Dr Zainal Kling lupa sejarah?

Salam For All;

Sebuah akhbar tempatan yang bernama ‘Utusan Meloye’ telah berjaya mengetengahkan satu pandangan daripada seorang anak Melayu yang berstatus profesor.

Pandangan profesor itu memberi peringatan kepada orang Melayu supaya berhati-hati agar tidak jadi seperti orang Melayu di Singapura. Umumnya, persepsi digambarkan bahawa orang Melayu di Singapura itu kita ‘tertindas’.

Baik, jika benar sebagaimana yang dinyatakan oleh professor tersebut maka yang patut ‘DIPERSALAHKAN’ adalah pemimpin Melayu Umno ketika itu. Merekalah yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat di tanahair sendiri.

Bahkan, Singapura itu pun asalnya dari negeri-negeri orang Melayu. Datuk-nenek-moyang kita yang membuka Singapura yang dulunya dikenali sebagai ‘Temasik’. Awang masih ingat lagi cerita-cerita rakyat kisah Singapura di langgar todak.

Hari ini, Singapura telah jadi negara lain…Singapura telah dikuasai oleh Lee Kuan Yew dan Singapura hanya menjadi kenangan sejarah sahaja.

Persoalannya, siapa yang ‘MENGADAIKAN’ pulau Singapura itu? Jika bukan Umno yang ketika itu memerintah negara ini. Perdana Menteri Malaysia waktu itu bukan orang Cina atau bukan orang India. Tetapi, orang Melayu yang pakai songkok tinggi.

Pemimpin Melayu Umno yang memerintah negara ini sebelum negara kita MERDEKA, mereka adalah kakitangan penjajah British. Apabila, kuasa rakyat tidak dapat dibendung lagi, apabila gelombang rakyat tidak dapat disekat lagi. British cuba dan terpaksa hendak memberi kemerdekaan.

Maka, kemerdekaan itu tidak diberi kepada pejuang sebenar seperti beberapa tokoh Melayu Islam yang cuba dipadamkan sejarah namanya. Umpamanya, Profesor Dr Burhanuddin Helmi dan rakan-rakannya.

Akhirnya, kemerdekaan yang ‘separuh masak’ diberikan kepada pemimpin Umno yang kurang cerdik dan jahil agama itu. Waktu itu, benarlah kata Tun Dr Mahathir Mohamad (mantan PM) ramai di kalangan pemimpin dan pembesar Negara adalah ‘PEMINUM ARAK’ dan ‘PENAGIH TODI’.

Tidak lain dan tidak bukan, pemimpin Melayu Umnolah yang jadi pembesar negara dan peminum arak hingga sekarang pun masih ada yang buat secara sembunyi-sembunyi.

Tun Dr Mahathir tahu itu semua, sebab dia adalah ‘KEPALA’ pemimpin Negara yang paling lama. Selama 20 tahun Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri. Jadi, mungkin dia boleh kenal ‘sekor-sekor’ di kalangan anak buahnya yang ‘kaki togok arak’ walau pun dia sendiri tidak meminumnya.

Sejarah tidak boleh dipadamkan, Lee Kuan Yew dapat Pulau Singapaura itu pun kerana ‘kebodohan’ dan kesilapan pemimpin-pemimpin Melayu Umno sendiri. Waktu itu, zaman Tunku Abdul Rahman yang jadi Perdana Menteri. Dan akhirnya, Pulau Singapura ‘tergadai’ dan ‘terlepas’ ke tangan orang lain.

Apakah, Profesor Dato’ ini lupa sejarah atau sengaja melupakan sejarah hanya kerana mahu menyelamatkan ‘periuk nasi’ atau mungkin mendapat sebahagian dari ‘habuan’ yang setaraf JKKK.

Sepatutnya, Profesor Dato’ Dr Zainal bin Kling kena menyalahkan Umno dan pemimpin Melayu Umno yang patut dipertanggungjawabkan. Tetapi, kenapa profesor ini masih ‘mengampunya’?

Ada orang berpendapat, inilah Profesor ‘Kangkung’ yang sebenarnya pernah dilahirkan di alam Melayu ini. Pandangan profesor yang sewaktu dengannya akan menyebabkan lebih banyak lagi negeri dan tanahair Melayu kita akan tergadai.

Ini kerana, peringatan profesor ini nasib orang Melayu Singapura perlu diambil iktibar jika rakyat tersalah pilih kerajaan. Maksudnya, jangan pilih kerajaan yang ada DAP kerana pandangannya, DAP itu sama dengan PAP yang memerintah Singapura sekarang.

Katanya, Melayu Singapura telah dikawal kebebasan bersuara, Melayu Singapura terpaksa mematuhi Undang-undang yang menindas mereka, dan Melayu Singapura dijadikan rakyat yang hanya bergantung kepada ekonomi orang lain.

Sebenarnya, sedarkah wahai Profesor Dato’ Dr Zainal Kling…apa yang diucapkan itu sama seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin Melayu Umno di Negara kita sekarang ini.

Di mana ada kebebasan bersuara di negara ini jika rakyat yang dilabelkan sebagai pihak pembangkang selalu ‘diserang’ dengan gas pemedih mata dan air pemedih mata? Kenapa ‘DIBATALKAN’ permit akhbar ‘Suara KeADILan’? Kenapa masih digunakan Akta ISA, AUKU, Akta Mesin Cetak dan sebagainya?

Sebenarnya, professor ‘kangkung’ ini juga tidak bersetuju dan sangat anti dengan Pakatan Rakyat. Dia sangat cemburu apabila PAS sebuah parti Islam dan orang Melayu boleh duduk semeja dengan DAP dan bukan Islam. Dia sangat irihati apabila Parti KeADILan Rakyat (PKR) juga boleh bersatu dengan PAS dan DAP atas nama Pakatan Rakyat.

Dan Sebenarnya….jika Pakatan Rakyat ini kukuh dan dapat mengekalkan ‘PERSAHABATAN’ antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP hingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13…maknanya, ‘RIWAYAT’ parti Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak panjang lagi.

Umno-BN hanya bertongkatkan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKASA, ulama’ muda ‘CAP KANGKUNG’, orang Melayu ‘buta huruf’ di Felda dan golongan cerdik-bodoh seperti profesor dan doktor-doktor.

Sayang seribu kali sayang, golongan yang cerdik pada zahirnya seperti profesor ini masih tidak bebas berfikir, tidak merdeka jiwanya dan terpenjara lagi pemikirannya. Awang doakan, semoga manusia yang cerdik-pandai terbuka pintu hati untuk kembali ke pangkal jalan.

Kesimpulannya, “MANUSIA YANG PALING CERDIK DI DUNIA INI APABILA DIA BANYAK INGATKAN AKHIRAT”.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top