Rakyat Sedia Tumbangkan Umno Mesir

Salam Reformasi;

Situasi yang berlaku di Mesir hari ini semakin gawat dan bergolak. Rakyat kian hilang kesabaran mahukan Presiden Mesir, Hosni al-Mubarak segera berundur dengan meletak jawatan secara baik.

Namun begitu, kelihatan Hosni Mubarak, 80, semacam belum bersedia untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 30 tahun lalu sebagai orang paling berkuasa dan nombor 1.

Presiden Mesir itu sememangnya seorang pemimpin negara yang ‘mesra Israel’ dan ‘mesra Barat’ yang sanggup menindas dan bertindak zalim terhadap pejuang Islam.

Bahkan, Hosni dinasihatkan oleh Apco Israel supaya mempertahankan jawatan tersebut sehingga boleh mengenalpastikan bakal penggantinya kelak seorang pemimpin yang juga pro-Israel dan ‘mesra Israel’.

Dikatakan, sepanjang tempoh 30 tahun menjadi Presiden Mesir telah mengumpul kekayaan yang ‘dicuri’ dari harta rakyat Mesir tidak kurang dari RM213 bilion atau AS$70 bilion?

Kekayaan Mubarak dikatakan mengatasi kekayaan Pengasas Microsoft, Bill Gates dan manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu.

Sebahagian besar kekayaan Hosni disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland termasuk dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta di kawasan peranginan pesisir Laut Merah dan hotel-hotel di Sharm El-Sheikh.

Maka, sudah pastinya dia terlalu sayang untuk ‘turun’ dan ‘melepaskan’ jawatan. Hal ini, sebenarnya sama sahaja dengan pemimpin Umno-BN di negara ini. Pemimpin Umno-BN yang sedang berusaha mengumpul kekayaan negara juga sangat sayang untuk melepaskan jawatan seumpama itu.

Pada coretan lain, akan Awang dedahkan juga aset kekayaan pemimpin dan bekas pemimpin Umno-BN yang dikatakan mempunyai harta di luar negara.

Cuma, beberapa hari lalu pimpinan PAS ada memberi komen serta peringatan kepada pihak-pihak tertentu yang dikaitkan dengan situasi di Mesir.

Antaranya, PAS memberi peringatan kepada mana-mana kerajaan pro-barat yang memerintah negara umat Islam agar memberi peluang kepada Islam memerintah.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata situasi tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir adalah bagi menuntut perubahan kerajaan yang memerintah.

Katanya, di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman pemerintah terhadap rakyat sehingga beberapa orang pemimpin Islam syahid di tali gantung.

“Di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman, sudah beberapa orang pemimpin yang syahid di tali gantung, yang dibunuh, yang hilang. Akhirnya, berlakukan satu ledakan yang dahsyat pada hari ini.

“Rakyat Mesir keluar ke jalan raya. Mereka keluar bagi menunjukkan kemahukan mereka untuk membuat perubahan di Mesir

“Mereka mendesak supaya Hosni Mubarak berundur dan menubuhkan kerajaan peralihan yang tidak melibatkan pemimpin-pemimpin rasuah dan khianat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan membantah sokongan Amerika terhadap kerajaan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat di Mesir di perkarangan Masjid Titian Baru, Kedai Buloh, Bukit Payong, Marang, 4 Februari lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Amerika dan sekutunya telah mula bersuara agar Hosni Mubarak berundur dengan meletakkan orang yang boleh meneruskan dasarnya.

Katanya, pihak barat dan sekutu Amerika mahukan kerajaan berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah.

“Dan telah ada kenyataan-kenyataan Amerika dan sekutunya supaya Mubarak berundur dengan meletakkan orang-orang yang dasarnya sama dan caranya sama, semata-mata untuk menjaga kepentingan Amerika.

“Sudah ada kenyataan mereka (barat) mahu kerajaan (Mesir) berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah (Mesir),” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan perubahan yang ingin dilakukan oleh rakyat Mesir akibat tindakan zalim dari pemerintahnya.

Katanya, meski pun kumpulan Islam menyertai pilihan raya tetapi pelbagai penipuan dilakukan bagi mengekalkan kerajaan Mubarak di Mesir.

“Walau pun kumpulan Islam menyertai pilihan raya dan mahu pilihan raya itu diadakan dengan seadil-adilnya. Tetapi, mereka (kerajaan) telah melakukan penipuan yang memuncak.

“Menipu kertas undi, menipu peraturan-peraturan pilihan raya, menggunakan media, tv, surat khabar dan lain-lain supaya berpihak kepada parti yang memerintah negeri Mesir.

“Parti yang berjuang di atas nama kebangsaan sahaja dibenarkan dan kemuncaknya, mereka menahan pengundi-pengundi untuk mengundi di tempat mengundi. Mana-mana kampung yang kuat Islam ditahan pengundi-pengundinya untuk memenang parti yang memerintah negeri Mesir yang zalim itu,” jelasnya dihadapan lebih 1000 orang.

Menurut, Ustaz Abdul Hadi menjadi tanggungjawab kepada orang Islam untuk menyelamatkan manusia dengan Islam.

Katanya, yang boleh menyelamatkan umat adalah dengan Islam dan berilah peluang kepada Islam memerintah.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Persoalannya, adakah benar pemimpin-pemimpin Umno-BN di negara kita juga mempunyai perangai jahat serta tidak bermoral seperti Hosni al-Mubarak? Jika benarlah, kita menyeru supaya segera bertaubat dan kembalikan semula harta rakyat dan negara ini.

Sebab, jika telah sampai ‘kemarahan’ rakyat seperti di Tunisia dan Mesir boleh diibaratkan ‘nasi sudah menjadi bubur’ dan akan dibenci sebenci-bencinya oleh rakyat.

Dan sejarah, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hampir sama suatu ketika dahulu. Rakyat sangat ‘muak’ dan ‘jelek’ dengan perangai Tun Dr Mahathir. Nasib baiklah dia setuju turun meski pun rakyat telah mendesaknya turun. Jika Tun tetap tidak mahu turun setelah jadi PM 20 tahun. Awang yakin rakyat akan menurunkannya.

Kesimpulannya; “TERLAJAK KERETA BOLEH DIUNDUR…TERLAJAK CURI WANG RAKYAT BOLEH DIPULANGKAN KEMBALI, TETAPI TERLAJAK BERTINDAK ZALIM TIADA MAAF BAGI MU”.

1 comments:

joecharlie berkata...

Alhamdulilah RAKYAT dah pong tumbangkan PAS ditenang dan tak lama lagi di merlimau lak Insyallah.Takbir.

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top