu dijual kepada seorang Yahudi.

Singkat cerita, akhirnya Salman dapat sampai ke Yatsrib (Madinah) dan bertemu dengan rombongan yang baru hijrah dari Makkah. Salman dibebaskan dengan wang tebusan yang dikumpulkan oleh Rasulullah SAW dan selanjutnya mendapat bimbingan langsung dari beliau.

Betapa gembira hatinya, kenyataan yang diterimanya jauh melebihi apa yang dicita-citakannya, dari sekadar ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah pengakuan sebagai muslimin di tengah-tengah kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang disatukan sebagai saudara.

Kisah kepahlawanan Salman yang terkenal adalah karena idenya membuat parit bagi melindungi kota Madinah dalam Perang Khandaq. Ketika itu Madinah akan diserang pasukan Quraisy yang mendapat sokongan dari suku-suku Arab lainnya yang berjumlah 10.000 bala tentera. Pemimpin pasukan itu adalah Abu Sufyan. Ancaman juga datang dari dalam Madinah, di mana penganut Yahudi dari Bani Quradhzah akan memerangi dari dalam kota.

Rasulullah SAW pun meminta dari sahabat-sahabatnya bagaimana strategi menghadapi mereka. Setelah bermusyawarah akhirnya saranan Salman al Farisi atau yang biasa dipanggil Abu Abdillah diterima.

Strategi Salman memang belum pernah dibuat oleh bangsa Arab pada waktu itu. Namun atas ketajaman pertimbangan Rasulullah SAW, saranan tersebut diterima.

Atas saranan Salman itulah perang dengan jumlah pasukan yang tidak seimbang itu telah dimenangkan kaum Muslimin/ Islam.

Setelah meninggalnya Nabi Muhammad, Salman dikirim untuk menjadi gabenor di daerah kelahirannya hingga dia (Salman) meninggal dunia.
RENUNG SEJARAH SILAM….FIKIR IKTIBARNYA

Kerajaan Mat Said disabotaj?


TRAGEDI serta kejadian roboh-meroboh sama ada bangunan-bangunan kerajaan atau harta benda rakyat sememangnya banyak berlaku di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Kejadian yang tidak diingini itu berlaku baik ketika pemerintahan mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh atau MB sekarang, Dato’ Haji Ahmad Said.

Bezanya cuma mungkin di zaman Idris jadi MB Terengganu dia banyak ‘mengarahkan’ rumah-rumah rakyat di bawah skim Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dirobohkan.

Rakyat masih ingat dan tidak lupa sebenarnya bukan sekadar rumah-rumah rakyat yang mustad’afin tetapi rumah Allah iaitu Masjid Bujal, di Kijal, Kemaman.

Baik rumah rakyat atau masjid roboh tetap roboh. Atas nama ‘dendam’ dan pembangunan mana-mana premis atau bangunan yang tidak sealiran dengan fahaman perkauman Melayu Umno akan diambil tindakan.

Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang lalu. Apabila Idris menerima ‘tuloh’ atau ‘kifarat’ dari dosa serta terkena badi doa ‘senjata’ para peserta RTB-RTB berkenaan.

Maka, naiklah Mat Said yang pada waktu itu Ketua Umno Bahagian Kemaman. ‘Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam’ dan ‘Tuan Ayam Nampak Dikaki, Tuah Manusia Siapa Tahu’.

Mat Said dinobatkan jadi ‘MB Sultan’ kata orang sebab waktu itu hanya dia (Ahmad Said) yang diperkenankan oleh pihak Istana Terengganu.

Maka, jadilah dia (Mat Said) sebagai Menteri Besar walau pun pelbagai tribulasi serta karenah oleh puak-puak yang tidak puas hati dan pro-Idris. Waktu, tersedarlah Idris yang dia sudah ‘terpecat’ dan tidak diperkenankan Tuanku Sultan.

Hari ini, Dato’ Haji Ahmad Said dikatakan orang terkena pula ‘badi’ peninggalan Dato’ Seri Idris Jusoh yang pernah menerajui bumi bertuah ini Terengganu Darul Iman.

Sebagai MB Terengganu, selaku Ketua Kerajaan Terengganu segala yang berlaku baik sekecil-kecil ‘kurma’ hingga sebenar-besar ‘stadium’ akan dipertanggungjawabkan di atas bahu Mat Said.

Dalam masa sama, pelbagai siri-siri penentangan terhadap beliau (Ahmad) terus berlaku dan 1001 macam ‘mimpi-mimpi ngeri’ terus menghantui kepimpinannya.

Kali ini dan terbaru bagaimana suatu siri perobohan terhadap harta rakyat miskin di sebuah daerah di Hulu Terengganu pula menjadi mangsanya.

Sama ada kejadian tersebut sememangnya hasil ‘buah tangan’ atau idea ‘gila’ MB Terengganu sendiri atau ada pihak-pihak tertentu yang cuba ‘mensabotajnya’ tiada siapa yang tahu.

Namun begitu, kebarangkalian dia (Ahmad) disabotaj oleh pihak-pihak tertentu atas nama peraturan dan undang-undang yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai kerajaan pun boleh jadi.

Atau kebarangkalian berlaku ‘bias’ hasil dari percaturan dan pertukaran besar-besaran pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang baru pun boleh jadi.

‘Dan Sebenarnya’…apa yang ingin Awang kongsi bersama satu cerita dan tragedi yang dilaporkan kepada Awang pada 21 Januari 2010 lalu sebenarnya di luar kewarasan dan rundingan ihsan.

Impian sebuah keluarga penerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang berhasrat meningkatkan taraf hidup ekonomi keluarganya tidak kesampaian.

Ini kerana, sebuah premis kedai kopi yang dibina hasil wang simpanan mengambil upah menorah getah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan pada 20 Januari lalu.

Premis kedai kopi tersebut terletak di hadapan Sekolah Sains Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan serta belum sempat menjalankan perniagaannya.

Pemiliknya, Encik Abu Bakar Musa, 43, dari Kampung Tajin melahirkan rasa kecewa dan dukacita kerana kedai yang sedang dalam pembinaan dirobohkan.

Menurutnya, kedai warung tersebut dibina sejak tahun 2007 dan hampir siap telah menerima notis roboh dari pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Katanya, selama hampir dua tahun dibina dengan wang pendapatan menorah getah musnah sekelip mata sahaja.

“Saya orang miskin anak ramai dan bekerja mengambil upah menorah getah berhasrat untuk baiki ekonomi keluarga.

“Sedihnya, selama hampir dua tahun kumpul duit dan buat sedikit demi sedikit untuk siapkan sebuah kedai warung kopi tiba-tiba dirobohkan,” ujarnya ketika membawa Awang ke lokasinya.

Malangnya, kata beliau premis tersebut telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan tanpa pertimbangan dan budi bicara.

Menurutnya, arahan notis dipatuhi dan ketika dalam proses kerja-kerja memunggah premis tiba-tiba pihak berkenaan datang meroboh.

“Dua minggu sebelum ini saya terima notis roboh dan saya buat rayuan kepada pihak majlis (Pejabat Daerah).

“Dalam masa sama saya patuhi arahan roboh dan kerja-kerja memunggah sedang dilakukan sendiri.

“Tiba-tiba pada 21 Januari lalu, saya balik menorah getah jam 11.00 pagi terkejut melihat premis kedai saya telah dirobohkan,” jelasnya.

Katanya, kerugian ditaksirkan sekitar RM5,000 dan sekaligus memusnahkan harapan untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Menurut Abu Bakar, tindakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan itu amat mendukacitakan rakyat serta pengundinya.

‘Dan Sebenarnya’…dimaklumkan juga pendapatan Abu Bakar bekerja mengambil upah menorah getah tidak menentu serta mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.

