Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu membela rakyat dan ketuanan Melayu rupa-rupanya menindas rakyat dan mengkhianati hak rakyat.
Hal ini turut berlaku di Felda Tenang yang mana tempat berlangsungnya Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) berkenaan. Dan hari penentuannya, pada hari Ahad ini 30 Januari 2011.
Kali ini, Awang cuba bawa satu kes yang mana Umno-BN bertindak jahat serta merosakkan harta benda orang lain demi kepentingan partinya.
Kejadian yang berlaku pada 21 Januari 2011 lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya.
Ini kerana, kedai makan petang dan malam yang menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka telah dimusnahkan, dihancurkan dan dinyahkan tanpa budibicara.
Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).
Ianya telah dirobohkan pada 20 Januari 2011 yang lalu tanpa pengetahuan mahu pun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut.
Apatah lagi, hendak diberikan pampasan yang sewajarnya. "Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," ujarnya.
Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2.00 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.
Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebak sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.
Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.
"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.
"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.
Beberapa orang pelanggan yang ditanya turut memberi pandangan tidak wajar pihak Umno-BN merobohkan warung tersebut hanya kerana bimbang markaz pilihan raya mereka terlindung.
Encik Ismail Yazid menyifatkan tindakan Umno-BN itu zalim dan tidak beradap serta berniat jahat.
“Tindakan roboh kedai orang jika tidak zalim, jahat dan jika tidak jahat, khianat. Umno-BN jika tidak diajar oleh rakyat tumbang dalam pilihan raya sudah pasti akan lupa daratan,” tegasnya.
Dengan kejadian itu, maka teringatlah Awang sebagaimana yang pernah dan banyak berlaku di Terengganu juga oleh kerajaan Umno-BN yang sama sepsis dengan Umno-BN Labis di Johor.
Sama-sama zalim, sama-sama jahat dan sama-sama khianat. Oleh kerana, lahir dari ‘perut’ Umno maka sudah tentu darahnya sama dan keturunannya sama jahat.
Di Terengganu, pada 19 November 1991, sebuah sekolah rakyat yang bernama Institut Berakan juga telah dirobohkan di subuh hari. Ratusan para pelajar ‘hilang’ kerusi meja dan bangunan tempat mereka menimba ilmu.
Bukan sekadar roboh, sisa-sisa runtuhan pula dibuang di satu lokasi di Chendering, Kuala Terengganu. Terdapat bersamanya, cebisan-cebisan al-Quran yang HANCUR LUMAT, KOYAK RABAK akibat cincangan jentolak milik Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) ketika itu.
Waktu itu, Menteri Besarnya, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang bimbang pengaruh PAS berkembang di sekolah Institut Berakan (IB). Ini kerana, IB dilihat dengan pandangan curiga boleh melahirkan tenaga pejuang PAS.
Panjang kisah Perobohan Institut Berakan yang akan Awang cerita semula dilain waktu, Cuma berlaku lagi pada tahun 2005. Waktu itu, kerajaan BN Terengganu juga diperintah kembali oleh Umno-BN.
Tahun 2005, kerajaan BN Terengganu juga meroboh pula Masjid Bujal di Kijal, Kemaman. Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh orang ‘gedebe’ Besut. Adun Kijal waktu itu Exco Dato’ Ahmad Said.
Sekarang dia pula telah Menteri Besar Terengganu yang penuh kontroversi dan tidak mendapat sokongan padu dari pemimpin Umno Terengganu yang lain.
Masjid Bujal dirobohkan kerana mahu menghapuskan jasa baik kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) yang memberikan tanah kepada rakyat. Jadi semua tanah-tanah yang kerajaan PAS agihkan kepada rakyat ‘dirampasnya’ semula.
Tujuan dan niat jahatnya supaya tidak ada apa yang bekas kerajaan PAS buat sepanjang menjadi pemerintah satu penggal dan hanya Umno yang ada jasa kepada rakyat dalam semua segi.
Jadi….jika Awang hendak ‘kebel’ terlalu banyak kejahatan dan kepincangan yang dibuat oleh Umno-BN Terengganu terhadap PAS dan rakyat. Tunggulah masa dan ketika, akan didedahkan siapakah seorang wakil rakyat Umno Terengganu yang pernah ‘MEROGOL’ anak dara orang.
Kesimpulannya, “BANGKAI GAJAH TIDAK BOLEH DITUTUP DENGAN DUIT RM1.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU SAHAJA)”.
0 comments:
Catat Ulasan