Bangunan di UMT runtuh satu maut, empat cedera






‘Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’…RUNTUH!..dan TUMBANG!...dan TERSUNGKUR!..menyembah bumi di negeri Terengganu Darul Runtuh.

Justeru itu, Terengganu sekali lagi melengkapkan koleksinya sebagai sebuah negeri yang paling kerap berlaku struktur bangunan runtuh serta tumbang meski pun tidak berlaku gempa bumi berskala ‘0’ richter.

Malunya…dan di manakah Awang hendak letak muka ini apabila dihubungi oleh kawan-kawan dan bertanyakan apa lagi yang runtuh, telah runtuh dan bakal runtuh.?

Kejadian terbaru berlaku apabila bangunan Institut Oceangrafi dan Institut Akuakultur di Universiti Malaysia Terengganu(UMT) runtuh pada jam 5.15 petang tadi bertarikh 29 Mac 2010.

Dalam tragedi tersebut seorang pekerja asing warga Bangldesh yang tidak ‘berdosa’ dan datang ke negara ini ingin mencari rezeki yang halal maut ditimpa konkrit bangunan.

Manakala, empat lagi rakannya cedera parah yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sumber Awang memberitahu sewaktu kejadian berlaku dipercayai lapan pekerja asing terbabit sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak konkrit di bangunan empat tingkat tersebut.

Ekoran kejadian tersebut, seorang maut selepas tertimbus dengan konkrit simen, seorang lagi tersepit di celah besi penahan dan tiga lagi berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba Dan penyelamat.

Menurut saksi kejadian, Encik Sharif Dollah, 33, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan menyebabkan pekerja gagal menyelamatkan diri.

Beliau yang juga Penyelia Tapak Projek menjelaskan punca kejadian berlaku apabila besi penahan tiba-tiba patah serta menghempap pekerja berkenaan.

“Masa itu tengah buat kerja, tiba-tiba ‘stagin’ patah dan menghempap pekerja yang sedang mengisi simen hendak buat tangki air, seorang mati dan seorang lagi tersepit, semua dari Bangladesh,” ujarnya.

Bagaimanakah pula dengan nasib ahli keluarga warga Bangladesh yang malang tersebut yang mungkin anak bininya sedang menunggu kepulangan serta rezeki yang akan dihantar oleh ayahnya atau ibubapanya di kampung halaman di sana.

Mungkin, esoknya ahli keluarga mangsa kejadian itu akan menerima berita kematian tersebut dengan 1001 macam persoalan dan jawapannya.

Awing dimaklumkan oleh penduduk setempat mangsa yang meninggal dunia itu seorang muslim yang baik serta menjado ahli jemaah di sebuah surau berhampiran dengan lokasi kejadian di UMT.

Untuk itu, dengan rendah hati dan penuh keinsafan marilah sama-sama kita atau pembaca blog ‘apa orang kata’ ini menghadiahkan AL-FATIHAH kepada mangsa yang terkorban itu.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyifatkan kejadian tersebut berlaku akibat kecuaian pekerja sendiri.

Kenyataan MB tersebut banyak komen yang Awang terima sebagai tidak bertanggungjawab dan jawapan ‘politik’ pimpinan Umno_BN Terengganu untuk menutup kesalahan.

Pada hal, jika kita lihat kepada gambar dan rakaman video yang diambil bukan masalah ‘stagin’ yang runtuh tetapi masalah lain yang menimpa ‘stagin’ tersebut lalu runtuh dan jatuh ke bawah menimpa mangsa terbabit.

Manakala, Pengarah Bomba Terengganu, Mohd Fauzan Ahmad menjelaskan, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.15 petang.

Katanya, operasi pembersihan masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi nyawa serta sebarang kejadian baru berlaku lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah menggesa pihak bertanggungjawab melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Ini kerana, katanya kebimbangan juga terhadap semua bangunan-bangunan yang baru dibina setahun dua kebelakangan ini terutama melalui projek dana khas.

“Kami (PAS) minta pihak bertanggungjawab itu buat siasatan terperinci sebab-sebab keruntuhan dan kita (PAS) masih ragu-ragu dengan keselamatan bangunan-bangunan baru dibina setahun dua ini.

“Kita (PAS) lihat juga selepas kejadian Masjid Bujal dirobohkan, satu persatu bangunan-bangunan kerajaan roboh dan runtuh,” jelasnya.

Menurutnya, peristiwa yang berlaku di UMT ini ekoran kejadian yang sama pernah menimpa dewan sekolah di Wakaf Tapai, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, makmal komputer, bumbung Masjid di Kertih dan banyak lagi.

Tinjauan yang Awang buat mendapati struktur bangunan yang runtuh tersebut berhampiran dengan bangunan kuliah dan ketika itu penuntut UMT sedang belajar.

Kontraktor utama projek pembinaan tersebut adalah Pembinaan M.A.N Sdn Bhd yang beralamat di Kampung Losong Masjid dan tarikh pembinaannya bermula 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober 2010.

Akhir kata, negeri Terengganu barang kali boleh dianugerahkan suatu pingat baru iaitu ‘PINGAT JASA RUNTUH’ (p.j.r) atau ‘SIJIL CEMERLANG RUNTUH’ (SCR) untuk ISO 2008-2010 dan untuk itu tepukan paling gemuruh khas untuk Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Kah! Kah! Kah!...Dunia ketawakan kita




Malu!…malu! Malunya aku…kenapa?...kerana dunia ketawakan kita. Dunia mentertawakan kita kerana amalan dan jenayah kolar putih di kalangan pemimpin-pemimpin negara kita sendiri.

Tahukah kita semua, Negara kita yang pernah berbangga sampai berbuih mulut-mulut dengan slogan retorik ‘Islam Hadhari’ dan ‘Ulul Albab’ tetapi indeks rasuah tercorot.

Bermulanya, kenaikan indeks rasuah di zaman mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad di tangga ke-40 dunia apabila dasar penswastaan negara diperkenalkan.

Waktu itu, Tun ‘Doktor Gigi’ ini berimankan slogan ‘BERSIH, CEKAP dan AMANAH’ dan berbuih mulut-mulut pemimpin Umno disemua peringkat bercakap hal demikian.

‘BERSIH’..maknanya, sapu bersih apa-apa projek rakyat untuk kroni-kroni dan suku-sakat Umno-BN seberapa banyak yang boleh dikebas.

‘CEPAP’…maknanya, kena cekap menggelap atau ‘merompak’ harta rakyat atas nama apa-apa projek yang direkacipta tetapi jika boleh jangan sampai orang tahu. Jika rakyat tahu..habislah kita (Umno-BN) daloam pilihan raya.

‘AMANAH’…maknanya, pemimpin Umno kena amanah untuk kaum-kerabatnya sahaja dan orang lain tidak boleh jika tidak ada kabel kuat. Sebab itu, JKKK Umno dikampung-kampung diberi kuasa untuk menentukan siapa layak dan siapa tidak layak untuk terima bantuan kerajaan.

Selepas itu, datang pula cucu seorang alim ulama’ dari Pulau Pinang sebagai ketua kerajaan. air muka nampak lembut, baik dan seakan-akan bodoh tetapi juga tidak boleh dipercayai.

Beliau ialah mantan PM ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. ‘Pak Lah’ juga dilihat lemah dan sangat lemah sehingga puak-puak Umno sendiri mempermainkannya…Kesian! Kesian! Kesian!.

Pak Lah naik dengan semangat baru untuk bawa perubahan kerana zaman Tun Dr Mahathir sangat buruk dan rakyat menolaknya kerana terlalu lama barang kali memerintah dan jadi PM.

Zaman ‘Pak Lah’ diperkenalkan ‘ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI’ dan berganding dengan Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh ‘ulul albab’.

Di Terengganu, wang royalti yang dijanjikan itu juga gagal dikembalikan walau pun kerajaan Terengganu waktu itu di bawah pimpinan Umno-BN.

Indeks rasuah terus naik di mata dunia hingga berjaya menduduki tempat ke-47 ranking dunia. Tahniah! Dan satu tempukan gemuruh khas kepada ‘Pak Lah’.

Kini, naik pula PM baru yang ke-6. anak kepada bekas PM ke-2, Tun Abdul Razak iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ‘bersuamikan’ Datin Seri Rosmah Mansor.

‘Si Bibir Merah’ ini jadi PM atas desakan kononnya kepimpinan “Pak Lah’ sangat lemah, lembek dan seakan-akan bodoh itu, kata orang kepada Awang.

Awang diberitahu, Najib ini banyak masalah termasuk masalah peribadinya yang sangat ‘aib’ dan akan didedahkan oleh orang lain di masa akan datang.

Hari ini, Negara kita berada ditangga ke-56 dunia kerana rasuah. Tahniah!..tahniah! dan tahniah sekali lagi dengan tepukan paling gemuruh khas kepada PM kita ini.

Semua ini, telah diulas dan dikupas oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan PAS bagi mendedahkan kepincangan Umno-BN kepada rakyat.

