Bermulanya detik jam 12 tengah malam. Maka, bermulalah “Tahun Baru 2011” dan kita semua mula mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada tahun 2010 yang berlalu itu dengan penuh suka-duka, pahit-manis dan sebagainya.
Mengimbau kita semua kepada apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010 itu, sudah semestinya ada yang perlu diambil iktibar untuk dijadikan ‘sempadan dan tauladan’.
Awang kira, semua orang yang hidup di dunia ini sama ada kecil atau besar, lelaki atau perempuan, muda atau tua, pemimpin atau rakyat, ahli politik atau ahli sukan semuanya ada peninggalan memori sejarah yang berlaku sepanjang tahun 2010 itu.
Awang juga tidak bercadang untuk melakarkan di sini detik-detik peristiwa sepanjang tahun 2010 itu, dan mungkin dilain waktu dan ketikanya akan diselitkan secara ringkas.
Apa yang hendak Awang coretkan di sini mengenai gelagak orang ‘Terengganu Kite’ menyambut kedatangan tahun baru tersebut. Bagaimana para pemimpin ‘Tranung Kite’ menyambut tahun 2011 dan bagaimana rakyat serta anak muda di ‘Ganu Kite’ ini mengakhiri detik-detik tahun 2010.
Sekitar jam 9.30 malam (31 Disember 2010), Awang bersama seorang ‘member’ telah keluar bagi meninjau malam terakhir bagi tahun 2010 itu.
Destinasi yang Awang tuju adalah di sebuah kampung Pulau Bahagia yang dulunya dinamakan ‘Pulau Babi’ yang terletak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir. Lokasi yang diadakan ‘pesta’ Juara Rakyat oleh sebuah parti pemerintah Umno dan kerajaan Barisan Nasional 1Malaysia=OneIsrael.
Di sini, diadakan pelbagai aktiviti sampingan dengan pelbagai jenis permainan selama dua hari dua malam bermula 30 dan 31 Disember 2010 di perkarangan Pejabat Penyelaras Dun Umno Manir.
Malam kemuncaknya (31 Disember) diadakan persembahan artis seperti Ameng Spring, kumpulan nasyid, kumpulan joget, pelawak Pak Da dan banyak lagi acara sampingan termasuk letupan bunga api sebagaimana tertera aturcara yang dipamerkan.
Awang sempatlah dengar satu dua lagu, tiga empat joget, lima enam nasyid, tujuh lapan celoteh dan lain-lain. Program Juara Rakyat Dun Manir itu dirasmikan majlis penutupnya oleh Speaker Dun Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.
Sekitar jam 10.30 malam itu, Awang terpaksa bergegas pula ke Taman Shah Bandar untuk melihat gelagak anak-anak muda di Bandaraya Kuala Terengganu mengakhiri tahun 2010 dan menyambut tahun 2011.
Dalam perjalanan tersebut tiba di Kampung Teluk Menara melintaslah dua ekor ‘Babi Hutan’ yang nyaris dilanggar oleh Awang sendiri dan rakan Awang dengan motosikal. Jika tidak sempat brek sudah tentu kami melanggarnya.
Terkejut ‘beruk’ Awang seketika dan terfikirkan Awang sepatutnya Pulau Bahagia itu ditukar kembali menjadi Pulau Babi kerana masih banyak haiwan tersebut. Apatah lagi, perangai pemimpin masyarakat tertentu pun macam perangai ‘babi’ yang tidak tahu halal-haram.
Di Taman Shah Bandar, tidak banyak beza ceritanya. Suasana ‘bingit’ muzik-muzik dari kereta anak-anak muda cukup meloyakan bagai ingin terjatuh jantung hatiku.
Sekumpulan hobi anak-anak muda yang ‘gila’ muzik mengubah-suai pelbagai jenis kereta dengan pemasangan aksesori bagaikan berada di ‘Kelab Malam’ atau ‘di Pub’ atau di ‘Disco’.
Di satu ruang pentas pula diadakan nyanyian karaoke yang disertai oleh para artis kelas ‘cap ayam’ barang kali sebab Awang tidak pernah kenal dan jumpa selama ini. Pelbagai persembahan lagu dihidangkan termasuk lagu berbentuk ‘rock kapak’.
Gelagak anak-anak muda seawal usia belasan tahun dan awal 20-an, 30-an hingga ke 50-an dan 60-an turut mengambil bahagian meramaikan dataran tersebut yang terletak di tepi Sungai Kuala Terengganu.
