Mana Janji Manismu Najib !!?

Salam For Rakyat Kite;

Ketika kehadiran Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April 2011 lalu, kononnya rakyat di negeri Darul Iman ini sangat gembira dan seronok.

Maklumlah, seorang pembesar negara yang datang dan lagi terkenal di seluruh dunia termasuk di Mongolia.

Sehubungan itu, Awang diberitahu orang bahawa Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merayu agar Perdana Menteri itu segera menepati serta menunaikan ‘janji-janji manis’ untuk mengembalikan semula hak royalti petroleum kepada rakyat Terengganu.

Pengerusinya, Muhamad Fauzi Abu Samah berkata sempena lawatan PM ke negeri ini adalah wajar masalah hak royalti yang dinafikan sejak 11 tahun lalu diselesaikan.

Ini kerana, katanya isu royalti merupakan hak dan maruah rakyat serta kedaulatan negeri yang dinodai kerana sentimen politik.

“Mampat mewakili suara rakyat Terengganu mengambil kesempatan di atas lawatan Dato Seri Najib ke negeri ini untuk mendengar rintihan kami (Rakyat Terengganu) untuk mengembalikan semula ‘Hak dan Maruah’ kami yang telah dinafikan selama 11 tahun.

“Kembalikan Royalti kami kerana ianya adalah lambang “ Hak dan maruah “ kami yang telah ‘dinodai’ hanya kerana sentiment politik kepartian,” tegasnya dalam satu sidang media, 29 April lalu.

Menurutnya, pada persidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) Terengganu 13 Disember tahun lalu Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya).

Namun begitu, katanya hingga hari ini tidak ada sebarang khabar berita mengenai pembayaran tersebut setelah memasuki bulan Mei 2011.

“Ini adalah ‘janji’ kali ketiga yang pernah diberikan oleh kerajaan. Pertama, Pada 14 Jun 2008, Perdana Menteri pada masa itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Royalti akan dikembalikan kepada Rakyat Terengganu.

“Kedua, rakyat Terengganu tidak pernah lupa bagaimana Dato’ Seri Ahmad Said sendiri menerima menerima replika cek daripada Dato’ Seri Najib, pada 13 Disember 2008 berjumlah RM408.6 Juta bayaran royalti Minyak Separuh kedua 2008.

Ketiga, 13 Disember 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said telah mengumumkan bahawa Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya) setelah perundingan dilaksanakan antara kerajaan negeri dengan pusat,” jelasnya.

Menurutnya, janji Dato’ Seri Najib seolah-olah selepas itu semua wang royalti akan dimasukkan terus ke akaun kerajaan negeri tetapi tidak berlaku seperti yang dinyatakan.

Beliau menegaskan, jika ‘janji-janji’ tersebut masih belum dapat ditunaikan rakyat sedia menunaikan tanggugjawab mengembalikan hak itu dalam pilihan raya umum akan datang.

NOTA: “Siakap ******** Gelama Ikan Duri…. Bercakap ****** Lama-lama Boleh Jadi Menteri”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top