TAHNIAH..!! Minyak Naik Lagi

Salam For All;

Salam ceria dipagi 1 Februari ini, apabila kerajaan Meloye Umno dan Barisan Naik (barang) telah menghadiah kepada kita semua rakyat 1Malaysia dengan kenaikan harga minyak petrol RON97. TAHNIAH…sekali lagi.

Sebenarnya, kenaikan petrol hari ini adalah ‘HADIAH’ daripada kerajaan Meloye Umno kepada rakyat bukan sahaja khas untuk pengundi di N05 Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang sahaja tetapi seluruh rakyat 1Malaysia.

Tidakkah rakyat semua tahu, pada 30 Januari lalu….rakyat telah menghantar isyarat ‘setia’ bersama Umno-BN di Tenang dengan memberi kemenangan kepada calon pilihan ‘Barang Naik’ (BN).

Calon BN, Mohd Azhar Ibrahim yang ‘gemuk-tambung’ itu berjaya memperolehi undi rakyat yang kurang cerdik sebanyak 6,699 undi dengan mengalahkan calon Muslimat PAS-Pakatan Rakyat yang mendapat 2,992 undi. Majority BN sebanyak 3,707 undi.

Ini bermakna, sejumlah 6,699 orang sangat BERSETUJU dan meredhai ‘Barang Naik’ dan minyak naik. Kecuali, hanya seramai 2,992 orang penduduk dan pengundi di Dun Tenang tidak bersetuju dengan kenaikan barang tersebut.

Maka, Allah SWT pun memberi lagi ‘hadiah’ berganda dengan bencana banjir serta hujan lebat sebagai pengajarannya.

Sepintas lalu, cuba kita sama-sama renung dan tengok bagaimana kenaikan minyat petrol khususnya bagi pengguna yang pakai minyak petrol RON97.

Mungkin rakyat di Felda Tenang dan lain-lain yang sama sepsis kurang cerdik akan mempertahan habis-habisan bahawa kenaikan harga minyak leh kerajaan ‘Barang Naik’ ini tidak membebankan rakyat.

Alasan mereka, harga komuditi kelapa sawit mahal sekarang dan harga getah lagi mahal sekarang. Jadi, para peneroka dan penoreh getah tidak miskin lagi. Mereka semua telah jadi orang ‘kaya baru’.

Maka, mungkin para peneroka dan penoreh kini hisap rokok bukan lagi dengan daun tembakau yang digulung atau tidak lagi hisap rokok dalam kotak dari pelbagai jenama. Mereka mungkin hisap rokok guna duit RM5 atau RM10 atau RM50 atau RM100 dan digulung dengan tembakau.

Kisah ini, bukan Awang reka-cipta tetapi pernah berlaku di Kampung Awang sendiri di Kuala Kemaman suatu ketika dahulu. Waktu itu, para nelayan sangat mewah dengan hasil tangkapan ikan yang menjadi dan duit banyak yang dapat dan hasil lumayan sekali.

Hari ini, kaum nelayan di Kuala Kemaman kembali asal dan hisap rokok pun mungkin ada yang guna surat khabar yang digulung dengan tahi kambing. Ini juga, barang kali akan berlaku dan bakal berlaku kepada para peneroka dan penoreh getah di negara kita.

Apa yang Awang tahu, hari ini dilaporkan harga petrol RON97 telah dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam tadi menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97…TAHNIAH!! TAHNIAH!!...kepada kerajaan ‘Barang Naik’.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November 2010, RM2.30 pada 1 Disember 2010 dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari 2011 tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Kesimpulannya; “RAKYAT YANG CERDIK AKAN BERTANYA KENAPA BARANG NAIK..? BILA NAIK..? BANYAK NAIK…”

1 comments:

joecharlie berkata...

Alhamdulilah syukur sangat sangat mekasih BN getoh DEN naik 3 hinggit ,sawit naik 30 hinggit minyak seposen aja apokojadah sikit sangat RON 97 tu oghae kayo punya minyak tapi motor aku ron 95 taknaik pong alhamdulilah ni celah taik gigi beb 1 juta peneroka FELDA dan 5 juta rakyat felda bersyukur cuma kesian RAKYAT MEMALI ANAK YATIM DAN JANDA MEMALI SERTA AHLI KOHILAL YANG KENA SONGLAP NGAN shit kalau bukan HAMpas hamapas dan hantupas.

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top