Mat Said ‘cakap lain, buat lain’

Salam For All:

Sehari sebelum program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno berlangsung kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mula bertindak agresif.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said atau panggilan mesranya ‘Mat Said’ telah dilihat ‘cakap lain, buat lain’ atau kata orang Indon “cakap tidak serupa bikin’.

Ini kerana, pada 13 Januari lalu (Khamis) dalam satu ucapannya ketika merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPk).

Katanya, kubu kuat PAS di negeri ini hanyalah di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu dan Rhu Rendang, Marang.

Menurutnya, meski pun ketika ini PAS sedang giat menaikan poster ‘PAS Ganti Umno’ di beberapa kawasan tetapi Umno tetap di hati.

Hakikat sebenarnya, mungkin Mat Said telah ‘gabra’, bimbang dan resah-gelisah dengan PAS Terengganu apabila ‘gelombang hijau’ akan digerakkan dan slogan ‘PAS Ganti Umno’ itu akan menjadi kenyataan.

Justeru itu, pada 14 Januari (Jumaat) lalu iaitu sehari sebelum sambutan Himpunan Kebangkita Rakyat PAS Ganti Umno dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, kerajaan BN Terengganu mula bertindak sesuatu.

Mereka cuba mensabotajkan PAS dan melakukan provokasi dengan mempergunakan pihak Penguatkuasa MPk dan Polis.

Tindakan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) menjalankan operasi menurunkan hampir 500 bendera PAS yang dipasang di sekitar bandar Chukai dan di Jambatan Sungai Kemaman dikesali penganjurnya.

Kebetulan pada waktu itu, Awang dan rakan-rakan ada di lokasi terbabit serta menyaksikan ‘kerakusan’ para pekerja MPk membuang bendera PAS.

Kerrja-kerja mencabut bendera PAS tersebut dikawal oleh pasukan keselamatan Polis Kemaman. Sebuah kereta peronda Polis digunakan serta beberapa buah kenderaan lain yang dipercayai pasukan keselamatan berpakaian preman ditugaskan mengiringi pihak penguatkuasa MPk.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Hanafiah Mat melahirkan rasa dukacita serta kesal dengan tindakan MPk menurunkan bendera PAS tersebut.

Katanya, pemimpin Umno Terengganu cukup bimbang dengan gelombang rakyat ‘PAS Ganti Umno’ yang sedang digerakkan.

Menurutnya, tindakan menurunkan bendera PAS itu petanda keresahan Umno-BN Terengganu menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

“Kami (PAS) rasa dukacita dan kesal dengan tindakan pemimpin Umno Terengganu yang menggunakan kakitangan kerajaan di MPk untuk turunkan bendera kita di sekitar Bandar Chukai dan di Jambatan Kemaman.

“Dia telah resah dengan himpunan PAS Ganti Umno dan ini petanda ‘ketakutan’ Umno Terengganu untuk hadapi PRU Ke-13,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Program tersebut menyeru agar seluruh ahli PAS dan penyokongnya tidak mudah patah semangat menghadapi tindakan Umno-BN.

Katanya, perang saraf dan provokasi mula dimainkan bagi membangkitkan kemarahan para petugas PAS yang bertungkus-lumus menjayakan perhimpunan berkenaan.

“Saya telah minta pemuda-pemuda dan petugas PAS bersabar dan tidak bertindak terburu-buru dengan provokasi ini.

“Semangat anak-anak muda yang ditugaskan memasang bendera bekerja dengan sukarela tanpa upahan wang ringgit,” ujarnya.

Menurutnya, jika berlaku pergaduhan sudah pasti PAS dipersalahkan serta dilabel sebagai ganas terhadap petugas MPk tersebut.

Pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno itu dijangkakan dapat mengumpul lebih 20,000 orang ahli, para petugas dan pemimpin parti disemua peringkat di seluruh negeri Terengganu.

Program tersebut dijayakan bersama oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Ngeh Koh Ham dari DAP. Malah, turut dijemput dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.


"Umno: Dulu...Kini...dan Selamanya BOHONG"

1 comments:

Ahmad Khalilul berkata...

patutla masa gua lalu (konvoi) takdak bendera PAS...

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top