Undur! Undur!...Undur Mubarak

Salam For All:

Suara Rakyat adalah ‘suara keramat’…gelombang rakyat adalah ‘gelombang keramat’…dan hari ini pula adalah giliran Presiden Mesir, Hosni al-Mubarak rejim yang maha zalim.

Jika mana-mana pemerintah di dunia ini hatta Amerika sekali pun jika datang gelombang rakyat pasti akan terjadi seperti di Tunia dan Mesir ini.

Peristiwa ‘revolusi’ di Mesir ini bukan baru. Malah, pernah berlaku di Iran yang menggulingkan Raja Shah Iran dn Awang pernah ke negara tersebut serta melihat kesannya.

Sejarah peninggalan pemimpin yang kaya lagi zalim itu akan dikenang oleh rakyat dan dunia seluruhnya.

Hal ini, juga suatu peringatan kepada pemimpin Melayu di negara kita yang sedang dan telah mengumpul kekayaan negara untuk kepentingan peribadinya. Maka, tidak mustahil bakal berlaku juga di negara kita yang tercinta ini.

Jadilah, beberapa peristiwa seumpama ini sebagai pengajaran dan peringatan terutama kepada Perdana Menteri 1Malaysia+One Israel agar jangan sampai kemarahan rakyat menjadi seperti rakyat di Tunisia dan Mesir ini.

Hinggakan, hari ini Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir. Ianya ‘buta’ tidak melihat, ‘tuli’ tidak mendengar serta ‘bodoh’ tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wang berbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.

Maknanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Negara ini sejak lebih 50 tahun jika masih terus-menerus tidak faham bahasa rakyat, kehendak rakyat dan hak rakyat…TUNGGULAH…akan tiba masa untuk pula Umno-BN mengikut jejak langkah Hosni Mubarak ini.

Kesimpulannya, “KEBATILAN AKAN TERBONGKAR DAN KEBENARAN AKAN TERSERLAH…SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT”.

1 comments:

joecharlie berkata...

Mengapa rakyat memeberontak beb !. Mereka berontak kerana presiden itu terlalu lama memerintah tidak mahu turun-turun rakyat dah bosan beb !. Rakyat tidak berubah, kemiskinan, pengangguran berada dimana dengan kadar yang tinggi. ek..

Samalah diKelantan Nick Aziz lama sangat pegang jawatan beb. Rakyat dah mula bosan kerana tidak bawa apa-apa perubahan jelas beb.Ek.. Nik Aziz perintah kelantan lebih 20 tahun. Sekarang yang dekat-dekat keliling dengan dia jer yang minta dia terus beb !

Beberapa orang El Baradei telah bangkit melalui pondok sudah bising beb !. Depa kata terlalu lama jadi mengarut dan kering idea beb !. ek..
Posted by RUMAH KACA

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top