DHPP sedia gempur Terengganu





Salam For All:

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu yang baru ditubuhkan dan bakal dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 21 Mei 2011 ini sedia menggempur Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusinya, Dr B.Chandran berkata DHPP yang sebelum ini dikenali “Kelab Penyokong PAS” bersedia pada bila-bila masa menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, usaha mendekati golongan bukan Melayu sedang giat dijalankan menjelang hari pelancaran sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno” di Kuala Terengganu.

“Kita (DHPP) sejak dari dahulu (Kelab Penyokong PAS) sentiasa bersama dengan PAS. Kita akan ‘gempur’ untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,” jelas ketika ditemui di pejabatnya.

Menurutnya, angin perubahan yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April lalu memberi semangat kepada rakyat di Semenanjung.

Beliau yakin Umno dan Barisan Nasional akan ditumbangkan dalam PRU Ke-13 ditangan Pakatan Rakyat.

NOTA: “UBAH SEBELUM PARAH”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top