Semalam negara dikejutkan dengan stu insiden kemalangan sebuah helikopter yang terhempas di Dataran Sibu kira-kira jam 1.50 tengahari hinga mengorbankan Juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali. (alfatihah)….
Kemalangan itu berlaku, sejurus berlepas dari dataran tersebut setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyidin Yassin.
Menurut laporan berita di Sibu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, telah diuruskan keluarganya yang datang dari Kuala Lumpur malam tadi.
Allahyarham Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air (kroni Mahmud Taib) terhempas pada ketinggi 10 meter ketika cuba berlepas dari Dataran Sibu.
Oklah setiap yang hidup pasti akan mati, itu Awang tidak persoalkan. Tetapi kita perlu lihat pengajarannya. Muhyidin kena lihat natijah dari kemalangan tersebut. Jangan kita berdalih kerana taknikal yang menjadi sebab musababnya.
BAYANGKAN…jika ditakdirkan helicopter itu yang hendak berlepas sedang membawa bersama TPM dan isterinya. Tidakkah akan terjadi kemalangan jiwa yang lebih besar lagi.
Jika itu berlaku, sudah pastinya Muhyidin akan menerima nasib yang sama seperti arwah Tan Sri Yahya (rakan baik Anwar) yang helicopter canggihnya terhenpas di Temerloh, Pahang.
Dikatakan juga, sepatutnya helicopter itu juga bakal dinaiki oleh Anwar yang ketika itu berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Apa yang Awang dengar ‘orang-orang cakap’ dan ‘cakap-cakap orang’ yang mungkin BETUL atau mungkin TIDAK BETUL..itu hanya Allah SWT Yang Maha Mengertahui-Nya.
Ada pendapat orang kata…sepatutnya helicopter itu untuk TPM Muhyidin yang naik dan jika itu berlaku sudah tentu ‘kemalangan’ tragis akan terjadi. Maka, hamba Allah itu pun tidak sempat hendak merasa jawatan No.1 negara di masa akan datang…Allah Yang Maha Mengetahui-Nya.
Umumnya, ‘cakap-cakap orang’ juga mendakwa hubungan TMP dan PM sekarang pun sebenarnya tidaklah sebaik sangat dan sekadar ‘luar-luar’ sahaja. Ibarat pepatah Melayu kata…’telunjuk lurus, kelingking berkait’….itu Awang tidak tahulah.
Jadi, selepas ini Muhyidin kenalah berhati-hati sebab, kemalangan boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa sahaja. Sebab, dalam Umno-BN semua orang tahu kecuali yang ‘bodoh-bodoh’ sahaja tidak tahunya.
Kehidupan dalam Umno-BN pernuh dengan ‘tipu-daya’ dan ‘perancangan’. Semua pemimpin tertinggi Umno, semua pemimpin penting dalam Umno dan berjawatan dalam Umno mempunyai ‘skandal’ dan ‘masalah’.
Skandal Pemimpin Umno ini dari yang paling rendah….hingga yang paling atas (PM) ada skandal dan masalah peribadi masing-masing. Semua itu, ada dalam ‘genggaman’ Amerika-Yahudi dalam kocek “APCO”.
Sebab itulah, jika ada mana-mana pemimpin bekasan Umno-BN yang ‘insaf’ dan mahu balik ke pangkal jalan, hendak jadi orang baik, hendak cegah kemungkaran akan tersekat dengan ‘tali hidung’ skandal masing-masing.
Akhirnya, paling ringan kes pun pemimpin yang keluar Umno pasti akan ‘lompat’ masuk Umno-BN semula atau kekal ‘BEBAS’ yang akan terus diperalatkan oleh Umno-BN+APCO.
Ada juga orang kata, oleh kerana Muhyidin ini antara pemimpin Umno yang agak baik sikit dan isteri dia pun bertudung. Maka, itu pun menjadi ancaman kepada pihak tertentu.
Oleh itu, sepatutnya…dengan kemalangan yang berlaku itu..Muhyidin wajar bertaubat dan mohon keampunan kepada Yang Maha Berkuasa dan kembalilah kepada Islam yang sebenarnya.
Alangkah malangnya, jika kita tiba-tiba mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dan berada di landasan yang betul. Sesungguhnya, Allah Ta’ala itu Maha Pengampun dan Penyanyang. -kam
NOTA: “HATI-HATI DALAM PILIHAN RAYA…INGAT SEBELUM KENA”
0 comments:
Catat Ulasan