Keluarga berkenaan mempunyai lapan orang anak berusia satu setengah tahun hingga berumur 20 tahun serta masih ramai yang bersekolah rendah dan menengah.

Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan tindakan meroboh premis tersebut tidak wajar serta ‘gelojoh’.

Ini kerana, katanya pemilik premis tersebut berada dalam kelompok penerima bantuan PPRT yang wajar dibantu meningkatkan ekonomi keluarga berkenaan.

“Saya rasa tidak wajar pihak berkuasa tempatan bertindak meroboh premis orang yang dapat bantuan PPRT.

“Tindakan gelojoh itu memusnahkan harapan rakyat untuk berubah dan baiki kehidupan keluarga miskin,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan perlu memberi perhatian kepada golongan yang miskin serta memberi peluang dan tempat untuk mereka.

Setelah Awang selidiki sebenarnya lokasi perobohan premis milik Encik Abu Bakar itu berada di luar lingkaran operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT).

Difahamkan, di luar dari kawasan tersebut tidak berlaku kutipan serta penyelenggaraan pembuangan sisa-sisa sampah dan pembersihan kawasan pihak MDHT.

Manakala, premis kedai itu ‘terbengkalai’ seperti ‘gajah putih’ yang tidak siap selama dua tahun tanpa diusik-khabar oleh pihak berkuasa tempatan.

Tiba-tiba apabila melihat sahaja kelibat Abu Bakar yang merupakan salah seorang peserta PPRT bersungguh untuk membaiki tahap ekonomi keluarganya.

Satu tindakan drastik pihak tertentu terpaksa dilakukan atas nama perundangan serta tiada kelulusan dengan tindakan bodoh dan gelojoh dengan meroboh.

Natijah dari kerja-kerja perobohan tersebut tidak dapat tidak Menteri Besar akan dikaitkan, Dato’ Ahmad Said dipertanggungjawabkan dan nama baiknya turut tercalar.

Awang simpulkan di sini bahawa ada ‘dendam bersarang’, ada ‘gunting dalam lipatan’ dan ada ‘beruk yang menggoncang’ sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat disebalik kejadian yang menimpa Encik Abu Bakar.

RENUNG BUKAN MENGHUKUM…FIKIR BUKAN MERANCANG

50 tahun Melayu Umno takutkan Cina


Selama ini Melayu Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi harapan dan sandaran rakyat berbilang kaum bernaung dibawah kepimpinannya.

Persepsi hanya Umno-BN yang mampu memerintah serta mentadbir Negara dicanang untuk mendapatkan gemanya agar terus berkuasa sekali pun terpaksa mengenepikan semangat demokrasi.

Hari ini, pemimpin Melayu Umno-BN yang kadang-kala bersongkok keras didakwa bertanggungjawab menakut-nakutkan masyarakat tionghua (Cina) terhadap kebaikan Islam.

Islam adalah agama untuk semua dan Islam itu bukan hanya untuk orang Melayu sahaja sebagaimana yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno tersebut.

Oleh yang demikian, rakyat patut menilainya semula kerana selama lebih 50 tahun Umno gagal sebagai sebuah parti orang Melayu kononnya juga memperjuangkan Islam.

Sedangkan, selama itulah mereka (Melayu Umno) cuba memberi gambaran tidak baik terhadap Islam yang dibawa oleh PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan sumber al-Quran, hadis dan ijma’ ulama’.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Perak, Khalid Idham Lim Abdullah turut mendakwa Melayu Umno yang bertanggungjawab mewujudkan persepsi negatif masyarakat Cina terhadap Islam.

Katanya, pemimpin Melayu Umno sejak sekian lama cuba menakut-nakutkan orang Cina tentang bahaya PAS yang membawa dasar dan perjuangan Islam.

“Saya ingin jelaskan bahawa Melayu Umno di Malaysa yang takut-takutkan Cina dengan Islam.

“Umno menakut-nakutkan Cina bahaya PAS dan merekalah (Melayu Umno) yang menyebabkan orang Cina takut kepada Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Pakatan Rakyat di Perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok, Kuala Ibai, 21 Januari lalu.

Katanya, Islam adalah untuk semua umat manusia dan bukan hanya untuk orang Melayu Umno di Malaysia.

Bahkan, katanya ada sejarah membuktikan kedatangan Islam ke tanah Melayu ini dibawa oleh masyarakat Cina sejak ratusan tahun lalu.

Menurutnya, PAS yang membawa dasar dan perjuangan Islam diberi persepsi yang negatif serta menakutkan masyarakat tionghua selama ini.

“Mereka (Umno-BN) sengaja memburuk-burukkan PAS dengan dasar Islam dan sekaligus menjadi benteng untuk menghalang orang Cina faham tentang Islam,” ujarnya.

Katanya, nikmat bersama Islam wajar dikongsi bersama antara masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di negara ini.

Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat di seluruh negara agar tinggalkan perjuangan Umno yang serba pincang.

“Rakyat kena tinggalkan perjuangan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Jika tidak mereka (Umno-BN) akan terus mengekalkan kuasa, jawatan dan kerakusannya (zalim) terhadap rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, rakyat hari ini dapat melihat hasil ‘tangan’ lebih 50 tahun Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

Katanya, pelbagai masalah timbul yang melanda negara termasuk yang termasuk terkini isu cubaan membakar gereja dan surau.

Mutakhir ini, Awang melihat senario politik negara semakin ‘panas’ bukan kerana rakiyat tidak faham hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Tetapi, kerana satu pihak yang mempunyai kuasa, pangkat dan harta cuba memainkan ‘api’ perkauman apabila mula menyedari sokongan rakyat telah beralih arah.

‘Dan Sebenarnya’…kerana mungkin mereka ‘takut’ bakal kehilangan kuasa, pangkat dan harta apabila dihukum di Mahkamah Rakyat. Suatu perancangan provokasi perlu dilakukan.

Apa yang hendak dihairankan kerana undang-undang berada ‘ditangan’ golongan tersebut dan segala tindakannya menghalalkan cara.

‘Dan Sebenarnya’…rakyat di zaman ini sudah terbuka minda dan fikiran mereka. Rakyat kini tahu menilai, membeza serta bijak membuat pertimbangan.

Awang lihat segala bentuk provokasi dan ‘api-api’ itu akhirnya akan memakan diri tuan punya perancangan dan akhirnya menerima padah.

RENUNG YANG TERBAIK….FIKIR YANG TERMOLEK

‘Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan’



SEKITAR jam 8.00 malam (22 Januari), Awang menerima satu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang ditulis “Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru-ALFATIHAH”.

Sejenak selepas itu…Awang teringatlah satu ungkapan yang agak popular iaitu “Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan”.

Ungkapan tersebut sebenarnya memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup dan belum ‘mati’ supaya segera menunaikan perintah Allah SWT kepada orang yang beragama Islam.

Sebabnya, mutakhir ini semakin ramai manusia yang mengaku Islam tetapi tidak sembahyang, mengaku Islam tetapi berjudi, mengaku Islam tetapi ‘kaki maksiat’ dan sebagainya.

Kepada manusia yang telah meninggal dunia selesai masalahnya di dunia tetapi di akhirat belum tentu selamat dan aman sentosa kecuali tergolongan di kalangan orang-orang yang beriman, bertaqwa serta beramal soleh.

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia serami 1.5 bilion orang tetapi adakah semua itu Islam sebenar mengikut perintah Allah Ta’ala atau sekadar Islam baka.

