Salam ‘Orang Mude Geng Kite’;
Jika tidak silap Awang, kira-kira dua bulan yang lalu (Julai) semua pihak di kalangan orang politik masing-masing berusaha ‘memikat’ anak-anak muda dengan cara serta gaya tersendiri.
Kebetulan pula waktu itu, musim ‘deman’ bola sepak piala dunia yang berakhir dengan pertemuan peringkat finalnya antara pasukan Sepanyol dengan Belanda pada 12 Julai 2010.
Kesempatan musim perlawanan piala dunia tersebut PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Umno turut mengambil peluang mendekati golongan muda dengan aktiviti berkait dengannya.
Awang hendak bawa beberapa contoh serta aktiviti yang dilakukan oleh parti-parti politik terutama PAS dan PKR yang cuba mendekati golongan muda dan belia remaja.
Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam umpamanya memasang sebuah layar skrin gergasi berukuran 10 x 10 kaki persegi di Kampung Losong Haji Mat Shafei bagi mengajak anak-anak muda menonton perlawanan piala dunia tersebut.
Di samping itu, aktiviti BBQ turut diselitkan serta berjaya menarik minat anak-anak muda di kampung sekitarnya.
Setiuasaha Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata aktiviti sukan boleh menjinakkan anak-anak muda remaja dengan PAS.
Katanya, Dewan Pemuda PAS Terengganu kini giat mendekati golongan sasar itu melalui pelbagai aktiviti kesukanan dan kesenian.
“Aktiviti (sukan) ini boleh mendekatkan PAS dengan anak-anak muda remaja kerana minat mereka (orang muda) dengan sukan dan hiburan.
“Kita (PAS) buat skrin besar untuk tayangan perlawanan bola sepak piala dunia satu usaha baik memasyarakatkan PAS,” ujarnya.
Menurutnya, aktiviti bersukan dan hiburan tidak salah dalam Islam tetapi mesti mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh agama.
Katanya, dalam PAS juga ada pelbagai jenis aktiviti yang menjurus ke arah minat anak-anak muda termasuk melalui kesukanan dan hiburan alternatif.
Sementara itu, Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Nerus pula menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Jalanan tiga sebelah di tempat parker hadapan pejabatnya di Kampung Padang Air, Kuala Nerus.
Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian sementara menunggu waktu perlawanan akhir piala dunia antara pasukan Sepanyol menentang Belanda, 12 Julai lalu.
Timbalan PKR Kuala Nerus, Ab Aziz Latif melahirkan rasa gembira dengan penyertaan anak-anak muda yang lebih berminat kepada PAS dan PKR.
Menurutnya, pendekatan aktiviti sukan bola tanpa judi ini mampu mendekatkan parti (PKR) dengan golongan muda di negeri ini.
“Kami (PKR) anjur sukan bola sepak jalanan ini sementara menunggu waktu siaran langsung perlawanan akhir bola sepak piala dunia antara Sepanyol dengan Belanda.
“16 pasukan anak muda dari beberapa buah kampung mengambil bahagian dan mereka (peserta) baru mengenali PKR,” ujarnya.
Pihak penganjur pula turut membuka kaunter pendaftaran keahlian PKR serta jamuan ringan kepada semua peserta bola sepak tersebut.
Keputusannya, pasukan 88 FC dari Kampung Gong Badak Seberang Takir bergelar Johan di tempat pertama, pasukan Super Skala dan Super Tuler di tempat kedua dan ketiga dari Kampung Bukit Wan, Tepoh.
Hadiah serta hamper disampaikan oleh Encik Ab Aziz Latif sendiri selaku pengarah program bagi penganjuran bola sepak jalanan tersebut.
Persoalannya, apakah kita juga ‘bermusim’ untuk mendekati golongan-golongan muda serta pengundi sasar yang menjadi ‘target’ parti masing-masing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang?
Apabila musim bola telah habis maka, masing-masing pun pakat tidak peduli lagi terhadap golongan sasar tersebut.
Jika tidak kerana bola…apakah aktiviti lain yang boleh menarik minat anak-anak muda untuk bersama dengan parti lawan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bagaimana dengan daftar pemilih yang sedang dan terus ‘berjalan’ di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang tidak dapat tidak sudah pasti akan ‘membantu’ Umno-BN di setiap negeri.
Kerana itu, Ia (SPR) merupakan antara jentera kerajaan yang sekaligus jadi ‘jentera Umno-BN’ dalam keadaan apa sekali pun situasinya.
Umno-BN tidak hairan jika jentera partinya di peringkat cawangan dan bahagian tidak ‘bergerak’, ‘malas’ dan ‘lembab’ dalam kerja mendaftarkan pemilih baru untuk SPR.
Ini kerana, Umno-BN ada ‘senjata’ yang cukup dan banyak. Senjata ‘WANG’ yang dijadikan sebagai ‘umpan’ pancing kepada para pengundi cukup ‘berbisa’ selagi rakyat dan pengundinya bersifat jumud, tolol, bodoh dan tidak ‘beragama’.
Selagi rakyat dan pengundi kita mudah ‘dibeli’…selagi itulah Umno-BN akan terus mengekalkan kuasanya meski pun parti itu berada dalam keadaan ‘nazak’, ‘koma’ serta ‘karam’ politiknya.
Maka, PAS, PKR, DAP dan Pakatan Rakyat tidak boleh ‘lena’ dan mengharapkan dapat ‘mimpi’ indah untuk ke Putrajaya seperti keadaan sebenar Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain komponen BN itu.
Jika PAS dengan ‘senjata’ Orang Mude Geng Kite…manakala, PKR dan DAP pula apakah ‘senjatanya’ untuk berhadapan dengan Umno-BN yang hanya mengharapkan senjata terakhirnya kewangan dan dana khas.
NOTA: Awang sediakan ‘payung sebelum hujan’.
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan
2 bulan yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan