Adun ‘Katak’ Pelabuhan Klang ‘kepanasan’

Salam For All:

Selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 30 Januari 2011 ini bakal berlaku pula satu atau dua lagi pilihan raya yang sama akan diadakan di Selangor dan Melaka.

Ini membuatkan ‘jantung’ Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘berlari’ kencang seperti ‘kuda kepang’. Sedangkan, wanita No.1 Malaysia kini sedang bersuka-sukaan kononnya mewakili Negara dalam lawatannya ke Oman.

Apa tidaknya, semalam (19 Januari) Speaker Dun Selangor, Dato’ Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri Sidang Dun Selangor selama lebih enam bulan.

Mengikut Perkara 69 dan 70 Perlembagaan negeri Selangor tiada peruntukan rayuan boleh dibuat oleh Adun terbabit dan pengumuman itu dibuat di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebenarnya, khabar angin mengenai kekosongan kerusi itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang Dun Selangor sejak Julai tahun 2010, lalu.

Mengikut Artikel 69 Perlembagaan Selangor, mana-mana Adun yang tidak hadir ke sidang Dun bagi tempoh enam bulan Speaker boleh mengisytiharkan kekosongan bagi kerusi tersebut.

Badrul Hisham sebenarnya telah ’dibeli’ oleh Umno-BN pada Oktober 2009 dan meninggalkan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tetapi sebelum menyertai Umno-BN dia memilih menjadi Adun Bebas yang ‘mesra’ BN.

Beliau turut mengikut jejak langkah ‘mahaguru’ Ibrahim al-Kataki yang masih dipanjangkan umurnya supaya sempat bertaubat tetapi masih tiada keinsafan setakat ini. Beliau juga pernah 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita telah berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang pada PRU ke-12 tahun 2008 di atas tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi. Jika ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil sudah pasti PKR boleh mengekalkan kerusi tersebut.

Jika berlaku PRK, sahih beliau tidak akan dicalonkan sama sekali untuk jadi calon BN apatah lagi calon Bebas. Inilah yang memeningkan kepala Bapak Najib al-Tantunya.

Ketika jadi calon PKR, beliau mendapat 12,397 undi. Calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno-BN) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas, Nazir Mansor pula mendapat 580 undi sahaja serta hilang depositnya.

Seingat-ingat Awang, sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 kali pilihan raya kecil dan ini bakal menjadi yang ke-15 atau ke-16, Insya’Allah.

“KATAK SI KATAK LOMPAT…LOMPAT TINGGI-TINGGI…CEPATLAH PILIHAN RAYA CEPAT…TAKUT ADUN BN MATI LAGI….”

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top