Awang rasa yang ramainya Islam ‘baka’ dan keturunan kerana datuk-nenek dan moyang mereka Islam. Maka, dia pun mengaku Islam meski pun tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kembali kita kepada Almarhum Sultan Johor, baginda mangkat pada usia 77 tahun selepas memerintah hamper tiga dekad lalu.

Awang difahamkan, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2.00 petang (Sabtu-23 Januari) esok.

Menurut ceritanya, baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Baginda Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nendanya, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 11 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

‘Dan Sebenarnya’…Sesungguhnya….setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan semua makhluk Tuhan di atas muka bumi ini akan mati antara cepat dengan lambat sahaja.

Allah SWT menjadikan manusia supaya memperhambakan diri serta mentaati segala perintah-Nya.

Setakat ini, belum ada manusia yang berani mendakwa akan menongkah langit dan terus hidup di atas muka bumi ini.

Cuma antara sedar atau tidak sedar perintah Allah Azzawajalla itu selalu diingkari serta bertindak seolah-olah dia tidak mati-‘Nauzzubillah…’

Oleh itu, wahai pemimpin-pemimpinku sekalian. Baik pemimpin Melayu bersongkok atau pemimpin Melayu berjubah. Ketika kamu berada ‘di atas’ maka jenguk-jenguklah orang ‘di bawah’.

Jenguk ke bawah supaya kamu dapat melihat dengan jelas bagaimana kehidupan serta kehendak orang di bawah. Tetapi bukannya diminta kamu menjenguk sambil meludah ke bawah.

Jadikan, jasad kenalan kamu yang kaku terbujur itu sebagai suatu iktibar dan peringatan agar menghisab diri sendiri. Apakah kita telah berada di landasan yang betul dan tepat.

Atau kita masih lagi berada di bawah slogan retorik yang dicipta setiap kali nakhoda bertukar tangan kononnya ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ serta ‘merakyatkan pembangunan’.

Beringat-ingatlah sebelum sakit dan beringat-ingatlah ketika segar. Pengalaman Awang ketika ‘berehat’ di tingkat 8 Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) boleh diambil peringatan.

Meski pun sedang sakit serta menerima rawatan dari doktor. Majoriti para pesakit yang beragama Islam didapati tidak menunaikan perintah Allah SWT.

Ringkas ceritanya, ramai yang tidak bersembahyang meski pun si pesakit itu bukanlah tergolong di kalangan langsung tidak sedarkan diri. Jika ke tandas untuk kencing dan berak boleh.

Apakah tidak boleh untuk berwuduk serta menunaikan solat lima waktu itu.
Apa yang Awang lihat dan amati masih terlalu ramai orang Islam dan saudara seIslam kita yang gagal menghayati ungkapan ‘Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu diSembahyangkan’-ALFATIHAH.

RENUNG INSAF…FIKIR SEDAR

Melayu Umno macam siput babi?


Sememangnya perubahan sikap orang Melayu ke arah sesuatu keadaan yang lebih baik agak lambat berbanding kaum lain seperti Cina dan India di negara ini.

Apatah lagi, jika Melayu Umno itu berada di kawasan pendalaman atau luar Bandar yang hanya ‘berkiblatkan’ tv serta menadah ‘kitab’ Utusan Meloya atau Beritan Hairan sahaja.

Persepsi orang Melayu terutama yang bergantung harap kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyukarkan perubahan sikap berlaku di Malaysia.

Ini semua, bukan Awang kata tetapi tolong sampaikan ‘apa yang orang kata’ serta persepsi orang bukan Melayu terhadap kaum sebangsa dengan Awang.

Semalam (22 Januari), kebetulan Awang balik dari Serating Marang dan sampai dekat Simpang Empat Kuala Ibai nampak orang ramai dan Awang singgah sekejap.

Rupa-rupanya ada satu Ceramah Pakatan Rakyat yang disertai oleh beberapa orang wakil rakyat PAS dan DAP. Walau pun jadual asalnya ada seorang penceramah PKR tetapi terbatal saat akhir kata pengerusi majlis.

Awang sempat dengar penceramah keduanya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Perak, Yang Berhormat (YB), Chan Ming Kai yang sikit-sikit ‘pelak’ cakap Melayu-Cina.

Dia (Chan) ajak seluruh rakyat buat perubahan sikap terutama di kalangan orang Melayu yang majoriti jadi tuan asal bumi bertuah ini.

Katanya, rakyat di negara ini perlu sepakat melakukan perubahan termasuk menukar kepimpinan negara.

Menurutnya, perubahan yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat adalah untuk satu Malaysia serta ke arah negara yang lebih baik.

“Kita (rakyat) perlu ubah semua sekali termasuk kepimpinan negara dan kita (rakyat) kena sepakat untuk itu (perubahan).

“Kami (Pakatan Rakyat) minta rakyat gunakan peluang keemasan (pilihan raya) ini untuk ubah kerajaan seluruh Malaysia,” tegasnya ketika berucap pada Ceramah Pakatan Rakyat di Perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok, Kuala Ibai, 21 Januari lalu.
.
Beliau menyifatkan peluang pilihan raya bukan selalu dan hanya datang lima tahun sekali wajar dimanfaatkan dengan baik.

Katanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional melakukan banyak kezaliman serta penyalahgunaan kuasa bagi menjaga kedudukan mereka.

Menurutnya, apa yang rakyat tidak boleh terima adalah kezaliman, penyelewengan dan penindasan oleh pemerintah.

“Saya tidak faham jika masih ada lagi orang Melayu yang sokong Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

“Umno-BN banyak melakukan kezaliman, penindasan dan penyelewengan harta rakyat dan rakyat masih sokong mereka (Umno-BN),” ujarnya.

Menurutnya, contoh kezaliman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Teoh Beng Hock dan ramai lagi membuatkan Umno-BN tidak boleh dimaafkan.

Justeru itu, katanya rakyat juga tidak boleh menerima golongan yang kaya dan berkuasa mengambil harta negara secara tidak sah.

Selepas itu, Awang pun fakir-fikir betul juga kata budak Cina ini kenapa orang Melayu kita lambat dan payah berubah atau memang betul kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ‘orang Melayu mudah lupa’.

Lambatnya perubahan sikap orang Melayu terutama Melayu Umno yang bersongkok untuk membuat perubahan meskipun pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku tetapi masih tidak berganjak.

Maka, ada orang kata Melayu Umno samalah seperti ‘siput babi’ yang lambat dan jika dibiarkan sangat lambatlah sampainya. Sebab itulah, bangsa lain yang sama-sama menentang kezaliman dan penindasan lebih cepat berubah dan ingin buat perubahan.

Jika begitulah sikap orang Melayu ‘songkok’ tetapi bukan Melayu Islam maka lambat maju dan sering kali ditipulah jawabnya.

Harapan Awang dan orang-orang macam Awang tidak jadi seperti orang Melayu ‘bersongkok’ itu.

RENUNG DAN FIKIR APA ORANG KATA

‘Hishammuddin 1 Najib 1’ suspek ‘serang’ Awang?



Assalamualaikum w.w.t;-
Salam Untuk Semua = Salam For All

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kini Awang kembali pulih dan selamat. Sebagaimana yang pernah Awang nyatakan pada tulisan terakhir pada 15 Januari 2010 (Jumaat) lalu…jika blog ini (apaorangkata.blogspot.com) tidak berubah selepas 24 jam pada 15 Januari lalu. Maka, sah Awang akan ‘ditahan’ di Wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

‘Dan Sebenarnya’… ramai di kalangan member-member Awang yang baca tulisan itu tidak percaya akan kata-kata itu. Mereka ingat Awang main-main sahaja.

‘Dan Sebenarnya’…. Awang memang sakit pada hari itu dan sebelum hari itu. Cuma, Awang buat-buat ‘tahan’ sambil telan ubat-ubatan klinik biasa. Oleh kerana, hari itu doh tak tahan sangat. Maka, Awang ambil keputusan untuk ‘serah diri’ kat HSNZ.