Justeru itu, Awang pernah terdengar satu ucapan pimpinan PAS ketika mereka datang dan berceramah di negeri ini pada 23 Mac lalu dan beliau ialah ‘Mat Sabu’ panggilan penanya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu ‘Mat Sabu’ mendakwa Malaysia kini ditertawakan oleh dunia kerana indeks rasuah yang tinggi.

Katanya, indeks rasuah negara berada ditangga ke-56 di bawah pemerintahan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Najib Tun Razak sekarang setaraf dengan negara-negara di Afrika.

“Punca utama Malaysia ditertawakan oleh dunia kerana rasuah, indeks rasuah kita (negara) 4.5:10 di tempat ke-56 yang setaraf dengan negara-negara Afrika,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Pakatan Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di Kuala Ibai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, indeks rasuah tiga bekas Perdana Menteri lalu sebelum Tun Dr Mahathir jauh lebih baik dan berada ditangga ke-20 hingga ke-25 sahaja.

Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir indeks rasuah terus naik dan berada ditangga ke-40 apabila dasar penswastaan diperkenalkan di negara ini.

“Apabila naik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM yang kelima selepas Tun Dr Mahathir gejala rasuah masih gagal dibenteras.

“Zaman ‘Pak Lah’ (Tun Abdullah) indeks rasuah terus naik ke tangga 47 meski pun ada usaha memerangi rasuah cuba dilaksanakan dengan menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.

Bahkan, katanya selepas Dato’ Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Perdana Menteri indeks rasuah negara terus naik ke tangga 56 dunia.

Menurutnya, bahaya rasuah akan menentukan maju mundur sesebuah negara sehingga mewujudkan pembangunan yang tidak berkualiti.

“Rakyat dapat melihat pembangunan yang tidak berkualiti hasil dari gejala rasuah dan ketirisan hingga boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah bangunan.

“Negara pula mengalami kerugian dari sudut ekonomi akibat dan tidak cukup wang dengan kos yang sentiasa meningkat,” jelasnya.

Katanya, akibat gejala rasuah tersebut akan berlaku ketirisan serta kebocoran dalam mengurus wang negara dan wang rakyat secara membazir.

Oleh itu, kita sebagai rakyat dan pengundi di negara yang berdemokrasi ini seharusnya boleh membuat penilaian yang tepat dan minda yang terbuka.

Kita tidak boleh lagi membuat pilihan berdasarkan ‘arahan’ atau ‘ugutan’ atau ‘balas budi’ jika pemimpin yang bakal diundi itu kelak tergolong dari kalangan yang fasik dan zalim.

Ingat, undi kita, pilihan kita itu akan dinilai semula oleh Allah SWT dan diperhitungkan di Padang Mahsyar serta dihadapan Allah Azzawajalla.

Saya BUKAN anti MELAYU & ISLAM




APA yang Awang tahu dan diberitahu oleh ustaz-ustaz yang mengajar mata pelajaran ugama Islam di sekolah sejak lebih 30 tahun lalu mengenai bahaya fitnah sangat besar dan mengerunkan.

Ustaz mahu pun Ustazah memberitahu anak-anak muridnya di sekolah bahawa bahaya fitnah sangat besar sehingga bahayanya lebih besar dari ‘membunuh’.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jikadatang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatukaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamulakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Baru-baru ini, Awang sendiri dengar dari ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng yang menafikan segala tomahan serta fitnah yang melabelnya sebagai anti Islam dan anti Melayu.

Sebaliknya, kata beliau merupakan anti Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan politik perkauman serta rasuah ditahap membimbangkan.

“Tomahan dan fitnah kepada saya sebagai anti Melayu dan anti Islam. Saya bukan anti Melayu dan saya bukan anti Islam tetapi saya anti Barisan Nasional (BN). Saya anti BN ini sebab, BN parti perkauman yang mengamalkan rasuah dan mereka (BN) tipu rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Pakatan Rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ di perkarangan pejabat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Batu Burok, Kuala Ibai, 23 Mac lalu.

Menurutnya, tomahan serta fitnah sebagai anti Melayu ternyata tidak benar melalui bukti pengagihan kontrak kepada kontraktor Melayu di Pulau Pinang.

Katanya, melalui sistem tender terbuka kontraktor kelas F dari golongan Melayu Bumiputera buat pertama kali berpeluang tanpa menjadi kroni mana-mana parti politik.

“Hasil tender terbuka Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang dapat 60 peratus Bumiputera dengan nilaian RM67,837,302.54 dan bukan Bumiputera 40 peratus (RM45,335,093.50).

“Bilangan kontraktor perolehan bekalan, perkhidmatan bagi tahun 2008 dan 2009 Majlis Perbandaran Pulau Pinang 69.03 peratus Bumiputera dan 30.97 peratus bukan Bumiputera tahun 2008. Manakala, 82.4 peratus Bumiputera dan 17.6 peratus bukan Bumiputera tahun 2009,” ujarnya.

Menurutnya, bilangan struktur haram yang dirobohkan dikepulauan Pulau Pinang tahun 2008 pula Melayu tiga buah, bukan Melayu lima buah dan tahun 2009, Melayu empat buah dan bukan Melayu 16 buah.

Katanya, tindakan tersebut terpaksa dibuat di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 Pejabat Daerah dan Tanah.

Sementara itu, katanya fitnah sebagai anti Islam pula boleh dibuktikan dengan pemberian bantuan kepada 18 buah Sekolah Agama Rakyat sebanyak RM1.75 juta.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Rakyat menambah peruntukan hal ehwal agama dari RM12.5 juta pada tahun 2008 naik kepada RM20.5 juta tahun 2009 dan RM24.3 juta tahun 2010 ini.

“Kerajaan Pakatan Rakyat memartabatkan para huffaz yang selama ini tidak pernah diberikan status melalui penganugerahan, pengiktirafan sijil dan penghargaan wang khas,” ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menjelaskan orang Melayu di Pulau Pinang tidak menjadi masalah serta memahami segala tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, katanya apa yang dibimbangi adalah masyarakat Melayu dan rakyat di negeri-negeri lain ‘termakan’ dengan tomahan serta fitnah tersebut.

“Orang Pulau Pinang tidak percaya dengan fitnah dari Barisan Nasional kerana mereka (rakyat) memahami keadaan sebenar.

“Kita (Pakatan Rakyat) bimbang orang Melayu di luar dari Pulau Pinang yang tidak dapat maklumat dan percayakan fitnah itu,” ujarnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Kesimpulannya, apa yang Awang faham dari ucapan ‘si cina’ (Lim Guan Eng) ini bahawa pemimpin Umno-BN yang menguasai media cetak dan elektronik telah membuat fitnah terhadapnya.

Tujuannya, untuk melemah serta menjatuhkan kembali kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP di Pulau Pinang, sebuah negeri yang paling maju dan membangun.

Jadi, Awang harap sangat mana-mana orang yang sebangsa dengan Awang, keturunan Melayu Islam walau pun sesetengahnya mungkin hanya Islam ‘baka’ supaya tidak mempercayai fitnah atau menyebarkan fitnah yang tidak betul seperti itu.

PAS dakwa Umno-BN parti perkauman


Senario politik mutakhir ini lebih menjurus ke arah perkauman yang jika silap hari bulannya boleh mencetuskan ketegangan kaum serta perbalahan yang mirip kepada tragedi 13 Mei 1969.

Permainan ‘api perkauman’ ini bukannya berlaku secara tidak langsung tetapi terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan serta mengharapkan ‘keuntungan’ dari Sejarah Hitam tersebut.

Namun begitu, alhamdulillah…Awang melihat masa kini rakyat berbilang kaum telah celik minda serta mempunyai maklumat yang benar.

Rakyat di negara kita seperti kaum lain dari Melayu terutama Cina dan India telah mula faham dan ‘mengenali’ siapa PAS?.., apa PAS?...bagaimana PAS?...di mana PAS?..dan kenapa mesti bersama dengan PAS?

Benteng dan tembok pemisah yang selama ini mereka (Cina & India) kabur, keliru dan dikelirukan oleh pihak parti pemerintah seperti Umno, MCA dan MIC di bawah payung Barisan Nasional (BN) telah runtuh dan roboh.

Rakyat berbilang kamu di negara ini telah mula mengenali dan ‘mencintai’ PAS kerana parti itu akan menjadi harapan baru rakyat selepas Umno-BN.

Ini kerana, ‘tembelang’ Umno yang menjadi peneraju serta tulang belakang pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengamalkan sikap parti perkauman.

Awang masih ingat kata-kata seorang pimpinan PAS Terengganu yang berucap dikhalayak ramai di hadapan kaum tionghua, India dan Melayu di Kampung Cina, baru-baru ini.

Tokoh tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik yang menjelaskan bahawa politik baru hari ini tidak boleh lagi berdasarkan perkauman.

Katanya, Umno masih lagi mengamalkan politik perkauman hingga tidak berlaku keadilan dalam pemerintahan parti tersebut.