Jam di tangan Awang menunjukkan telah melepasi angka 12.00 tengah malam dan menghampiri jam 1.00 pagi. Para artis sumbang masih ‘melalak’ di pentas yang disediakan kemudahan oleh kerajaan negeri, kerajaan Umno, kerajaan Barisan Nasioanal dan kerajaan 1Malaysia.
Jika ditakdirkan, waktu yang sama berlaku kepada pembangkang PAS atau KeADILan (PKR) atau DAP yang masih berceramah setelah jam melepasi detik 12.00 tengah malam hingga ke jam 1.00 pagi itu, nescaya pihak berkuasa Polis datang menegur.
Jika PAS, PKR dan DAP masih juga berceramah…Awang pasti akan dikerahkan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk ‘ditembak’ dengan meriam air ‘water canon’ dan ‘gas pemedih mata’.
Ketika Awang dan rakan Awang keluar dari lokasi tersebut meninggalkan pentas nyanyian masih kedengaran meski pun jam ditangan menunjukkan tepat pada angka 1.00 pagi (01 Januari 2011).
Sebelum meninggalkan Dataran Taman Shah Bandar itu, Awang terserempak dengan ‘kumpulan punk’ yang berambut ‘trojan’ terpacak bagikan ‘duri landak’. Kelihatan dipipi beberapa anggota kumpulan terbabit dicontengnya lambing Nazi German.
Bau ‘hampak’, ‘busuk’, ‘hanyir’ dan 1001 macam bau menusuk ke lubang hidung Awang yang sememangnya sensitif dan mudah bersih. Cuma sambutan Tahun Baru kali ini tidak Awang bertemu dengan ‘remaja punk’ di kalangan wanita. Hampir 10 orang itu kesemuanya ‘jantan’ yang ada di tangan mereka bekalan gam dalam plastik. Mereka semua hilang arah dan hala tuju.
Kadang-kadang tersentuh juga hati Awang melihatnya. Terfikir juga dikotak fikiran Awang yang bukan pemimpin ini. Alangkah ruginya, pada malam tadi…sebagaimana di tahun-tahun sebelum ini. Kenapa tidak kelihatan ‘bayang-bayang’ Pemuda Islam?
Ke manakah kelibat Pemuda-pemuda Islam yang sangat ‘sensitif’ terhadap isu-isu penyelewengan, rasuah dan maksiat?
Ke manakah roh Pemuda-pemuda Islam yang beberapa ketika lalu telah menubuhkan Squad Sebaran atau dikenali sebagai ‘Squba’?
Kebarangkalian…squad squab tersebut telah ‘menyelam’ ke dasar laut dan tidak timbul-timbul atau terlena kerana tidak ditekan ‘suiz’ oleh ‘kepalanya’.
Atau kebarangkalian juga mereka ada dan turun ‘padang’ tetapi tidak bertemu dengan Awang yang pulang terlalu awal ke rumah hingga jam 3.00 pagi. Setelah Awang puas ‘pusing-pusing’ Kota Kuala Terengganu msih tidak ketemunya.
Sedangkan, pada waktu itu masih terdapat ribuan lagi anak-anak muda, ‘betina-jantan’ masih meronda-ronda dengan motosikal masing-masing. Mereka bagaikan ‘Raja Jalan’ dengan ratusan malah ribuan motosikal tanpa menghiraukan peraturan lampu isyarat.
Awang sempat merakamkan aksi serta gelagak anak-anak muda tersebut. Kebarangkalian juga ‘anak-anak muda’ seperti ini ‘kebal’ dan tidak berani ditegur oleh mana-mana pihak kerana mereka inilah ‘sasaran’ pengundi kita.
Pihak Umno-BN tidak berani tegur dan melarang kerana itu ‘undi orang muda’. Pihak PAS tidak berani tegur dan melarang kerana itu ‘pengundi kita’ dan Pihak PKR juga tidak berani tegur dan melarang kerana itu juga ‘penyokong kita’.
Apa pun, bermula 01-01-2011 ini diharapkan rakyat seluruhnya telah ‘celik’ minda dan fikiran masing-masing dan tidak dibelenggu lagi. Belajarlah berfikir dengan betul serta yakin dengan diri sendiri.
Lihatlah segala kepincangan dan ketempangan yang berlaku sepanjang tahun 2010 lalu baik dalam isu politik, ekonomi, bangsa dan agama perlu diperbetulkan ke landasan yang tepat.
Jika kita, rakyat Malaysia…sayangkan Malaysia…hendaklah kita jaga dan pelihara Malaysia ini. Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan durjana yang telah, sedang dan bakal merosakkan Malaysia.
Akhir kata: “RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRLAH”
1 comments:
Malam tadi squad sebaran kemaman telah bergerak... Tapi Manir?..tak dapat info ker?
Catat Ulasan