Secara ringkasnya, Awang tiba di bahagian kecemasan jam 4.30 petang dan dihantar oleh seorang teman Encik Abdul Malik Chik namanya. Setelah diperiksa dan dibuat X-Try doktor buat keputusan untuk ‘tahan’ Awang bagi pemeriksaan lanjut.

Masuk air sebotol dan ubat anti-biotik mulanya di tempatkan di Wad 7CD dan selepas beberapa jam diberitahu akan dinaik ke Wad 8A Tanjung di tingkat 8 HSNZ.

Ketika di Wad 7CD seramai tiga orang doktor yang memeriksa Awang iaitu Dr Noor Hamidah, Dr Julia dan Dr Asmah.

Sekitar jam 11.15 malam, barulah Awang dipindahkan ke Wad 8A Tanjung dikatil nombor 10 dan diletakkan di bawah pengawasan ciri-ciri penyakit Influenza A ‘H1N1’ (Cubical ILI).

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata seramai 355 pesakit baru dengan gejala serupa Influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital antara tempoh 10 hingga 16 Januari 2010 lalu.
Tetapi katanya, dalam tempoh yang sama juga 339 kes telah discaj keluar, selamat serta tidak merbahayakan pesakit.

“Jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh Negara sehingga Sabtu (16 Januari) lalu sebanyak 341 kes di 43 buah hospital kerajaan.

“Daripada jumlah itu hanya 25 pesakit atau 7.3 peratus merupakan kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal,” ujarnya dalam satu kenyataan 20 Januari lalu.

Mujurlah, Awang tidak terlibat secara sah dengan penyakit H1N1 yang sebenarnya dan cuma suspek sebab kes deman dan batuk yang agak panjang.

Tetapi mungkin, Awang termasuk dalam jumlah angka yang disebut oleh pengarah tadi dan discaj keluar bebas.

Pengalaman Awang ketika ‘ditahan’ diwad HSNZ setiap beberapa jam sekali pihak doktor dan jururawat akan datang dan ambil darah, masuk ubat antibiotik dan ambil tekanan darah.

Bermula 16 Januari (5.50 pagi) tekanan darah Awang o.k dan deman telah hilang cuma masih batuk-batuk berkahak laginya. Tapi ‘check’ tekanan darah berterusan.

Di Wad 8A, Awang diperiksa pula oleh Dr Rasidah dan Dr Rabiatul Aida walau pun sebenarnya Awang dibawah pengawasan dua doktor Pakar Perubatan HSNZ iaitu Dr Liyana dan Dr Tarmizy.

‘Dan Sebenarnya’…terima kasih Awang ucapkan kepada isteri tersayang (Wan Sabariah) yang banyak bersabar walau pun Awang tidak benarnya secara langsung untuk ‘ditunggu’ (dijaga) kerana masalah kesihatannya. Tetapi dia (isteri) gagah juga datang melawat waktu rehat bawa bubur nasi dan ikan goreng.

‘Dan Sebenarnya’….’zaujah’ (isteri) Awang pun tidaklah sihat 100 peratus macam orang lain sebab itu Awang tidak minta sangat untuk datang kerana kebetulan ada seorang dua lagi anak-anak yang kurang sihat di rumah.

Terima kasih kepada emak dan ayah dikedua-dua belah pihak serta adik-beradik yang datang dari jauh dan dekat untuk melawat Awang. Cuma satu pesanan mereka semua supaya Awang cukup rehat dan berehat buat sementara.

Begitu juga dengan kawan-kawan seperti penulis blogger Buletinonline, SM Noor dan Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing serta rakan-rakan dari agensi tertentu seperti Tuan Zainal dan Tuan Ridhuan.

Pimpinan PAS juga ada menjengah seperti Ketua Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, wakil Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi iaitu (Cikgu Man dan Hj Mohd Nor), Presiden Sisbakti, Ustaz Saiful dan wakil Yakep, Tengku Shamsul, Haji Wan Mohd Danim (Hj Wel) dan Asri Ismail.-GAMBAR LAMPIRAN II

‘Dan Sebenarnya’…tidak lupa juga kepada teman-teman dari Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) seperti Timbalan Presiden Kawat, Haji Rizal, Kak Shima (Berita Harian), Shamsiah (Bernama), Suhaimi Ahmad (Penerangan), Mijal (Bernama), M.Murali (Star), Rita dan Aida (UKOM).-GAMBAR LAMPIRAN 1

Sepanjang tempoh lima hari berada di HSNZ dan ketika menerima rawatan tersebut ada juga pengalaman Awang yang diberi ubat mungkin tidak sesuai kerana menyebabkan naik darah secara mendadak.

Akhirnya, Awang terpaksa buat tindakan sendiri tidak makan ubat hospital yang dibekalkan tanpa pengetahuan doktor terbabit. Awang telah minta seorang sahabat yang jadi doktor HPA di Chabang Tiga iaitu Syed Alwi supaya bekalkan Awang dengan ubat HPA.

Alhamdulillah, tekanan darah turun dan Awang dibenarkan balik walau pun terpaksa ditambah satu hari lagi kerana tekanan darah naik sebelum Awang mengambil ubat HPA.

Rupa-rupanya, Awang diberi ubat suspek penyakit H1N1 iaitu jenis OS75 (Selsema Babi) dan ubat ini tidak sesuai dengan Awang sebab Awang mungkin bukan berpenyakit tersebut barang kalinya.

Gara-gara ubat itu, tekanan darah naik tidak mahu turun dan penawar HPA dapat selesaikan masalah tersebut dan Awang boleh keluar hospital pada 19 Januari 2010 lalu.

Sekadar ini sahaja cerita serba ringkas dan akan Awang sambung lagi tulisan ini kerana banyak bahan story yang boleh Awang kutip sepanjang tempoh lima hari direhatkan di tingkat 8 HSNZ.

Macam-macam cerita dan ‘Macam-macam Ada’ yang akan Awang terjemahkan kisah-kisah sedih dan sukaduka para pesakit lain yang Awang lihat dengan mata hati Awang.

Sekian, jumpa lagi…

RENUNG UNTUK KEBAIKAN…FIKIR YANG TERBAIK

Allah uji Awang kali ini


Assalamualaikum w.w.t; Salam untuk semua yang rajin mengikuti perkembangan semasa dan politik semasa bersama laman blog ini. Semoga anda semua tidak jemu dan bosan dengan laporan yang sering kali Awang utarakan untuk tatapan umum.

Ini kerana, Awang bukanlah seorang penulis blog yang terkenal dan hebat-hebat macam orang lain. Tetapi hanya berbekalkan semangat perjuangan dan dakwah. Awang pun ingat-ingat lupa sama ada kata-kata Hadis Nabi Muhamad SAW atau kata-kata dari Saidina Ali r.a mengenai ungkapannya…”Sampaikanlah walau pun satu ayat”. Maknanya, kita orang Islam kena sampaikan perkara baik kepada orang dan kena cegah jika ada kemungkarannya.

Semalam (14 Januari), Awang ‘call’ kepada P.A kepada Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat (Dato’ Harun Taib), iaitu Haji Hassan Wahid dan bertanyakan khabar Pesuruhjaya PAS Terengganu itu. Adakah telah keluar dari ‘berehat’ di HSNZ.

Jawapan yang Awang terima belum lagi dan sudah genap seminggu dia (Ustaz Harun) ‘berehat’ di sana kerana masalah kesihatannya terganggu sebelum ini.

Awang kata, Insya’Allah tidak lama lagi sembuhlah dan boleh keluar dari hospital dan teruskan perjuangannya.

