Mahathir ‘nyanyuk’?

Salam For All:

KESIAN….KeSIan…kesIAN…dan kesian sungguh bila teringatkan kata-kata mantan Perdana Menteri (PM) yang kita kasihi ini rupa-rupanya telah ‘nyanyuk’ tetapi masih tidak sedarkan dirinya.

Beliau ialah ‘bapak’ PEMBAZIRAN dan DIKTATOR yang pernah dilahirkan sebagai PM di tanah Melayu ini bumi Malaysia yang dicintai. Tidak lain dan tidak bukan tokoh nyanyuk ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya, bukan Awang yang gelarkan bekas Presiden Umno-BN ini ‘nyanyuk’ tetapi semua rakyat Malaysia yang CERDIK dan BERFIKIRAN WARAS sudah pasti akan kata dia nyanyuk.

Kecuali, pemimpin dan ahli-ahli Umno yang BUTA-TULI dan PEKAK BADAK sahaja yang mempertahankan hujah ucapan orang tua itu.

Suatu ketika, masa Tun Dr Mahathir kuat menghentam PM Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dan kritik Umno ‘kaw-kaw’ semua orang Umno pun marahkan orang tua yang nyanyuk ini.

Siap ugut ‘keluar’ dari jadi ahli Umno lagi dan maki-hamun kepada Pak Lah. Tapi sekarang, bila PM bertukar tangan kepada anak Tun Razak (Najib)…semua ahli Umno yang ‘bodoh-bodoh’ ikut dan taatkan si tua ini.

Nyanyuknya Tun Dr Mahathir kali ini kerana dia marahkan PAS letak calon wanita bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Kata Tun Dr Mahathir, “dulu PAS cakap tak boleh letak calon wanita tepi sekarang boleh pulak, PAS mungkir janji dan gadai prinsip Islam”.

Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Dan Sebenarnya….bukan PAS yang gadai prinsip tetapi dia yang nyanyuk dan mudah lupa pada sejarah yang berlaku sejak lebih 50 tahun negara merdeka. Atau dia (Tun) masih ingat tetapi sengaja buat-buat tidak ingat sejarah.

Kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita ‘diharamkan’ kerana PAS pernah melantik Khadijah Sidek sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah ‘hilang ingatan’ terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.

Pelbagai reaksi dan pandangan orang terhadap Tun Dr Mahathir apabila dia membuat komen bodoh seperti itu tetapi malas Awang hendak tulis di sini. Bukan apa, takut terasa hati orang Umno membacanya.

Kesimpulannya; “PADA USIA WARGA EMAS INI BANYAKLAH BERTAUBAT DAN MERENUNG KESILAPAN YANG PERNAH KITA BUAT SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DAN NAFAS MASIH PANJANG SEBELUM….PINTU TAUBAT DITUTUP OLEH TUHAN YANG MAHA ESA”.

1 comments:

http://malayaterkini.blogspot.com/ berkata...

Mahathir tinggalkan kesan....

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top