Umno “pendatang” haram!!!

Salam For Rakyat:


BENARKAH…bagai didakwa Umno adalah ‘pendatang’ haram di bumi Allah SWT ini? Cuba kita perhatikan maksud mendalam yang diketengahkan oleh tokoh ulama’ yang disegani dan disayangi rakyat umumnya.

PAS menyifatkan ‘Umno’ yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai “pendatang” haram di atas muka bumi ini kerana menolak Islam serta hukum-hukumNya.

Bahkan, Umno sepatutnya tidak ada di dunia ini kerana kehadiran parti itu hanya membuat “kacau” (masalah) kepada pemikiran rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno umpama “pendatang” haram yang tidak memiliki passport serta dokumen sah di sisi Allah SWT.

Oleh itu, katanya hasrat dan cita-cita PAS menggantikan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan satu usaha yang betul.

“Umno ini umpama ‘pendatang’ haramlah. Pendatang haram ini passport tidak ada, dokumen yang sah tidak ada dan datang secara ‘sulit’.

“Kita (manusia) di hadapan Tuhan pun begitu, passport kita adalah Islam. Islam adalah passport kita dengan Allah atas dunia ini dan buatlah apa sahaja dengan Islam selamat.

“Segala amalan dan perbuatan kita, Tuhan terima sebab ada passport (Islam) yang sah duduk atas bumi Allah Taala yang ada undang-undang dan peraturan,” tegasnya ketika merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno” Kedua (PGU-2) di Medan PGU Besut, Belakang Masjid Hadhari, Jertih, 19 Mac lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan perjuangan PAS bagi menegakkan Islam dan peraturanNya akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Katanya, PAS yang mendapat undi dari rakyat menggunakan kerajaan bagi mendaulatkan syariat Islam di negeri yang diperintah.

“Ambo (saya) kata buat kerja baik, kerja Islam dapat pahala. Jika kita buang putung rokok tengah jalan pun dapat pahala, suruh orang undi PAS dan PAS buat peraturan Islam tentulah dapat pahala.

“Kita (PAS) guna kerajaan, kita guna undi rakyat untuk bentuk kerajaan dan kerajaan ini kita guna untuk daulatkan Islam. Hukum mana sekali pun, hukum komunis, hukum sosialis, kerajaan komunis atau kerajaan sosialis tidak boleh jalankan undang-undang dia jika tidak ada kerajaan.

“Bolehkah demokrasi laksanakan undang-undang dia jika tidak ada kerajaan. Islam, jika tidak ada kuasa tidak boleh laksanakan undang-undang jika tidak ada kerajaan. Bila kita (PAS) pegang kerajaan, benda yang tidak ada lagi kita buat dan banyak undang-undnag kita buat di Kelantan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya usaha menggantikan Umno dengan PAS ini adalah wajib syar’ie yang dituntut dalam Islam.

Menurutnya, Islam itu datang dari Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW sebagai jurucakap yang dipanggil Rasul atau Nabi kepada manusia.

Dato’ Nik Aziz menyelar pendirian pemimpin Umno yang menentang Islam sebagai alat dan “kuda” tunggangan kepada MCA komponen Barisan Nasional.

Katanya, apabila MCA menentang hukum-hukum Islam yang diperjuangkan PAS dan Umno terpaksa mengambil pendirian yang sama.

Menurutnya, isu judi yang jelas dan terang diharamkan dalam Islam tetapi “dihalalkan” oleh Umno dengan cara dilesenkan perjudian tersebut.

Sehubungan itu, kata Tuan Guru Nik Aziz Umno-BN kini semakin lemah dan mengharapkan kebergantungan kepada “tongkat”.

“Sebab itu, bila pilihan raya Islam dia (Umno) tidak guna, demokrasi pun dia tidak guna. Dia (Umno) guna duit. Sebab apa dia guna duit, dia ‘lemah’, ‘letih’ dan dia terpaksa guna ‘tongkat’.

“Tongkat dengan duit, tongkat dengan ISA, tongkat dengan tukar kerja, tongkat dengan ugut. Sebab Umno tahu, jika dia tidak buat begitu dia tidak boleh diterima lagi oleh rakyat,” dakwanya.

Hadir sama pada majlis tersebut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib serta pimpinan PAS Terengganu.

NOTA: “ UMNO VS ISLAM = PATI ”-kam

1 comments:

Abu Idris berkata...

Jalan Perubahan Tanpa Pilihanraya Demokrasi Sekular Warisan Penjajah Kafir Laknatullah Lord Reid ke Jalan Perubahan Khilafah Ala Minhaj An Nubuwwah.

Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top