Takziah kepada Adun Merlimau!!

Salam For All:

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan dari Allah SWT kita datang dan kepada Allah SWT juga kita dikembalikan. Sebab itu, satu peringatan sering kali dikatakan orang ‘Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan’.

Maknanya, ketika kita hidup kena siap sedialah dengan perbuatan baik dan amalan yang soleh. Hidup ini sementara dan ibarat ‘jambatan’ ke akhirat.

Kita atas dunia ini ada ‘tuan’ kita yang memiliki diri kita dan segala isinya. Tuhan (Allah) jadikan manusia untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Oleh kerana, diri kita ini ada ‘tuannya’ maka kita tidak boleh buat pandai-pandai atas dunia ini.

Duduk (tinggal) atas dunia ini pula ada peraturan dan kena ikut undang-undang yang dibuat oleh Tuan Yang Maha Pencipta-Nya iaitu Allah Azzawajalla.

Masa itu (dalam kubur) sudah tidak laku lagi tiket perjuangan ‘Ketuanan Melayu’ atau tiket ‘1Malaysia’ atau tiket ‘Islam Hadhari’. Sebab, Malaikat akan tanya siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi Ikutan Kamu?...dan lain-lain.

Jika atas dunia ini kita sudah ‘lari line’ atau ‘gelecoh rail’ macam mana dalam kubur kita hendak jawab Allah itu Tuhan kita. Sedangkan, masa atas dunia kita tidak mahu ikut malah menentang undang-undang Tuhan (al-Quran/ Hudud).

Macam mana pula kita hendak jawab kepada Malaikat yang Nabi ikutan kita adalah Nabi Muhamad SAW sedangkan masa atas dunia kita tidak ikut cara Nabi Muhamad SAW itu memerintah.?

Kita lebih yakin dan selesa dengan undang-undang ‘orang putih’ tinggalan penjajah British. Undang-undang ini sengaja ditinggalkan oleh penjajah kepada ‘anak didiknya’ iaitu Umno sebelum tanahair diberikan kemerdekaan tahun 1957.

Apa pun, bukanlah Awang hendak mengajar agama di sini tetapi sekadar ingat-mengingati antara satu sama lain. Sebab, apabila sudah jadi seperti Adun Merlimau ini ibarat pepatah Melayu kata ‘Nasi Sudah Jadi Bubur’.

Awang ingin juga ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dato’ Mohamad Hidhir Abu Hassan yang telah meninggal dunia jam 8.10 minit lama tadi akibat serangan jantung sejak semalam.

Allahyarham Mohamad Hidhir, 54, sahkan meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka.
Beberapa orang wakil rakyat BN turut berada di hospital berkenaan, termasuk Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam.

Sejak terkena serangan jantung Adun berkenaan telah koma dan bernafas hanya menggunakan alat sokongan mesin di hospital berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Pada mulanya, ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lalu tetapi ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ini bermakna, selepas Dun Tenang akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil yang ke-15 yang pasti akan membuatkan sekali lagi ‘jantung’ PM kita tersangat kencang berlari atau juga boleh terhenti terus sebelum PRU ke-13.

“HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI TINGGALKAN DOSA ATAU PAHALA”

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top