Hari ini, Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan terlalu banyak menggunakan ‘agama’ untuk kepentingan politik.
Sejenak, Awang berfikir dan memikirkan kenapakah masih wujud manusia Meloye Umno yang berselindung di baju ‘JMM’ dan ‘buta’ agama.
Kritikan itu, kononnya faham sangat tentang agama tetapi sebenarnya beliau itu ‘buta’ agama dan mungkin tergolong dalam kelompok ‘jahiliah’.
Tidakkah, Encik Omar sedar yang POLITIK dengan AGAMA tidak boleh dipisahkan dan kebanyakkan orang Meloye Umno pun baru sedar setelah diterangkan oleh ulama’ PAS.
Pejabat Agama buat keluar kitab ‘Mustika Hadis’ pun bukan orang Umno baca dan yang dibacanya hanyalah ‘Utusan Meloye’ sahaja.
Encik Omar kritik kononnya Anwar itu ‘pelacur politik’ dan Nik Aziz pula ‘pelacur agama’…dan Encik Omar pula mungkin ‘PELACUR POLITIK + AGAMA’. Sebabnya, orang macam beliaulah ruginya orang Melayu dan rosaknya Agama Islam di negara ini.
Dalam dunia politik masa kini, parti politik adalah mewakili ‘kumpulan’, ‘jemaah’ atau ‘organisasi’ yang bagi orang Islam mestilah politik Islam. Kita kena pakai ‘baju’ Islam. Kenapa pula hendak pakai ‘baju’ jahiliah?
Ada pun nenek moyang Encik Omar yang telah berkurun matinya itu. Jika dia seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan tidak menentang Islam. Jika dia meninggal dunia, kita doakan dia tergolong dalam golongan orang beriman dan soleh.
Waktu itu, barang kali Umno pun tidak ada..dan jika dia Islam, maka Islamlah diharapkan. Tetapi, jika waktu itu walau pun tidak ada PAS tetapi nenek-moyang Encik Omar tidak bersetuju dengan Islam dan mengutuk agama Islam. Maka, matinya juga mati jahiliah…(nauzubillah…)
Masalahnya sekarang, ilmu mengaji sudah tinggi dan Islam telah tersebar dengan baik tetapi masih ada yang menentang dan tidak bersetuju dengan Islam, Dasar Islam dan Undang-undang Islam.
Maka, kumpulan, jemaah, organisasi atau parti politik yang menentang perjuangan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis, Qias dan Ijma’-ulama…maka, matinya itu adalah mati jahiliah.
Apa guna kita hidup atas bumi Tuhan tetapi tidak bersetuju dengan peraturan Tuhan. Jika atas dunia pun ada undang-undang jalan raya. Lari laju ada Polis, langgar lampu isyarat ada Polis dan segala peraturan ada atas dunia.
Maka, Tuhan yang Mencipta manusia pun ada peraturanNya. Manusia tidak boleh buat pandai-pandai semuanya ada dalam peraturan AGAMA. Sebab, itu Nik Aziz dalam semua perkara dia guna AGAMA sebab Islam suruh dan Tuhan (Allah) suruh.
Kesimpulannya, “JIKA KITA MALU TERSESAT JALAN, JIKA TIDAK TAHU KENA BELAJAR…BANYAK CAKAP BANYAK SALAHNYA”.
0 comments:
Catat Ulasan