KETIKA sedang asyik Awang dan rakan-rakan lain makan malam di sebuah warung masakan panas tiba-tiba keluar satu berita yang SEDIH bagi ahli keluarganya dan lagi MENYEDIHKAN bagi pimpinan partinya.
BERITA, tentang ‘kematian’ seorang lagi wakil rakyat Umno-BN yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Pahang.
Allahyarham Dato’ Zaharuddin Abu Kasim, 63, disahkan meninggal dunia dan bukan ‘cubaan’ di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS) Temerloh, Pahang.
Orang ramai yang ada di kedai tersebut masing-masing ‘bising’ dan bercakap-cakap bagi mengulas isu yang agak menarik sejak akhir-akhir ini dengan kematian demi kematian yang melibatkan wakil rakyat.
Seorang warga emas yang dikenali Pok Yih mula bersuara dan berpendapat kematian wakil rakyat sebenarnya suatu ‘RAHMAT’ kepada rakyat dan pengundi di Dun atau di Parlimen tersebut.
Katanya, alangkah baik jika setiap bulan ada sahaja wakil-wakil rakyat yang jika hidup ‘menyusahkan’ rakyat dan ‘dicemuh’ rakyat seperti Hosni Mubarak maninggal dunia setiap bulan.
“Weh, mati pulok doh…tapi tak apa itu satu ‘RAHMAT’ kepada rakyat dan pengundi di situ…dan jika boleh setiap bulan mati pun lagi baik.
“Buat apa jika wakil rakyat hidup susahkan rakyat…macam Presiden Mesir, Hosni ‘Martabak’ (Mubarak) tu…ada pun menyusahkan rakyat saja,” ujarnya dengan berseloroh.
Masing-masing pakat sambung menyambung isu kematian wakil rakyat dan ada yang berpendapat Umno-BN terpaksa menghabiskan duit rakyat ratusan juta lagi atau berbilion lagi.
Maka, akan timbulah projek ‘mee segera’ yang tidak putus-putus datang mencurah-curah seperti di Dun Merlimau, Melaka sekarang ini. Waktu ini, pelbagai projek dan peruntukan mendatang seperti air pasang laut.
Sudah tentunya, rakyat dan pengundi Melayu, Cina dan India yang masih dalam kategori ‘BODOH’…’BANGANG’…dan ‘BUTA HATI’ itu akan terus menyokong dan mengundi BN-Umno.
Apatah lagi, seperti di Melaka negeri ‘HANG TUAH’ yang sudah dikenali sejak zaman berzaman sejenis manusia yang ‘PAK TURUT’ dan kurang cerdik seperti ‘lembu dicocok’ hidungnya.
Maknanya, orang Melayu Umno yang ‘BUTA HURUF’ itu samalah seperti ‘HANG TUAH’ dan manusia seperti ‘HANG JEBAT’ itu adalah PAS dan KeADILan (PKR) yang berani menegakkan kebenaran meski pun di hadapan pemerintah yang salah dan zalim.
Walau macam mana pun kepada Allahyarham Dato’ Zaharuddin dan keluarga anak-beranaknya, Awang ucapkan TAKZIAH dan semoga sebelum dia menghembuskan nafas terakhir itu sempat dengan kalimah yang mulia ‘Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah’.
Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya akibat serangan jantung. Ini kerana, jantung dan segala anggotanya dan nyawanya adalah milik Allah Azzawajalla.
Hal kematian itu, telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor bahawa Dato’ Zaharuddin, 63, meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
Sejak setahun lalu, Dato’ Zaharuddin sering kali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit dan kali terakhir adalah pada November 2010, tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei 2-10, tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
Sementara itu, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mesej ringkasnya berharap keluarga Allahyarham bersabar menghadapi ujian dan ketentuan Ilahi.
Sebelum ini, katanya Zaharuddin telah banyak kali berulang-alik ke hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU dan keadaan ini menyebabkan banyak spekulasi akan berlaku Piliahn Raya Kecil (PRK).
Bagaimanapun, pada tahun 2010 lalu Allahyarham masih sempat mendirikan rumah tangganya dengan seorang guru Kemas daripada Jengka 23, Pahang.
Dan Sebenarnya…, dengan kematian Zaharuddin negara terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) iaitu ke-16 selepas Merlimau di Melaka, pada 6 Mac depan. Ianya juga adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.
Pada PRU 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Dato’ Redzuan Harun telah mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 4,135 undi dan Hasanuddin sebanyak 2,520 undi.
N.28 Kerdau juga terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya adalah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri.
Manakala, Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.
"Menurut pembantunya, Dato’ Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," ujarnya.
Ismail berkata Allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Mengikut Undang-undang Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.
Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Merlimau, Melaka akibat kematian Dato’ Mohamad Hidhir Abu Hassan juga kerana sakit jantung.
Jadi wakil rakyat semua kena ingatlah, jantung kita ada tuannya iaitu ALLAH SWT dan jangan buat pandai-pandai derhakakan Tuhan. Peraturan Tuhan jangan ditentang dan jika tidak bersetuju dengan hukum Tuhan itu sila pindah di dunia lain yang bukan milik Allah…(jika ada).
Setakat ini seramai 12 orang wakil rakyat meninggal dunia akibat serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dan selebihnya mereka yang meletak jawatan untuk diadakan PRK.
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus ‘kaw-kaw’ Umno-Melayu yang ‘buta hati’, 6 peratus Cina yang agak ‘celik hati’, 3.7 peratus India yang ‘kelabu hati’ dan 2.5 peratus kaum-kaum lain yang ‘hati-hati’.
Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun (2008-2011) ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara. Sebabnya, hendak tunggu wakil rakyat Umno letak jawatan dan undur sampai ‘berak cair’ pun mereka tidak turun, dan hanya dengan kematian barulah boleh ‘diturunkan’.
Kesimpulannya, ‘TAKZIAH…TAKZIAH…TAKZIAH, DAN DISEBALIK TAKZIAH BARANG KALI ADA YANG BERKATA TAHNIAH…HANYA TUHAN YANG MAHA MENGATAHUINYA’.
0 comments:
Catat Ulasan