Sejak tersebarnya berita berlaku satu perjumpaan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘dunia’ politik ‘tong kosong’ mula bising.
Pelbagai komen, pelbagai pendapat dan pelbagai telahan dibuat oleh peramal-peramal politik tanahair kita.
Baik dari kumpulan PAS, baik dari gerombolan Umno, baik dari rakan-rakan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula ‘bercakap-cakap’ apa motisnya pertemuan itu yang dikatakan telah diadakan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.
Malah, yang lebih ‘sudu dari kuah’ adalah pendapat komen dari rakan-rakan blogger yang sedap mulut dan gatal mulut ingin mengulasnya.
Apa yang pasti dan tepatnya adalah yang punya diri dalam pertemuan tersebut lebih berhak mengulas dan menceritakan apa yang berlaku antara kepimpinan tersebut. Tetapi, bagi Tok Guru Nik Aziz pertemuan itu adalah ‘rahsia’ yang bukan semua perkara perlu dihebahkan.
Pada Awang, mungkin pertemuan itu adalah pertemuan untuk serah ‘amanah’ atau isyarat dari kepimpinan Umno yang telah lama memerintah negara ini untuk diserahkan kepada yang layak.
Ini kerana, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, Umno-BN semakin bermasalah, bercelaru dan hilang kepercayaan rakyat. Ibaratkan, ‘bahtera’ Umno-BN sudah hampir tenggelam dan karam.
Maka, bahtera yang dimiliki oleh PAS pula semakin baik setelah diperbaiki dari masa ke semasa dan dilihat menjadi harapan baru kepada ‘anak kapalnya’.
Apatah lagi, ‘nakhodanya’ yang menerajui bahtera ‘Cap Dacing’ itu sebenarnya kurang sihat yang teramat sangat pada zahir dan batinya.
Sumber yang Awang dengar-dengar itu, nakhoda Umno-BN mengidap sejenis penyakit yang sama waktu dengan ‘keturunannya’. Penyakit yang berkaitan dengan sel darah merah dan sel darah putih, hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui-Nya.
Maka, sesuai sangatlah ‘pertemuan’ itu yang sealiran dengan strategi PAS iaitu “PAS Ganti Umno”. Seakan-akan dengan “Nik Aziz Ganti Najib”. Apakah boleh kita katakana, pertemuan Nik Aziz dengan Najib itu adalah pertemuan untuk PAS Ganti Umno?
Sebabnya, terlalu banyak orang perkatakan perihal pertemuan itu sehingga ianaya dilaporkan sebagaimana berikut;
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, pada akhir Disember 2010 lalu.
Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup, lapor Harakahdaily. “Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.
“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula menjangkakan penjelasan lanjut berhubung pertemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Beliau (Nik Aziz) apa pun akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat, dijangka dalam masa 24 jam," ujarnya pula ketika dihubungi Malaysiakini.
Setakat ini, Ahmad Fadhli berkata beliau belum mendapat sebarang arahan daripada Menteri Besar berhubung perkara itu.
Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya ‘desas-desus’ munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.
Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebooknya, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea ‘Kerajaan Perpaduan’.
Malah, terdapat juga ‘dakwaan’ kononnya Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.
Setiausaha politik Abdul Hadi - Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, bagaimana pun memberitahu Malaysiakini, tiada komen akan dikeluarkan oleh pihaknya kerana persoalan itu akan diperjelaskan oleh Nik Aziz sendiri.
Perbincangan ini turut menarik perhatian Editor Organ PAS Harakah, Tarmizi Md Jam sendiri yang mengulas perkara itu dalam blognya ‘Sanggah Tok Sago’ hari ini.
"Maka berdentam-dentumlah semula isu ‘kerajaan perpaduan’ sehari dua ini. Ada blog yang sudah meraba membongkar pertemuan tersebut. Tak kurang juga yang ligat berhujah mempertahankan kumpulan masing-masing.
"Tetapi faktanya kian bercanggah antara satu sama lain. Ada blogger mendakwa Timbalan Presiden PAS hadir sama, kemudian sehari selepas itu beliau mohon maaf kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa," tulis Tarmizi.
Kesimpulannya, teguran dan nasihat dan pandangan dan kritikan yang membimbangkan itu adalah mungkin peringatan rakyat supaya Tok Guru ‘berhati-hati’ dan ‘beringat-ingat’ kerana perjumpaan itu bukan ‘sebarangan’.
Tok Guru kito itu menjadi ikon kepada seluruh rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Tok Guru sebenarnya berhadapan bukan dengan ‘Ular Besar’ tetapi dengan ‘Naga’ dari Tasik Chini, di Pahang yang menguasai Negara hari ini.
Peringatan Awangnya, “INGAT-INGAT dan HATI-HATI dengan PEPERANGAN INI”
0 comments:
Catat Ulasan