PELIK tapi BENAR…tayangan video lucah jika dengan ‘niat’ dan tujuan ‘baik’ tak jadi masalah, kata Menteri JPM, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Jika dengan alasan itu mungkin ‘halal’ kepada menteri Umno-BN itu.
Jadi selepas ini, mana-mana peniaga VCD atau DVD lucah tidak perlu takut-takut lagi kerana pemimpim Umno-BN sudah beri ‘jalan’ dan alasan untuk ‘menghalakan’ cara dan tindakannya.
So…Awang cadangkan supaya mana-mana taukeh VCD atau DVD lucah boleh beri alasan yang mereka jual dan edar bahan terlarang itu pun dengan niat dan tujuan baik. Maka, pihak berkuasa tidak payahlah ambil tindakan sebab itu tujuan dan niat baik.
Sejak beberapa hari lalu, tersebar pula dari sebahagian klip video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Internet.
Tidakkah ‘pening’ namanya kerana sebelum ini tiga ‘ekor’ yang bergelar Datuk T itu mendakwa hanya mereka bertiga sahaja yang ada video lucah itu. Sebab itu, tidak ada dalam internet Youtube.
Selepas, ‘monyet tiga ekor’ itu serah kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tidak lama selepas itu mula berada dalam ‘pasaran’ internet. Dan yang paling celakanya berada di laman blog anti pembangkang tajaan Umno-BN iaitu ‘papagomo’ dan ‘gerakan anti pembangkang’ dan ‘pisau.net’ dan lain-lain blogger upahan.
Beberapa laman web anti pembangkang menyiarkan laporan bahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac 2011 lalu itu boleh didapati di Youtube.
Semakan mendapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1" itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "thepowercam."
Maklumatnya, di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu yang dikatakan berasal dari Thailand. Video sepanjang 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.
Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011".
Konspirasi video lucah itu mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kes perbicaraan LIWAT II sedang berjalan lagi.
Bagaimana pun, Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.
Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai “Datuk T” mula mendedahkan identiti mereka.
Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Dato’ Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Dato’ Shuib Lazim.
Nama Rahim Thamby Chik cukup terkenal di langit dan di bumi. Beliau pernah dituduh ‘MEROGOL’ seorang budak perempuan bawah umur yang tinggal dengan neneknya bernama ‘Pendek’.
Tapi akhirnya, yang masuk penjara selama dua tahun kerana kes itu adalah pemimpin DAP, Lim Guan Eng sebelum menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini.
Tokoh Korporat, Dato’ Shazryl Eskay Abdullah pula pernah berkhidmat dengan konsulat Thailand dan terlibat dengan Projek Jambatan Bengkok yang menjadi Ilham Tun Dr Mahathir. Kes beliau masih di mahkamah.
Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
Persoalannya, jika tidak polis siapa yang edar di internet? Jika tidak Rahim siapa lagi yang edar di youtube?..Jika tidak Eskay yang rupanya pun mirip Anwar (DSAI) yang siar dalam internet, siapa lagi? Dan jika bukan Bendahari ‘Perkosa’, Shuib yang kirim kat internet…SIAPA LAGI????
Takkan rakyat hendak tuduh si Najib yang jadi Perdana Menteri (PM) Malaysia atau si Rosmah (PM2) yang buat, walau pun tidak masuk akal tetapi semua itu boleh jadi dan tidak mustahil.
Yang lagi PELIK bin AJAIB…sepatah haram pun ‘tok peti’ (Mufti) kita tidak komen atau tegur pemimpin Umno-BN dalam hal ini. Apa yang ditegurnya, tarian gelek ‘POCO-POCO’ yang sedap juga mata memandangnya.
Rugi duit sahaja rakyat bayar gaji dan elaun kepada datuk-datuk mufti yang ada kerana hanya akan ‘buka mulut’ selepas pemimpin Umno-BN ‘bersuara’. Alangkah, malangnya apa yang berlaku dalam ‘negaraku tercinta’ ini.
Dan sesungguhnya, apa pun yang berlaku..rakyat perlu membuka mindanya sendiri. Berfikirlah dengan menggunakan ‘OTAK’ sendiri dan jangan guna otak Umno-BN atau yang sama waktu dengannya.
NOTA: “YANG HALAL ITU JELAS…DAN YANG HARAM JUGA JELAS”-kam
0 comments:
Catat Ulasan