“Kita (PAS) hari ini politik baru tidak boleh lagi berdasarkan perkauman seperti mana Umno yang mengamalkan politik perkauman. Perkauman yang sampai ke tidak menjalankan keadilan apabila mereka (Umno-BN) memerintah.

“Pakatan Rakyat yang berasaskan hendak menegakkan keadilan, kita (PAS) di atas dasar Pakatan Rakyat dan dasar Nasional.

“Parti-parti kita (Pakatan Rakyat) bersatu hendak menegakkan keadilan untuk semua. Ini tujuan Pakatan Rakyat dan tujuan diadakan majlis ini supaya dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama dan Ramah Mesra Bersama Y.A.B Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di Kampung Cina, dekat sini, 23 Mac lalu.

Justeru itu, Ustaz Abu Bakar memberi jaminan bahawa partinya akan mengukuhkan Pakatan Rakyat yang terjalin antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurutnya, penyertaan PAS kali ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk menang dan boleh memerintah negeri dan negara.

“Saya beri jaminan, kita (PAS) akan mengukuhkan Pakatan Rakyat ini. Kami, pimpinan PAS akan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

“Kita (Pakatan Rakyat) betul-betul pada kali ini kita hendak berhadapan dalam pilihan raya akan datang untuk menang dan bukan lebih kurang sahaja,” tegasnya.

Oleh itu, kata Ustaz Abu Bakar bagi mencapai hasrat dan cita-cita murni itu hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India perlu dipereratkan.

Menurutnya, kerja-kerja kemasyarakatan dapat diperbanyakkan serta melibatkan semua kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika kita hendak mencapai ke arah itu hubungan di antara masyarakat tionghua dengan masyarakat Melayu dan masyarakat India dipereratkan.

“Dan kerja-kerja kemasyarakatan dapat dibuat lebih banyak terutama di kalangan masyarakat majmuk yang berbilang kaum ini. Kita tingkatkan dan buat secara bersama jika tidak ada halangan,” ujarnya.

Apa yang penting, katanya dalam pilihan raya umum akan datang Pakatan Rakyat mendapat sokongan dan mandat rakyat di negeri ini.

Menurutnya, PAS akan memperkuatkan usaha menyatupadukan rakyat Terengganu bagi memenangi serta meraih sokongan dalam PRU Ke-13 akan datang.

Majlis jamuan tersebut anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional negeri Terengganu dan Kelab Penyokong PAS.

Maknanya, Umno-BN yang masa kini mendabik dada dengan slogan 1Malaysia itu sebenarnya suatu pembohongan yang amat nyata.

Di hadapan orang Cina, orang India dan kaum-kaum lain muka Umno-BN ‘manis-manis’ belaka tetapi di sebalik itu, mukanya ‘masam mencuka’ serta berniat tidak baik demi kepentingan politik murahannya.

Projek Fertigasi tidak berjaya




Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu 2009 yang lalu seorang wakil kerajaan mengakui bahawa projek Fertigasi Mega tidak berjaya.

Jika selama ini, apa yang orang kata selalunya dinafikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mendakwa pihak yang berkata demikian sengaja memburuk-burukkan kerajaan.

Tetapi, kali ini pihak wakil BN sendiri, orang Umno sendiri yang membuat pendedahan dan mendakwa projek-projek tersebut gagal dan tidak berjaya.

Di sini, Awang dedahkan apa yang pernah berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu tersebut dan boleh buat pengesahan dengan ‘hanset’ dewan jika masih ada yang tidak percaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad pernah memberitahu sidang Dun dan sekaligus mengesahkan para peserta program pertanian tersebut merungut kerana ianya adalah projek yang gagal.

”Kebetulannya di kawasan saya (YB Nawi-Hulu Besut) juga ada projek Fertigasi, hari ini bila saya (YB Nawi) berjumpa dengan peserta, mereka katakan kerajaan negeri seolah-olah menyuruh mereka berdikari, tidak ada lagi bantuan,

“Pada pandangan merekanya (peserta) oleh kerana projek ini projek yang pertama, tidak ada pengalaman, penyakit-penyakit baru tidak diketahui oleh pegawai pertanian,

“Kesimpulannya mereka (peserta) katakan bahawa projek ini tak berapa berjaya,”ujarnya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Sebelum itu, Exco Pertanian Negeri, Rozi Mamat (gambar di atas) telah mendedahkan RM15.5 juta telah dibelanjakan untuk projek fertigasi yang melibatkan 249 peserta dari pelbagai golongan.

Nawi juga meminta kerajaan menjelaskan apakah tindakan kerajaan terhadap projek Fertigasi Mega yang dilancarkan semasa kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh pada Tahun Pertanian Terengganu 2006.

“Jadi apakah langkah kerajaan bagi mempastikan perbelanjaan yang hampir RM16 juta yang melibatkan hampir 249 peserta,

”Kalau dikira di situ hampir RM300,000 satu peserta, dibelanjakan untuk projek fertigasi, jadi kalau kerajaan kata supaya berdikari tidak lagi mengambil perhatian kepada projek ini, akhirnya perbelanjaan RM16 juta bagi projek ini akan jadi sia-sia” ujarnya.

‘Dan Sebenarnya’…bukan satu projek rugi, bukan dua yang bangkrap dan bukan tiga yang lingkup…tetapi berpuluh-puluh projek yang gagal dan tidak berjaya.

Ini, tidak termasuk semua projek yang gagal sepanjang pemerintahan kerajaan BN Terengganu sejak di zaman MB Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Ahmad Said.

Rakyat kena persoalkan, ke mana pergi wang hasil royalti yang pernah dinikmati oleh Terengganu sejak mula hingga sekarang berjumlah lebih RM20 bilion.

Apakah, kerajaan yang menguruskan wang royalti itu dengan betul, telus, berhemah, tidak membazir, tidak dicuri atau hilang sebagaimana yang didakwa oleh orang ramai. Dan pihak berkenaan kena jawab dengan jujur dan ikhlas.

Sebab, jika tidak…rakyat sebagai hakim akan menghukum mana-mana kerajaan yang korupsi dan tidak amanah itu dengan satu ‘pakah’ yang pernuh bermakna.

Kembalikan Hak Rakyat Jika Tidak....?



Isu hak dan ketidaksamarataan sering kali berlaku dan terus berlaku serta telah menjadi amalan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sejak dari ‘DULU, KINI dan SELAMANYA’.

Yang menjadi mangsa amalan diskriminasi pemimpin Umno-BN tersebut ialah rakyat yang mungkin tidak sehaluan dengan parti pemerintah.

‘Dan Sebenarnya’…dalam negara yang mengamalkan konsep demokrasi tidak sepatutnya berlaku lagi amalan-amalan ‘kuno’ dan ‘jakun’ seperti itu.

Jika itu terus menjadi amalan serta sikap pemimpin-pemimpin Umno-BN terutama di Terengganu Darul Iman dan bukan lagi Terengganu Hadhari sangat malanglah kita.

Ini kerana, amalan ‘primitif’ seumpama itu tidak harus lagi wujud kerana dunia sudah maju dan maklumat kini berada di hujung jari sahaja.

Justeru itu, Awang teringatkan kata-kata serta ungkapan dari salah seorang pimpinan tertinggi PAS di peringkat pusat yang mengetuai Dewan Ulama’.

Dan beliau juga merupakan pimpinan parti di Terengganu yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Beliau ialah Dato’ Harun Taib tetapi kini sedang ‘berehat’ buat seketika sambil menerima rawatan susulan akibat ‘serangan’ penyakit minus-stroke yang ringan sahaja.

Awang doakan semoga Ustaz Harun cepat sembuh dan meneruskan perjuangan menentang kebobrokan dasar Umno-BN sepertimana ketika usia masih muda dahulunya.

Ustaz Harun pernah berkata rakyat terutama di kalangan ahli-ahli PAS dan para penyokongnya telah menghadapi kezaliman dari Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kezaliman dan ketidaksamarataan oleh tindakan Umno dan kerajaan BN Terengganu berlaku teruk dari tahun 2004 hingga Mac tahun 2008.

Waktu itu, jika tidak silap Awang di zaman pemerintahan Dato’ Seri Idris Jusoh yang menjadi ‘kepala bapak’ atau Menteri Besar Terengganu ini.

Oleh itu, kata Ustaz Harun kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesan dari tindakan yang rakus kerajaan penggal lalu itu.

“Kami (PAS) harap kerajaan baru (Ahmad) ini dapat membantu orang-orang kami, kami (PAS) ada cara tersendiri untuk membebaskan kemiskinan iaitu dengan memberikan tanah kepada para petani.

“kami (PAS) menyediakan tapak-tapak rumah kepada orang-orang miskin, orang yang tidak ada tapak rumah, ada yang sudah dilulus, ada yang sudah dibayar, tetapi tindakan rakus kerajaan negeri 2004 – 2008 telah merampas semua sekali,” jelasnya.

