Selamat BerHIMPIT…Kita ‘himpit’ Umno-BN

Salam Reformasi For All:

Hari ini, 11 Februari 2011 (Jumaat) akan berlangsung satu lagi perhimpunan para pemuda Islam yang dinamakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2011, yang akan diadakan di Dataran Pekan Batu Enam, Kuala Nerus.

Pagi ini, dijangkakan jam 9.00 akan diadakan Motivasi Khas yang disampaikan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu sebelum dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi.

Tujuan HIMPIT 2011, juga berkait rapat dengan agenda ‘PAS Ganti Umno’ untuk mewujudkan ‘gelombang’ rakyat agar membuat perubahan serta menukar teraju kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya di Terengganu.

Apabila sebut ‘PAS Ganti Umno’ bukan bermakna hanya PAS sahaja yang ‘galak-gatal’ hendak tukar tetapi Pakatan Rakyat dalam erti kata sebenar. Cumanya, di Terengganu amnya di Malaysia hari ini orang Melayu adalah dominan.

Jika orang Melayu Umno yang jadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan PAS pula menjadi tulang belakang kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Majoriti di Terengganu orang Melayu, sudah memadai dengan istilah PAS mesti tanpa sebut Pakatan Rakyat. Maknanya, sebut PAS samalah sebut Pakatan Rakyat. Jadi orang PKR atau DAP tidak perlu ‘terasa’ hatilah.

Apa pun, Awang hendak ucapkan selamat berHIMPIT kepada seluruh pemuda-pemuda Islam yang datang berHIMPIT kali ini. Jadilah orang yang merdeka minda, hati, peradaan dan jiwa raga.

Jangan jadi seperti orang Melayu yang warga emas dan yang jahiliah masih tidak boleh lupakan Umno-BN meski pun sentiasa dari ‘DULU. KINI dan SELAMANYA’ ditipu oleh pemimpin Umno-BN.

Isu hak dan ketidaksamarataan sering kali berlaku dan terus berlaku serta telah menjadi amalan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sejak dari ‘DULU, KINI dan SELAMANYA’.

Yang menjadi mangsa amalan diskriminasi pemimpin Umno-BN tersebut ialah rakyat yang mungkin tidak sehaluan dengan parti pemerintah.

‘Dan Sebenarnya’…dalam Negara yang mengamalkan konsep demokrasi tidak sepatutnya berlaku amalan-amalan ‘kuno’ dan ‘jakun’ seperti itu.

Jika itu terus menjadi amalan serta sikap pemimpin-pemimpin Umno-BN terutama di Terengganu Darul Iman dan bukan lagi Terengganu Hadhari sangat malanglah kita.

Ini kerana, amalan ‘primitif’ seumpama itu tidak harus lagi wujud kerana dunia sudah maju dan maklumat kini berada di hujung jari sahaja.

Justeru itu, Awang teringatkan kata-kata serta ungkapan dari salah seorang pimpinan tertinggi PAS di peringkat pusat yang mengetuai Dewan Ulama’.

Dan beliau juga merupakan pimpinan parti di Terengganu yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Ustaz Harun pernah berkata rakyat terutama di kalangan ahli-ahli PAS dan para penyokongnya telah menghadapi kezaliman dari Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kezaliman dan ketidaksamarataan oleh tindakan Umno dan kerajaan BN Terengganu berlaku teruk dari tahun 2004 hingga Mac tahun 2008.

Oleh itu, katanya kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesan dari tindakan yang rakus kerajaan penggal lalu itu.

“Kami (PAS) harap kerajaan baru (Ahmad) ini dapat membantu orang-orang kami, kami (PAS) ada cara tersendiri untuk membebaskan kemiskinan iaitu dengan memberikan tanah kepada para petani.

“kami (PAS) menyediakan tapak-tapak rumah kepada orang-orang miskin, orang yang tidak ada tapak rumah, ada yang sudah dilulus, ada yang sudah dibayar, tetapi tindakan rakus kerajaan negeri 2004 – 2008 telah merampas semua sekali,” jelasnya.

Katanya, apa salah jika Menteri Besar serta barisan Exconya dan pegawai tertinggi kerajaan negeri membantu orang-orang miskin dikembalikan hak masing-masing.


“Menyemak semula segala keputusan yang telah lalu (zaman Idris) itu. Apa salahnya, itu rakyat kita (Terengganu).

“Inilah sebabnya tiap-tiap tahun (kita) bercakap, basmi kemiskinan, basmi kemiskinan, kenapa tak dapat (membasmi kemiskinan) kerana tidak sampai kepada sasaran,”tegasnya.

Dato’ Harun berkata jika kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik PAS akan menyokong demi keadilan dan hak kepada yang berhak.

“Jika ada sesuatu agenda yang baik, kita (PAS) harap Yang Amat Berhormat (MB) dapat teruskan, terutama sekali untuk mengembalikan dan mengujudkan keadilan,”ujarnya.

Namun begitu, katanya segala usaha tersebut mestilah dihadapi dengan tenang, gigih dan bersungguh-sungguh.

Semoga dengan kata-kata dan semangat beliau itu rakyat mudah faham dan boleh buat perubahan jika tiba waktunya, Insya’Allah.

Kesimpulannya; “BERTINDAK HARI INI UNTUK MASA DEPAN AKAN DATANG”.

1 comments:

joecharlie berkata...

Kota Bharu Bandaraya Islam Yang Lindungi Pelacuran dan Lain-Lain Maksiat
10 02 2011

Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus.

Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.

Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.

Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.

Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.

Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan.

Beberapa posting akan datang mungkin akan menganggu sensitiviti anda dan tidak sesuai untuk mereka di bawah usia 21 tahun. Harap maklum

 
Powered By Blogger | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top