Oleh kerana, dia (Ustaz Harun) ‘orang besar’ maka duduk wad pun ada ‘kelas’ dan bertaraf VIP agaknya. Bahkan, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said pun datang melawatnya di HSNZ. (foto di atas)

Jadi apa yang Awang hendak khabarkan di sini bahawa sakit boleh menyerang siapa sahaja. Sakit akan terkena kepada semua orang sama ada tuan, muda, besar, kecil, lelaki, perempuan, Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Semua yang bernama makhluk manusia akan sakit dan disakitkan. Tinggal laginya kepada orang Islam sebagai ujian dari Allah SWT dan kepada orang yang tidak beriman sebagai bala bencana.

Kita orang Islam sakit dapat pahala dan akan mengurangkan dosa-dosa masa lalu serta membawa keinsafan supaya kita beringat. Duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah…dan yang membezakan kita ketaqwaan kepada-Nya.

‘Dan Sebenarnya’….Awang sejak lebih sebulan lalu tidak berapa segar belah mana. Kadang-kala sihat dan kadang-kala tidak sihat. Kadang siang hari segar dan malam hari deman. Kadang malam segar siang hari deman.

Awang telah pun ambil ubat di klinik biasa dan klinik homeopati tapi tidak juga berkesan balah mana lagi. ‘Dan Sebenarnya’ bukan Awang takut hendak ke hospital tetapi banyak yang difikirkan.

Sebabnya, jika Awang ke hospital bimbang akan ‘ditahan’ dan diwadkan. Masalahnya, komitmen kerja masih banyak dan Awang sebagai ketua keluarga memikirkan kesusahan ‘anak-buah’ di rumah.

Bukan ‘zaujah’ (isteri) Awang tidak tegur dan nasihat supaya pergi ke hospital untuk ‘check’…tapi Awang buat degil kerana semua itu. Anak-anak sekolah akan bermasalah jika Awang tidak ada di rumah untuk urusan persekolahannya.

Rasanya, sudah ‘berbuih’ disuruhnya ke hospital dan jawapan Awang pula ‘esok-esoklah’ dan ‘esok-esoklah’…insya’Allah.

Dan Sebenarnya….isteri Awang pun ‘sakit’ juga sejak beberapa bulan ini. Pertama, sakit orang ‘berbadan’ dua. Alahan dan sebagainya sudah biasa tetapi ‘menyakitkan’.

Kedua, sakit urat-saraf dan sendi yang akhir-akhir ini nampak semakin menjadi-jadi. Doktor homeopati kata kerana terlalu banyak ‘asid’ dalam badan yang berkumpul dan tidak seimbang.

Manakala, seorang dua lagi anak-anak Awang juga ada yang bergilir sakit deman, cirit-birit dan sebagainya. Semua itu berlaku dalam masa ini dan sebulan dua ini.

‘Dan Sebenarnya’…semua itu Awang anggap sebagai ujian dari Allah Ta’ala untuk Awang selaku hamba-Nya. Awang terima dengan sabar dan tabah, Insya’Allah.

Cuma…hari ini (Jumaat-15 Januari) dan sejak kelmarin (Khamis-14 Januari)…Awang rasa semakin tidak selesa dan malamnya ‘diserang’ sedikit deman, sakit tekak, sakit kepala dan batuk lagi.

Batuk yang Awang kena sudah hampir dua bulan dan puncanya ‘pantang’ terkena asap rokok oleh perokok-perokok yang membazir dan menyusahkan orang lain.

Oleh kerana, lamanya Awang ‘diserang’ batuk-batuk hingga kadang kala dan sekali-sekala macam ‘berdarah’…dan mungkin berlaku luka-luka dalam tekak.

‘Dan Sebenarnya’…apa yang hendak Awang maklumkan disini. Hari ini selepas Jumaat (15 Januari) Awang akan ke hospital untuk ‘check’ tahap kesihatan Awang.

Sekiranya, selepas 24 jam dan catatan pada blog ini ‘apaorangkata.blogspot.com’ ini tidak berubah. Maknanya, kemungkinan Awang ‘ditahan’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) buat seketika.

Awang janji selepas itu akan disambung kembali catatan, kritikan seperti biasa dan doakan semoga Awang cepat sembuh 100 peratus untuk meneruskan perjuangan ini.

SEKIAN JUMPA SEMULA…..RENUNG & FIKIR

Umno Terengganu ‘nyanyuk’ atau ‘hilang akal’?


Terkejut ‘beruk’ Awang apabila terima satu ‘Sistem Pesanan Ringkas’ (SMS) dari nombor yang tidak Awang kenali kerana tidak tertera nama si pengirimnya sama ada dari member-member Awang yang bernama Idris ke..Dolloh ke…Najik ke… Pok Said ke…Mat ‘kaut’ ke…atau 1001 nama lagi kawan-kawan lain.

SMS itu kata “AWAS!! Umno Islam Hadhari yang pernah ‘dilahirkan’ di negeri Terengganu Darul Runtuh telah masuk zaman ‘nyanyuk’ dan ‘hilang akalnya’… kena hati-hati”.

Awang cuba membalasnya kenapa ‘awak’ (si pengirim) kata Umno ‘nyanyuk’ dan ‘hilang akal’?

Dia (SMS) jawab sebab, Umno Terengganu sudah mula bertempik minta Majlis Raja-Raja Melayu sedak kerajaan pusat kuatkuasakan undang-undang al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas di seluruh Negara.

Sedangkan, katanya undang-undang itulah juga yang telah diwartakan oleh kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2002 dan diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 Ramadan tahun itu.

Eh,…ya tak ya juga…baru Awang ingat dan diperingatkan oleh orang lain. Apa Orang Kata tentang Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud, Qisas dan Ta’azir) sebenarnya telah jadi Undang-undang Tubuh Diri Kerajaan Negeri Terengganu.

Awang diberitahu orang Umno Terengganu ada buat tuntutan itu dan dihantar kepada pihak Istana Terengganu selepas mereka mengadakan Perhimpunan Gertak untuk ‘mengertak’ orang bukan Islam, baru-baru ini.

Jika tidak silap Awang, hari ini (15 Januari) genaplah seminggu satu Rapat Umum anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) diadakan di Pantai Peranginan Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 Januari 2009, lalu dikatakan orang ‘didalangi’ oleh Umno Terengganu.

Kumpulan terbabit mengadakan protes atau tunjuk perasaan kononnya bagi mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu penggunaan perkataan Allah oleh agama bukan Islam.

Rapat Umum seumpama itu diadakan serentak oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik Umno di seluruh negeri selepas solat Jumaat kerana hari lain takut tidak ada orang.

Natijah dari tindakan bersifat provokasi dan eksploitasi oleh pemimpin-pemimpin Umno mengakibatkan berlaku kejadian beberapa buah gereja orang Kristian diserang dalam cubaan membakarnya.

Pemimpin Umno cuba memainkan sentiment agama untuk membangkitan semula semangat orang Melayu agar menyokong parti ‘hipokrit’ sepertinya.

Ini berikutan, Isu penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, sebagaimana diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009, dijadikan ‘kambing hitam’ dan bukan kambing yang berwarna hitam.

Pemimpin Umno Terengganu tetap dianggap ‘bermuka-muka’ apabila menggunakan perundangan Islam tersebut hanya untuk kepentingan politik ‘murahan’ sahaja.

Perhimpunan Rapat Umum tersebut diketuai oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Terengganu, Mohd Sabri Alwi selaku Penasihat Gertak yang disertai oleh 24 buah Badan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida), Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Pemuda Umno negeri, Gerakan Belia 4B Terengganu, MAYC negeri Terengganu, Majlis Belia Negeri Terengganu, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap, Persatuan Geng Terengganu, Pergerakan Puteri Islam dan Pertubuhan Selendang Merah.

Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Razali Idris pula selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Rapat Umum yang turut membaca ikrar memorandum sebelum dihantar ke pihak Istana Terengganu.

Kandungan pertama memorandum tersebut memohon Majlis Raja-Raja Melayu agar mendesak Kerajaan Malaysia meminda Artikel 4(1) Perlembagaan Pesekutuan supaya memasukkan sumber perundangan Syariah seperti al-Quran, Hadish, Ijma’ dan Qiyas sebagai Undang-undang Tertinggi Persekutuan.

Sedangkan, Undang-undang tersebut telah diluluskan ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999 hingga 2004 yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu

Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang berkait dengan Qisas, Hudud dan Ta’azir juga telah wartakan di negeri ini.

Berikut adalah memorandum yang diserahkan oleh kumpulan GERTAK kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) sekitar jam 3.50 petang dan diterima oleh Setiausaha MPPR, Shafie Ali bagi pihak Istana.

“Merayu dan memohon Majlis Raja-Raja Melayu mendesak kerajaan Malaysia supaya meminda Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan sumber perundangan Syariah berasaskan kepada al-Quran, Hadish, Ijma’ dan Qiyas sebagai Undang-undang Tertinggi Persekutuan”.

“Merayu dan memohon Majlis Raja-Raja Melayu mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menguatkuasakan serta merta peruntukan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya mendesak Kerajaan-kerajaan Negeri seluruh Persekutuan menggubal dan menguatkuasakan serta merta Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada penganut Islam”.

“Merayu dan memohon Majlis Raja-Raja Melayu mendesak kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri supaya mengharamkan serta merta penggunaan atau penyalahgunaan perkataan ‘ALLAH’, ‘firman Allah’ ‘Ka’abah’, ‘al-Quran’, ‘Hadish’, ‘Ijma’, ‘Qiyas’, ‘Ulama’, ’Masjid’, ’Solat’,’Syahadah’ dan lain-lain perkataan yang boleh menimbulkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia oleh golongan bukan Islam”.

Walau bagaimana pun penunjuk perasaan yang tidak ada perasaan itu hanya dari kalangan NGOs-NGOs terbabit serta diiringi anggota keselamatan polis dan berjalan dengan teratur, sopan dan penuh beradat mesti pun tanpa permohonan permit perhimpunan.

Awang bimbang juga pada hari itu ‘takut-takut’ ada orang kena gas pemedih mata atau semburan air ‘water canan’ yang berwarna kuning seperti puak satu lagi.

Cuma yang ada dan wajib ada dan jika tidak ada bukan diada-adakan iaitu jika tidak semua pun sebahagian dari penunjuk tidak berperasaan atau anggota polis atau wartawan atau orang ramai tetap terkena ‘asapnya’. Asap yang dimaksudkan Awang itu adalah ‘asap rokok’ yang berkepul-kepul oleh manusia perokok.

RENUNG DENGAN MATA HATI…FIKIR DENGAN AKAL WARAS

“Saya akan dedahkan”-MB Terengganu



BETUL ke Dato’…eh, MB….eh, Yang Amat Berhormat…eh, Ustaz….eh, Tuan Haji….apa yang diperkatakan semalam (13 Januari 2010) di Wisma Darul Iman.

MB kita ini beritahu kepada para wartawan yang dia (Ahmad Said) akan dedahkan hasil keputusan hasil laporan ‘bedah-siasat’ kes bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Semua orang tahu dan seluruh dunia tahu sebab mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini dalam dunia pada tahun itu.

Sesuailah dengan hasrat dan cita-cita mantan MB Terengganu yang lalu, Dato’ Seri Idris Jusoh yang mahu ‘Memahat Sejarah Mencipta Tamadun’. Tapi yang dia (Idris) buat dan kerajaan (BN) buat bukan ‘memahat’ tetapi ‘meruntuh’ sejarah.

Kali ininya bukan apa….Awang sudah dengar cerita ‘apa orang kata’ bila MB kita ini kata sanggup hendak dedahkan. Siapa yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Orang rata-rata ‘dok caya’ (tidak percaya) dan itu cakap orang politik depan orang surat khabar saja.

Tapi, Awang harap sangat Haji Mat (Ahmad Said) kita ini bila sudah balik Mekah…dia (MB) tidak cakap bohong lagi. Harap dia sudah insaf dan sudah dapat ‘haji mabrur’ dan bukan ‘haji marlboro’ dan boleh jadi dia (Ahmad) bila status ‘haji’ jadi baiklah hendaknya.

Awang tidak suka sangat buruk sangka pada orang kecuali orang itu benar-benar buat perkara tidak betul dan terpaksalah Awang kata untuk tolong dia. Tolong supaya dia jadi baik dan tidak buat benda yang tidak betul lagi.

Sebab, dengar ceritanya…Haji Mat kita ini sekarang pun sudah baik-baik dengan Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat. Semua orang cakap MB kita ini boleh ‘gi’ (ada konteks) dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Baguslah tu…kata orang bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun bau sedap dan jika kita berkawan dengan penternak ayam kita pun bau busuk.


Jadinya, semalam (13 Januari) MB, Dato’ Ahmad Said memberi ‘jaminan’ tidak akan menyembunyikan mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap punca bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun 2009, lalu.

Kata beliau, pihaknya tidak akan menyembunyikan sebarang laporan ‘bedah siasat’ kes bumbung stadium runtuh yang dilakukan oleh 10 penyiasat bebas tersebut.

“Kita (kerajaan) ‘tak dok’ (tiada) masalah, kita nak tahu puncanya dan buat apa disembunyikan.

“Biasalah, kelemahan ini kita (kerajaan) perlu dedahkan demi kebaikan masa depan supaya semua pihak mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku ini.

“Kita (kerajaan) tidak mahu sembunyikan ‘sampah sarap di bawah permaidani’ ini untuk masa depan Negara kita, imej kita, imej kerajaan negeri.

“Siapa bersalah kita (kerajaan) kena dedahkan. Kalau tidak susahlah,” jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pejabat Tanah dan Galian, di Wisma Darul Iman, 13 Januari lalu.

Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk mengumumkan keputusan tersebut kerana rakyat berhak mengetahui perkara itu demi kebaikan semua pihak.

‘Haji Mat’ kita ini terpaksa jawab lagu tu sebab hendak jawab cadangan Arkitek Prinsipal Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Senibahri Arkitek, Raja Datuk Kamarudin Bahrin Shah Raja Ahmad Shah minta kerajaan negeri menyiarkan laporan penuh berhubung siasatan insiden bumbung stadium berharga RM280 juta yang runtuh tersebut.

Katanya, selagi laporan penuh tidak dikemukakan dan selagi itulah rakyat akan tertanya-tanya mengenai pihak manakah yang bertanggungjawab dalam kejadia tersebut.

Umumnya, siasatan terhadap insiden tersebut mendapati tiga punca utama yang menyebabkan berlaku keruntuhan bumbung berkenaan iaitu reka bentuk bahagian bumbung yang tidak mengikut spesifikasi bangunan, kualiti bahan binaan digunakan serta pengawasan yang lemah ketika stadium tersebut dibina.

Cuma Awang harap jangan pula MB kita nanti dia beri laporan kepada rakyat yang kurang cerdik seperti ahli-ahli ‘$$$$’ dan kata bumbung stadium itu runtuh kerana ‘Ultraman dengan Rasaksa’ yang ‘duk’ berlawan dalam stadium pada pagi yang ‘memahat dan meruntuh sejarah’ itu.