Katanya, apa salah jika Menteri Besar serta barisan Exconya dan pegawai tertinggi kerajaan negeri membantu orang-orang miskin dikembalikan hak masing-masing.

“Menyemak semula segala keputusan yang telah lalu (zaman Idris) itu. Apa salahnya, itu rakyat kita (Terengganu).

“Inilah sebabnya tiap-tiap tahun (kita) bercakap, basmi kemiskinan, basmi kemiskinan, kenapa tak dapat (membasmi kemiskinan) kerana tidak sampai kepada sasaran,”tegasnya.

Dato’ Harun berkata jika kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik PAS akan menyokong demi keadilan dan hak kepada yang berhak.

“Jika ada sesuatu agenda yang baik, kita (PAS) harap Yang Amat Berhormat (MB) dapat teruskan, terutama sekali untuk mengembalikan dan mengujudkan keadilan,”ujarnya.

Namun begitu, katanya segala usaha tersebut mestilah dihadapi dengan tenang, gigih dan bersungguh-sungguh.

Semoga dengan kata-kata dan semangat beliau itu rakyat mudah faham dan boleh buat perubahan jika tiba waktunya, Insya’Allah.

Mana Janji-Janji Manis 'mu'.... Royalti?



Rakyat Terengganu kini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan ‘drama’ bersiri yang mula dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

‘Episod’ pertama pernah dibuat dengan penyerahan baki wang ‘Dana Khas’ yang kini telah ditukar kepada pembayaran royalti oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang ‘dirampas’ sejak pemerintahan PAS tahun 2000 di Terengganu.

Penyerahan baki bayaran tersebut pernah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said di Stadium Negeri, pada 13 Disember 2008.

Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408.6 juta itu bukan pembayaran royalti sebenar.

Katanya, hak royalty sebenar telah ‘dirampas’ oleh kerajaan BN semasa Terengganu dikuasai PAS pada tahun 1999 hingga 2004.

“Ia (RM408.6 juta) bukan royalti. Royalti belum diselesaikan lagi kerana kes masih di Mahkamah dan ada dalam lembaran akaun. Kerajaan Persekutuan melalui ‘dana khas’ itu hanya menyerahkan 78 peratus sahaja sebelum ini,” jelasnya.

Sebaliknya, kata beliau pembayaran tersebut merupakan baki wang terimaan ‘dana khas’ dari kerajaan persekutuan yang belum dilunaskan sebelum ini bagi tahun 2007 dan 2008 dan bukan royalti.

Menurutnya, pembayaran royalti sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang adalah bayaran secara terus dari Petronas ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, kerajaan persekutuan tidak ada hak untuk membuat pembayaran tersebut kerana yang bertanggungjawab adalah pihak Petronas kepada kerajaan Terengganu.

Sementara itu, Parti KeADILan Rakyat (PKR) turut meragui kesahihan cek bernilai RM408.6 juta yang diserahkan oleh Dato’ Seri Najib kepada Dato’ Ahmad Said itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK negeri Terengganu, Fariz Musa berkata penyerahan cek yang dikatakan sebagai pembayaran wang royalti petroleum merupakan satu ‘gimik’ politik menjelang Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada awal tahun lalu.

“Itu hanya satu ‘gimik’, propaganda politik murahan Umno dan Barisan Nasional untuk mengelirukan rakyat dan pengundi menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009, tahun lalu.

“Kenyataan untuk menyerahkan kembali bayaran royalti pernah dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi yang akan diterima pada bulan Mac 2009 tahun.

“Tetapi, malangnya hingga kini (Mac 2010) bayaran royalty yang dijanjikan itu tidak tertunai dan berlaku pembohongan kepada kerajaan negeri dan rakyat Terengganu.

“Tiba-tiba menjelang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu waktu itu dibuat pembayaran baki royalti sedang kes royalti belum selesai terhadap saman kerajaan Terengganu kepada pihak Petronas dan kerajaan pusat,” ujarnya.

Menurut beliau, taktik kotor Umno sudah bermula dengan mengumpan rakyat melalui wang menjelang pilihan raya bagi menunjukkan Umno bukan lagi sebuah parti yang mempunyai kekuatan politik.

Manakala, Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokatik (DAP), Encik Ng Chai Hing menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408 juta pada waktu itu (Disember 2008) adalah cubaan Umno-Barisan Nasional untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sahaja.

Kata Encik Ng, pembayaran royalti petroleum yang sebenarnya haruslah mengikut prosedur Undang-undang sebagaimana perjanjian yang dibuat di bawah Akta Petroleum tahun 1974.

“Ia gimik politik, cuba meraih publisiti untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil P.36 Kuala Terengganu, bukan pembayaran royalti sebanar,”jelasnya.

Awang ‘duk’ (buat) kira-kira…bulan ini (Mac 2010) rupa-rupa tekah genap 10 tahun hak royalti rakyat Terengganu telah ‘dirampas’ dan dinafikan oleh kerajaan pusat.

Siapa ‘kerajaan pusat’ itu?...jika tidak Umno dan kerajaan BN. Melayukah pemimpin kerajaan pusat itu?..atau Islamkah pimpinan Umno-BN itu?

Persoalan tadi perlu dijawab oleh rakyat sebenarnya…kerana rakyat yang membuat pilihan dan rakyat juga yang bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut.

Jadinya….rakyat Kelantan dan Terengganu pula bagaimana?..Melayukah majoriti rakyat Kelantan, Melayukah Majoriti rakyat Terengganu?...Islamkah yang berada di Kelantan, Islamkah yang berada di Terengganu?

Kenapa kita (rakyat) tidak boleh menilai serta membuat pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap pemimpin dan parti yang hendak kita (rakyat) angkat (pilih).

Awang pun sebenarnya tidak fahamlah dengan sikap dan perangai rakyat dan pengundi di Terengganu terutamanya. Apa yang dia (rakyat) makan sebenarnya.

Barang kali…darah yang mengalir diurat-saraf dalam tubuh rakyat dan pengundi di Terengganu ini telah bercampur antara zat makanan rohani yang halal dan haram.

Apa tidaknya, jika kita (manusia) makan makanan yang halal maka halal dan bersihlah hati. Tetapi jika kita makan makanan yang haram? Makan, gelap dan ‘butalah’ mata hatinya.

Apa yang orang kata dan beritahu kepada Awang…rupa-rupanya ‘wang ehsan’ yang diberikan kepada rakyat adalah bentuk ‘RASUAH’ politik.

Sebab, rakyat dan pengundi yang ambil duit itu (wang ehsan) dan mereka memakah, menyokong dan mengundi pemimpin atau parti yang rasuah. Walau pun, mereka (rakyat) tahu mana yang hak dan mana yang batil. Tetapi, oleh kerana telah termakan budi dengan wang ehsan…maka, terpaksa memilih pemimpin dan parti rasuah.

Hasilnya, darah daging yang mengalir dari perbelanjaan dan makan-minum ‘wang ehsan’ yang dikira punca pendapatan wang rasuah. Menyebabkan, hati menjadi gelap dan buta.

Mungkin, ada pula pendapat yang mengatakan itu adalah wang rakyat dan rakyat berhak mendapatkannya. Apa salahnya rakyat mengambilnya.

Ya..betul, dan Awang sangat setuju dengan pendapat itu. Tetapi, yang Awang tidak setuju…apabila wang ehsan diambil maka, kebenaran pun diketepikan.

Kita (rakyat) boleh ambil wang ehsan itu sebanyak mana pun kerana itu juga wang rakyat. Tetapi semasa kita (rakyat) mengundi atau memangkah atau memilih pemimpin lima tahun sekali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) jangan kita (pengundi) pilih pemimpin yang rasuah.

Wang Ehsan itu halal jika kita (rakyat) ambil dan tidak mengundi Umno-BN. Dan ‘wang ehsan’ itu juga akan jadi ‘haram’ jika kita (rakyat) ambil dan mengundi Umno-BN.

Umno salahguna hak istimewa orang Melayu


Hak Keistimewaan Orang Melayu sebenarnya telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan sesiapa pun tidak boleh mencabarnya kerana orang Melayu sebagai ‘tuan’ di tanahair ini.

Namun begitu, Umno yang diharapkan dapat membela nasib serta hak-hak keistimewaan orang Melayu sebenarnya telah menyalahgunakannya untuk kepentingan politik.

Hak keistimewaan bumiputra sebenarnya hanya berlegar di kalangan pemimpin-pemimpin Umno serta kroni-kroninya sahaja.

“Yang jadi masalahnya, Umno telah menyalahgunakan hak istimewa orang Melayu (Bumiputra). Bila kata untuk Bumiputra bukan untuk orang Melayu tetapi untuk Umno-putra.

“Yang rapat dengan Umno, yang pandai ‘bodek’ (puji) Umno dan kroni-kroni Umno dapat ‘habuan’ (untung). Golongan ini yang dapat tetapi yang lain tidak dapat...,”kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Setiausaha Agung PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, di Restoran Bangkok, Chukai, Kemaman, baru-baru ini.

