BN belanja RM3 bilion di Tenang?

Salam For All;

Malam ini, Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) ‘meraikan’ kemenangan yang tidak bermaruah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di N05. Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Labis, Johor.

Sekali pun BN mendabit dada kononnya menang dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut tetapi Awang melihat itu suatu kejayaan yang tidak bermaruah seperti ‘pelacur politik’ atau ‘gigolo politik’.

Apa tidaknya, hanya untuk kemenangan yang memperolehi majoriti kurang lebih 3,707 undi itu Umno-BN terpaksa membelanjakan hampir atau lebih RM3 bilion wang rakyat sebagai ‘rasuah politiknya’ di Tenang.

Awang tidak persoalkan jika dengan jumlah RM3 bilion itu Umno-BN akan mendapat undi rakyat 100 % (10,579 orang) atau paling kurang 99 % (10,578 Orang) dan hanya Cikgu Mala (Normala) sahaja yang tidak undi BN.

Ketika berkempen, Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan rasuah politik awalnya kepada peneroka Felda yang berjumlah RM1.6 bilion.

Sepanjang kempen berlangsung pula pelbagai ‘pak menteri’ dan kuncu-kuncunya membuat tawaran demi tawaran, projek demi projek, janji demi janji dan sebagainya yang juga berjumlah RM1.4 bilion?

Para pengundi pula, di kalangan orang Melayu jati bersongkok tinggi (walau pun tidak sembahyang, asal bersongkok) masih menjadi ‘deposit’ tetap Umno-BN kerana golongan ini jenis ‘tidak cerdik’.

Rakyat Felda bukan sahaja di Tenang mungkin di tempat lain juga yang masih bersama Umno dan mengundi Umno-BN adalah golongan ‘jahiliah’ Melayu. Mereka ini macamlah golongan ‘Badwi’ di padang pasir Tanah Arab suatu ketika dahulu.

Mereka menyokong Umno-BN bukan kerana parti itu membawa ‘kebenaran’ atau ‘kebaikan’ tetapi kerana ikut-ikutan dan patuh arahan oleh ‘kepala’ kabilahnya.

Anak-anak muda pula dihidangankan dengan ‘hiburan’ yang melalaikan seperti karaoke, rokok, minyak motor dan sebagainya.

Warga emas pula disogok dengan duit RM50, perkakas dapur, kain batik, kain pelekat dan 1001 jenis janji dan harapan jika BN menang.

Musim pilihan raya dijadikan waktu dan ketika merebut peluang serta membuat duit jika sokong dan mengundi BN. Harga diri seseorang itu hilang entah ke mana?

Ibaratkan permainan bola sepak atau futsal. PAS dan Pakatan Rakyat berlawan dengan Umno-BN di atas padang yang tidak sama rata. Bahkan, pengadilnya (SPR) sendiri sentiasa mencari peluang untuk menyumbat gol bagi membantu kemenangan pihak BN.

Pengadil (SPR) seumpama ini, jika di negara lain sudah pasti akan dihumbang ke dalam longkang atau dijadikan bola untuk disepak terajang oleh para pemainnya.

Terlalu banyak untuk disenaraikan ketidakadilan, kepincangan yang berlaku sepanjang kempen PRK N05. Tenang ini. Tetapi, sayang pengadilnya (SPR) ‘buta’ dan ‘pekak’. Malah, ada orang kata pengadil juga sampai tahap ‘gila’.

Jadi sehingga jam 7.30 petang tadi, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat undi sebanyak 6,698 undi dan PAS memperolehi 2,963 undi.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dikatakan menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008. Awang yakin dalam PRU Ke-13 akan datang majoriti ini akan diperolehi oleh PAS-Pakatan Rakyat pula.

Calon BN juga menang undi POS yang merupakan juga ‘deposit’ tetap BN. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Malah, di Terengganu ada wakil POS yang kini menjadi Exco Kanan iaitu Dato’ Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, petang tadi. Berikut adalah rentetan perjalanan pengiraan undi secara ringkas yang berlaku hari ini.

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, majoriti 2,622 undi.

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, majoriti 252 undi.

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387 undi.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira. Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm:
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045 undi.

6.51pm:
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67 undi.

6.50pm:
BN 2,038, PAS 1,207 undi.

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN – 212 undi.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533 undi.

6.34pm:
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN – 365 undi.

6.31pm
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS – 801 undi.

6.27pm:
PAS - 1,136, BN – 634 undi.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN – 90 undi.

6.15pm
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN – 64 undi.

6.10pm:
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak – 1 undi.

Sesungguhnya, sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5.00 petang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5.00 petang.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8.00 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan selepas pukul 9.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang BN-Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Selepas ini, PRK bagi Dun Merlimau, Melaka pula akan diadakan dan proses pasa siri-siri pilihan raya ini merupakan suatu ‘latihan’ kepada Pakatan Rakyat terutama PAS, PKR dan DAP.

Sama-samalah kita doakan semoga setiap bulan dapat diadakan pilihan raya kecil ini sehingga berlakunya pilihan raya umum ke-13. Jika boleh, ada orang mengharapkan setiap bulan seorang wakil rakyat Umno-BN atau MCA, MIC dan sekutunya meninggal dunia.

Sebenarnya, seronok pilihan raya ini kerana boleh jadi tempat ‘memperkayakan’ pemimpin Umno-BN serta ‘mengeyangkan’ rakyat yang ‘bodoh-bodoh’ seperti Melayu Umno di Felda dan pendalaman.

Sebab, jika tidak ada pilihan raya akan ‘kebuluranlah’ golongan warga emas, pemuda dan wanita Umno.

Kesimpulannya; “ Perjuangan Islam tetap menang dan tidak kalah walau pun pada zahirnya nampak kalah…kerana kemenangan itu ‘dijanjikan’ di hari akhirat”.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top