RENUNG JANGAN DOK RENUNG, FIKIR JANGAN DOK FIKIR

‘Islam dan Demokrasi’-DSTG


SALAM Demokrasi…., hari Awang tidak sempat hendak tulis isu-isu terkini. ‘Dan Sebenarnya’ Awang kurang segar belah mana sejak hampir sebulan lebih ‘doh’. Sebelum ini, kadang-kala badan panas-sejuk pada sebelah malamnya.

Tapi yang utamanya, masalah batuk ‘dok’ baik-baik hampir dua bulan. Ubat makan ‘doh’, klinik pergi ‘doh’…tengoklah sehari dua ni kena pergi klinik semula agaknya.

‘Dan Sebenarnya’…Awang yang sensitif dengan asap rokok. Tapi apa hendak buat kawan-kawan semuanya ‘perokok’ dan kadang-kala kita meraikan juga dengan cara sindir-sindir. Tapi kena yang ‘reti’ tidak apa…yang ‘dok’ reti habis ceritalah.

Awang jika kena asap rokok dan asap itu masuk sampai ke dalam perut…gerenti akan kena ‘batuk-batuk’ dan paling kurang dua bulan baru boleh baik. Pergi klinik pun ‘dok’ akan baik selagi ‘dok’ cukup dua bulan…biasanyalah.

Ok, kita tinggal bab itu..kali ini Awang cuma hendak bawa sikit hal demokrasi di negara kita. Tapi bukan Awang yang hendak buat ulasan cuma kita hendak tengok apa kata Tok Guru Presiden PAS.

‘Dan Sebenarnya’….sangat panjang huraian yang dibuat oleh Dato’ Seri Tuan Guru ini hingga dibukukan dan kini berada dalam pasaran. Harga, Awang ingat-ingat lupa jika tidak silap antara RM15.00 hingga RM20.00 sahaja.

Jadi kali ini, Awang ambil sikit-sikit kata-kata ampunya diri tuan buku yang bertajuk “Islam dan Demokrasi” dan jika hendak lebih jelas kena belilah dan bacalah.

“Apabila demokrasi barat memisahkan undang-undang dengan spiritual, ia menafikan cara hidup manusia normal.

“Berbanding dengan sistem Islam yang berasaskan elemen spititual, demokrasi barat lebih dilihat sebagai penindas golongan lemah dan menghakis hak mereka dalam politik.

“Golongan yang berkuasa pula memonopoli undang-undang dan melaksanakannya mengikut kehendak mereka.

“Islam memberi hak kepada rakyat bagi melaksanakan tanggungjawab dalam urusan pemerintahan.

“Rakyat memainkan peranan dalam urusan kepimpinan dengan ketaatan tidak mutlak terhadap pemimpin.

“Kini, demokrasi Islam memberi hak bersuara kepada rakyat yang menjadi kewajipan dalam pemerintahan negara yang merdeka,” kata Ustaz Abdul Hadi Awang.

Oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


BACALAH DENGAN NAMA TUHAN-MU

MB ‘tawar’ rasuah jika undi BN


Majlis Penjelasan Dasar Kerajaan Mengenai Pembangunan Semula Kampung Ladang dan Pangsapuri Ladang Gemilang di perkarangan Sekolah Kebangsaan Ladang, Kuala Terengganu bertukar menjadi majlis tawar-menawar ‘rasuah’ kepada rakyat.

Tawaran ‘rasuah’ kepada penduduk berkenaan dilakukan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Said yang baru sahaja balik dari menunaikan ibadat haji di Mekah, baru-baru ini.

Beliau terpaksa berkata demikian untuk meredakan ‘kemarahan’ penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang terutama di Kampung Ladang Mengabang dan Ladang Tok Pelam.

Ini kerana, kedua-dua buah kampung berkenaan kini terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan dalam kawasan Bandaraya Kuala Terengganu.

Ahmad secara ‘janji politik’ tanpa hitam-putih bercakap dihadapan rakyat bahawa kerajaan tidak ada masalah untuk memberi sewa-beli bagi perumahan di Flat Ladang Gemilang kepada penduduk terbabit.

Sedangkan, pada Persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) Terengganu Penggal Kedua Belas yang baru selesai pada 23 hingga 25 Disember 2009, lalu kerajaan negeri belum bercadang ke arah itu.

Jawapan pihak kerajaan terutama Ahmad selaku Menteri Besar sendiri memberi jawapan kepada Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar bahawa Flat Ladang Gemilang itu kekal statusnya kediaman sementara dan sewa selama-lamanya.

Namun begitu, apabila berhadapan dengan kemarahan rakyat yang mahukan penjelasan kerajaan negeri pada malam 11 Januari 2010 lalu, lain pula ceritanya.

Bahkan, beliau sedia memberi subsidi politik kepada penduduk Ladang setanding harga sebuah kereta Proton Saga hari ini.

Rakyat kena fikir ‘umpan’ yang cuba dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu termasuk dalam ketegori ‘rasuah politik’ yang ditawarkan.

Sebabnya, secara jelas beliau berkata dihadapan ratusan penduduk yang 'mata tidak buta' dan 'telinga tidak pekak' bahawa kerajaan sedia memberi subsidi mungkin sebanyak RM30,000 atau sama harga dengan sebuah kereta Proton Saga.

Tapi ingat, kata Ahmad Said dengan syarat rakyat mesti memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sebab, kata beliau setiap pemberian itu ada pembalasan dan konsep keadilan itulah yang diguna-pakainya baru ‘ADIL’.

“Saya beri jaminan bahawa subsidi yang akan kita (kerajaan) beri harganya lebih dari sebuah harga Proton Saga. Tapi kita tidak beri lagi sekarang ini dan kita kena tengok juga pilihan raya ini.

“Biasalah, memberi dan menerima. Main hendak sahaja beri tidak…beratlah kita (BN). Beri subsidi RM30,000 pun maki semacam tidak ada makna.

“Bila cakap hal parti sama sahaja antara Umno, PAS, KeADILan dan DAP sama sahaja. Sebab, dia (parti) yang mendapat undi dari penyokong.

“Begitu juga, bila kita (kerajaan) bagi wang ehsan mereka kata kita (BN) tidak adil. Orang Umno boleh, orang PAS tidak boleh…tidak adil. Apa itu adil?, Adil ertinya ‘memberi’ dan ‘menerima’.

“Kita (Umno) beri (subsidi) hendak undi (balasan)tapi jika tidak beri undi kepada kita (BN) buat apa kita (kerajaan) beri kepada dia (rakyat).

“Saya ingat masa kecil lagu ibu kita ayun buai, “ayun buai kokek, kokek ulu golok…hok dia lokek, hok orang hendak”.

“Ini hak orang hendak belaka, dana hendak, bantuan hendak, beri atap hendak, rumah PPRT hendak, seluar sekolah hendak, baju sekolah hendak, itu hendak, ini hendak…hendak belaka. Tapi kepada kita (BN) satu undi (pakah) pun tidak beri…pakah (undi) dok,” jelasnya pada pertemuan tersebut.

Ahmad berkali-kali memberi peringatan kepada rakyat supaya jangan mendengar ‘hasutan’ pihak lain yang sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Apa yang kerajaan buat adalah untuk kebaikan rakyat dan pembangunan untuk rakyat. Semua rakyat akan dapat menikmatinya tanpa mengira sama ada orang Umno, orang PAS, orang KeADILan (PKR), orang Semangat 46 atau orang DAP.

Kerajaan sedia beri apa sahaja kepada rakyat tetapi rakyat mesti sokong dan beri undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika tidak segala subsidi dan kemudahan kerajaan akan diberikan kepada orang lain.

