Hari ini, 6 April 2011 (Rabu) bersua kita kembali diarena bicara ‘maya’ ini setelah lebih sebulan berlalu tanpa tulisan, laporan, pandangan dan kritikan tentang “apa orang kata”.
Maaf ‘awang’ lafazkan, bukan kerana merajuk hati atau memboikot tetapi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan selain berada di luar negeri dan negara.
Sepanjang tempoh ‘berehat’ itu, terlalu banyak isu-isu politik, masyarakat, rakyat, pemimpin, negeri dan negara berlaku setiap hari.
Daripada yang ‘sesejuk-sejuknya’ hinggalah isu yang ‘sepanas-panasnya’ berlegar dalam masyarakat. Laporan berita dan ulasan pihak media arus perdana pula semacam berat-sebelah dan berpihak kepada parti kerajaan sahaja.
Berita sebelah pihak cukup ‘membosankan’ dan ‘menjelekkan’ rakyat yang cuba disogok oleh rakan-rakan media kepada rakyat khususnya para pengundi yang jenis ‘pak turut’.
Benarlah, kata bijak pandai…jika kita yang biasa bekerja guna otak tiba-tiba ‘berhenti’ guna otak…kita akan terasa ‘ketumpulan’ otak kita untuk berfikir dan menterjemahnya dalam bentuk penulisan.
Maka, sekembalinya Awang di meja penulisan maya ini. Awang akan cuba sebaik mungkin membawa ‘persembahan’ hidangan minda sebaik mungkin dan setelus-telusnya dan ‘sepedas-pedasnya’, inysa’Allah.
Apatah lagi. Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir di negara kita dan hari ini telah bermula ‘gendang’ pilihan raya umum ke-10 di Sarawak. Walau pun, serba kepincangan dan kekurangan dipihak pembangkang…LAWAN tetap LAWAN!!!
NOTA: “TULISAN LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG”-kam
0 comments:
Catat Ulasan