30,000 iringi Cikgu Mala

Salam…Salam…Salam For All;

(By Muslim and Non-Muslim)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang akan menyaksikan perlawanan ‘satu vs satu’ antara calon PAS, Normala Sudirman atau Cikgu Mala dengan Si Pemuda Gemuk, Mohd Azhar Ibrahim.

Sama ada percaya atau tidak percaya Cikgu Mala telah diiringi oleh lebih 30,000 orang ahli dan penyokong PAS-Pakatan Rakyat ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Labis, Johor.

Awal-awal lagi, pihak Umno-Barisan Nasional (BN) sama ada melalui ‘utusan meloye’ atau ‘berite hairan’ atau TV3 suku dan para blogger 3 sukunya telah memainkan isu fitnah dan rekaan semata-mata terhadap calon PAS, Cikgu Mala.

Pelbagai isu cuba dimainkan termasuk ‘zina’, ‘khalwat’ dan 1001 macam fitnah serta pembohongannya. Sebab itu, Awang pun sekali-sekala tu ‘naik angin’ dan ‘keluar angin’ melihat strategi Umno-BN ini.

Awang akan ulas dan laporkan dari masa ke semasa, Cuma hari ini Awang hendak tunjukkan rakam-peristiwa yang sempat dirakamkan pada Hari Penamaan Calon tersebut. Tapi, maaflah jika gambar-gambar tidak cantik sebab kamera ‘cap ayam’ yang digunakan itu pun subsidi dari seorang sahabat.

Awang bawa serba sedikit rentetan pada hari yang penuh bersejarah itu dan merupakan PRK ke-14 dan mungkin selepas ini ada lagi yang ke-15, 16, 17, 18 hingga habis wakil rakyat Umno-BN meninggal dunia sebelum bulan Mac 2011.

12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari.

11.40 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11.30 am: Normala pada sidang medianya memberitahu, sekurang kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang, kedua- menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan mewakili suara majoriti guru di Labis.

Tambahnya lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR memberitahu menerima bantahan tetapi selepas meneliti, tiada pencalonan yang ditolak.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor, Dr Boo Cheng Hau dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

0.10 am: Calon PAS, Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.05 am: Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah. Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PAS-Pakatan Rakyat yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am:
Calon PAS, Normala Sudirman (Cikgu Mala) kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid, Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

8.55 am: Penyokong PAS-Pakatan Rakyat kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am:
Perarakan kini tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.50 am: Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis di hadapan pintu masuk pusat penamaan.
8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yangg hadir selain Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa (Tim. Presiden), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden), Salahudin Ayub (Naib Presiden), Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin utama DAP, Tan Seng Giaw.

8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah lebih 8000 orang.

8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpula-kumpulan kecil di sepanjang jalan termasuk dari PKR dan DAP.

8.23 am: Perarakan dimulakan lebih 10,000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.
8.20 am: Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km yang diketuai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pimpinan PAS lain, PKR dan DAP.

8.06 am: Perarakan bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis. Puluhan ribu penyokong bersedia mengiringi calon PAS, Normala Sudirman atau panggilan mesranya Cikgu Mala.

8.02 am: Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS-PR baru sahaja selesai solat hajat.

7.30 am: Pemimpin dan penyokong PAS-Pakatan Rakyat mengadakan solat hajat sebelum perarakan calon dimulakan.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top