Adun PAS bantu Ibu Tunggal

Salam Sejahtera For All;

Hampir tiga tahun lalu, ketika mula menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Said berikrar akan menyelesaikan masalah bantuan atap rumah di negeri ini.

Ungkapan serta janji-janji ‘manis’ tersebut dibuat pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar dengan Kakitangan Awam Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, 17 April 2008 lalu.

Malah, beliau pernah berkata kerajaan negeri akan segera mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) menggantikan atap-atap rumah yang bocor.

“Saya (Menteri Besar) merasa dukacita, melihat keadaan bila pendapatan kita (kerajaan) lebih sedikit, banyak projek-projek besar yang menjadi kebanggaan kita, tapi rakyat masih lagi duduk di rumah yang beratap bocor.

“Saya mahu lihat suatu ketika nanti, tiada lagi zink yang merah warnanya bukan merah sebab cat, tapi kerana berkarat dan saya telah arahkan wakil rakyat untuk pastikan rumah yang beratap bocor diganti.

“Tahun depan (2009) saya akan sediakan peruntukan lebih besar kerana saya mahu lihat dalam tempoh saya diberi amanah sebagai Menteri Besar, tidak ada lagi rumah yang bocor di negeri Terengganu,” ujarnya.

Namun begitu, hakikatnya tidak berlaku penambah-baikan dari ‘wawasan’ tersebut meski pun peruntukan kini mencecah RM500 ribu setahun dan rakyat masih dibelenggu dengan masalah atap bocor.

Sehubungan itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Batu Burok begitu mengambil cakna terutama terhadap golongan tersisih dari senarai penerima bantuan atap tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sendiri turun ‘padang’ bagi meninjau masalah rakyat dan pengundinya.

Adun tersebut ‘menerjah’ ke sebuah rumah seorang ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak di Kampung Gong Baru Gong Tok Nasek, dekat sini, baru-baru ini.

Puan Wan Zawahir Wan Ngah, 40, kini bekerja sebagai ‘cleaner’ (tukang cuci) di sebuah pejabat swasta di Kuala Ibai.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang yang mempunyai lapan orang anak berusia antara enam hingga 17 tahun.

Menurut Zawahir, permohonan meminta bantuan kerajaan negeri pernah diajukan sejak dari arwah bapanya (Wan Ngah) masih hidup lagi tetapi mendukacitakan.

“Saya rasa cukup terharu dan berterima kasih kepada Yang Berhormat (Dr Syed Azman) kerana sudi untuk membantu keluarga kami.

“Saya bekerja ‘cleaner’ (tukang cuci) di pejabat orang (swasta) dekat Kuala Ibai dan untuk baiki masalah rumah ini saya tidak mampu.

“Masalah atap rumah bocor ini telah lama berlaku dan setiap kali hujan tidak ada lagi tempat yang kering dan selamat,” ujarnya.

Katanya, jika ada mana-mana pihak yang sudi membantu tidak ada ucapan yang ingin dilafazkan melainkan terserah kepada Allah SWT membalas-Nya.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman berkata pihak MTD dengan kerjasama Pemuda Dun dan cawangan Gong Tok Nasek akan membuat gotong-royong membaiki rumah ibu tunggal tersebut.

Katanya, kerosakan atap yang bocor hampir keseluruhan rumah berkenaan akan diperbaiki segera.

“Saya telah minta pihak cawangan kita di sini (Gong Tok Nasek) supaya membuat penilaian dan kos yang diperlukan untuk baiki rumah ini.

“Kita akan bantu keluarga ini, jika kerajaan negeri Terengganu tidak mampu lagi untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, setiap tahun kerajaan BN Terengganu membelanjakan puluhan juta peruntukan tetapi masih terdapat yang tercicir dan dinafikan.

Manakala, Ketua Cawangan PAS Tong Tok Nasek, Abdul Rahim Abdul Rashid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada TKH dan Adun Batu Burok (Dr Syed Azman) yang prihatin masalah rakyat.

Katanya, dalam masa terdekat tukang rumah akan dihantar untuk menilai kos keseluruhan yang diperlukan bagi membaiki rumah tersebut.

“Saya telah diarah oleh Adun Batu Burok (Dr Syed Azman) ini supaya membuat penilaian kos diperlukan untuk baiki rumah Puan Zawahir. Insya’Allah, masa terdekat kita akan hantar tukang rumah,” ujarnya.

Menurutnya, secara kasar hampir keseluruhan atap rumah tersebut mengalami kerosakan dan kebocoran yang perlu ditukar baru.

Justeru itu, mana-mana pihak yang sudi membantu meringankan keluarga ini sila hubungi pihak Tabung Kemiskinan Dun Batu Burok di talian 019-983 9491 atau nombor akaun BIMB 13017010811210.

Kesimpulannya, kerajaan Umno-BN Terengganu ini masih tidak dapat lari dari bersikap ‘pilih bulu’ yang hanya mengutamakan kroni-kroni terdekat atau anak-beranak JKKK atau pengikut tegar Umno sahaja.

Justeru itu, ada orang kata dan sampai ke teliga Awang bahawa, Umno-BN sudah tidak normal lagi, parti itu sudah tidak dapat berjalan dengan betul. Umno-BN patut berjalan dengan cara 'terbalik'...'kaki di atas dan kepala di bawah'.

Orang lain yang tidak bersama dengan ideologi parti itu akan terus disisihkan meski pun bukan dari kalangan penyokong PAS atau Pakatan Rakyat.

“RAKYAT ADALAH HAKIM…DEMOKRASI ADALAH MAHKAMAH”

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top