Meski pun, katanya ahli-ahli serta penyokong PAS yang terdiri dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam juga ditindas dan didiskriminasikan.

Katanya, rakyat menghadapi masalah tanah, cukai pintu, subsidi, penafian bantuan kebajikan dan yang paling besar isu ‘rampasan’ royalti minyak Terengganu.

“Kita sendiri sebagai orang Melayu dalam PAS yang beragama Islam. Apa yang tidak dilakukan terhadap kita (PAS), sangat kita (PAS) memahaminya.

“Masalah tanah, masalah agihan bantuan dan yang paling besar ialah isu royalti minyak di Terengganu yang masih menjadi isu dan tidak ada jalan penyelesaiannya lagi hingga hari ini,” ujarnya.

Awang bukan hendak mengata sangat tetapi ‘apa yang orang kata’ dan menjadi buah mulut rakyat seluruhnya memang begitu.

Jika tidak kerana kroni-kroni kepimpinan tertentu…’tobak lahum’ kata orang Tranung projek itu tidak akan dapat diperolehi oleh kontraktor terbabit.

Biar pun bapak kontraktor itu tidak ada pengalaman kerja atau punya Syarikat RM2.00 sahaja pun boleh dapat projek bernilai juta-juta ringgit itu.

Itulah sebab, puncanya…buat stadium…stadium runtuh, buat masjid…masjid runtuh, buat kolam renang…kolam renang bocor, buat dewan sekolah…dewan sekolah runtuh.

‘Dan Sebenarnya’…buat apa pun jika kerana ada unsur-unsur rasuah sudah pasti pembangunan yang dibuat itu tidak ada kualitinya. Barang kali jika buat kandang ‘babi’ pun boleh roboh…kata oranglah.

Justeru itu, Awang ingatkan kepada rakyat dan pengundilah. Sebenarnya, mereka (pengundi + rakyat) juga yang salahnya. Sebab, pemimpin seperti ini, parti seperti ini yang diberi pilihan untuk mewakili rakyat membangun dan mentadbir negeri.

Jika kita (rakyat) terus-menerus memberi peluang dan ruang kepada puak-puak yang tidak tahu memerintah tetapi buat-buat ‘reti’ (tahu), maka tunggulah ‘kehancuran’ yang lebih dahsyat bakal berlaku di negeri Terengganu Darul Iman.

Akhir kata, marilah sama-sama kita renung dan berfikir sejenak dengan sebaik-baiknya. Adakah, kita akan terus ‘bersama’ kumpulan perasuah atau bersama membina harapan baru untuk negeri dan negara tercinta dengan kumpulan pendakwah.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan al-Tantawi, bekas Ahli Exco Kerajaan PAS Terengganu, Ustaz Awang Yusuf dan Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat.

Lim Guan Eng ‘gempur’ Terengganu


Salam For All….untuk semua orang baik di kalangan pejuang serta pendokong Islam mahukan kepada golongan bukan Islam yang tidak menentang Islam.

Hari, satu perkara yang Awang hendak bagi tahu kepada semua tentang apa yang Awang tahu dan diberitahu oleh orang.

Sebenarnya, hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Encik Lim Guan Eng akan datang ke Terengganu dalam beberapa pengisian program yang telah diatur untuknya.

Lawatan sehari ini (23 Mac 2010-Selasa) merupakan kunjungannya di atas jemputan PAS dalam pengisian bersama masyarakat tionghua di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Masyarakat tionghua di Kuala Terengganu akan didedahkan dengan perkembangan terkini isu-isu yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan rakyat di Pulau Pinang.

Awang dimaklumkan, acara lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara rasmi akan bertemu dengan masyarakat berbilang kaum pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang akan diadakan pada jam 6.00 petang di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Selepas itu, disusuli dengan Majlis Makan Malam khususnya bagi kaum tinoghua yang dibuat secara ‘jual meja’ (derma) di sebuah restoran sekitar jam 8.00 malam ini.

Manakala, di sebelah malam pula Setiausaha Agung DAP itu akan berceramah sekali bersama dengan pimpinan PAS Pusat dan negeri di Kuala ibai, dekat sini.

Antara penceramah PAS yang diberitahu kepada Awang seperti Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik berkata lawatan tersebut dianjurkan PAS Terengganu bertujuan untuk meraikan masyarakat tiongua Kuala Terengganu.

Katanya, PAS akan menerangkan perkembangan terkini isu-isu semasa di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

”Kita (PAS) mahu menjemput Guan Eng lebih awal, sempena Tahun Baru Cina, tapi jadual beliau (Guan Eng) terlalu padat dengan program-program di Pulau Pinang,

”Oleh itu, walau pun sudah lebih sebulan Tahun Baru Cina berlalu, beliau (Guan Eng) masih mahu meraikan masyarakat tionghua di sini,” ujarnya.

Menurutnya, PAS dan Pakatan Rakyat akan mula ‘menggempur’ negeri ini dengan penyusunan program-program penerangan kepada rakyat.

Katanya, rakyat masih lagi keliru dan dikelirukan oleh pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tentang pentadbiran kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, beliau menjemput semua rakyat untuk bertemu muka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut dan turut mempelawa pihak media untuk membuat liputan secara adil dan baik.

Satu perkara yang Awang bangga berkawan dengan 'si cina' Guan Eng ini apabila dia selalu mengambil contoh Khalifah Islam, Umar Abdul Aziz.

Guan Eng ini sebenarnya seorang pemimpin yang suka membaca dan banyak membaca termasuk buku-buku sejarah Islam yang sememangnya orang Umno Islam sendiri malas membacanya.

Sebab itu, Awang lihat Guan Eng tidak menentang Islam pada zahirnya dan pemimpin Umno disemua peringkat jika mereka menentang Islam mungkin kerana tidak membaca buku-buku sejarah Islam.

Jika pun mereka (Umno) membacanya mungkin kerana tidak faham sebab 'hati' telah 'berkarat' dengan rasuah dan penyelewengan. Ini bukan Awang kata tetapi 'apa yang orang kata'.

Semoga, suatu hari nanti orang Umno juga tidal lagi menentang Islam sebagaimana yang Lim Guan Eng tidak menentang Islam.

Kan...Islam untuk semua dan Islam bukan untuk orang Umno sahaja yang tidak tahu dan tidak faham Islam secara mendalamnya.

Terengganu Negeri Kaya Rakyat Miskin




Istilah ‘Terengganu Negeri Kaya Rakyat Miskin’ sangat sinonim dan bukan hari ini tetapi bergelar sedemikian sejak zaman pemerintahan mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad lagi.

Semuanya, gara-gara negeri ini mendapat sumber kurniaan Allah Ta’ala dari perut bumi yang dinamakan Petroleum dan Gas.

‘Dan Sebenarnya’…dengan punca pendapatan hasil royalti minyak dan gas itu membolehkan Terengganu membangun, maju dan kaya raya.

Akan tetapi…’emas hitam’ (minyak) yang melimpah ruah itu tidak diuruskan dengan baik oleh pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sejak tahun 1978.

Royalti sebanyak lima peratus itu menjadikan Terengganu sebuah negeri yang kaya-raya tetapi rakytanya tetap miskin, merepat dan papa kedana.

Persoalannya, ke manakah pergi wang hasil royalti yang jumlahnya berbilion ringgit itu sedangkan masalah kemudahan asas, kemiskinan dan pembangunan masyarakat luar bandar masih mundur.

Bahkan, setelah PAS berjaya ‘merampas’ serta menerajui Terengganu selama satu penggal (1999-2004) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, kejadian ‘malang’ berganda turut dialami oleh rakyat negeri ini.

Khianatnya, pemimpin Umno Terengganu sebaik sahaja negeri ini diperintah oleh kerajaan PAS dibawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Maka, wang royalti ditukar menjadi ‘wang ehsan’ dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri (PAS) tetapi melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Bermulalah episod ‘malang’ bagi rakyat Terengganu kerana duit royalti telah diagih-agihkan dan disalahgunakan secara tidak beradap.
=
Sehubungan itu, terdapat sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT) juga menyifatkan Terengganu negeri kaya tetapi tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan.

Presidennya, Mr Cheah Keng Toh berkata rakyat di negeri ini tidak berpuas hati dengan peluang pekerjaan yang terhad meski pun Terengganu terkenal dengan negeri kaya.

“Terengganu mempunyai hasil minyak yang banyak dan terkenal dengan negeri yang kaya, tetapi peluang pekerjaan yang disediakan terhad dan kita (rakyat) semua tidak berpuas hati,” jelasnnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid di Dewan Terengganu Chinese Chamber of Cormerce And Industry pada 7 Mac lalu.

Perkara tersebut, katanya perlu diatasi segera kerana bukan sahaja menjadi kewajipan kerajaan tetapi juga kepada ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Katanya, pemerintah wajar memikirkan bagaimana cara untuk menambahkan pendapatan rakyat.

Manakala, Naib Pengerusinya, Mr Alex Lee Yun Ping menyifatkan penganjuran pertandingan Piala Monsun Cup setiap tahun tidak berjaya.

