Tahniah ‘ayoh chik’…

Salam For All Rusila;

14 April lalu, pihak Universiti Islam Yala (YIU) telah menganugerahkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani.

Ustaz Hadi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayoh Chik’ merupakan satu-satunya tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah “Tokoh Alim Rabbani” diperkenalkan di Universiti Islam Yala, Patani.

Sehubungan itu, beliau dipakai ‘Jubah Kehormat’ sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti berkenaan iaitu Dr Ismail Lutfi.

Awang difahamkan, gelaran tokoh tersebut adalah sama taraf dengan Ijazah Kehormat yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

Kebiasaannya, sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokesyen, namun Senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.

Malah, sebelum ini anugerah serupa diberikan kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat Wilayah Selatan Thailand, terutamanya Pengasas Pusat Pengajian Pondok.

Tokoh-tokoh yang pernah menerima anugerah tersebut iaitu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok dan ulama’ terkenal dari Timur Tengah.

Penyampaian anugerah tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, baru-baru ini.

Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat menyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.

Rombongan Presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjatakan M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan Senat Universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

“Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Selain itu beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” jelasnya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian Mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismail Lutfi dan disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta peserta multaqa.

Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri.

Malangnya, di tanahair kita Malaysia….‘ayoh chik’ dipandang hina dengan caci nesta oleh pimpinan dan ahli Umno yang ‘bodoh-bodoh’. Siang malam ‘disumpah-seranah’nya.

Dan lebih malang lagi…turut ‘disambut’ oleh puak-puak yang kononnya juga ahli PAS, pimpinan PAS dan penyokong PAS yang memperlekehkan Presiden PAS ini. Hingga timbul pula mutakhir ini, kepimpinan Abdul Hadi perlu ‘ditukar’.

Maka, bertepuk-soraklah puak-puak kabilah Umno-BN. Itu yang mereka mahu dan buat tetapi tidak ‘termakan’. Rupa-rupanya, tanpa disedari orang yang mengaku PAS itu sendiri yang membuka ‘ruang-ruang bodoh’ dan ‘forum-forum tolol’ di internet.

Dan sebenarnya, orang yang memperlekeh serta ‘menyerang’ kepimpinan Ustaz Hadi lambat-laungnya bakal kembali ke pangkuan Umno. Mereka itu, hanya ‘semangat’ duduk dalam PAS dan bukan kesedaran yang hakiki sekali pun dia itu bertaraf Profesor.

NOTA: “KRITIK ORANG SENANG TAPI SENDIRi BUAT BELUM TENTU BERJAYA”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top