Umno-BN Terengganu akui dalam bahaya?

Salam Untuk Se-Malaysia…

BENAR atau TIDAK…Umno Terengganu kini mula mengakui bahawa parti kerajaan Barisan Nasional (BN) serta komponennya dalam bahaya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Pengakuan tersebut dibuat oleh Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar yang menyifatkan Umno-BN Terengganu dalam bahaya jika masih berada ditakuk lama.

Masalah ‘perang saudara’ belum nampak keredaan meski pun tenang tetapi bergelora di dalam dan berarus di bawah.

Dato’ Man Bakar (Abdul Rahman) pernah mendedahkan masalah tidak mendaftarkan pemilih baru bukan sahaja dihadapi oleh Umno tetapi juga kepada komponen BN iaitu MCA dan MIC.

Menurutnya, Pakatan Rakyat kini dilihat lebih aktif mendaftar pemilih baru bagi memastikan kejayaan memerintah negara dalam pilihan raya akan datang.

“Pembangkang (Pakatan Rakyat) mahu menguasai negara sebab itu, DAP, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan PAS giat jalankan kempen tambah pengundi baru mereka (Pakatan Rakyat).

“Kita (Umno-BN) hanya tahu ceramah dan menyeru supaya pengundi baru pro-BN tetapi tidak ada tindakan (mendaftar) dilakukan.

“Sekiranya (kelemahan) ini berterusan Umno-BN mungkin akan kehilangan kuasa memimpin (memerintah) satu hari nanti,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas Ketua Umno Marang mendakwa kelemahan BN semakin ketara apabila parti itu ditolak oleh pengundi bukan Islam dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu, Sarawak.

“Ini kelemahan ketara kita (Umno) dapat lihat, keadaan lebih getir apabila keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu menunjukkan kaum Cina kini sudah tidak menyokong BN,” ujarnya.

Sementara itu, musuh ketat Umno-BN iaitu PAS melalui Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman mendedahkan Terengganu antara negeri tertinggi menerima pendaftaran pemilih baru di kalangan belia.

Perkembangan itu, katanya berdasarkan gerak kerja yang dijalankan oleh PAS melalui Pembantu Pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perlantikan Politik di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) di Terengganu.

Katanya, kesedaran di kalangan pengundi muda amat memuaskan dan PAS sedang giat menjalankan usaha membantu SPR agar pengundi baru melaksanakan tanggungjawab mendaftar.

“Kita (PAS) sedang menjalankan usaha memastikan pengundi baru membuat pendaftaran pemilih dari masa ke semasa dan perkembangan ini memberangsangkan.

“Kita (PAS) tidak ada nisbah tertentu tetapi Terengganu adalah antara yang tertinggi menerima pendaftaran baru,” jelasnya ketika bersembang dengan Awang.

Menurutnya lagi, pendekatan PAS merangka aktiviti bersama yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat bagi menghadapi PRU Ke-13.

Kata beliau, PAS dan Pakatan Rakyat kini menjadi sandaran rakyat seluruhnya setelah Umno-BN dilihat gagal menyakinkan rakyat di negara ini.

NOTA: ‘Umno-BN: BOLEH percaya ke..?’

0 comments:

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top