Katanya, produk sukan perahu layar (Monsun Cup) tersebut tidak mempunyai kekuatan sendiri serta diimport dari luar.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu menggunakan apa yang wujud dari aspek budaya, warisan dan alam semulajadi bagi menarik minat para pelancong.

“Saya lihat kerajaan negeri yang mengadakan pertandingan Monsun Cup itu pun semacam tidak berjaya.

“Kita (DPPCT) rasa, kita perlu menggunakan kekuatan yang kita ada sendiri, bukan kekuatan yang kita import dari luar seperti kapal layar,” ujarnya.

Begitu juga, katanya dengan pembangunan Tasik Kenyir sebagai suatu tarikan eko-pelancongan perlu dilaksanakan dengan mengekalkan keadaan semulajadinya.

“Saya nampak jika kita (Terengganu) mahu menjadikan ia (Kenyir) sebagai satu destinasi ‘eco-tourism’ (eko-pelancongan), kita kena bangunkan sebagai eco-tourism.

“Kita tidak boleh bangunkan Kenyir sebagai sebuah Zoo atau kita bina ‘Jurassic Park’ dan kita ‘pagar’ (kurung) gajah,” tegasnya.

Katanya, adalah penting bagi kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai satu sektor yang berdaya saing (sustainable) dan dapat bertahan lama.

Hadir sama pada majlis dialog tersebut Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar yang juga mantan Bendahari Kerajaan PAS Terengganu.

Awang kekal Exco Kawat 2010/2012


SEBENARNYA…bukan mudah juga kepada sesiapa sahaja untuk terus bertahan serta mengekalkan ‘kerusi’ jawatan dalam mana-mana persatuan.

Apatah lagi, jika dalam politik sudah pasti berlaku pelbagai cabaran dan mehnah yang harus ditempuhi.

Namun begitu, alhamdulillah…Awang berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bagi penggal 2010/2012.

Pemilihan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2010 di Hotel YT Midrown Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kenapa Awang kata tidak mudah untuk kekal terpilih dalam Kawat. Sebabnya, ahli-ahli Kawat kini seramai lebih 150 orang keahliannya.

Sudah pasti, mereka itu dari pelbagai latar belakang serta fahaman politiknya. Peratusan ahli-ahli wartawan dari pelbagai media arus perdana yang pro-kerajaan, swasta dan bebas.

Apa yang pasti, wartawan arus perdana lebih cenderung kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah lama ‘bersarang’ di negeri dan negara ini.

Tetapi, oleh kerana Awang mempunyai hubungan peribadi yang agak baik dengan semua rakan-rakan media dalam Kawat sedikit sebanyak mempunyai kelebihan itu.

Kebetulannya, tahun 2010 ini tahun pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2010/2012 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kawat.

Maka, Awang turut dicalonkan sekali lagi bagi merebut lapan orang jawatankuasa mengikut Perlembagaan dan Undang-undang Pertubuhan.

Hasilnya, Awang menang dan terpilih di kalangan lapan orang yang mendapat undi terbanyak daripada 20 orang calon yang bertanding.

Manakala, Jawatan Presiden dan Timbalannya juga kekal masing-masing kepada penyandangnya Ayob Mamat dan Ahmad Redza Arshad.

Sementara itu, jawatan Setiausaha Kawat pula disandang oleh Rosamiza Omar (Bernama), Mohd Yasin Embong (Berita Harian) sebagai Penolong Setiausahanya.

Bendahari Kawat kekal kepada Abdul Mubin Ismail dan penolongnya, Nik Fariza Nik Jaafar. Syarifah Salwa Syed Hasan (TV3) dan Rida Suzirawati Muda (RTM) dilantik Pemeriksa Kira-kira.

Lapan orang AJK Kawat terpilih dari 20 pencalonan yang dipertandingkan iaitu Mohd Shuhaimi Ahmad (Penerangan), Baharom Bakar (Berita Harian), Hashimah Mohd (Berita Harian), Aida Abdul Rahman (UKOM), Khairul Azlam Mohamad (Harakah), Noor Shamsiah Mohd (Bernama), Yew I Ling (Sin Chew Daily) dan Kamaruddin Mat Akib (UKOM).

Awang sebenarnya merupakan AJK Kawat sejak tahun 2000 dan selama lima penggal berturut-turut dan ini bagi penggal keenam 2010/2012.

Mesyuarat Agung Kawat 2010/2012 tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat.

PAS Terengganu sedia ganti kerajaan BN?




PAS Terengganu sekali lagi mengulangi kesediaannya mahu memimpin serta mengambil-alih kerajaan negeri dari Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Kesediaan itu dilihat berdasarkan ‘mood’ rakyat yang semakin bosan dengan corak pentadbiran serta krisis kepimpinan dalaman Umno Terengganu.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata demikian selepas Majlis Ceramah Maulidur Rasul di Surau Nelayan Kuala Kemaman, pada 4 Mac lalu.

Persoalannya, benarkah PAS Terengganu ini benar-benar bersedia ke arah itu atau sekadar ‘retorik’ untuk menyedapkan halwa telinga semata-mata.

Awang bukan tidak bersetuju dengan hasrat dan cita-cita seperti itu tetapi gerak kerja ke arah menuju serta mencapai kemenangan yang dipersoalkan oleh banyak pihak.

Kadang-kala sampai ketelinga Awang cerita-cerita yang tidak sedap telinga mendengar dan tidak manis mata memandangnya.

Apa yang orang kata itu harus dipandang dengan hati yang terbuka dan usah cepat ‘panas telinga’ kerana kita mengamalkan demokrasi. Sesiapa pun bebas memberi pandangan dan kritikan. Kita tidak boleh sekat itu semua.

‘Dan Sebenarnya’…Umno-BN Terengganu kini berada dalam suasana yang ‘kritikal’ dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sebagai tali hayatnya.

Isu-isu terlalu banyak tetapi PAS Terengganu…’apa yang orang kata’ sama ada Pemudanya..Muslimatnya…Nisanya…dan jentera partinya agak lesu dan tidak mendepani isu.

Kita jangan sekadar ‘SYOK’ sendiri dengan program-program yang kita buat sesama sendiri sahaja. Walau pun ramai yang datang tetapi apa guna jika yang hadir berduyung-duyung itu hanya di kalangan ahli-ahli PAS tegar atau penyokong-penyokong fanatik kita sendiri.

Apakah, ada usaha PAS mendekati serta menarik sokongan rakyat di kalangan ahli-ahli Umno atau penyokong-penyokong Umno-BN agar dapat bersama dengan PAS?

Kata mahu memasyarakatkan PAS tetapi hanya berlegar di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja tidak akan ke mana dan sukar untuk menang.

Adakah PAS telah berjaya menarik kembali sokongan pengundi dan rakyat yang pernah memberi undi itu kepada PAS pada tahun 1999?...kerana waktu itu ‘gelombang’ serta ‘aura’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dinafikan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang ini, PAS atau Pakatan Rakyat mungkin sukar juga untuk mencipta sejarah sebagaimana PRU ke-12 tahun 2008 yang lalu jika tidak kena gayanya.

Sebabnya, ‘apa yang orang kata’…gerak kerja PAS dibanyak tempat tidak menampakkan ke arah untuk mencapai kemenangan. Maknanya, PAS bercakap untuk menang…untuk menang. Tetapi apa kerja yang PAS buat untuk menang.

Kita tidak cukup sekadar ceramah demi ceramah sahaja. Siri penerangan dan penjelasan turut terjah ke sasaran itu lebih penting. Masa dan ruang kelapangan perlu diperuntukkan untuk bertemu dengan rakyat dan pengundi dari sekarang.

Janganlah bila tiba satu atau dua minggu menjelang tarikh pilihan raya barulah kita semua ada masa untuk bertemu rakyat dan pengundi. Paling lama pun dua minggu itu tidak cukup untuk menyakinkan rakyat dan pengundi memilih kita.

Walau macam mana pun, Awang menyokong serta mengharapkan apa yang PAS cakap untuk menang itu bukan lagi sekadar retorik tetapi realiti hendaknya, Insya’Allah.

Kata Hanafiah lagi, PAS Terengganu hanya memerlukan sebanyak 9 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menjadikan 17 kerusi Dun dengan majoriti mudah sahaja.

“Kita (PAS) sudah sedia untuk jadi kerajaan semula di Terengganu. Kita (PAS) hanya perlu 9 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan mempertahan lapan kerusi Dun sedia ada sekarang.

“Kita (PAS) hanya perlu 9 kerusi yang baru untuk jadi 17 kerusi Dun dengan majoriti mudah sahaja memerintah negeri (Terengganu) ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai menegaskan sasaran 17 kerusi Dun itu boleh dicapai dalam PRU ke-13 akan datang.

Katanya, PAS Terengganu tidak bimbang meski pun menang dengan majoriti mudah kerana yakin tidak ada ahli yang akan lompat parti serta enakmen penting telah digubal.

