Umno-BN ‘bikin’ rakyat ke tali gantung..?

Salam For Rakyat:

BENAR atau TIDAK…seolah-olah Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja mahu mengheret rakyat ke tali gantung.

Rakyat yang dhaif ditakut-takutkan agar tidak melawan kerajaan Umno-BN dan jika masih ada yang berdegil atau keras kepala bakal menerima nasib yang sama hukuman ke tali gantung.

Segelintir “pemilik” tanah kerajaan yang diterokai sejak lebih 50 tahun lalu di Kampung Kepala Gajah, Jabi, Setiu bakal kehilangan rumah, tanaman dan tanah tersebut.

Awang dimaklumkan oleh seorang teman di sana bahawa tanah penduduk terbabit seluas 42 ekar itu kini dipercayai telah dikuasai oleh pihak swasta bagi tujuan pembangunan.

Ketika dibawah pemerintahan kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 hingga 2004 tanah-tanah tersebut telah diukur untuk diagihkan kepada 11 orang pemiliknya.

Ketika Awang dibawa ke lokasi terbabit mendapati kawasan berkenaan telah dipagar oleh pihak kontraktor serta kerja-kerja berkaitan sedang dilakukan.

Malah, di atas tanah tersebut masih terdapat beberapa buah rumah kediaman, tanam-tanaman berupa kebun buah-buahan dan pokok getah.

Seorang penduduk, Encik Zakaria Jusoh, 55, dari Kampung Kepala Gajah mendakwa tanah seluas enam ekar itu adalah “miliknya” yang diterokai sejak sekian lama.

Kata beliau di atas tanah tersebut terdapat tiga buah rumah ahli keluarganya dan tanaman buah-buahan serta pokok getah.

“Sekarang ini, ada pihak kontraktor yang dakwa tanah-tanah penduduk di sini (Kepala Gajah) yang seluas 42 ekar telah dibelinya dari kerajaan negeri dengan harga RM40,000 seekar.

“Mereka (pemaju) hendak ‘sodok’ (bersihkan), kami (penduduk) bantah dan akan pertahan dengan apa cara yang mampu,” tegasnya.

Menurutnya, “pencerobohan” oleh pihak kontraktor terbabit berlaku sejak lebih tiga bulan lalu yang mendakwa “kebal”.

Beliau yang juga Ketua Cawangan PAS Kepala Gajah kesal slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘Rakyat Didahulukan’ itu hanya untuk kepentingan Umno.

Katanya, rakyat sentiasa didahulukan dengan kesusahan dan kesenangan hanya untuk pemimpin serta kroni Umno-BN.

Mohd Daud Ismail, 59, turut mendakwa tanahnya seluas tiga ekar yang ditanam dengan pokok getah telah “dirampas” tanpa bayaran pampasan.

“Dua kali saya tanam dengan pokok getah atas tanah seluas tiga ekar iaitu pada tahun 1998 dan 2010.

“Saya cukup sedih kerana penat lelah mengusahakan tanah-tanah itu secara anak-beranak tetapi akhirnya dimusnahkan oleh pihak pemaju,” ujarnya.

Menurutnya, sumber tidak rasmi memaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan dengan sebuah Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Seorang warga emas, Encik Deraman Razak, 65, mempunyai tanah seluas dua ekar di Kampung Kepala Gajah itu turut mengalami masalah yang sama.

Beliau mendakwa tanaman pertamanya buah-buahan seperti durian, mempelam, nangka dan lain-lain telah dimusnahkan.

Manakala, tanaman kali kedua dengan pokok kelapa sawit yang telah mencecah usia dua setengah tahun juga menerima nasib ‘sama’ (musnah).

“Tanah-tanah ini telah lama diterokai oleh ibubapa kami sejak lebih 50 tahun lalu, dan diusahakan dengan tanam-tanaman buah-buahan dan kebun.

“Ada juga (penduduk) yang mendirikan rumah kediaman dan tinggal menetap di atas tanah itu yang bakal dihalau keluar,” jelasnya.

Encik Deraman mengharapkan agar kerajaan negeri membuat pertimbangan serta menyelesaikan masalah tanah tersebut dengan penduduk secara baik dan adil.

Member Awang memberitahu, antara yang “terancam” adalah sebuah padang bola yang menjadi tempat permainan anak belia di kampung dibina semasa kerajaan PAS Terengganu.

Kesimpulannya, rakyat perlu berani membuat perubahan serta menuntut keadilan yang hak tanpa merasa takut dan gentar kerana kebenaran.

NOTA: “Ubah Sekarang Selamatkan Terengganu Kite”-kam

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top