Jumaat lalu (11 Februari) Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah menganjurkan satu program tahunannya yang dinamakan Himpunan Pemuda Islam Terenganu atau ringkasnya ‘HIMPIT’.
Program ini, jika tidak salah Awang telah diadakan setiap tahun sejak lebih 10 tahun lalu. Waktu itu, Awang masih dialam persekolahan dan sempat mengikutinya tetapi tidak ‘berperanan’. Cukup sekadar dipinggiran sahaja, Alhamdulillah.
Adap pun, HIMPIT yang baru diadakan itu adalah kesinambungan dari program Kebangkitan Rakyat Terengganu (Bangkit) ‘PAS Ganti Umno’ yang diadakan secara besar-besaran di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman pada 15 Januari lalu.
Dalam program tersebut, Awang lihat puluhan ribu rakyat berhimpun dan dating mendengar amanat-amanat penting dari pimpinan Pakatan Rakyat seperti DSTG Abdul Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim, Dato’ Ngeh Koo Ham dan ramai lagi.
Laporan pihak MIO, SB dan ‘kuncu-kuncu’ kerajaan Barisan Nasional (BN) pun ‘terkejut’ melihat jumlah rakyat yang ramai itu bukan datangnya dari sempadan Kuantan-Pahang tetapi dari negeri Terengganu sendiri.
Maknanya, situasi di Kemaman itu boleh membangkitkan semangat rakyat di Terengganu seperti Kemaman, Dungun hingga ke Besut untuk membuat perubahan sesuatu dengan slogan ‘PAS Ganti Umno’.
TETAPI…, sejauh manakah keberkesanan program tersebut kepada hati-hati dan minda rakyat Terengganu yang masih ‘berkarat’ dengan politik Umno dan lambing ‘DACING’ (BN) untuk buat perubahan, hanya ALLAH Tuhan Yang Maha Mengetahui-Nya.
Ada pun, program HIMPIT 2011 yang bari diadakan ini boleh mengekalkan semangat ‘Orang Mude Geng Kite’ di kalangan ahli serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Awang dapat lihat dengan jelas, ‘GELOMBANG HIJAU’ bakal melenyapkan ‘GELOMBANG BIRU’ yang pernah meng’KARAM’kan bantera PAS pada tahun 2004 yang lalu.
Berkatalah pimpinan PAS bahawa, slogan ‘PAS Ganti Umno’ diperkenalkan bagi menunaikan satu tanggungjawab menyelamatkan negara dan umat seluruhnya.
Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membawa mesej serta risalah Islam yang sebenar.
Malah, katanya kerajaan Umno-BN yang memerintah hari ini turut dilanda ‘wabak’ rasuah yang boleh menghancurkan negara.
“Kali ini kita perkenalkan kepada rakyat satu slogan ‘PAS Ganti Umno’. Kita kemukakan slogan ini untuk menunaikan satu kewajipan yang besar menyelamatkan negara dan umat seluruhnya.
“Umno-BN tidak membawa mesej dan risalah Islam yang sebenarnya. Kerajaan yang memerintah pula dilanda ‘wabak’ rasuah yang boleh menghancurkan negara,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011 di Dataran Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, 11 Februari lalu.
Menurutnya, rakyat pula mengalami masalah kemiskinan dengan kenaikan harga barang dan tidak ada peluang pekerjaan yang boleh menjamin keselesaan hidup.
Kata Dato’ Seri Abdul Hadi lagi rakyat dilanda keresahan hidup yang tidak aman dengan berlaku gejala kemungkaran, jenayah dan maksiat berleluasa.
“Rakyat mengalami masalah kemiskinan, kenaikan harga barang-barang, ramai orang yang tidak ada pekerjaan, tidak ada rumah dan tanah yang boleh menjamin keselesaan hidup mereka.
“Rakyat juga dilanda keresahan hidup yang tidak aman kerana banyaknya berlaku kemungkaran, jenayah dan maksiat. Semua ini, adalah hasil Umno yang memerintah negara dengan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah,” jelasnya dihadapan 10,000 peserta Himpit 2011 tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan perubahan tidak akan berlaku tanpa penglibatan seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Katanya, PAS telah berjaya mengumpulkan sejumlah satu juta ahli di seluruh negara yang istiqamah, jujur dan ikhlas dengan perjuangan tersebut.
“Kita (rakyat) wajib membuat perubahan dan PAS telah berjaya mengumpulkan jumlah ahli yang ramai di seluruh negara hari ini sampai satu juta orang.
“Namun begitu, kita (PAS) tidak boleh buat perubahan sekiranya kita tidak mengambil kira seluruh rakyat, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dan pelbagai bangsa,” ujarnya.
Selain itu, kata Presiden PAS kerjasama dalam Pakatan Rakyat berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini.
Menurutnya, PAS memilih DAP kerana parti orang miskin dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) adalah parti orang yang dizalimi dan teraniaya.
“Kita memilih parti DAP, parti orang-orang miskin. Kita memilih Parti KeADILan Rakyat (PKR), parti orang-orang yang dizalimi dan dianiaya.
“Kita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat dan berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini, dengan menyatukan pandangan Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Kata, Ustaz Abdul Hadi rakan-rakan di kalangan bukan Islam DAP dan PKR menerima Islam sebagai agama negara dengan memberi hak kepada agama-agama lain.
Menurutnya, mereka menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ada hak kepada bahasa-bahasa lain.
Bahkan, katanya Pakatan Rakyat menerima amalan Raja Berperlembagaan dengan memartabatklan Raja mengikut sifatnya yang sebenar yang diajar oleh Islam.
“Kita wajib mengambil-alih, ganti Umno memerintah negara untuk melakukan perubahan dan kita wajib turun ke seluruh pelusuk untuk memberi maklumat kepada rakyat.
“Di negara kita, PAS memilih pilihan raya, kita akan menyertai pilihan raya dan kita masih lagi berdepan dengan penipuan-penipuan pilihan raya. Kita mempunyai satu kewajipan yang besar untuk menyelamatkan rakyat melalui pilihan raya.
“Kita ingin memberitahu Barisan Nasional bahawa tidak ada kerajaan dalam dunia yang kekal dengan menipu dan tidak ada kerajaan yang mengekalkan kuasanya dengan ‘mencuri’ kekayaan negeri dan menipu rakyat,” tegasnya.
Maknanya, PAS wajib menggantikan Umno dan kerajaan BN dengan kerajaan Pakatan rakyat jika tidak mahu rakyat ‘terkorban’ dan ‘dikorbankan’ oleh pemimpin yang seumpama itu.
Kesimpulannya; ‘PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR…MASAK SEBIJI DI ATAS PETI…UMNO DAN BN WAJIB DITUKAR…JIKA TIDAK RAKYAT SEMUA BOLEH MATI’.
0 comments:
Catat Ulasan