Undi muda jadi penentu

Salam For Orang Mude:

ADA orang kata, pengundi muda yang melebihi 50 peratus di Terengganu bakal mewarnai corak kemenangan parti yang bertanding sama ada memihak kepada Umno, Barisan Nasional (BN) atau PAS dan Pakatan Rakyat.

BETUL ke…?, jika BENAR begitu…maka, semua pihak tidak kira sama ada PAS, Umno, DAP, MCA, PKR, MIC dan sebagainya yang ingin bertanding atas ‘pentas’ pilihan raya kena ‘tawan’ hati orang muda.

PAS mungkin ada pendekatan dan cara tersendiri untuk mendekati orang muda sekaligus memikat golongan tersebut.

Umno juga mungkin ada cara dan pendekatannya juga untuk ‘mencuri’ hati orang muda sekaligus ‘menjerat’ golongan tersebut.

Dan begitulah, dengan parti-parti lain yang masing-masing mempunyai perancangan dan strategi tersendiri kerana apa yang penting hati-hati orang muda mesti dikuasai dan dijinakkan.

Jika PAS mungkin dengan cara keagamaan dan akhlak Islam yang baik ditonjolkan dan Umno mungkin dengan cara maksiat, rasuah, porno dan moral yang menjijikkan ditampilkan.

Justeru itu, kata Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali bahawa undi orang muda yang akan menjadi undi penentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ini kerana, katanya jumlah pengundi muda yang berumur di bawah 40 tahun melebihi 50 peratus di Terengganu.

“Undi orang muda ini akan menjadi undi penentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Di Terengganu ini, pemuda yang berumur 40 tahun ke bawah adalah mewakili lebih 50 peratus pengundinya.

“Pemuda yang berumur 21 hingga 25 tahun pula mereka mewakili 10 peratus daripada pengundi-pengundi yang akan menentukan kalah-menang kita dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-27, PAS Kawasan Marang di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 23 April lalu.

Justeru itu, katanya Pemuda PAS wajar memberi perhatian serius dengan melakukan gerak kerja parti secara yang lebih fokus kepada sasaran.

Menurutnya, segala kemudahan teknologi maklumat (ICT), sistem pesanan ringkas (sms), email dan blog dipergunakan secara maksima.

“Ini (isu) supaya dapat diberi perhatian oleh Pemuda (PAS) dan gerak kerja kena fokus kepada sasaran. Selain itu, penggunaan ICT, sms, email, blog dan lain-lain dimaksimakan,” ujarnya.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang mengingatkan ahli agar menghindarkan diri dari gejala ‘penyakit’ boros, gopoh, kaku serta sambil lewa dalam perjuangan ini.

Menurutnya, gejala tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada individu terbabit juga terhadap jamaah Islam.

“Penyakit mereka (ahli) yang berada dalam jamaah dan perjuangan Islam antaranya pemborosan, gopoh, memencilkan diri dan penyakit yang sebelum ini aktif kemudian jadi tidak aktif.

“Salah satu daripada ciri-ciri memencilkan diri itu ialah sikap sambil lewa dalam mengambil tanggungjawab dan menguruskan amanah yang telah diberikan kepada seseorang.

“Kesannya, kepada individu (ahli) dan jamaah (parti) berkenaan yang sedikit sebanyak melambatkan hasil kemenangan yang dicita-citakan itu,” jelasnya.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Haron Din dan dihadiri oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran, ahli PAS serta para pemerhati.

Pada majlis tersebut turut diadakan anugerah keahlian teramai peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Pelancaran Tabung Kompleks PAS Kawasan Marang.

NOTA: “Masa Untuk Berubah”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top