“Tapi ingatlah…. Ingatlah saya kata. Tolong itu tolong juga ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’ dan bukan kita (kerajaan) ajak pergi berperang.

“Saya tidak pernah ajak pergi ‘perang’ atau pergi ‘menebas’. Bila mari pilihan raya undilah Barisan Nasional (BN). Kereta orang (BN) mari ambil sampai ke tangga pun payah juga...

“Jadi saya mintalah sungguh-sungguh. Kita minta sungguh-sungguh berilah kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

Manakala, di akhir pertemuan itu beliau menyatakan tidak kisah ‘apa orang kata’ kepada Menteri Besar (MB) yang sedang dipikulnya hari ini.

“Saya tak ‘dok’ (tidak) hal ‘nok’ (hendak) kata Menteri Besar ‘bengong’ pun tak dok hal. MB Dok cerdik ke…tak dok hal..dok cerdik ke dok cerdiklah, asal jadi Menteri Besar sudahlah.

“Itu saya katakan tadi subsidi harga sebuah Proton Saga, jika menang Dun Ladang ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini lebih lagi dok tahu. Tapi kena menang (BN)dahululah jika hendak ‘murah’ (subsidi) lagi,” katanya.

‘DAN SEBENARNYA’….rata-rata penduduk yang hadir pada majlis penjelasan tersebut masih kurang yakin dan kurang berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan Menteri Besar itu.

Namun begitu, suasana tidak mahu ‘dipanaskan’ kerana majlis tersebut untuk mencari jalan penyelesaian dan bukan perbalahan. Ini kerana, jika ikutkan ‘hati’ dan ‘perasaan’ penduduk masih tidak berpuas hati dengan jawapan kerajaan.

Sebab, yang akan menjadi ‘mangsa’ pembangunan kelak adalah penduduk terbabit dan cara terbaik dirasakan adalah melalui ‘Mahkamah Rakyat’.

Awang diberitahu oleh majoriti penduduk tersebut jika tidak ada jalan penyelesaian terbaik dalam kes ini. Maka, ‘Mahkamah Rakyat’ akan digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Kata mereka, bukan subsidi politik yang mereka pandang, bukan ‘umpan politik’ yang mereka ‘makan’ dan bukan ‘janji manismu’ yang mereka dengar.

‘DAN SEBENARNYA’….menghukum sebuah kerajaan yang dianggap gagal membela rakyat hanya boleh dibuat di ‘Mahkamah Rakyat’ dalam PRU ke-13, tidak lama lagi.

DAN SEBENARNYA….RENUNG + FIKIR = SEBENARNYA

Akhirnya MB setuju jumpa rakyat


Isu pengambilan balik tanah di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang, Kuala Tererngganu terus berhadapan dengan konfliknya.

Meski pun, isu pengambilan balik tanah di kawasan berkenaan dijangka selesai Februari 2010 depan tetapi penduduk masih tidak berpuas hati .

Rakyat diberitahu bahawa tujuan pengambilan balik tanah tersebut bagi pembangunan serta penyusunan semula Bandaraya Kuala Terengganu.

Manakala, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW) melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) pula telah dipertanggungjawabkan mengurusnya.

Suatu hal yang perlu diketahui, Kampung Ladang Tok Pelam merupakan tanah wakaf zuriat yang tidak boleh dijual-beli atau diwarisi oleh mana-mana pihak kecuali bagi kegunaan zuriat keturunannya.

Sumber Maidam memaklumkan bahawa tanah wakaf zuriat Ladang Tok Pelam yang terlibat dengan pengambilan balik oleh kerajaan negeri akan dibayar ganti-rugi serta pampasannya.

Pampasan akan dibayar kepada Maidam bagi pihak zuriat Tok Pelam sebagai pemiliknya tanah yang sah dan Maidam perlu mencari tanah ganti lain yang sesuai sebagai tanah ganti wakaf zuriat tersebut.

Persoalannya, timbul rasa tidak puas hati di kalangan 500 penduduk dikedua-dua buah kampung terbabit mengenai jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan negeri.

Penduduk mendakwa tidak pernah menolak pembangunan dan kemajuan tetapi ‘menolak’ penilaian ganti-rugi serta pampasan yang tidak setimpal sebagai lot berstatus bandaraya.

“Saya benar-benar tidak puas hati dengan jumlah pampasan yang akan dibayar. Macam mana dia (penilai) kira, tanah saya mahu dibayar RM60 sekaki persegi tetapi tanah bersebelahan dibayar RM120 sekaki persegi,” jelas seorang warga emas, Mansor Awang, 72, dari Kampung Ladang Mengabang.

Beliau amat tidak berpuas hati dengan harga penilaian tanah oleh kerajaan negeri yang dianggap murah serta berat sebelah.

Katanya, kerajaan negeri membayar tanah di lot pertama RM120 sekaki persegi tetapi tanah bersebelahan dibayar RM60 sekaki persegi.

Rakannya, Salleh Embong, 65, dari Kampung Ladang Mengabang turut menyokong pendapat tersebut kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan.

“Kami (penduduk) minta pihak kerajaan dan jabatan penilai membuat penilaian semula dengan jumlah pampasan.

“Kami (penduduk) bukan tolak pembangunan tetapi tidak bersetuju dengan harga pampasan oleh kerajaan negeri,” ujarnya.

Namun begitu, beliau terpaksa menerima jumlah bayaran tersebut dengan bantahan di mahkamah.

Manakala, Encik Roslan Zakaria, 48, dari Kampung Ladang Tok Pelam mendesak kerajaan negeri membuat penilaian semula tentang harga.

Menurutnya, pembangunan dan kemajuan negari diperlukan tetapi tidak sampai kepada rakyat ‘merempat’ di tanahair sendiri.

Selain itu, beliau memohon agar kerajaan negeri dapat menyediakan penempatan baru secara berkelompok serta tidak jauh dari Bandaraya Kuala Terengganu.

“Kami (penduduk) memohon jasa baik kerajaan supaya dapat sediakan satu kawasan baru secara berkelompok untuk tempat ganti (perpindahan).

“Kerajaan telah ambil tanah kami di Bandar untuk tujuan pembangunan dan berilah kami satu penempatan baru yang sesuai,” jelasnya.

Sebelum ini, satu majlis pertemuan serta penjelasan pernah diadakan antara penduduk berkenaan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar di Surau Tok Pelam, dekat sini, pada 2 Januari lalu.

Manakala, malam ini (Isnin-11 Januari) pada jam 9.00 malam. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said sedia mengadakan pertemuan dengan penduduk dikedua-dua kampung berkenaan.

Dialog isu pengambilan balik tanah-tanah tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Rendah Ladang bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Sejumlah 130 buah rumah penduduk di kampung berkenaan terbabit dengan pengambilan balik semula tanah oleh kerajaan negeri.

Awang Cuma mahu ingatkan kepada semua penduduk yang terlibat bahawa pembangunan mahu dikecapi tetapi jangan sampai ‘Menang Sorak, Kampung Tergadai’.

Ini kerana, sejak dari ‘Dulu, Kini dan Selamanya’ dan mutakhir ini rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Umno-BN untuk terus memerintah negeri dan negara ini.

Secara jujurnya, Umno dan kerajaan BN dijangka akan menerima hukuman mereka di ‘Mahkamah Rakyat’ atau lebih mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.

Masa sudah tidak lama, masa telah semakin dekat dan persiapan oleh mana-mana parti yang bakal bertanding harus dimulakan dari sekarang. Ini kerana, kita hanya ada masa paling cepat pun setahun hingga setahun setengah lagi.

RENUNG DAN FIKIR…FIKIR DAN RENUNG APA ORANG KATA
 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top