“Kita (PAS) tidak bimbang walau pun menang dengan majority mudah sahaja kerana segala Enakmen Perundangan telah kita (PAS) gubal sebelum ini.

“Lagi pun, wakil-wakil rakyat PAS mempunyai ‘ketahanan’ diri (iman) dan tidak akan lompat parti, Insya’Allah,” tegasnya.

Menurutnya, pergolakkan dalaman parti Umno Terengganu antara ‘puak’ (kumpulan) Idris Jusuh dengan Ahmad Said belum ada jalan penyelesaian selepas PRU ke-12 lalu.

Kata Hanafiah, krisis hilang keyakinan terhadap Menteri Besar Terengganu serta perbalahan politik antara kumpulan tersebut kekal hingga ke pilihan raya akan datang.

“Kita (PAS) tidak mengharapkan masalah dalaman Umno itu untuk menang tetapi penyusunan gerak kerja parti dalam PAS dan Pakatan Rakyat diutamakan.

“Sekarang ini, puak Idris Jusoh kata puak ‘Mat’ (Ahmad) Said tidak betul dan tidak pandai (boleh) memerintah dan mereka (Umno) saling berbalah sesama sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, senario tersebut berpanjangan dari awal selepas PRU Ke-12 lalu dan rakyat semakin bosan, ‘muak’ (benci) dengan perkembangan itu.

Katanya, rakyat Terengganu tidak sabar lagi menunggu tarikh pilihan raya (PRU Ke-13) dan PAS telah bersiap sedia dengan jentera parti.

MTD Chukai kini dalam rangka siri program Operasi al-Falah peringkat Unit Peti Undi (UPU) Kuala Kemaman anjuran Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Terengganu.

Bersihkan Badan Kehakiman Kita


Sejak akhir-akhir ini Badan Kehakiman di Negara kita dilihat agak longgar, bercelaru serta kurang diyakini terutama dalam kes-kes yang melibat kepentingan politik.

Ianya, sepatutnya bebas dari kawalan orang politik tetapi semacam tidak sedemikian dan masih dibayangi keputusannya oleh pemerintahnya.

Beberapa kes yang sepatutnya diadili dengan bijaksana tetapi menjadi berat sebelah dan rakyat seolah-olah telah boleh membaca keputusan hakim di mahkamah sebelum keputusan diputuskan.

Maknanya, badan kehakiman kita telah menjadi ‘badan kehakiman hindustan’ dan ditertawakan oleh banyak pihak yang melihatnya.

Beberapa keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan seperti kes kemelut politik antara kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya ‘merampasnya’ juga melalui keputusan mahkamah.

Begitu juga dengan kes perbicaraan Ketua Pembangkang yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan kali keduanya dengan kes liwat.

Pendek kata…tetapi bukan ‘Ibrahim Pendek’ kata… jika kes yang melibatkan kepentingan politik Umno-BN keputusan mahkamah sudah boleh dijangkakan.

Jadi ini yang kita (rakyat) tidak mahu sebenarnya dan pihak luar (asing) pun melihat sisitem kehakiman di negara kita ini bercelaru dan tidak adil.

Maka, baru-baru ini Awang berkesempatan bertanyakan dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai beberapa isu yang dibangkitkan baru-baru ini.

Soalan (S): Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campurtangan tersebut?

Jawapan (J): Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik. Khususnya, mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat.

Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu Negara kita sebuah Negara yang berdaulat. Dan tidak perlu kepada campur tangan asing. Apa lagi dari Negara-negara barat, Negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing.

Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

S: Jadi, pada pandangan Dato’ Seri campur tangan asing itu tidak bolehlah?

J: Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah, kita ada kehebatan jika tidak hilang kehebatan kita.

S: Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

J: Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

S: Maksud Dato’ Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

J: Ya, krisis…krisis..keyakinan yang berlaku.

S: Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?

J: Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.

S: Dato’ Sri, Ekoran campur tangan Australia ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?

J: Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nok bantah orang campur tangan jika kita sendiri tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki ‘diri’ (kelemahan) kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, Negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

S: Dato’ Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

J: Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhamad SAW sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini. Dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi SAW tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

Mereka tinggal secara ‘haram’?




Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said dengan angkuhnya menyifatkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) adalah ‘pejuang rakyat’ sebenar.

Ini kerana, katanya kerajaan BN Terengganu telah memberi peluang kepada penduduk di Kampung Paya Bunga menetap secara ‘haram’ selama berpuluh tahun tanpa sebarang denda.

Mat Said (MB) mengeluarkan kenyataan demikian kerana marahkan kepada Ketua Angkatan Muda (AMK) Tererngganu, Fariz Musa yang ‘membela’ penduduk di Kampung Paya Bunga.

Kawasan tersebut akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk dijadikan tempat letak kereta bertingkat serta meluaskan kawasan Wisma Darul Iman.

Menurut MB lagi, kawasan berkenaan terpaksa dikosongkan bagi tujuan pembangunan dan pemilik rumah telah dimaklumkan.

“Tuan rumah tiada masalah dan penyewa kita (kerajaan) sediakan kenderaan untuk berpindah.

“Dia (Fariz Musa) yang tunjuk ‘hero’ dan bukan dia yang terlibat di situ. Seolah-olah dia (Fariz) memperjuangkan rakyat…tak betul…Kita (Umno) lebih memperjuangkan rakyat.

“Rumah dan tanah rezab kerajaan itu digunakan sudah berpuluh tahun lalu dan sekarang bila sampai masa kerajaan mahu guna dan dia (penduduk) kena keluarlah (pindah).

“Sepatutnya, bukan tugas kerajaan (urus perpindahan) kerana mereka (penduduk) tinggal secara haram. Kita (kerajaan) tidak denda pun mujur (nasib baik),” jelasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, 3 Mac lalu.

Sebaliknya, kata beliau penduduk di kawasan terbabit juga tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu dan sedia berpindah.

Menurutnya, penduduk ditawarkan berpindah ke rumah kos rendah di Mengabang Lekar yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Tetapi apa yang hendak Awang perjelaskan di sini amat berbeza dengan kenyataan Mat Said sebab penduduk di kampung berkenaan tidak bersetuju sangat untuk pindah.

Jika tidak…takkan ada pemilik rumah berkenaan yang ditangkap Polis bersama dengan Fariz ketika operasi perobohan dijalankan.

Walau pun beberapa hari sebelum perobohan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Ikhwan yang diketuai oleh Fariz Musa dan rakan-rakannya telah menyerahkan satu memorandum di pejabat Menteri Besar.

Mereka minta supaya ditangguhkan dulu operasi tersebut dan selesaikan dulu masalah rakyat dan penduduk yang tidak mampu itu terutama bagi penerima bantuan kerajaan.

Ini kerana, ada di kalangan penghuninya merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan Maidam setiap bulan.

Jika mereka berpendapatan bulanan sekadar RM200 hingga RM250 sebulan…macam mana hendak bayar deposit rumah, kos pemasangan api-air dan bayaran bulanan rumah murah kos rendah tersebut.

Sekali lagi nampaknya, MB Terengganu ini ‘tertekan’ dan cuba berdolak-dalil untuk menghalalkan cara dengan membuat kenyataan seperti itu.

Awang yang kebetulan berada di lokasi perobohan pada hari tersebut hanya berdoa dengan hati kecik supaya kerajaan yang memerintah hari ini akan ditukar oleh rakyat dengan kuasa rakyat di masa akan datang.

‘Saya tidak gila dan tidak nyanyuk lagi’-Ku Li




SEJAK…. Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turun ‘padang’ menjelaskan kepada rakyat di Kelantan dan Terengganu yang menjadi isu berkaitan dengan hasil royalty menyebabkan ada pihak yang ‘kepanasan’.

Pelbagai cacian serta kata nista yang dilemparkan oleh ‘rakan-rakannya’ terhadap Tengku Razaleigh apabila tindakan ‘Ku Li’ dianggap bercanggah dengan kerajaan pusat.

Maka, Tengku Razaleigh Hamzah membidas mana-mana pihak yang tidak mengikut undang-undang serta Akta Kemajuan Petroleum sebagai tidak konsisten.

Ini kerana, katanya undang-undang tersebut masih diterima-pakai yang telah diluluskan oleh Parlimen sejak 37 tahun lalu.

“Ada pula orang kata saya ini bercakap dolak-dalil dia kata, kerana suatu ketika lain dan suatu ketika lain pula. Saya tidak gila lagi, saya tidak nyanyuk lagi. Sebab, itulah draf undang-undang yang saya tolong drafkan. Takkan saya hendak bercakap lain dari apa yang saya buat.

“Kalau orang lain pada hari ini bercakap lain dari undang-undang sebenarnya orang itu yang tidak konsisten. Saya konsisiten dan orang lain yang tidak ikut undang-undang yang tidak konsisten. Pada hal, undang-undang (Akta Kemajuan Petroleum) itu masih terpakai hingga sekarang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Perdana Isu Royalti & Solat Hajat anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) di Dewan Besar Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, 18 Mac lalu.

