Datuk T ‘dimakan’ Sumpah

Salam For All;

PADA suatu hari seorang anggota trio Datuk T muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang.

Beliau tiba bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Dato’ Shuib Lazim menyertai ‘sumpah’ laknat tersebut.

Keberanian Dato’ Shazry Eskay Abdullah wajar ‘dipuji’ tetapi belum pasti kebenaran di pihaknya sekali pun beliau telah melakukan pengakuan sumpah laknat.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Lafaz Dato’ Eskay.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan jika dengan izin Allah SWT, kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan terdedah dengan sendiri jika berlaku penipuan antara mana-mana pihak.

Kadang-kala ‘BALA’ Allah SWT tidak turun selalu untuk memberi peluang kepada hamba Allah itu bertaubat dan insaf sebelum terlambat.

Jika orang yang selalu menipu dan tidak bermoral….penipuan serta sumpah laknat itu hanya ‘mainan’ yang mungkin si yang bersumpah itu pun tidak tahu makna ‘sumpahnya’.

Akhirnya, akan ‘dimakan’ sumpah dan waktu itu kehidupan pun tidak selamat tanpa kembali kepada Allah Azzawajalla.

NOTA: “Sumpah Lidah Bercabang”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top