BENARKAH….ada orang kata kawasan pendalaman orang Melayu terutamanya di kawasan Felda yang terdapat ramai peneroka Melayu itu menjadi ‘kubu’ sokongan untuk Umno-BN yang terakhir.
Maknaya, jika ditakdirkan tidak ada lagi kawasan Felda atau ada tetapi orang Melayu Felda sudah jadi ‘CERDIK’ dan boleh berfikir dengan otak dia sendiri, bukan guna otak orang lain. Sudah pasti Umno-BN tidak wujud lagi di bumi Felda itu.
Baru-baru ini, Awang terserempak dengan satu program anjuran PAS tetapi penceramah jemputannya adalah dari Parti KeADILan Rakyat (PKR). Pemidato PKR itu menyifatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik “kotor” bagi mengepung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
Belaiu ialah Setiausaha Agung PKR Malaysia, Saifuddin Nasution dan katanya yang sempat Awang dengarlah, pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS dan KeADILan (PKR) digambarkan sebagai ‘mengkhianati’ orang Melayu.
Malah, katanya juga mengkhianati Islam, menderhakai Raja dan menjadi kuda tunggangan kepada orang Cina di negara ini. (betul ke..?)
“Ini adalah taktik ‘kotor’ untuk mengepung sokongan orang Melayu terhadap Umno supaya orang Melayu tidak bersama dengan kita (Pakatan Rakyat).
“Kita dalam Pakatan Rakyat ini terutama PAS dan KeADILan mestilah digambarkan sebagai pemimpin yang mengkhianati orang Melayu. Pemimpin yang mengkhianati Islam, pemimpin yang menderhaka terhadap Raja, pemimpin yang menjadi ‘kuda’ tunggangan kepada orang Cina khususnya DAP,” jelasnya.
Saifuddin berkata demikian pada Ceramah Himpunan Warga Felda Negeri Terengganu di Pasti Kertih I, Ketengah Jaya, Paka, Dungun, baru-baru ini.
Menurutnya, pada masa yang sama diberi gambaran bahawa jika Umno-BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak negara akan diperintah bukan Melayu.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menaruh keyakinan masa depan politik Umno terancam jika Pakatan Rakyat berjaya “meroboh” benteng terakhir BN di tanah rancangan.
“Saya percaya jika kita berjaya merobohkan benteng dan kubu terakhir Umno-Barisan Nasional di kawasan tanah rancangan (Felda) ini, sudah tidak ada lagi masa depan politik buat Umno-BN di bumi Malaysia ini. Dia bertahan (menang) di sini sahaja,” ujarnya.
Beliau mendakwa sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih baik berbanding siri-siri pilihan raya sebelum ini.
Ini kerana, katanya semakin lama bukan Melayu bersama Pakatan Rakyat akan hilang segala rasa ketakutan tersebut.
“Jika dahulu ditakutkannya menyokong kita ini. Jika dahulu betapa sukarnya kita mendapat sokongan bukan Melayu terhadap kita.
“Tapi hari ini, sokongan bukan Melayu kepada kita jauh lebih baik berbanding siri-siri pilihan raya sebelum ini. Semakin lama mereka berkawan dengan kita, semakin lama mereka mengenali kita, semakin dekat mereka dengan perjuangan kita. Bukan Melayu ini sudah tidak ada lagi rasa takut,” tegasnya.
Sebab itu, katanya Umno-BN cuma mampu berkubu di kawasan-kawasan orang Melayu di tanah rancangan Felda dan pendalaman.
NOTA: “Umno ini ibaratkan…Paku Dulang Paku Serpih, Kata Kat Orang Dia Yang Lebih”-kam
0 comments:
Catat Ulasan