Bantulah Mereka….

Salam Untuk Saudara SeIslam:

Kata pepetah Melayu, “Malang tidak berbau”. Jika lima tahun lalu seorang tukang kebun sebuah sekolah pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya hingga membawa kecacatan kekal lumpuh separuh badan.

Hari ini, anaknya pula yang bekerja sebagai Guru Kafa di Putrajaya terlibat dengan kemalangan jalan raya menyebabkan kaki kirinya patah.

Keluarga malang tersebut berasal dari Kampung Pantai Kolam Mengabang Telipot, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, Kuala Nerus.

Cik Fatimah Sabirah Mustafa, 21, yang baru diterima mengajar kelas Kafa di Putrajaya kini terpaksa ‘berehat’ sementara sembuh dari kecederaan tersebut.

“Saya kemalangan terbabas motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja yang baru sebagai Guru Kelas Kafa di Putrajaya, Kuala Lumpur.

“Hasrat ingin membantu keluarga terbantut sehingga kaki saya yang patah ini sembuh semula, Insya’Allah,” ujarnya.

Bapanya, Mustafa Abdullah, 56, kini berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lima tahun lalu akibat kemalangan terlanggar lembu di jalan raya.

Beliau pernah menerima sumbangan dari Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) secara bulanan selama setahun kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya kini hanya mampu berkerusi roda dan bergantung kepada anak-anak yang menanggung keluarga,” ujarnya.

Manakala, isterinya Puan Kalsom Salleh, 51, juga tergolong di kalangan OKU yang mengalami kecacatan sebelah mata kiri.

Sehubungan itu, masalah keluarga malang tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang mengambil inisiatif membantu meringankan beban keluarga malang tersebut.

Katanya, PAS mengambil berat soal kebajikan rakyat meski pun bukan lagi bergelar kerajaan yang mempunyai segala kemudahan dan peruntukan kewangan.

“Kita (PAS) sentiasa membantu rakyat yang susah dan dhaif mengikut kadar kemampuan parti dan tidak sama dengan kemampuan kerajaan negeri,” ujarnya.

Menurutnya, soal kebajikan mampu menarik hati rakyat mendekati PAS sekaligus menyokong dalam pilihan raya.

Justeru itu, kita sebagai insan yang masih mempunyai keupayaan sebelum ditarik-balik serta kekuatan sebelum lemah. Alangkah baiknya, jika kita sama-sama membantu keluarga malang tersebut.

MAKA…, jika ada sumbangan yang ingin dihulurkan sila hubungi Ustaz Abu Bakar Abdullah ditalian 019-957 0009 atau 010-901 3765.

NOTA: “Hari Ini Hari Dia….Hari Esok Mungkin Hari Kite”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top