Katanya, sejarah serta tujuan penubuhan Petronas yang diluluskan oleh parlimen telah dirangka draf penjanjian tersebut bagi membangunkan rakyat dan negeri-negeri berkenaan.

“Saya hendak jelas undang-undang yang kita (negara) pakai sekarang dari masa tertubuhnya Petronas, berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri sehingga duit dapat dikumpul dengan begitu banyak.

“Beribu-ribu juta ringgit dan ini bukan untuk siapa tetapi kurniaan Tuhan untuk kita, untuk rakyat. Saya bercakap malam ini atas ‘body’ (tubuh) saya semata-mata.

“Saya tidak mewakili sesiapa. Saya bercakap kerana saya merasa berdosa jika saya tidak terang dengan sejelas-jelasnya,” ujarnya.

Menurutnya, parlimen merupakan badan ‘maha agung’ (tertinggi) dari segi undang-undang dalam bentuk pemerintahan di negara ini.

“Dan sememangnya dikuatkuasa untuk membolehkan yang diberi kuasa terlibat melaksanakan setiap peruntukkan yang terdapat dalam undang-undang ini.

“Dan tidak boleh disalahgunakan undang-undang ini untuk tujuan-tujuan lain. Duit yang hendak dibayar oleh petronas mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan tidak boleh dibayar kepada pihak lain.

“Itu yang diterangkan dalam Akta Kemajuan Petroleum. Saya berani kata begitu kerana kita hendak wajibkan supaya duit ini sampai kepada rakyat menerusi kerajaan-kerajaan yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menegaskan rakyat di negeri-negeri persekutuan merupakan rakyat yang berdaulat dari sudut undang-undang.

Katanya, kerajaan persekutuan tidak akan wujud tanpa gabungan serta kerjasama dari negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

“Rakyat berdaulat, negeri berdaulat dan kerajaan persekutuan tidak wujud tanpa adanya persetujuan dari negeri-negeri untuk bersatu dibawah satu Persekutuan.

“Persoalan royalti pula bukan isu lagi dan isunya ialah kerajaan negeri dengan kerajaan pusat (Persekutuan). Apa hubungan sebenarnya, itu menjadi penting untuk kita timbang sekarang,” ujarnya.

Manakala, katanya antara kerajaan negeri dengan petronas juga tidak menjadi isu kerana telah ada perjanjian dibuat dibawah Akta Kemajuan Petroleum yang telah dilulus di Parlimen.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik serta beberapa pimpinan PAS Terengganu dan Kelantan.

Majlis dialog berkenaan dirasmikan oleh Penaung Mampat, Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah dan Solat Hajat diimamkan oleh bekas Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Zainal Abidin al-Hafiz di Masjid Tengku Zaharah .

Genap 10 tahun hak royalti Terengganu dinafikan



SYABAS dan TAHNIAH…kepada Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) kerana berjaya menganjurkan Dialog Perdana Isu Royalti & Solat Hajat di di Dewan Besar Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, pada 18 Mac lalu.

Penaung Mampat, Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin berkata bulan ini (Mac) 2010, genaplah 10 tahun hak royalti rakyat Terengganu dinafikan dan belum dikembalikan semula meski pun kerajaan negeri telah diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Sebenarnya, kata beliau banyak kesan yang timbul dari wang royalti ditukar menjadi ‘wang ehsan’ dari sudut pembangunan dan keberkatan.

Ini termasuklah, katanya kejadian bangunan runtuh sejak akhir-akhir ini dilihat lebih dominan kesannya berbanding kurang kelihatan dengan mata kasar.

“Kata sesetengah orang ‘wang ehsan’ ini tidak berkat dan mungkin ramai yang tidak tahu perbezaan antara wang ehsan dengan wang royalti yang dituntut oleh Gegar dan Mampat.

Tengku Seri Paduka menyifatkan pemberian wang ehsan kepada menyebabkan rakyat Terengganu berdiam diri serta tidak berani menuntut hak royalti.

“Wang Ehsan dilihat lebih dinikmati oleh rakyat, ada yang dapat RM300 ada yang dapat RM500. Inilah yang menyebabkan ramai rakyat Terengganu berdiam diri dalam isu tuntutan ini. Jika royalti mungkin mereka (rakyat) tidak akan mendapat imbuhan sebegini,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana pengurusan wang royalti itu dikendalikan dari mula penerimaan hingga pengagihan sejak ditukarkan kepada wang ehsan.

Menurutnya, laporan audit mengenai perjalanan wang ehsan langsung tidak ada yang berkemungkinan akan berlaku penyelewengan.

“Kita (rakyat) mahu tahu bagaimana pengagihan wang ini berjalan dari penerimaan hinggalah wang ini diagih-agihkan kepada mereka (rakyat) yang berhak dan layak.

“Adakah ianya diaudit dengan baik atau sebaliknya. Jika diaudit kenapa tidak dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu atau diumumkan kepada rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui media,” tegasnya.

Katanya, kerajaan pusat tidak wajar menganayai negeri Terengganu dan Kelantan yang kedua-dua itu majorit 90 peratus orang Melayu dan beragama Islam.

Menurutnya, pertikaian mengenai hak mendapat serta menguruskan royalti di Terengganu telah memakan masa yang lama genap 10 tahun.

“Ingin saya ingatkan kepada pihak berkuasa (kerajaan pusat) yang mengendalikan wang ini. Ingatlah, rakyat negeri Terengganu berjumlah hampir 1.5 juta orang dan 95 peratus rakyat Terengganu adalah orang Melayu dan beragama Islam.

“Yang seagama dengan mereka (pemimpin) yang berkuasa di Kuala Lumpur. Begitu juga saudara-saudara kita di Kelantan. Kenapakah kita (rakyat) dianiayai sebegini.

“Apa bezanya ‘royalti’ dengan wang ‘ehsan’ yang hendak dipertikaikan begitu lama. Berilah…harta rakyat negeri Terengganu,” ujarnya.

Presiden PAS imamkan solat jenazah tiga beranak


‘MALANG TIDAK BERBAU’…ungkapan seumpama ini sering kali kita dengari serta dimainkan dicorong-corong tv dan radio suatu ketika dahulu.

Rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan Azzawajalla dan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Maka, yang susah bukan orang lain ‘mereka…dan keluarga mereka’.

Suatu perkara yang tidak boleh dinafikan iaitu perbezaan antara dua pemimpin parti Melayu yang terbesar di negara ini iaitu antara PAS vs Umno, antara Ustaz Abdul Hadi vs Najib, antara yang haq dengan yang batil.

Rasa-rasanya, belum pernah lagi Awang terdengar atau melihat pemimpin tertinggi Umno seperti mantan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan terkini, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengimamkan solat jenazah.

Apa yang ternyata, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengimamkan solat jenazah tiga beranak yang meninggal dunia di Masjid Kampung Temala, Pengkalan Berangan, pada 11 Mac lalu.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi keluarga terdekat allahyarham yang disifatkan oleh PAS Kawasan Marang dan parti umumnya sebagai ‘permata yang hilang’.

Tiga beranak sekeluarga tersebut merupakan aktivis PAS kawasan Marang yang aktif terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang.

Kejadian tersebut berlaku setelah kenderaan MPV yang dinaiki mereka sekeluarga bertembung dengan sebuah treler dekat Kampung Binjai Rendah, Marang, 10 Mac lalu.

Allahyarham Ustaz Ghazali Mohd, 63, merupakan Ahli Jawatankuasa Urusan Ulama’ PAS Marang sessi 2009/2011 yang juga bekas wakil calon PAS kepada Dato’ Mustafa Ali yang pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan tahun 1999 lalu.

Bahkan, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, beliau pernah menjadi pencadang kepada calon PAS, Haji Mohamad Deraman di Dun tersebut.

Manakala, isterinya Halimah Awang, 56, dan anaknya Radiah Ghazali, 39, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Harakah dimaklumkan, lima lagi mangsa kemalangan terselamat iaitu Aiman Shafiq Ghazali, 13, Ammar Farhan Mohd Arifin, 8, Nur Faraziela Ghazali, 22, Mohd Aidil Ghazali, 15, serta bakal pengantin, Mariani Ghazali, 28, yang cedera ringan.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berada di rumah keluarga allahyarham selama satu setengah jam sehingga selesai majlis pengkebumian di satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temala, dekat sini.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga allahyarham Ustaz Ghazali yang ditimpa kejadian menyedihkan dengan tiga ahli keluarganya meninggal dunia serentak.

“Saya ucap takziahlah kepada ahli keluarga allahyarham Ustaz Ghazali dan terima ujian ini (kematian) dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

“Ucap takziahlah, saya kenal beliau (Ustaz Ghazali) jadi AJK Kawasan Marang sejak tahun 60-an lagi. Allahyarham, juga adalah murid kepada Tuan Guru Haji Shafei Sulong iaitu Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu yang kedua selepas Tuan Guru Haji Abas Awang,” jelasnya.
 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top